Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kairos #1

Kairos: Takhta Milik Aku

Rate this book
Tuanku Arzel, digelar Kairos—Jeneral Agung yang dingin, tajam dan digeruni musuh. Namun jauh di sudut hati, persoalan tentang ajaran Dewi Athenna mula merobek jiwanya. Keraguan itu bukan sekadar mencabar kepercayaannya, tetapi juga menggoncang kedudukannya di istana.

Pertemuan dengan Azara, gadis marhaen yang berani dan penuh rahsia, memberi kehangatan yang tidak pernah dirasai. Tetapi ketika takhta tiba-tiba beralih ke tangannya selepas kemangkatan Raja Raphello, Tuanku Arzel berdepan pertarungan yang lebih berat daripada peperangan; antara akur dengan tradisi atau mencari kebenaran tentang Tuhan yang sebenar.

“Aku harap aku boleh memeluk ajaran itu tanpa nyawa aku diancam.”—Tuanku Arzel

‘Semoga aku juga boleh ada bersama-sama dengan kau waktu itu … Kai.’—Azara

Apabila identiti Tuanku Arzel terbongkar, Azara terhimpit dalam dilema—mampukah hubungan seorang rakyat bawahan bertahan di sisi pewaris takhta Adoria?

Sedang pemberontakan mula menggugat empayar, mampukah seorang raja memilih jiwa dan kebenaran, tanpa mengorbankan takhta?

378 pages, Paperback

Published September 1, 2025

1 person is currently reading
16 people want to read

About the author

Aisyahros

19 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (18%)
4 stars
4 (36%)
3 stars
5 (45%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,093 reviews203 followers
December 20, 2025
Volume 1 feels like the calm before the storm.

Kalau cari fast-paced romance, this might feel slow. You all akan rasa pening dengan banyak watak pada permulaan sebelum you all kenal semua.

This book is not your typical romance. Ini cerita kuasa, takhta, kepercayaan dan mencari siapa yang berkuasa tentang alam semesta.

Yes more ke cerita political. Political-heavy stories aren’t usually my thing. But if the politics are closely tied to history like when F read stories set in Scotland, F actually enjoy them.

Kairos @ Azrel naik takhta bukan sebab dia nak tapi sebab takdir. Kai ni dia nak kehidupan yang tenang.

F boleh rumuskan cerita vol 1 ni dari seorang jeneral ke raja yang penuh tekanan, politik istana, pengkhianatan dan persoalan siapa yang boleh dipercayai.

Azara berani dan mysterious in her own way. Dia berdarah raja jugak. Disebabkan sesuatu terjadi pada family dia, Azara benci kerabat diraja.

Kehadiran Azara membuka pintu hati Kai. Kai ni jenis bila orang buat salah, dia akan bunuh or serah pada ayahanda dia. But one day, dia lepaskan pengkhianat tu.

F suka conversation between Kai dan Rahib Paine. Ada sahaja hujah yang Kai patahkan kata² Rahib Paine.

Kerajaan Adoria mereka ni bertuhan kan Dewi Athenna. Kai je tak mengaku tu yang buat Rahib Paine marah dengan tindakan Kai.

Kedatangan kerajaan Al-Qaaid buatkan debaran semakin cemas.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
December 7, 2025
personal rating: 4.5/5 ⭐️

Tuanku Arzel/ Kairos ⚔️!!! Saya suka diaa! eh- watak dia! Jeneral Muda, Gagah? Perkasa? Dialah orangnya, apa yang dia buat super attractive tapi itu hanya side point. Saya suka bila dia yang sangat tenang mampu menakutkan musuh hanya dengan aura & pandangan dingin dia 🙏🏼 Lagi bertambah suka bila dia bijak berkata-kata. Tak putus asa untuk cari kebenaran pasal agama, the way dia berbalah dengan Rahib Paine sangat meremang! Tak mudah nak tundukkan dia tanpa ada kebenaran dan bukti.

Azara Derina. Gadis biasa? Mungkin. Dia juga bijak berkata-kata dan ada persoalan yang sama berkaitan dengan Agama. Watak dia tak banyak sangat dalam ni tapi pertemuan dia dengan Tuan Kai dah membuka satu kebenaran pasal diri dia. Saya harap watak Azara akan dikembangkan lagi dalam Kairos II.
_
Saya sangat suka olahan dari awal sehingga akhir, mula-mula persoalan kat kepala ni penuh tapi towards the end dah nampak samar-samar apa akan terjadi dan pada masa yang sama ada persoalan yang baru. Lagi mendebarkan bila masuk berkaitan Kerajaan Al-Qaaid, meremang habis.
.
Tema buku ni agak lain dari yang biasa saya baca especially dari ecahros, saya boleh kata dia sangat berani untuk tulis cerita berlatar belakangkan abad terdahulu lelebih lagi berkaitan dengan agama dan politik. Yang penting senang je nak faham! Applaud to you 💋
.
Mula m/s 283 je saya terus tak boleh stop, itulah part yang saya paling excited untuk baca lagi dan lagi! Overall, it’s a worth reading walaupun saya suka buku cinta tapi Kairos dah take place dalam hati saya tanpa ayat-ayat yang manis, dia datang dengan ayat yang menusuk ke jiwa je 🙂‍↕️
Profile Image for pumpkin .
43 reviews3 followers
December 21, 2025
3.6/⭐️

Historical, slight romance, betrayal

tw:physical violence and abuse

"Segala-galanya tentang jiwa, takhta dan tuhan"

- buku ni pace slow dan boleh dikatakan berat

aura yang dibawa oleh Tuanku Arzel wow tegasnya dia dan cara dia berkata2 tak kosong seolah-olah kata2 itu memang diucap sendiri oleh Arzel.

Rahib Paine takyah cakap asal nampak nama dia rasa nak benam dia tujuh kaki bawah tanah- Dia punya memaksa untuk orang ikut ajaran dia buat rasa nak debik2 je (the real setan yang membencikan kebenaran/kebaikan). I mean setiap orang kan diberi pilihan nak ikut ke tak? Lagi2 kalau memaksa siapa je boleh terima? plus setiap persoalan berkaitan dengan agama yang Rahib Paine anuti menimbulkan banyak tanda tanya buat Azrel tentang Dewi Athenna. Maka setiap kali itula Rahib Paine gagal kemukan jawapan yang memuaskan baginda.

slight romance: pertemuan antara Arzel dengan Azara tak banyak tapi mampu terukir senyum setiap kali scene mereka bersama.

tbh I suka dengan buku ni "tak kosong" sesuai dengan tagline @ kata2 aisyahros 'menulis untuk ummah dan moga luas maanfaatnya. Banyak kata-kata (lagi2 bila Kai berbual dengan bapanya) yang I setuju dan boleh jadikan pengajaran/panduan/peringatan untuk diri sendiri juga.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.