Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kairos #2

Kairos: Takdir Milik-Nya

Rate this book
Takhta yang pernah digalas Tuanku Arzel akhirnya dipulangkan kepada pewaris yang sebenar, namun ternyata keputusan yang diambil itu bakal menghancurkan segala-galanya di depan mata. Rahsia, fitnah dan pengkhianatan mula menjerat—hingga pilihan antara maruah, cinta dan nyawa tidak lagi mampu dielak.

Saat dirinya terpaksa berundur dan bersembunyi, Tuanku Arzel menemukan cahaya yang selama ini dicari. Sinar cahaya yang bukan hanya menenangkan jiwa, tetapi mampu membebaskan seluruh tanah airnya daripada kegelapan.

Azara pula, semakin terikat dengan dilema hati—antara dendam, cinta dan kepercayaan yang sedang mekar. Apakah hubungan antara Azara dan Tuanku Arzel sekadar harapan palsu, atau takdir sudah tertulis untuk menyatukan mereka di jalan kebenaran?

“Aku nak kau jujur dengan aku! Kau tipu aku ke selama ini?”—Azara

“Aku cintakan kau selama ini, Azara … dan disebabkan itu juga, aku selamatkan kau.” —Tuanku Arzel


Takhta itu, barangkali milik manusia, tetapi takdir itu sentiasa milik-Nya.

437 pages, Paperback

Published September 1, 2025

16 people want to read

About the author

Aisyahros

19 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (50%)
4 stars
5 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
December 7, 2025
personal rating: 5/5 ⭐️

Hands down 🙌🏼 SAYA SUKA JILID 2!!! PUAS HATI ✋🏼 Dari segi plot lagi banyak yang mendebarkan. Kalau dalam jilid 1, background masih samar-samar tapi dalam jilid 2 lebih mengetengahkan emosi setiap watak especially Tuanku Arzel. Dia yang terlalu banyak berkorban untuk Adoria, dan akhirnya dia juga yang dipersalahkan. Suka dengan semangat dia yang terus bangkit dan tetap bawa jalan yang baik untuk Adoria.
.
Pada mulanya saya fikir THAT one guy betul-betul dah insaf, tapi apakan daya kalau dah bertuhankan nafsu memang takkan boleh diselamatkan. Ending untuk dia sangat memuaskan, kalau ikutkan hati nak diseksa lagi dan lagi 🙏🏼
.
Saya rasa Kerajaan Al-Qaaid layak dapat anugerah kerajaan paling tenang sekali 🫶🏼 Scene diorang dekat sana terlalu menusuk ke jiwa, sangat tenang. Saya suka dengan cara mereka berdakwah; tak perlu memaksa, mereka hanya mengaitkan sahaja sejarah islam dengan kehidupan kita sekarang.
.
Keseluruhan cerita lebih tekankan Tuanku Arzel, tapi saya sangat puas hati dengan watak Azara. Dia tak banyak celoteh, tapi dia adalah seorang srikandi yang berani dan berpendirian tetap.
.
Tak tipu, tapi persahabatan Arrenth dan Tuanku Arzel comel sangat! Walaupun muka dingin tapi sama je dua-dua ni kelakar. Satu je kelemahan Tuanku Arzel ni, dia susah nak confess— kenalah Arrenth yang tolong dia, hahaha manja je sebenarnya 🤏🏼 —tapi kann Arrenth hampir menitiskan air mata saya bila dia melafazkan kalimah syahadah, sebab nampak betapa ikhlasnya dia 🤧 saya nak peluk jauh dua orang ni masa diorang mengaku dah peluk islam 🫂
.
Penghijrahan Tuanku Arzel sangat mengayat hati, dia dah lalui terlalu banyak. Dari jeneral yang ditakuti & dihormati, dia mampu mengubah persepsi rakyatnya lelebih lagi untuk mengenali Islam. Yang paling best bila Tuanku Arzel sentiasa one step ahead, otak dia terlalu bergeliga. Nak nangis bila Sultan Al-Waqqas cakap dia mirip Khalid Al-Walid! awhh that hit emotionally 🥹
.
Jujur cakap masa scene berperang ni lah lahirnya seorang gadis (saya) yang suka dengan dua jejaka gagah perkasa 😚 Tapi dua-dua dah berpunya, hm takpelah saya beralih ke jejaka yang terbalik tu je haha 😋Katanya less romance? hm sikit-sikit pun dah buat saya— eh Azara blushing 🙈
.
Overall, I couldn’t point out a single flaw in this book. I didn’t say it was good, I said I loved it. Dakwah yang sangat baik dan sangat bermakna, menusuk terus ke sukma. Highly recommended, especially untuk yang suka baca buku yang banyak hot characters 🔥
Profile Image for Mslvoe.
2,091 reviews203 followers
December 20, 2025
Sambungan dari Vol. 1, kisah ini more kepada perjuangan Kai.

Diam² Kai mula dapat sense siapa sebenarnya dalang di sebalik segala kekacauan yang berlaku.

What makes it more interesting yang kita sangka baik rupanya setan dan yang disangka jahat pula menunjukkan sisi yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

Dalam Vol 2 mereka menemui cahaya keimanan dan ketenangan setelah mereka meninggalkan kerajaan selepas Permaisuri Dehlia menikam dirinya dengan pedang.

Personally, F paling suka kisah di kerajaan Al-Qaaid... the calmness, the serenity... terasa damai.

Dan di penghujung cerita, ada special chapter tentang Azara.

It’s beautiful how a story becomes more meaningful when there is regret, repentance, and forgiveness. Sometimes, healing begins the moment we admit our mistakes.
Profile Image for pumpkin .
43 reviews3 followers
December 21, 2025
4/⭐️

historical, politicall, betrayal and slight romance

- tbh saya suka buku kedua lebih daripada buku pertama. Teori saya tentang si dia ternyata benar! Heh dah agak dah mana boleh orang tetiba bertukar baik macam tu je mesti ada muslihat dia.

so buku kedua ni cerita tentang pemerintahan sementara Tuanku Arzel sebagai pemangku sebelum diserahkan kepada abangnya.

- Dari sini juga si dia mula menunjukkan belangnya, penghijrahan Tuanku Arzel ke Al-Qaaid + mengenali Islam dan rahsia kejadian Rimba Forsea/rahsia si dia mula terbongkar-

Tuanku Arzel; arghh I love his character so much! Aura dia kebijaksaan Tuanku Arzel dalam mengatur strategi untuk menumpaskan musuh + kepetahan beliau dalam berkata2 lagi tambahkan aura!

Arrenth Dane: suka jugak dengan dia!

Lagi2 part yang dia cakap main lepas sebab penat tengok Tuanku Arzel merahsiakan semua dari Azara. Also dia punya relationship dengan Tuanku Arzel!

Azara: dia perempuan yang kuat dengan menyertai perang, antara yang terawal memeluk Islam, women support women (?)

overall buku ni best and recommend for someone yang suka historical, political!
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.