Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Seram Tengah Malam

Rate this book
Siri Seram Tengah Malam merupakan kompilasi 53 cerpen dan anekdot seram oleh panel penulis Mahakarya. Karya-karya pendek ini ditulis penuh kreativiti dalam bentuk yang pelbagai. Elemen seramnya juga unik dengan campuran genre, termasuklah seram cinta, seram komedi, seram tahyul, bahkan seram Lovecraftian yang baharu dan eksperimental.

Daripada kisah orang minyak, penumpang teksi misteri, pocong dan entiti supernatural yang tidak dapat dihadam akal, segalanya menunggu anda dalam naskhah ini.

Penulisan novelis dan cerpenis seperti Saidee Nor Azam, Aliff Mustafa, Helmy Effendy, Ilham Mazalan, Rizal Ramli, Farrah Izzlorna dan Kugiran Darah ini sesuai dijadikan bacaan santai anda. Baik sewaktu kebosanan mahupun sebelum tidur!

Awas. Karya ini tidak sesuai dibaca oleh mereka yang takut tinggal di rumah seorang diri….

223 pages, Paperback

First published December 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Panel Penulis Mahakarya

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (41%)
4 stars
11 (32%)
3 stars
7 (20%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for chelsannereads.
210 reviews6 followers
January 9, 2026
Rating: 4.2⭐
Trope: Supernatural/Horror/Creepy things/Mistik/Misteri Seram/etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

Kesemua 53 short story very engaging and and ada yang biasa je, ada juga yang luar biasa dan seram! Dalam buku ni ada 7 panel penulis Mahakarya dan masing² mempunyai cerita seram masing². Penulis pertama iaitu kisah seram yang ditulis oleh Encik Saidee kesemuanya lebih kepada kisah benar yg terjadi dalam hidupnya.

Tapi kan antara banyak² penulis dalam buku ni saya paling suka cerita Aliff Mustafa. Cerita dia sumpah semua seram nyah! 😭 Start dari short story Aliff Mustafa kita mula dapat rentak membaca.. makin belek page by page makin menarik cerita² yang ada. Dalam cerita ni tak semua seram tau, dia ada seram lucu, seram pelik, ada yang misteri ada yang mistik.. Semua jenis seram bercampur.

Writing style penulis semua lain², semuanya santai² je, very straight to the point dan ada juga yang macam bercerita dengan kawan. Semua tu makin membuatkan saya cepat 'into' that story sebab tak susah sangat nak imagine situasi yang berlaku. Paling tak boleh lupa sebab ada satu cerita ni, tapi saya tak ingat dari penulis siapa dan apa tajuk cerita tersebut. Ia sangat pelik sebab what do you mean by nampak makhluk yang macam cicak?! Ni first time wo dengar, maybe itu sejenis jin yang menjelmakan rupa mcm cicak?

Banyak lagi sebenarnya kisah yang seram dan menarik untuk saya highlight kan, Kisah Saka dari penulis Farrah pun dah baca. Yang ni pun menarik juga sebab Saka tu macam suka dekat Ayu?! 😱 Pastu don't get me start pasal semua short story yang ditulis oleh aliff Mustafa?! Weh bang, mana awak dapat citer² ni semua? Adakah dari urban legend ataupun pengalaman sendiri? 😭 Takutnyaaa baca semua kisah penulis! 😥

Overall, semua cerita daripada 7 panel penulis Mahakarya saya suka dan saya enjoy membacanya. Sila buat lagi kompilasi siri seram macam ni sebab saya suka! Cerita dia pendek tapi plot twist dan seram dia sampai. Nanti buat yg lagi seram tau! Saya nak seram yang mind-blowing yang hardcore gila²!! Makin seram makin saya suka! 🔥😆 Thank you @nayra kerana sudi mengajak buddy read lagi sama²! Walaupun pace lain² ni kali tapi ndapa dipahami HAHAHAHA
Profile Image for Aira Zira.
161 reviews5 followers
December 2, 2025
53 cerpen ditulis oleh 7 penulis hebat. Saya tak pernah meminati cerpen sehingga ke harini dgn siri seram yg ada pelbagai cerita dan kisah. Tahniah buat semua penulis!

Best ke tak best? Mestilah best kalau melibatkan cerita seram. Yang penting tak ada hantu cliche dalam ni. Semuanya kisah menarik. Ada kisah benar, fiksi dan bermacam jenis lagi. Yg bukan hantu pun seram main terbang2😂.

Setiap satu cerita ditulis dgn rasa yg berbeza. Seram, kelakor, sedih, misteri, blur. Selain makhluk jelek, ada makhluk cantik. Ada yg suka keluar masuk kedai, tumpang tidur sebelah, main intai2 tingkap, jadi bahan produk pun ada! Banyak lagi kalau nak cerita.

Untuk pencinta seram please dapatkan. Siri Seram Tengah Malam memang sesuai buat bacaan santai kemana saja korang pergi. Rilek je sebab cerita pendek senang nak rehat2. Tapi kalau dah seronok, sekejap je habis. Selamat berseram semua!
Profile Image for Kirahbacabukuni.
54 reviews16 followers
May 13, 2026
Jarang membaca kompilasi tapi bagi Kirah, gabungan cerita dalam naskhah ini kebanyakannya unik dan menarik untuk dibaca.

Paling Kirah suka (tak ikut turutan):

1. Tolong Lepaskan Saya - Rizal Ramli
2. Jangan Buka Pintu - Rizal Ramli
3. 1000 tahun - Aliff Mustafa
4. Penghuni Lif 1&2 - Aliff Mustafa
5. Wasiat Tok Guru - Saidee Nor Azam
6. Orang Minyak Lawan Pawang Nong - Saidee Nor Azam

Untuk cerita daripada penulis Rizal Ramli, ni first time Kirah baca karyanya. Walaupun pendek, tapi plotnya sangat menarik! Bahasa pun cantik tersusun. Kemas kedua-duanya. Mungkin lepas ni Kirah akan survey cerita lain penulis. Paling suka Tolong Lepaskan Saya tu, kalau dikembangkan lagi tentang kenapa 'perempuan' tu dikurung, lebih menarik!

Kalau cerita daripada Aliff Mustafa pula lebih kepada penampakan seram dan penulis Saidee Nor Azam lebih mistik dan berjiwa ceritanya. Banyak part yang sayu aje masa baca.

Overall, Kirah rasa kebanyakan cerita diolah dengan sangat baik dan kreatif. Elemen seram pun sampai. Kalau yang tak berapa minat cerita seram atau tahap ketakutan masih level beginner, boleh try baca cerita ni sebab tahap keseraman dia manja-manja aje.

Yang lain pun best juga. Cuma cerita-cerita daripada penulis Helmy Affendy terasa terlalu simple dan kalau ada pelan nak buat atau join siri kompilasi lain, harapnya penulis dapat buat dengan lebih baik daripada segi bahasa dan plot mungkin? Sebab compare dengan cerpen lain, hanya cerita daripada penulis ini yang kurang 'bersungguh' dan agak 'asal siap'. Maaf kalau terlalu jujur tapi dia macam konsep group assignment jugalah. Kena semua groupmate hasilkan kerja yang sama-sama berkualiti dan setara. Kalau satu atau dua penulis buat cerita yang tak sepadan, akan nampak ketara perbezaan kualiti dan kesungguhannya di situ.

Rating: 3 / 5 bintang
Profile Image for yanie ⋆˚꩜。.
30 reviews1 follower
February 1, 2026
Bestnyee baca buku ni seolah-olah penulis-penulis sedang ada di depan saya dan ceritakan pengalaman mahupun cerita yg mereka pernah tahu. Paling saya suka kisah seram dari tuan saidee dan aliff mustafa sangat memuaskan
Profile Image for SS.
544 reviews6 followers
January 11, 2026
Actual Rating: 3.5 ★

53 cerpen & anekdot seram dalam satu buku.
Memang satu usaha yang baik dari Patriots dan juga penulis yang terlibat. Buku ni ada vibes macam kompilasi cerita dari Mastika. Tahap seram bagi saya 50-50. Sebab ada banyak variasi cerita seram and of course la berbalik pada si pembaca. Kalau kamu sejenis bukan penakut. Cerita dalam ni mungkin akan menguji tahap kamu menilai cerita seram dalam ni. Tapi kalau kamu penakut. Saya yakin semua cerita dalam ni. Kamu akan kata seram.

Saya sebenarnya memang looking forward untuk baca cerita pendek dari 2 orang penulis (Aliff Mustafa & Ilham Mazalan). Sebab saya tak pernah baca cerita seram dari dua penulis ni. Jadi saya curious.
Nampaknya both of them memang berbakat je menulis genre seram. Puas hati sangat dengan cerita-cerita yang ada. Even pendek tapi padat, tak menyimpang jauh, ada plot twist dan lain dari yang lain. Best. Please keluarkan novel solo seram sorang satu oki!

Mungkin kalau ada benda nak dikatakan. Saya rasa ada beberapa cerita yang meninggalkan seribu tanda tanya & hshs. Dia macam ko dah baca kan? Faham tak faham kau setel sendiri.

Kita rasa buku ni sesuai dibaca oleh semua orang yang nak baca bacaan seram santai. Tak heavy, tak perlu fikir banyak & straight forward. In one sitting pun boleh je habis (kalau kamu baca guna speed boat).
Profile Image for Alia.
174 reviews
December 18, 2025
Buku ni ada 53 cerpen seram, so memang sesuai sangat untuk baca sikit-sikit. Especially sekarang ni hectic week, kerja banyak, otak penat — buku ni jadi macam rehat sekejap antara satu kerja dengan kerja lain. Baca dua tiga cerpen, tenang sikit, lepas tu sambung buat kerja balik.

Apa yang saya suka, cerpen dalam buku ni disusun ikut penulis, bukan campur-campur. So kita boleh nampak jelas stail setiap penulis. Ada yang terus kena dengan jiwa, ada yang okay-okay je, dan ada juga yang memang bukan vibe saya. Tapi itu yang buat dia interesting, sebab setiap penulis ada identiti masing-masing.

Saidee Nor Azam antara penulis yang banyak menyumbang cerpen dalam buku ni. Gaya beliau memang jenis novel Mastika — yang siapa pernah baca, akan terus tahu vibe dia macam mana. 

Oh ya, Ilham Mazalan — saya jumpa dan dapat tandatangan masa pesta buku haritu. Cerita dia selalunya tentang cinta dan ada vibe-vibe fantasi gitu... Best! Tak sabar nak baca novelnya.

Ada juga penulis lain yang pandai main ending dan 'weirdly interesting', yang pendek tapi twisty. Honestly, ini jenis cerpen yang saya paling suka. Tak semua cerpen melekat, tapi ada yang buat saya berhenti sekejap lepas baca dan fikir — which I really appreciate.

Overall, buku ni bukan seram yang buat susah tidur atau trauma lama-lama. Tapi sebagai bacaan selingan untuk hilangkan stress, ia teramatlah function.

Sesuai untuk yang suka cerpen seram pendek, twisty, dan nak baca tanpa komitmen berat.
Profile Image for Layli Chee.
119 reviews5 followers
December 29, 2025
penakut tapi nak baca buku seram? don’t be takut-takut. bacalah buku ini! seram meremang ada, seram comel ada, seram komedi ada.

jwanjii tak baca sorang tengah malam, jwanji tauuuu
Profile Image for Starlit Stories by S.
101 reviews1 follower
January 25, 2026
Siri Seram Tengah Malam. Masa tu, tengah malam. Baru baca nama Saidee Nor Azam dan ayat pertama, terus tutup. Tukar strategi, baca waktu siang. 7 penulis dengan 53 cerita seram, mantap sekali bilangannya. Ni lah buku kompilasi cerita terbanyak pernah aku baca. Selalunya max 20 je. Dengan barisan nama penulis prolifik seperti Ilham Mazalan, Rizal Ramli, Helmy Effendi menghasilkan keterujaan berganda, di samping rasa seram. Pertama kali baca karya Aliff Mustafa, rasa nak cari cerita beliau yang lain as his stories are surprisingly good and ada cerita dari Singapura. Sama juga dengan penulis Farrah Izzlorna, ada tanda-tanda TBR aku bakal bertambah. Kugiran Darah ada karya lain lagi tak? Mana nak cari. Punyalah best Siri Seram Tengah Malam ni sampai tak perasan, tahu tahu je dah habis baca 53 cerita.

1. Cuak nak baca Rumah Sewa Murah dalam rumah.
2. Jenazah Seberat Batu! memaparkan pengalaman seram penulis.
3. Bilik Tinggal buat aku rasa nak baca Sate untuk Jembalang.
4. Analogi Star Wars dalam Hijab, menarik.
5. Klinik 24 Jam menyajikan kerenah pakcik sakit kepala.
6. Tingkat Lapan ada Grim Reaper ;(
7. Rasa nak beli Kisah Seram Malam Jumaat lepas baca Hantu Raya.
8. Kalau aku tau jalannya kat mana, aku pun nak elak Kemalangan.
9. Kagum dengan kehebatan ilmu Pawang Nong dalam cerita Orang Minyak Lawan Pawang Nong.
10. Pejabatku Berhantu? Haa seram gak la baca kat opis.
11. Aku rasa Nenek Kebayan tu bebel sebab penulis berembun kot lol :D
12. Exit Highway I perih ;(
13. Faith in humanity restored in Exit Highway II.
14. Wasiat Tok Guru got me like, "eh apeni?!"
15. Berat cobaan Dani dalam Wasiat Tok Guru II.
16. Dani memang berani, segalanya terserlah dalam Wasiat Tok Guru III.
17. Tapi aku terkejut sangat dengan plot Wasiat Tok Guru IV.
18. Ruang Tamu Lewat Pagi mengingatkan aku pada 1 telemovie seram bertajuk Skrip.
19. Kucing Aku, Spoof mengisahkan seorang tua bernama Tok Mah.
20. Tujuh Kali Masuk buat aku cari video misteri 7 Eleven.
21. Teringin nak tahu pengalaman perempuan baju putih di Jalan Mati ;(
22. Midnight Movie is a beautiful story, in a way.
23. Penumpang Malam nak pergi Kampung Tanjung Genting pulak.
24. Kotak Jin Yahudi mendedahkan bahana Dybukk Box.
25. Penghuni Lif I awal-awal buat aku tertanya, Lydia hantu ke manusia?
26. Penghuni Lif II memilukan jugak ;(
27. Semua takkan terlepas daripada menjadi Penghuni Lif III.
28. Cara nak jumpa Tok Itam dalam 1000 Tahun unik betul.
29. Sedihlah hikayat Nina Di Bawah Pokok Besar ;(
30. Sembelih mencoretkan riwayat Tok Aji.
31. Buat craving je baca Nasi Kerabu.
32. Lolongan Angin menggangu Aina study.
33. Cerita Mata yang Merah Menyala agak famous.
34. Twist yang menghiburkan untuk Volkswagen Kuning.
35. Gelang Hijau dan Gelang Merah berkisar di hospital.
36. Tidak ada yang manis pada Senyuman Lia.
37. I wish I have Reboot button also haha.
38. First time baca konsep cerita macam Countdown, kreatif.
39. Slender Man basically urban legend sekitar tahun 2009.
40. Rumah Azim cerita pasal rumah lapar.
41. Dont talk to stranger or else... jadi Anak Patung.
42. Facebook Si Mati kena hack ke atau...?
43. Kiamat dari Gua probably makhluk kosmik.
44. Aku suka kelainan jalan cerita Bunian Kuala Balah hahaha :D
45. Anak Kecil Kuala Lumpur just nak cari makan.
46. Siapa yang Hilang Segalanya? Rahim atau Elina?
47. Jangan Buka Pintu nanti dia masuk.
48. Tolong Lepaskan Saya menyingkap rahsia krim muka.
49. Ada apa dengan Pukul Tiga Pagi.
50. Saka I tak boleh kena maki.
51. Saka II menimbulkan debaran padaku yang sedang bekerja shif malam.
52. Tiktok I menghubungkan kita dengan Vilhelmina from German.
53. Tiktok II berakhir dengan tragis.
Profile Image for Lil red reading book.
194 reviews
February 13, 2026
Kompilasi siri siri seram daripada penulis penulis mahakarya..

ada yang seram ada yang kelakar.

not bad actually. masih berfikir 3.8-4✨ really suits this book
Profile Image for bookmehnia.
357 reviews19 followers
May 1, 2026
(24/2026) 3.5/5🌟 Supernatural/Mistik (Fiksi) | 223 ms

Semasa kecil dahulu, semasa keluarga saya masih bermastautin di selatan tanahair, kami boleh menonton siaran televisyen dari negara Singapura, dan antara kegemaran kami ialah siri ‘𝘚𝘪𝘯𝘨𝘢𝘱𝘰𝘳𝘦 𝘎𝘩𝘰𝘴𝘵 𝘚𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴’ (yang juga ada di dalam terbitan siri buku), di samping siri drama ‘𝘛𝘩𝘦 𝘛𝘸𝘪𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘡𝘰𝘯𝘦’ yang disiarkan di saluran tv tempatan, RTM TV2, kalau tidak silap saya.

Saya juga masih ingat drama siri seram tempatan yang ditaja oleh produk Zaitun yang ditayangkan di RTM TV1, tentang kisah mistik seram juga antara kegemaran kami sekeluarga. Setiap episod pasti akan disampaikan cerita berlainan. Saya ada ingat satu adegan sebuah keluarga makan mi goreng yang rupanya bukan mi 🥴. Sebuah lagi drama yang tidak boleh saya lupakan ialah, ‘Siapa Bunuh Alice’. Saya ingat lagi BTSnya, bila ditemuramah, pelakon-pelakon sendiri tidak tahu kemuncak plot dan siapa pelakon yang memainkan watak pembunuh bagi menambahkan lagi elemen saspen. Pelakon yang melakonkan watak Alice ialah dramatis Alice Voon.

Saya rasa zaman kecil saya juga penuh cerita penglipur lara dan 𝘶𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘭𝘦𝘨𝘦𝘯𝘥 yang disampaikan melalui penceritaan mulut ke mulut yang menjadi makanan hiburan apabila kita sekeluarga duduk bersama-sama sambil berbual kosong. Arwah nenek saya pernah bercerita, semasa abah saya masih kecil, dia ada berjumpa dengan orang yang bertubuh besar dan tinggi ada di depan rumah mereka. Juga kisah 𝘣𝘪𝘨 𝘧𝘰𝘰𝘵 yang kononnya ada dijumpai di laluan jalan kampung untuk warga sekolah saya pulang ke sekolah berasrama kami, khususnya mereka yang bergerak dari selatan tanahair.

Semasa saya berada di tingkatan tiga, sekolah saya pernah digemparkan dengan kehadiran orang minyak di asrama puteri. Kami pelajar perempuan terpaksa tidur bergilir-gilir untuk keselamatan dan saya masih ingat saya berjaga sambil memegang raket tenis dalam ketakutan waktu itu. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk terjadi. Kita sedia maklum, makhluk-makhluk ini memang wujud cuma tidak ternampak dek pandangan mata, orang kata hijab kita tidak terbuka. Wallahualam. Namun, kuasa Allah melebihi segala-galanya.

Saya ini memang penakut orangnya tapi saya suka mendengar dan membaca cerita dan kisah sebegini. Keluarga saya suka membeli dan membaca majalah Mastika suatu ketika dulu. Jadi, semasa saya nampak buku ini di Popular, dan setelah membelek sekali lalu, saya memang terus menyambarnya 😅. ‘Siri Seram Tengah Malam’ ini menghimpunkan cerita-cerita pendek karya penulis-penulis yang kita mungkin kenal antaranya, Helmy Effendy dan Ilham Mazalan. Menariknya, cerita-cerita yang dihimpunkan bukan sahaja ber𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦 seram dan misteri, tetapi ada juga yang mempunyai ciri-ciri sai-fai, fantasi dan mungkin memerlukan sedikit penaakulan dalam dan di luar kotak fikiran kita?

Di dalam banyak-banyak cerita yang dihimpunkan, saya lebih tertarik dengan cerita-cerita pendek nukilan Saidee Nor Azam yang menjadi penulis pertama menghimpunkan cerita-cerita pendek beliau dalam buku ini, kerana cerita-cerita yang ditulis adalah lebih kepada mistik dan seram, serupa dengan cerita-cerita hantu yang nenek moyang kita pernah sampaikan dahulu. Penulis banyak menggunakan kata ganti diri pertama dan meletakkan diri penulis yang berada di dalam cerita, menambahkan lagi rasa takut dan kecut hati, seolah-olah kita mendengar cerita-ceritanya dari mulut penulis sendiri.

Kesemua cerita yang ditulis menggunakan laras bahasa yang tidak terlalu formal dan tidak juga terlalu kasual, dan tidak terlalu santai seolah-olah kita melayari 𝘛𝘩𝘳𝘦𝘢𝘥𝘴 🤭. Bahasanya sesuai dengan 𝘨𝘦𝘯𝘳𝘦 cerita, membuatkan pembaca boleh jadi seram sejuk ketika membacanya. Terus-terang saya katakan, saya tidak berani membuka buku ini ketika berada seorang diri di rumah, nanti mulalah fikiran saya menerawang dengan sangat kreatif 🥴😅.

Nasib baik juga saya bertindak sedemikian, kerana boleh tahan juga cerita-ceritanya. Walaupun ramai orang di rumah ketika saya membacanya, naik juga bulu roma dan tengkuk saya. Sudah lama tidak membaca cerita-cerita seumpama ini, terkadang terimbas semula zaman kanak-kanak dan remaja, eh? Macam baca buku cerita cinta pulak 🤭. Sekiranya anda juga ada minat seperti saya, bolehlah dapatkan buku ini, untuk dijadikan bacaan ringan dan santai? Namun saya rasa bahan bacaan ini lebih sesuai untuk pembaca matang. Tapi, ingat! Jangan baca bila anda berada seorang diri 😉. Usah biarkan diri anda diselubungi misteri.

#justreaddontbawang #bookmehnia #April2026 #2026reads #AprilReads #AprilTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #siriseramtengahmalam #panelpenulismahakarya
Profile Image for Dalilah Izzatie.
68 reviews
February 15, 2026
Mula-mula grab buku ni sebab kita kombo dengan Tragedi Ulek Mayang. Tapi start baca ni dulu sebab ia adalah cerpen (short stories). Kira macam tak terikat sangat la penceritaan tu sebab nak baca dalam keadaan otak yang santai. Tapi kan… tapi kann… cerita dari Saidee ni kan mostly dari pengalaman dia sendiri atau orang terdekat. Bukan rekaan! Sisturr re-read part hantu banyak kali sambil analisis.. Cer bayangkan jumpa, wow menarik ni.. Hahaha tapi ada je yang part tak mau jumpa (eeiii yang tak sanggup tengok tu la).

Semua ada 54 cerita dari enam penulis Mahakarya. Ada yang bersambung-sambung cerita dalam tu. Tapi yang masih menimbulkan kemusykilan ialah cerita ‘Wasiat Tok Guru’. Kitanyoo overthinking ni. Hahaha dok memikir, abis tok guru dia ni benar atau tidak. Ajaran dia betul ke tidak? Adakah dia dah mewarisi?

Yang lawak dalam banyak-banyak cerita ialah cerita ‘Penghuni Lif’. Gaisss, dia buat geng weyh. Agaknya kehidupan dioranag ni lonely sangat kot so bila member baru masuk, terus diraikan dan buat geng. Macam ‘hidupku rupanya bermakna’. Adui kelakar kelakar.

Tapi yang tajuk ‘Tiktok’ sangat sesuai bagi dekat budak-budak yang tak boleh berengang dengan henfon. Kasi trauma sikit! >_< Biar lepas baca cerita Tiktok makin terkawal sikit obsession terhadap phone tu.

Overall bahasa digunakan simple, mudah faham dan buku ni boleh buat selingan sebab tak berat sangat.
Profile Image for Thea (HereTheThea).
79 reviews
January 17, 2026
Sebuah kompilasi cerpen dan anekdot seram dari 7 penulis yang sangat baik. Lepas aku baca beberapa cerpen & anekdot, aku rasa macam aku melepak dengan kawan di kedai makan pada waktu malam sambil mendengar cerita mereka. Aku boleh dengar mereka berkata, "Nak percaya atau tidak, itu pilihan kau. Aku nak luah semua ni & mungkin kau boleh ambil ikhtibar dari cerita ni." Penulisan setiap cerita sangatlah santai & straight to the point, mungkin kepada para pembaca yang ingin mulakan bacaan genre seram, bolehlah mulakan bacaan anda dengan buku ini supaya anda dapat biasakan diri dengan keseraman & rasa geli.

Cakap tentang straight to the point, setiap cerita dalam buku ini senang difahami walaupun pendek sahaja tetapi impak selepas membaca setiap satu membuatkan aku tertanya apa terjadi selepas ini, adakah aku akan jadi seperti mereka? TAKUT! SERAM! Walaupun ceritanya pendek, anda akan rasa terpinga-pinga selepas menghabiskan cerita tersebut. Janganlah sampai terbayang kau dalam situasi itu pula, risau aku dengan imaginasi kau ni, ish!

Adakah buku ini seram? Bagi aku, tahap keseraman buku ini aku bagi 2/5 bintang sahaja, secara peribadinya, tahap keseraman setiap cerpen & anekdot dalam buku ini hanya buat aku terbeliak mata tapi bulu romanya tak naiklah & aku teruskan dengan kehidupan aku. Beberapa karya yang ada dalam siri ini sebenarnya aku pernah dengar tapi dalam pelbagai versi (biarpun secara lisan atau dalam bentuk permainan video).

Tapi satu sahaja isu: aku cepat muak dengan penulisan setiap penulis terutamanya penulis yang pertama yang mengandungi 14 cerpen & anekdot. Aku ni sukakan variasi tetapi mujurlah tema setiap cerita itu berlainan. Aku tiada isu dengan susunan cerita mengikut penulis sebab lebih senang untuk mencari karya-karya mereka dengan cepat sebagai rujukan.

Cerpen/anekdot kegemaran aku dalam buku ini (tidak ikut giliran):
- Midnight Movie
- Penghuni Lif I - III
- Reboot
- Countdown
- Tolong Lepaskan Saya
- TikTok I & II
Profile Image for Hidayah Fauzi.
181 reviews3 followers
April 7, 2026
Antara buku seram saya rekemen pada peminat kisah seram walaupun ada kisah tak seramnya juga 🤣 Ada yang geram. Tapi kebanyakan seram. Ada yang kita dah pernah dengar tapi bila baca balik terasa seronok dan segar. Mungkin kerana tulisan mereka yang bagus. Boleh nampak beza gaya penceritaan setiap penulis. Tapi semuanya tetaplah bestttt. Terima kasih semua. I like :)
Profile Image for Mommy Farah.
365 reviews14 followers
May 3, 2026
Banyak kisah seram pendek yang dikongsikan, ringkas tetapi cukup untuk meninggalkan rasa seram.
Profile Image for Bella.
25 reviews
March 15, 2026
‼️ Review may or may not contain spoilers
✏️ horror

Gabungan 7 penulis hebat yang bernaung di bawah Mahakarya, menghasilkan 53 cerita pendek versi seram. Eh tapi sabar sekejap, tak semua cerita seram buat saya menyorok bawah selimut hehehe. Ada yang buat tersenyum sebab kelakar. Tapiiii, ada juga yang kalau boleh taknak bacaa sebabb takutt. Bertenggek, merangkak, mengesot - apa je bentuk wujud ‘mereka’ yang tak disebut dalam kompilasi siri tengah malam nii.

Cadangan asal sebelum review, kononnya nak attach sekali gambar tapiii takpelah. Saya mundur tanpa sempat mencari. Takut heheheh

Melalui kompilasi ni, saya nampak gaya penulisan yang berbeza-beza dalam setiap karya. Setiap penulis, ada identiti mereka tersendiri dan secara tak langsung bagi pengalaman menarik sewaktu baca. Tapi, paling suka sebab sesetengah penulis ada selitkan pengalaman sebenar penulis atau orang terdekat. So, meremanglah jugak yeee walaupun 2 3 saat hshshsh

Mungkin disebabkan buku ni cuma kompilasi cerita pendek, ada cerita yang buat saya agak tertanya kerana tempo yang laju. Tapiii,
tidaklah takde cerita yang buat saya terngiang-ngiang dekat hujung katil ahahahah.

Untuk korang yang cari bacaan ringan yang seram level suam suam kuku, sayaa memang suggest untuk baca siri tengah malam. Kalau tak procrastinated macam sayaa, sekelip mataaa boleh habiskan. Tapii nasihat saya kalau nak mulakan bacaan, mulakan dengan pandang sekeliling sebab takut ada yang memerhati 👀

Overall, saya rate 3.5 out of 5. Bukan sebab tak best jwanjih, tapiiii sebab pendekk sangatt hshsh (Tak padan dengan penakut, siap request panjang lagi ni hshshsh)

Dan saya rasa ada beberapa penulis yang gaya penulisan dia kurang kena dengan preference saya, tapi apapun still enjoy
Displaying 1 - 15 of 15 reviews