PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur gempar apabila ramai penonton persembahan seni kebudayaan dan tarian kerasukan serta histeria! Semuanya gara-gara persembahan tarian dan pementasan Ulek Mayang dengan menggunakan mayang kelapa serta alunan lagu yang dikatakan berhantu itu. Sewaktu kejadian, penulis novel seram, Seth Danish yang turut ada di tempat kejadian terpanggil untuk mengkaji dan mencari punca kenapa lagu Ulek Mayang menjadi lagu yang paling berhantu sekiranya dimainkan.
Suatu malam, Seth Danish telah menerima panggilan misteri yang disangka rakannya, menyuruhnya agar pergi ke Pulau Kapas, Terengganu. Ini kerana di sana ada seseorang yang tahu cerita serta asal usul tujuh puteri yang sebenarnya dan mampu membantu Seth Danish dalam membongkar rahsia sebenar Ulek Mayang.
Ketika di Pulau Kapas itulah, Seth Danish telah melalui pelbagai perkara mistik dan pelik setelah menemui lelaki tua yang aneh. Ini termasuklah mengembara ke dunia astral dan tanpa sedar, dia telah kembali ke zaman yang pada waktu itu, manusia masih berkiblatkan semangat animisme dan menyembah dewa dewi. Seth Danish akhirnya telah menjadi saksi kisah legenda Ulek Mayang dan bagaimana ia bermula. Namun, adakah Seth Danish dapat kembali ke dunia asalnya dan berkongsi sejarah tujuh puteri serta Ulek Mayang kepada umum atau Seth Danish mungkin kekal pada zaman kelahiran Ulek Mayang itu buat selama-lamanya?
Before start baca, F memang amalkan baca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi + 3 Qul dulu just to calm the heart and mind.
Betul macam readers lain cakap, permulaan cerita agak seram dan penuh suspense. That uneasy feeling? It's there tau. Cepat² F baca ayat Kursi.
But once masuk part time-travel, trust me your curiosity level will naik berganda². Karya ni such a page-turner.
Walaupun F dah mengantuk lepas makan ubat allergy, F tetap tahan mata sebab F memang suka cerita berunsur sejarah especially bila ia diinspirasikan daripada kisah benar.
Cerita ni merujuk zaman sebelum kedatangan Islam, ketika masyarakat memuja lautan. Kisah pertemuan Awang dan Sari dan misteri 8 puteri yang buat F tertanya² siapakah sebenarnya puteri ke-8 itu?
F tak nak spoil banyak tapi kalau nak tahu kebenaran sebenar... you have to read it yourself
Kisah Awang dan Sari ni open ending. F dah boleh agak siapa "tok" tu. Tapi the way it's revealed memang F rasa wow
Sepanjang bacaan, F langsung tak jumpa typo. F sangka perkataan bujuk dan merah padma tu typo... rupanya memang wujud dalam kamus. Gigih tau F cari
Overall, a solid, intriguing read.. creepy at first, curious till the end. Highly recommended for those who love history + mystery vibes
Kisah ini berkisar tentang Ulek Mayang bila kita baca keseluruhannya. Apa yang pasti, buku ini sangat berinformasi. Sesiapa yang meminati sejarah mungkin akan menyukai buku ini. Elemen seram hanya sekitar 10% sahaja, itu pun pada awal cerita. Selebihnya lebih kepada sejarah, misteri, time travel, fantasi, cinta tiga segi dan kekeluargaan.
Kita akan dibawa ke Era sebelum Islam tersebar ke Tanah Melayu.
Ada 2–3 kesilapan ejaan, lebih kurang di halaman 203 dan 330… nak cari semula memang malas sebab buku ini tebal. 😅 Banyakkan bersabar kalau anda bukan peminat sejarah.
Saya persoalan sedikit: Buku ini tentang watak Awang dan 8 Puteri. siapa yang dah baca nanti jangan lupa kongsi pendapat. Saya masih cuba menghadam kerana kisah Sari dan Awang berakhir secara open ending. Persoalan saya ialah, adakah kisah Sari–Awang ada kaitan dengan keluarga Sufi? Kalau ya, maka saya dah ada jawapan untuk diri sendiri.
Saya beri skor 5.0 sebab saya memang peminat sejarah dan buku ini sangat bermaklumat. Saya faham usaha penulis cuba blend pelbagai unsur supaya terhasil sebuah kisah.
Plot yang diingati: even kalau kau raja kayangan pun… isteri tetap orang yang paling ditakuti. Nasib baik dia tunjuk juga kuasanya sebagai raja. Kalau tidak, memang saya dah give up. 😆
Permulaan cerita bercampur elemen seram sikit sahaja dan slow pace kerana banyak informasi. Jadi teruskan membaca kalau nak tahu kisah Ulek Mayang sampai habis. Betul atau tidak kisah ini, saya tak pasti, tapi buku ini tetap sangat menarik untuk dibaca. Saya beri 5 bintang.
Tragedi Ulek Mayang membawa kita lebih mengenali asal usulnya. Melalui watak Seth Danish sebagai penulis yg mengkaji sejarah Ulek Mayang asal negeri kelahirannya, Terengganu. Banyak melalui hal mistik dan misteri. Banyak juga fakta yg disisipkan. Tapi, sejauh mana kesahihannya?
Dalam Seth Danish mencari kebenaran, dia telah mendapat satu visi. Membawa dia ke zaman lampau dan berada dalam susuk seseorang yg bernama Awang. Dari sini kita tenggelam dgn kisah cinta terlarang diantara manusia dan makhluk di sebalik mata.
Kita disajikan zaman yg begitu kebelakang. Awang yg akan bertemu dgn puteri kayangan. Malah pergelutan di laut yg penuh misteri. Ada juga makhluk yg menakutkan menanti di lautan. Pada masa itu, bermacam kepercayaan yg mereka puja. Ini kerana kisah berlaku sebelum kedatangan Islam.
Saya sangat mengagumi kisah ini. Ceritanya seakan benar dan hidup. Hanya penulis yg mampu rungkaikan. Setiap helaian saya baca penuh teliti. Seperti sejarah yg ditulis dalam cerita yg melekakan.
Buat peminat cerita seram dan mistik, buku ini yg sesuai kerana punya unsur kebenaran. Penulis juga sediakan surah pendinding sebelum memulakan cerita ini. Semoga yg membaca diberi perlindungan dan satu rasa yg tidak ada di mana2 buku. Selamat membaca!
Tragedi ulek mayang menceritakan tentang seorang penulis novel seram iaitu Seth Danish yang ingin mencari informasi tentang asal usul sebenar ulek mayang. Pencarian membawanya berjumpa dengan seorang pakcik yang dikatakan 'gila' oleh penduduk sekeliling iaitu pakcik Manang. Disinilah bermulanya pengembaraan seorang penulis ke masa lalu, dimana sejarah tujuh puteri dan bagaimana ulek mayang bermula...
Ok kalini kita nak review pendek² je malas nak review panjang², tapi kalau terpanjang tu please know that saya tak plan pon HAHAHAHA.. I honestly think the storyline was very great! Mula² sebelum baca tu kan kita rasa buku ni seram sangat sebab sampai ada yang kena gangguan time baca, tu yang takut sikit nak mula tu. 😭 Sekali..... Nohhh tak takut sangat pon alhamdulillah nasib baik saya selamat daripada gangguan sewaktu membaca.. sebelum baca saya baca segala jenis surah yang saya tahu.😆
Rupanya bila saya baca dan baca lagi.. The 'seram' cuma sub plot untuk buku ni... Selebihnya dia lebih kepada historical fantasy and time travel gitu.. Ada pasal ikan duyung kat sini tapi ia digambarkan seperti 'siren' oleh omputeh. Memang jenis makhluk yang pukau orang and then kalau masuk perangkap kena makan terus! Tapi orang kampung panggil makhluk tu puaka laut ke tak silap.. entahlah nak, kita lupa, dorang pula panggil benda tu dengan banyak nama so kita tak ingat sangat. 😈
Novel ni banyak info² pasal ulek mayang, bak kata rakan² buddy read saya 'dah macam buku sejarah' tapi storyline tetap best! Sampai at some point saya rasa macam cerita ni 'hidup' sikit bila baca. Overall saya sangat loveeee 😍 dengan buku ni!! Walaupun macam tercari² juga mana seramnya, tapi isokayyy cerita tetap MANTAP!!! Even though, sometimes character awang and puteri sulung tu menyebalkan 😌 tapi tetaplah enjoy membacanya hehehehe... 🙈
Do I recommend this book? A MILLION YESSSSS PLEASE!! 🔥😩 Baca² korang!! Tapi sebelum baca make sure y'all baca segala surah yang korang tahu okay? Sebab buku ni pun sepertinya diceritakan daripada kisah benar. So make sure tak serap any bad energy waktu baca ~ 👻 Highly Recommended 🔥
Terus terang cakap, saya puas hati dengan buku ni. Memang best dan tak boleh berhenti menyelak helaian demi helaian. Tak sampai sehari pun saya dah habiskan baca! 😎
Sebelum mula membaca, saya ikut saranan penulis. Saya baca potongan ayat surah yg disediakan, ditambah dengan surah 3 Qul dan Ayat Kursi. Alhamdulillah, sepanjang membaca sampai habis, takda apa2 gangguan.
Dari segi genre, buku ni gabungan seram, fantasi sejarah dan time travel. Tapi pada saya, unsur seram tu sedikit je. Buku ni jauh lebih kuat pada fantasi dan sejarah, dengan elemen mistik sebagai pelengkap.
Elemen time travel iaitu cerita bergerak dari dunia moden ke zaman silam tu kemas dan tak mengelirukan. Terasa seolah2 saya sendiri berada di situ.
Tahu tak, bahagian gambaran masyarakat zaman sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu.. walaupun ketika itu mereka masih memuja lautan dan roh, tapi pengolahan penulis tentang fitrah manusia yg tetap mencari Tuhan itu sangat menyentuh hati.
Saya juga suka bagaimana penulis selitkan banyak info tentang Terengganu. Budaya, latar tempat dan perkara kecil yg buat cerita terasa hidup. Contohnya, bila disebut tentang makanan celup tepung seperti bayam, cendawan, udang, ikan. Terus teringat kenangan saya ke Terengganu semata2 nak 'hunting' celup tepung. Sedap! Terus rasa nak pergi lagi… (walaupun sebenarnya baru je pergi bulan 12 lepas). 😆
Cuma... Sakit hati saya tengok perangai Awang yg mementingkan diri sendiri tu! Dahlah gagap satu hal, tapi yg paling saya tak boleh terima bila dia sanggup buang keluarga sendiri hanya sebab mabuk cinta dengan Puteri Sari.
Rasa macam nak masuk dalam buku dan bagi sedas dekat dia supaya sedar sikit!
Seolah2 dia ketepikan kewarasan akal dan keselamatan diri sendiri hanya untuk mengejar cinta yg belum tentu hujung pangkalnya. Dan ya… padan muka Awang. Nak sangat kejar cinta dengan makhluk alam sebelah tu kan. Haa, rasalah hidup lama tapi tetap menua. Puteri Sari pula? Masih muda dan cantik. 😌
Oh ya, satu lagi perkara menarik, saya dapat ilmu perkataan baharu daripada buku ni. Perkataan bujuk dan merah padma. Rupa2nya "merah padam" yg kita selalu guna tu salah, yg sebetulnya ialah merah padma.
Sepanjang pembacaan, banyak persoalan timbul dalam kepala. Tapi yg buat saya puas hati, semuanya terjawab bila sampai ke penghujung cerita. Tak rasa tertinggal atau tergantung.
Keseluruhannya, terima kasih dan tahniah kepada penulis kerana sudah menulis kisah ini! Sangat berbaloi untuk dibaca! 💯✨
Mbaca kisah penulis yang mengalami kesakitan selepas siap menulis novel ini membuatkan perasaan ingin tahu. Memang berhantu serious. naskah yang seronok membacanya, tetapi terasa meremang ntah knp
pada awalnya, saya menyangka Tragedi Ulek Mayang merupakan kisah seram sepenuhnya. namun, naskhah ini sebenarnya lebih kepada fiksyen fantasi yang disulami elemen seram, mistik dan sejarah, khususnya berkaitan lagenda Ulek Mayang dan sejarah Terengganu. walaupun tidak pasti sejauh mana kebenaran lagenda tersebut, penceritaannya indah dan meyakinkan, malah membuka ruang untuk saya mengenali kisah-kisah sejarah dan budaya tempatan dengan lebih dekat.
kisah ini terasa hidup. terutamanya melalui konflik dan persengketaan puteri-puteri yang menjadi nadi kepada tragedi ini. pendedahan beberapa watak berjaya mengejutkan saya walaupun terdapat bahagian yang menimbulkan persoalan, namun ia tidak merosakkan pengalaman membaca. sebaliknya elemen misteri itulah yang membuatkan pengalaman membaca menjadi lebih menarik.
gaya penulisan penulis kemas dan mudah diikuti. penceritaan yang melibatkan dua garis masa serta dua dimensi disusun dengan jelas dan seimbang. bahagian yang menyentuh kisah silam dan lagenda sebelum kedatangan Islam menjadi antara aspek yang paling saya hargai.
secara keseluruhan, novel ini mengingatkan bahawa tidak semua perkara yang kita dengar atau warisi harus diterima bulat-bulat. dalam pencarian kebenaran, manusia sering terperangkap antara rasa ingin tahu dan ketaksuban—sedangkan hakikatnya, Allah Maha Mengetahui dan tidak semua perkara ditakdirkan untuk difahami sepenuhnya oleh akal manusia.
sejujurnya mula tu saya berdebar nak start. awal-awal lagi penulis dah cakap baca ayat pendinding semua. tapi alhamdulillah setakat ni masih selamat, tiada gangguan. terima kasih Allah.
satu je saya tak puas hati. eh ok dua. kenapa awang gagap? and satu lagi kenapa ending dia gitu? apa jadi dengan awang dan sari? i need more !!! and pertemuan seth dengan encik saberi tu memeningkan saya. maksudnya apa? semua ini mitos? atau semua ini rekaan semata-mata. sebab dia explain last tu oh - rekaan. aku cam eh? so saya perlukan clarification.
seram? takde pun. lebih kepada mendebarkan. more kepada fantasi bagi saya. menarik sebab saya belum pernah baca kisah pasal duyung, kerajaan kayangan bawah lautan ini versi melayu. so saya happy.
yang tak happy awang tu gagap eh emosi lah ek. ok tu je. finally saya dapat baca one of most anticapated read this year yeay !!
Tragedi Ulek Mayang bukan sekadar kisah seram namun ia menceritakan kebenaran dan asal usul kisah ulek mayang yang dipesongkan oleh segelintir masyarakat.
Alkisahnya bermula apabila berlaku kekacauan dan kerasukan histeria gara-gara persembahan tarian ulek mayang di pesta buku PBAKL. Peristiwa tersebut mencetuskan ilham dalam fikiran Seth Danish yang merupakan penulis novel seram untuk mengkaji kewujudan asal usulnya ulek mayang.
Sejujurnya expectation saya mungkin terlalu tinggi sebab saya teringinkan sesuatu yang seram atau gore. Namun disebalik kekecewaan, saya dapati saya terlalu asyik dan terawangan dengan kisah antara awang dan tujuh (lapan) puteri kayangan. Gabungan sejarah lama dan juga time travel yang menarik diri saya tanpa saya sedar buku ni dah tamat.
Bila kita jangkakan buku seram, saya tak pernah terfikir akan ada element romantik dan paling teruk cinta tiga segi. Sesungguhnya tingkah laku si Awang memang boleh buat para pembaca geram dan darah tinggi walaupun saya ni sebenarnya kurang darah🤣 Pada awalnya saya jatuh cinta dengan si Awang disebabkan orangnya yang petah berkata, sopan, matang *bla bla bla proper name~ Namun, selepas sahaja dia berjumpa dengan wanita yang cantik dan special (sbb dia bukan manusia) makin lupa daratan mengalahkan si Tanggang. Hilang sudah sifat yang saya nampak pada awal cerita. Makin saya baca, makin banyak saya belajar apa itu erti kesabaran. Tidaklah saya nak salahkan si Awang 100% tapi bak kata Nakhoda Kapal Aryasena:
"𝘽𝙤𝙙𝙤𝙝! 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖, 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙗𝙪𝙩𝙖."
Namun apa yang saya suka sangat semasa baca buku ni adalah latar belakang Terengganu. Betapa rindunya saya dengan suasana disana maklumlah baru sahaja habis belajar🫂 Tambahan lagi, saya suka babak semasa Awang di Kapal Aryasena. Boleh dikatakan saya tidak expect akan ada scene anak2 kapal kena serang dengan hantu laut? Maafkan saya kalau salah😌
Watak Nakhoda menjadi salah satu highlight cerita ini kerana melalui atuknya menjadi penyebab wujudnya amarah Puteri Kelapan. Dari sini, saya dapat pelajari bahawa manusia tidak lari daripada perasaan tamak dan haloba, namun itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Dan juga, honourable mentioned; saya suka watak rakan si Awang, Embong dan Leweh😆
Akhir kata, saya memang sarankan buku ini, lebih-lebih lagi kepada peminat historical fiction dan time travel. Walaupun tiada unsur seram, disarankan sentiasa banyakkan doa supaya mantera tidak mengganggu semasa membaca. Adakah ini cerita benar? Hanya penulis yang tahu…
Buku ni first impression for me menarik. Cover dia agak attractive and peringatan di page depan tu really caught my attention.
Novel ni tak seram sangat, di awal2 tu ya ada tapi start masuk penceritaan Awang dan 7 puteri dia tak seram dah, part ending dia ada seram sikit.
Macam boleh agak dah siapa Pak Manang tu sebenarnya bila dia nk Seth masuk dunia lain, cuma terkejut jugakla ending dia tu 😅
Kisah Awang dengan 7 puteri esp dgn Mayang Sari ni mcm open ending la kot kan betul tak? Sanggup meredah lautan semata mencari cinta hati gitu Lepas tu at the end of the book tu buat saya ragu jugak eh ni cerita real ke tak eh?🤣🤣
Ingatkan penulis nk sambung lagi cerita Sufi dan maknya tp dihujung tu sikit je. Dalam cerita buku ni pun ada nasihat mcm ‘org tamak selalu rugi’.