Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Cinta Khayalan

Rate this book
MAHENDRA ALAM ARJUNA bersama dua orang sahabatnya diutuskan ke Cempera Permal untuk menyampaikan hasrat peminangan Sultan Mansal Shah dari Kerajaan Metaram. Baginda sultan telah berkenan dengan kecantikan seorang wanita yang berasal dari negeri itu.

ADIRATNA ANDANG JELITA. Berpancasona indah namun sukar untuk didekati. Beliau seorang yang sangat luar blasa. Kehadiran tiga sahabat itu tidak dipandang walau sebelah mata sekalipun. Pinangan Sultan Mansal Shah juga ditolak mentah-mentah olehnya!

"Jangan menjual bunga terlalu mahal. Kelak kumbang pun takut hendak menyambar." MAHENDRA ARJUNA

"Kita tidak perlukan kumbang untuk menemani siang dan malam. Cinta itu luas. Mampu datang dari pelbagai cara. Tidak hanya datang dari manusia. RATNA JELITA

Arjuna tidak boleh menerima keputusan Ratna. Sebagai seorang yang toat kepada pemerintahnya, utusan dari baginda sultan adalah kewajipan untuk dia tunaikan. Lalu, di sinilah bermulanya hikayat mereka yang penuh dengan khayalan.

"Apa yang orang itu sedang fikirkan? Tentang kita, jejaka di sebelah yang paling

menawan?" MAHENDRA ARJUNA

"Perasan! RATNA JELITA

Segalanya indah apabila Arjuna berada di sisi Ratna. Keakraban mereka memutikkan cinta yang suci lahir dalam dada. Namun, saat cinta mereka berada di kemuncak jiwa, Arjuna terjerat antara dua haluan yang berbeza, Cinta dan taat setia, mana yang harus dipilihnya.

"Andal kita bertemu lagi, masihkah ada ruang di dalam hatimu buatku?" MAHENDRA ARJUNA

334 pages, Paperback

Published October 1, 2025

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Ian Arasyah

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (56%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
3 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,126 reviews211 followers
November 27, 2025
Ralit betul F baca hikayat ni. The story is beautifully crafted dengan vibes klasik yang buat rasa macam tengah dengar cerita lama dekat serambi rumah nenek. Cerita ni bermula bila Tok Deraman bercerita kepada tiga orang cucunya… and honestly from that moment I was hooked.

Kisahnya tentang Arjuna dan dua sahabatnya, Rawi dan Nadim, yang dititahkan Sultan untuk membawa Ratna pulang sebagai isteri baginda. Mereka sebenarnya simpati dekat permaisuri but duty is duty and Arjuna as Laksamana tak boleh melawan titah.

Perjalanan ke Kampung Cempera Permai pula membuka satu twist... tak disangka Arjuna suddenly jatuh hati pada Ratna even though Ratna belongs to the Sultan.

Dari sinilah konflik bermula. Arjuna gunakan “sihir batin” untuk memperdaya Ratna dan Ratna yang percaya Arjuna ikhlas akhirnya rasa betrayed. The whole thing reminded me of the Tun Teja-Hang Tuah tragedy… sama pedih vibe dia.

Penulis juga selitkan kisah parents Ratna... dipetik dari kisah Dang Anum yang mengidam seulas nangka. Disebabkan dengki.. Bendahara memfitnah dan menikam Kemboja. Raden yang rasa tak sedap hati balik ke rumah melihat Kemboja yang berlumuran darah. Demi selamatkan anak mereka, Raden terpaksa belah perut Kemboja. Kesiannya... tragic and heartbreaking.

Kita balik pula pada Ratna. Selepas ditipu Arjuna, dia melarikan diri naik kuda putih. Bila Ratna hampir memilih jalan gelap, penjaga gunung marah sebab dia nak “mengotorkan” kawasan itu. Ratna akhirnya insaf dan dibawa ke istana Ratu.

Arjuna pula kena fitnah sampai dihukum bunuh tapi Rawi suruh dia lari. Dalam pelarian tu, dia “jumpa” Pak Pandir dan Mak Kuntum but honestly, this part feels surreal. Macam bukan manusia pun… maybe roh? Maybe hallucination? The vibe is very mystical folklore. Sebab scene jumpa Cik P minta carikan family dia buat F tertanya².

Overall, although the story uses a lot of flashbacks, don’t worry... setiap permulaan bab ada recap. So you won’t get lost, the pacing stays smooth.

The whole thing reads like a traditional hikayat... penuh betrayal, duty, forbidden love and emotional healing. It feels old-school but with a fresh, modern storytelling touch.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
46 reviews
December 18, 2025

Rasa klasik terus datang menyapa bila saya mula baca Hikayat Cinta Khayalan. Bahasa dia lembut, berlapik dan cantik—macam tengah baca hikayat lama tapi diceritakan semula dengan sentuhan moden. Pembukaan cerita melalui Tok Deraman tu tenang je rasanya, tapi jangan tertipu… sebab lepas tu emosi dia makin berat sikit demi sikit.

Arjuna sebagai Laksamana memang berada dalam dilema besar. Dia patuh pada titah Sultan untuk membawa Ratna ke Metaram, walaupun hatinya sendiri dah mula bercelaru. Dari pertemuan yang dingin dan penuh salah faham, hubungan Arjuna dan Ratna perlahan-lahan berubah. Dari asyik menyindir, jadi saling memahami—dan tanpa sedar, perasaan yang tak sepatutnya mula tumbuh 🥹

Cinta mereka ni bukan jenis cinta yang selamat. Setiap kali Arjuna mendekati Ratna, ada rasa bersalah yang ikut sekali. Bila kepercayaan Ratna mula dipermainkan, cerita terus jadi lebih gelap dan pedih. Ratna bukan sekadar watak yang dicintai, tapi simbol hati yang suci dan akhirnya retak.

Menariknya, cerita ni bukan fokus pada Arjuna dan Ratna sahaja. Banyak watak sampingan yang muncul dan bagi warna pada hikayat—daripada sahabat setia, watak misteri, sehinggalah unsur makhluk halus dan alam lain. Ada babak yang rasa dreamy dan surreal, macam antara dunia nyata dengan dunia dongeng ✨

Saya paling suka persahabatan Arjuna, Rawi dan Nadim. Ikatan mereka terasa ikhlas—saling menegur, menasihati dan sanggup berkorban demi sahabat. Dalam dunia yang penuh tipu daya, persahabatan mereka ni rasa sangat tulus dan menenangkan.

Dari segi bahasa, saya memang enjoy baca. Ayat-ayatnya indah dan berjiwa. Cuma dari segi penceritaan, ada beberapa bahagian yang rasa macam boleh dikembangkan lagi. Cerita dia besar dan kaya, tapi terasa sedikit singkat.

Overall, Hikayat Cinta Khayalan ialah kisah cinta terlarang yang bersulamkan amanah, persahabatan dan pengorbanan. Ada manisnya, ada pedihnya. Hikayat lama dengan nafas baharu—jiwang, tragis dan buat hati terasa lama lepas habis baca 💔📖
1 review
January 18, 2026
hikayat cinta khayalan by ian arasyah.

my review? jangan ditanya kerana hanya air mata yang akan berbicara. (maaf, still fefeeling 😔🫰🏻)

tapi tbh, saya memang speechless untuk review buku ni sebab best sangat. susunan kata yang sangat teratur betul2 pegang peranan besar dalam memainkan perasaan. kejap saya tutup buku sebab nak tendang angin, kejap saya tutup buku sebab nak kasi lepas nangis— it's masterpiece 😔🫶🏻

beli laa, beli2 jangan tak belii. beli tu, jangan simpan kat tbr je, baca sekali. korang takkan menyesal punya sebab seperti review saya yg sebelum ni, saya manusia yg sangat2 cerewet dgn penulisan. kalau buku tu best tapi penulisan saya tak boleh go, auto dnf. tapi setakat ni, alhamdulillah kedua-dua buku yang saya baca ni memang melekat terus ke jiwa! best!! you guys memang kena baca buku-buku ni.

(my other review yang semerah hati semanis ceri tu! silakan usha2 hehe🙈)

rate: 4.5/5 ⭐️
1 review
January 31, 2026
Love sangat sangat buku ni, terkejut time tok Derman cakap gitu , last last tipu betullah Tok Derman ni! Baca tau kurang best giler! Confirm tak menyesal! Thank you Bang Ian for this masterpiece.
Profile Image for AzeeraY.
34 reviews5 followers
January 18, 2026
Takyah fikir panjang. Baca je cerita ni.
enjoy sangat baca!

Boleh habis sekali baca sebab fast paced story. Tak berat cerita dia 😉
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.