Jump to ratings and reviews

Armada Laut Berdarah

Lautan luas akan direnangi? Api marak sanggup dilewati? Namun, bukan hanya kisah cinta yang sedang menanti. la perjalanan sebuah Armada yang berkorban dan berbakti. Ini kisah wira negara mempertahankan ikrar dan janji.

Siapa sangka, di sebalik amukan lautan, Badrol Iskandar bertemu kasihnya yang ditakdir Tuhan.

Saat Armada mereka hampir ditelan ombak mengganas tinggi, munculnya Jong Mentari Merah bagai memberi sakti, membawa ke pulau misteri.

Benarkah mereka itu makhluk bergelar manusia? Mengapa berpakaian seperti masyarakat Melayu Lama? Mengapa berbahasa tuan dan hamba?

Ikuti sebuah kisah pelayaran penuh debar dan misteri.

384 pages, Paperback

Published November 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Haida Kamaruzaman

9 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (18%)
4 stars
9 (81%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Aira Zira.
242 reviews5 followers
August 6, 2026
Rate : 4.5⭐️

Bulan kebangsaan diraikan dengan bacaan yang penuh jiwa. Novel kali ini bawa kita membelah laut dan misteri di sebalik kabus.

Terselit kisah cinta yang dibentengi jarak. Turut berlaku pembelotan kerana dendam dan persengkataan takhta. Disusun cantik dalam satu cerita tanpa gugat sikit pun bacaan.

Belayar membawa misi tapi takdir tuhan sedang menguji. Mereka dilanda ombak dan dibantu oleh satu kerajaan yang sangat asing. Tersembunyi di sebalik kabus yang misteri dipandang mata. Pakaian mereka terlalu tradisional seperti zaman Melayu Lama. Nyata atau bunian? Inilah tarikannya.

Bukan sekadar kisah ketenteraan, tapi melibatkan hubungan dua kerajaan. Soal hati dan tanggungjawab. Juga bagaimana kita lihat dari sudut keluarga yang sentiasa sabar dengan pengorbanan mereka yang pertahankan negara. Sebak saya baca masa mereka diberitahu ada harapan dengan penemuan Armada tu.

Tak sabar nak sambung Duka Lara. Saya betul-betul dah jatuh cinta dengan gabungan dua penulis ni. Terasa chemistry tu kerana novel ini seperti ditulis oleh seorang penulis. Semoga manfaatnya sampai ke hati pembaca.
Profile Image for lysareading.
343 reviews43 followers
March 10, 2026
Antara salah satu cerita - "don't judge a book by its cover".

Walaupun asalnya memang saya judge cover dia sikit 🤏tapi bila dah start baca tu kan, tak boleh stop 🫡Cerita apa ni?!!! Pulau yang tak dapat dikesan? Lanun laut? Kerajaan lama? Male lead anggota elit tentera laut?? Okay wow....

Iskandar sebagai anggota elit tentera laut, berdepan dengan insiden yang menyebabkan kapal mereka gagal berfungsi sewaktu dihantar bertugas ke lautan. Disaat getir, sebuah jong misteri muncul menyelamatkan anak-anak kapal tersebut & dibawa ke pulau yang tidak diketahui umum.

Apa yang I boleh cakap, Armada Laut Berdarah ni ada campuran moden dan klasik. Plot yang tidak keterlaluan. Menerusi penulisan bersama Kak Haida & Murni, I banyak tahu tentang operasi & taktikal kemahiran untuk anggota tentera laut. I freakin' loveee when an author insert something for us to learn. Tak kosong. Terperinci. Perinciannya bukan sekadar diangin lalu sahaja. So much to explore.

Selebihnya, ada lagi hal-hal best yang berlaku!

Pertemuan antara Iskandar & Puspa Jelita menyerlahkan lagi elemen klasik. Perbualan mereka mcm zaman masa masyarakat melayu lama weh. Kalau ayat tu dalam bentuk makanan, haa sangat sedap dikunyah ye. Plus, their interaction is soooo lurve!! Dah lah soft-spoken si Iskandar ni yihh!! You literally boleh bayang mcm dalam movie. I want to talk more about Puspa Jelita but takut spoiler 😤 so, we should stan BRAVE WOMAN okay!

Sebelum ni, I pernah baca buku Duka Lara daripada penulis yang sama, tetapi personally, Armada Laut Berdarah lagi best & twisted. Personal rate: 4.5 stars!
Profile Image for Hani~.
185 reviews4 followers
January 26, 2026
Jarang saya dapat buku dan terus baca. Biasanya simpan di rak dan baca "nanti-nanti". Tapi buku ni berjaya mengikat saya sejak di bahagian prolog dan bab 1 lagi.

Kisah pasukan elit tentera laut diraja Malaysia yang menyertai satu misi di lautan. Rasanya misi pencarian kapal terbang hilang (lupa 🤭). Ketika dalam misi tersebut, kapal mereka dilanda badai yang mengakibatkan kerosakan besar. Tambah memburukkan keadaan, sistem komunikasi mereka tidak dapat berfungsi akibat perbuatan khianat. Tak perlu teka siapa pengkhianat tu sebab author dah reveal seawal bab kedua 😊

Ketika detik-detik genting itulah, sebuah jong datang membantu. Mereka dibawa ke sebuah pulau misteri yang selama ini tersembunyi daripada pengetahuan umum.

Bagi saya idea cerita ni menarik. Jarang-jarang kita jumpa novel tempatan mengangkat kisah pasukan PASKAL, tanggungjawab, tugasan, kemahiran dan latihan-latihan mereka. Ditambah pula latar cerita adalah di lautan dan sebuah pulau dengan suasana Melayu klasik. Masyarakatnya sopan dan meraikan tetamu.

Watak utama seperti Iskandar, Kahar, Andika dan Jelita juga baik dan menyenangkan. Likeable, orang kata. Babak-babak cinta juga tak keterlaluan. Masih menjaga adab sopan pergaulan walaupun kalau difikir semula, berani sungguh seorang puteri keluar malam-malam untuk bertemu jejaka pujaan hati.

Namun begitu, terdapat juga beberapa persoalan yang timbul sepanjang saya baca novel ni;

1. Bagaimana SOP mereka ketika ada anggota yang tidak cukup/hilang ketika operasi? Sewaktu Iskandar didapati hilang di lautan terbuka, tiada usaha pencarian dilakukan malah tidak dimaklumkan pun kepada pemerintah Kerajaan Dermaga. Hanya bergantung kepada sangka baik bahawa Iskandar pasti selamat kerana dia seorang yang cekap.

2. Ada anggota yang buat keputusan untuk terus tinggal menetap di pulau/Kerajaan Dermaga kerana dah jatuh hati dengan suasana di situ. Semudah itu? Bukankah dia masih dalam perkhidmatan?

Ada lagi persoalan. Tapi cukuplah dua yang saya catat di sini.

Secara keseluruhan, novel yang menarik untuk dibaca. Pengakhirannya pun saya suka. Penutup yang baik buat Aduka, dan tentunya Iskandar dan cinta hatinya.

Tahniah penulis dan penerbit.
Profile Image for Kami Farah.
33 reviews
September 7, 2026
⚠️ WARNING: ADA SPOILER! ⚠️
Armada Laut Berdarah karya Haida Kamaruzaman dan Murni Safsasa baca sinopsis novel ni ingatkan tipikal cerita tentera tp serius mind blowing😱 best guys! Kisah mengenai Badrol Iskandar (tentera laut) yg menyertai operasi mencari dan menyelamat kapal terbang di Lautan Pasifik.

Rupa-rupanya, Iskandar ni bukan shj menjadi ketua kepada pasukan elit utk kapal KD Laksamana tp dia juga merupakan sebahagian anggota risik bersama-sama Raid dan Rayl (kembar) dan Fared di bawah arahan Kahar, Ketua Pemerintah. Yg mind blowingnya novel ni, penulis dah bgtau awal² yg Richard (anak team KD Laksamana) merupakan pembelot negara dan bekerjasama dgn lanun (Aduka) utk merompak, merampas kapal dan membunuh smua anak² kapal KD Laksamana.

Ingatkan kapal ni akan dirompak dahulu tetapi plot twistnya, kapal ni rosak dahulu sehingga terbakar dan menyebabkan ramai anak² kapal meninggal dunia. Masa baca tu sy dah, WHATTTTT, bukan kena serang lanun dulu tp bencana dulu😱😱. Yg paling plot twistnya, tiba² Iskandar dan seluruh anggota KD Laksamana diselamatkan oleh kerajaan Dermaga yg masih mengekalkan kehidupan zaman dahulu (zaman melayu Melaka) tetapi kerajaan ni mempunyai pakar & alat teknologi yg canggih especially utk repair kapal.

Dan lagi x sangka, lanun yg paling ditakuti dan bersubahat dgn Richard utk menyerang KD Laksamana iaitu Aduka, merupakan kembar Adika bg kerajaan Dermaga yg membantu menyelamatkan KD Laksamana. Nmpk x betapa plot twistnya dan pelbagai konflik di situ🤣🤣🤣. Mmg x bosan baca sbb ada mcm² kejutan lg selepas tu😅😅

Cumanya, sy perasan, ada beberapa kesalahan ejaan cth, kapten jd kepten tp In Shaa Allah x menganggu pembacaan kalian. Sgt recommended. Sy bg 4.5 🌟🌟🌟🌟. Siapa dah baca? Meh laaa join bagi pendapat juga🤭🤭
Profile Image for Seraphina.
70 reviews1 follower
January 19, 2026
MasyaAllah, bestnye buku ni, Penggunaan bahasa Melayu klasik tinggi, penuh dengan ilmu tentera, ada beberapa plot yang buatkan aku rasa nak marah, geram dan sedih dengan karakter dalam buku ni. Di setiap perjuangan pasti akan ada nyawa yang tergadai, buku ni wajib dibaca oleh masyarakat, dan kalau perlu, wajib ditayangkan jadi movie, mantab sangat cerita ni. Rasa nak peluk-peluk je buku ni. 🥰
Displaying 1 - 5 of 5 reviews