Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ada Apa Dengan Lakeside

Rate this book
Dikelilingi orang-orang yang toksik, Mya tekad untuk berhenti kerja, namun kerana dia merupakan pekerja yang cemerlang serta anak emas syarikat, hasrat itu ditegah oleh majikannya. Mya akhirnya membuat keputusan untuk bertukar ke cawangan lain.

“Branch mana yang sales paling teruk?” - Mya

Berpindah ke Lakeside merupakan satu cabaran baru buat Mya. Kehadirannya tidak disukai seseorang apabila dia kerap kali menerima nota ugutan.

Pergi atau mati!

Dengan bantuan Zafril, Mya cuba menyiasat siapa penghantar nota tersebut. Siapa yang ingin dia pergi dan kenapa dirinya dibenci? Dalam cuba mencari jawapan, ada rasa yang terbit dalam hati.

“Tanya orang sebelah rumah sewa awak, dia nak jual rumah tak?” - Zafril

“Nak buat apa?”- Mya

“Saya nak duduk situ. Nak jaga awak.” - Zafril

Namun, semakin mereka cuba mencari jawapan, semakin mereka menghampiri kenyataan yang menyakitkan.

Ada rahsia yang sudah lama disimpan kemas. Ada apa dengan Lakeside?

320 pages, Paperback

Published November 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Ezi Afiza

16 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (18%)
4 stars
7 (31%)
3 stars
10 (45%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for SS.
547 reviews8 followers
December 8, 2025
Sinopsis Ringkas: Walaupun Mya merupakan pekerja cemerlang di Happy Chicken. Tapi dia tak happy dengan working environment di HQ. Sangat toksik. Jadi, Mya sendiri minta HQ transfer dia ke cawangan Happy Chicken di Lakeside. Sebuah cawangan yang mempunyai sales paling tak okay. 📉 Misi Mya cuma satu . Dia nak menaikkan sales dan nama cawangan Lakeside. Namun kehadiran Mya tidak disenangi oleh seseorang. Sehingga Mya menerima nota berbaur ugutan. Adakah Mya akan tetap stay di Lakeside atau sebaliknya?

Kalau nak bacaan misteri yang tak menekan-nekan emosi sangat dan pemikiran korang. Boleh baca ni. Tak ada scene ganas atau meloyakan. Janjiyy. hshs

Permulaan cerita banyak pasal Mya, perjalanan dia di Lakeside, pengenalan dengan watak-watak sampingan yang bekerja di Happy Chicken, terjumpa Zafril few times & ship Mya dengan tunang dia . Nak sampai dekat bahagian dia kena ugut tu. Around 100+pages. Baru la muncul surat misteri. So 100+ sebelum cerita pasal apa je?
Penulis letakkan persoalan tentang seorang pekerja bernama Dayang. Siapa Dayang?

Lepas munculnya surat. Barulah cerita betul-betul bermula. Tapi untuk kita. Kita rasa okay je melayan 100pages pertama dengan apa yang kita mention tu. Sebab kita takda plan nak tergesa gesa habiskan buku. Nak enjoy tenang je masa baca.
Penulis letak puzzle sana sikit, sini sikit. Lepastu hampir semua rasa macam suspek. Sebab ada yang anggap kedatangan Mya dekat outlet tu sebagai spy HQ. So banyak la kita boleh aim sebagai suspek. Tapi for sure Mya tetap clueless siapa sebenarnya yang ugut dia. Dan (nanti kita sambung part ni sebab nak belek balik scene dalam buku)

Bagi kita, storyline cerita ni okay okay saja sebab rasa macam baca misteri santai campur romance sikit.
Kita taknak sentuh bab romance sebab kita takut jadi spoiler tapi sederhana je romance dia. Tak monopoli cerita sgt pun. Takda loving dovey ayat manis. Cuma kita boleh nampak manis tu dengan action ML terhadap FL je la. Itu buktinya. Paling kita rasa macam ah begitu saja ke. Part ending yang reveal siapa dalang. 😮‍💨 Dia macam wei sumpahlah ko just macam yada yada je orang tu. Itu pasal dalang.

Tapi kalau pasal ending Mya dengan someone tu. Saya approved ✔️

Mungkin ada juga watak yang kita rasa tak digambarkan seperti itu pun tak mengapa. Sebab kita rasa itu tidak akan mencacatkan cerita penulis. Normalkan dia atau tak perlu wujudkan dia. Kita faham sebab watak dia ada juga menyumbang pada kesinambungan cerita. Tapi penulis boleh do better than that :)
Profile Image for Aira Zira.
170 reviews5 followers
March 10, 2026
Rate : 3.5⭐️

Kisah dari buku ni betul2 bawa kita di sekitar Lakeside yang ada ceritanya tersendiri. Disebabkan toksik di tempat kerja, Mya pilih untuk tukar cawangan dan berada di Lakeside yang dikatakan cawangan paling teruk salesnya. Mya yang sentiasa bersungguh dalam kerjanya, cuba untuk menaikkan balik cawangan tersebut.

Usahanya tak sia-sia dengan adanya rakan kerja yang selalu sokong dan bekerjasama. Walau awalnya dia rasa tak diterima di situ tapi Mya sangat pandai menyesuaikan diri. Dalam dia sibuk dengan kerja, ada juga misteri yang mengganggu kehidupan dia di situ. Seperti ada yang mahu dia pergi dan sering mendapat ugutan.

Keakraban dia dan Zafril pun sedikit sebanyak menyerikan cerita. Zafril yang sering bergurau memang berjaya buat saya tersenyum. Dia juga tak lari dari membantu Mya dalam mencari tahu siapa dalang yang membenci Mya. Plot twist menarik dan saya tak dapat tebak pun si polan. Tapi tetap ragu-ragu dengan mereka yang baik dengan Mya.

Saya suka takdir yang awalnya dah menemukan mereka berdua tu rupanya menjadi kisah yang menarik. Cerita awalnya agak panjang untuk hook. Jauh kebelakang sikit baru rasa menarik. Tapi saya tak nafikan tulisan penulis memang best. Santai dan senang go through. Siapa yang sukakan cerita ringan dan kurang stress boleh grab buku ni. Selamat membaca!
Profile Image for Mslvoe.
2,226 reviews224 followers
February 17, 2026
Okayyy this one memang laju F habiskan. Paling cepat settle sebab jalan cerita dia gripping, siap ada element mystery yang buat tak boleh stop.

Mya yang dah fed up dengan toxic office environment terus hantar resignation letter. Tapi sebab dia anak emas, instead of terus berhenti, dia agree untuk dipindahkan. Dia sendiri pilih tempat yang paling problematic.
Kat situ lah dia dihantar ke Lakeside.

Tempat yang asalnya suam, lesu, tak bermaya… slowly jadi berseri bila Mya masuk.

Staff Lakeside memang penuh ragam. Ada yang supportive, ada yang bitter, ada yang nampak baik tapi suspicious

Lagi parah bila Mya mula dapat ugutan "pergi dari sini atau mati.".

Dalam keadaan tu, dia minta tolong Zaf. Zaf ni rider je tapi sebenarnya dia ada degree dan beberapa rumah sewa.

Together, they try to uncover siapa sebenarnya yang tak suka Mya sampai tahap ugut nyawa. Bila misteri tu terbongkar… ada cerita yang lebih besar tersembunyi di sebalik semua ni.

Overall, fast-paced and mysterious.
Profile Image for Cutie_pie28.
504 reviews10 followers
February 4, 2026
Mya seorang yg komited pada kerja dia.. dia sangat professional.. dia jugak pekerja favourite CEO.. satu ari merasa kan dia tk happy dengan kerja skg.. dia mntk di transfer ke tempat lain.. dia cari tempat yg kurang sales..

Bila pergi ke Lakeside, dia tengok kedai tu.. bagaimana pekerja kat sana.. menu pulak macam mana.. di situ dia jadi tertarik sebab kedai makan tu sebelah dengan tasik.. memang tenang laa bila dia lepak sana..

Kerja di tempat baru tak mudah, tp dia cuba buat sesuatu untuk naik kan sales.. bagus nya pekerja kat situ semua saling bantu membantu sehingga laa dia dapat surat ugutan.. macam² lgi laa

Suka dengan watak Mya nie.. very strong character.. dia tau apa yg dia nak dalam hidup.. sanggup lepas kn sesuatu yg dia ada untuk dia capai apa yg dia nak.. Zafril pun seorang yg ceria.. semua kat sana, senang ngn cara Zaf tu.. Zaf tlg Mya cari siapa dalang yg anta ugutan tue..

Tak lama semua terbongkar, Mya tenang tapi dia buat keputusan untuk melepas kan apa yg dia ada.. tapi memang tk guna laa.. kene khianat dengan tunang dan kawan baik..

Zafril pulak dari awal da jatuh suka kt Mya.. tapi dia sedar status Mya masa tu.. actualy both mcm ada feeling.. tp Mya tau dia ada tunang.. walau pun hubungan dorg tu mcm biasa jee
Profile Image for Erin95.
158 reviews6 followers
January 11, 2026
Baca buku ni terasa macam tengah tengok telemovie 1 jam lebih.

Smooth je jalan ceritanya. Walaupun pada awalnya agak tertanya-tanya jugakla dekat few parts, tapi semuanya dijawab dengan jelas di penghujung cerita. Just nice.

Buku ni mengisahkan Mya, yang merupakan seorang Pegawai Eksekutif Pemasaran yang bekerja di KL, ibu cawangan Happy Chicken yang stress sebab bekerja dengan orang² yang toksik. Lalu Mya memilih untuk berhenti kerja sebab dah lama sangat dia sabar. Tapi tak semudah tu, sebab Mya ni Pekerja Cemerlang, maka bos dia pun for sure tak benarkan dia resign. So apa Mya buat? Mya request untuk tukar cawangan. Mya mintak ditukarkan ke cawangan lain. Iaitu Happy Chicken cawangan lakeside di Melaka.
Di lakeside Mya jumpa Zafril, Haikal, Janna, Kak Leha, Kak Liza, Husna dan Amira yang merupakan pekerja-pekerja Happy Chicken cawangan Lakeside. Happy Chicken cawangan Lakeside ni pulak, merupakan cawangan yang paling sikit sekali sale. And diorang selalu dianaktirikan oleh ibu pejabat. Nak mintak pekerja tambahan tak dapat, nak mintak bajet untuk pasang cctv untuk keselamatan pekerja tak dapat, nak mintak itu dan ini, kebanyakannya tak dapat, sebab sales cawangan ni rendah.

Dari sini Mya, yang merupakan seorang pegawai eksekutif pemasaran yang dapat anugerah pekerja cemerlang, gunakan kelebihan yang dia ada untuk tambah sales dekat cawangan lakeside ni. Walaupun cawangan ni tak besar macam ibu pejabat, tapi Mya happy kerja kat sini. Cuma di samping ketenangan dan kegembiraan Mya di lakeside ada rahsia yang tersimpan kemas. Rahsia yang bakal mengguris hati. Sebab ia lahir dari sebuah pengkhianatan orang yang Mya sayang, tunang & sahabat. Damn.

Zafril green-flag ye. Kelakor orangnya. hahahaha, sesuai la dengan Mya yang bercita-cita besar, kuat bekerja tu. Mujurla Mya tak jadi kahwin dengan tunang dia tu kan. Mula-mula aku tertanya gak. 2 tahun kot diorang dah bertunang, takkan takde terfikir nak ke fasa seterusnya. Maka di lakeside lah, pemberi jawapan kepada semua persoalan.

One thing, Mya ajar aku, kalau kau takut nak melangkah, sebab takut nak keluar dari comfort zone, kau tak tahu pun yang ke depan sana menjanjikan masa depan yang lagi baik.
Profile Image for Athirah Idrus.
440 reviews8 followers
March 15, 2026
Kalau sekilas pandang kulit buku ni, mungkin saya akan skip sebab ingat dia lebih kepada genre romantik. Terima kasih kepada staf yang semangat promosikan buku ni di reruai SIBF, baru saya tahu buku ini ada sedikit unsur misteri.

Setelah lama bekerja di HQ Happy Chicken, Mya membuat keputusan untuk berhenti kerana tidak tahan dengan suasana kerja yang dikatakan toksik. Dia akhirnya bersetuju untuk bekerja di salah satu cawangan Happy Chicken yang membawa pulangan paling rendah, dan menetapkan itu sebagai cabaran. Namun, kehadirannya di cawangan Lakeside seakan-akan tidak dialu-alukan apabila dia terima ugutan melalui surat layang yang dihantar ke rumah sewanya.

Perwatakan dalam cerita ini menarik, cara penulis membangunkan setiap karakter ini juga sangat realistik, senang nak bayangkan cerita ini seolah-olah sedang menonton drama tv. Selain itu, saya rasa kekuatan cerita ini adalah pada penceritaannya. Walaupun penulis mengambil masa untuk menceritakan latar belakang, cara penulisan itu menarik dan senang untuk dibaca. Sekali pun saya tak terasa nak berhenti!

Namun, yang agak kurang memuaskan adalah bahagian romantik cerita ini. Saya rasa untuk membolehkan ‘pairing’ di dalam cerita ini, jalan cerita antara karakter itu terlampau ‘convenient’. Agak susah untuk menceritakan kalau tak bagi contoh, maka terpaksa beritahu spoiler. haha

*Spoiler*

Hanya kerana penulis ingin mengandingkan dua karakter, senang-senang salah satu dijadikan sebagai watak jahat. Sebelum tahu siapa dalangnya lagi, Mya seolah sudah bermain cinta dengan orang lain walaupun dia sebenarnya sudah bertunang. Katakanlah tunangnya itu seorang yang baik, dia sudah pun menaruh perasaan dan sentiasa meluangkan masa dengan orang lain. Kalau saya jadi tunang dia, byebye lah putus terus. Kurang senang saya bila Mya senang sahaja berdua-duaan meluangkan masa dengan orang lain.

Kenapa masyarakat kita suka sangat promote hubungan antara bukan mahram, dahlah sudah berpunya atau tunang, tetapi dinormalisasikan pula hubungan dengan orang ketiga. Tapi untuk dijadikan cerita, tunangnya bukanlah orang baik. Jadi kita pun ‘bertepuk tangan’ dengan pengakhiran cerita apabila Mya mendapat seorang yang lebih baik dalam hidupnya. Namun persoalannya, okaykah kita dengan hubungan Mya dan lelaki baru sekiranya tunang Mya merupakan seorang yang baik?

Bagi saya buku ini agak menarik dan akan saya syorkan tanpa was-was sekiranya ditulis tanpa bab hubungan percintaan tu. Nasib baik juga bab ini tidak terlalu banyak, jadi senang saya habiskan cerita ini. Disyorkan sekiranya kalian mempunyai lebih kesabaran dalam bab-bab hubungan ni.
Profile Image for Azizah.
403 reviews6 followers
January 19, 2026
Jalan cerita yang ringkas walaupun ada plot twist.

Tapi Kakchik dapat tebak dari awal lagi bahawa ada sesuatu dengan orang-orang yang rapat dengan Mya.

Yang penting, Kakchik suka karektor Mya yang kuat teguh pendirian, matang dan tegas dalam menjaga kesihatan mental dia.

Dan frasa bab-bab akhir yang menjawab segalanya tentang Lakeside.

Ada apa dengan Lakeside?
Ada segalanya...

Kcbaca_2026:3/30

Nota kaki: Dah khatam sebuah buku tapi sebab tak details dlm GR & Bookmory, jadi kc x update lagi
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books262 followers
February 12, 2026
Saya bagi 5 bintang sebab buku ni pada part-part penghujung tu, dia jadi unputdownable.

Dia punya sweet tu just nice untuk orang yang tak baca novel romance ni. Misteri tu, tak sangka pula sampai betapa ramai yang terlibat. Tapi pada saya, part yang paling menarik adalah watak Zaf yang kuat menyakat. Saya suka setiap orang dia ada closure masing-masing, so cerita ni dia macam wrapped up nicely la.

Hahaha... Zaf, Zaf. Gelagat Zaf dan Mya buat saya teringat perasaan jatuh cinta.
Profile Image for Rosmiza Rosli.
15 reviews
December 25, 2025
Cerita menarik untuk kita berteka-teki. Jalan cerita tak rumit dan santai saja. Best dengan penulisan puan penulis kali ni. Setiap plot dirungkai tanpa ada persoalan sehingga ending.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews