Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cahaya Teduhan Luka

Rate this book
"Kenapa saya selalu dibenci? Saya betul-betul penat dipandang hina oleh orang yang benci saya. Sebab itu, saya cuba buat yang terbaik di pejabat. Saya sedar semua sedang buli saya. Tapi bagi saya, itu saja cara untuk saya tak dibenci." - Naura Sakinah

"Apa? Kau nak suruh aku lupakan semua? Lepas abang kau bunuh kakak aku, kau senang hati nak aku lupakan? Sampai ke hari ini, perasaan benci aku pada kau dan jantan tu tak pernah hilang." -Hanzalah al-Waqqas


Hidup Naura terseksa gara-gara menanggung dosa Abang Izzat. Dia dibenci semua orang atas kesalahan yang bukan miliknya. Dalam usaha untuk mendapatkan hak jagaan anak saudaranya, dia dicaci maki oleh Hanz.

Bagi Hanz, Naura tidak lebih daripada musuh abadi. Dia mahukan hidup Naura menderita sepertimana yang dialami Kak Anis.

Namun apabila Naura yang sentiasa terlihat kuat itu tiba-tiba rebah, tirai kebenaran mula ditarik satu per satu. Topeng yang tersarung kukuh di wajah Naura juga mula terlurut.

Tiada kata yang dapat diungkap apabila kebencian lebih merajai hati dan jiwa.

435 pages, Paperback

Published November 1, 2025

2 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Leena Syiha

11 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (81%)
4 stars
4 (14%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,164 reviews215 followers
January 8, 2026
Amazing story!

F memang puas hati baca. Penulis ni kalau tak buat cerita yang buat reader lock in dan fokus kat buku, memang rasa tak lengkap arr

Kisah Naura, seorang adik yang hidup dalam bayangan kebencian... dibenci keluarga kakak iparnya akibat perbuatan abang dia sendiri, Izzat. Hidup Naura penuh dengan tekanan sampai dia jadi takut untuk berkata no, walaupun pada benda yang bukan kerja dia.

Bekerja di Jaguh Company, Naura digelar kerani nombor satu. Tapi tanpa dia sedar, dia sebenarnya dibuli.

Konflik makin berat bila Izzat paksa Naura failkan hadanah terhadap Lisa. Naura dan peguam dia sendiri tahu Izzat langsung tak layak tapi ego.

Naura ditampar, dahi terhentak bucu meja sebab melawan.

Datang kerja walaupun tak sihat dan bila dia cuba menolak kerja yang senior beri, terus dapat pandangan sinis dari semua orang.
Naura dah cakap dia tak sihat tapi semua tak faham. Endup Naura pengsan depan Hanz kat parking area. Hanz bawa Naura ke private hospital.

Scene kat hospital best bila Naura dirawat disitu. Ada part sedih, ada yang kelakar sampai ketawa berdekah, ada juga yang buat hati cemas.

F memang suka scene hospital sebab dari situlah semua cerita yang Hanz tak tahu mula terbongkar.

Akhirnya, Naura dirujuk kepada pakar psikiatri untuk belajar satu perkara paling asas tapi paling susah untuk diri Naura.. sayangi diri sendiri dulu

Kalau korang suka slice of life.. plot yang tersusun kemas, this book is for you. F rasa macam tak jumpa langsung typo. syabas!

Highly recommended.
Profile Image for N.S.Y.
107 reviews3 followers
January 29, 2026
4.3/5

Bila masing2 ada luka yang tersendiri.

Naura dgn luka yg bukan salah dia.. Hanz dengan luka diberi kepada dia.. Luka yg membawa kepada dendam dan benci.. Dan luka yg membawa kepada kasih sayang dan percaya..

Awalan kita tahu kenapa Hanz benci dekat Naura.. Tapi once dia tahu apa yang Naura hadapi dia yg muncul sebagai pelindung yg bermulut pedas (Aura Peguam Malaikat Maut sngt).

Penulis kali ni hidangkan kita dengan sebuah naskah yg membawa kisah keganasan rumah tangga (Bukan antara ML dan FL) - serius ah, Izzat ko memang jantan tak guna la..

Kalau kata jujur, novel yang dengan plot dan kisah yang tersusun kemas.. Tiap jalan cerita diceritakan dgn elok dan baik la.. Penggunaan bahasa yang baik dan yg penting typo tiada dan tatabahasa yg cayaaa la..

Kemasan dan jalan cerita yang tak melarat sngt.. Bnyk pengajaran yg boleh di ambil dari segi hidup rumah tngga dan tuntutan menjaga anak.

Yang geram nya, kenapa Hanz smpai ke sudah tak jumpa simpang nk masuk.. Adoiii tuh la dlu membenci sngt, skrng kabus tebal pulak smpai bagi signal pun org tak perasan..

Rekomanded utk yg suka kisah dari Leena Syiha yg kali ini tak santai.. Tapi tak berat.. Yg straight to the point..
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
January 26, 2026
Leena Syiha sememangnya berbakat dalam menulis. Cerita dia nampak straight. Kita boleh agak. Tapi konfliknya berat.

Hidup dengan individu yang tak sedar akan kesalahan mereka dan boleh buat biasa je, bukanlah mudah. Naura pula perlu galas kesalahan orang lain. Bukan sehari dua. TIGA TAHUN ye. Bukan tu saja, perlu melakukan kerja rumah dan tanggung biawak hidup. I cannot brain dengan abang dia. Tekan isu hadanah, tapi suruh Naura yang berjumpa dengan peguam dan keluarkan duit. Langsung tak sedar, terang lagi bersuluh, dia takkan menang kes tu.

Apa sebenarnya yang menyebabkan dia menjadi baran. Menurut pemahaman saya, dia seorang abang dan individu yang baik sebelumnya. Diberhentikan kerja sebab sikap baran dia. Adakah di sini bermulanya dia buat perangai? Lepastu, ada isteri yang baik. Kak Anis juga start berubah, sebab curiga dan terang-terang Izzat ni ada perempuan lain. Bukan sebelum Izzat ni ada Mira.

Bukan setakat di rumah, rupanya di tempat kerja juga begitu. Isu senior buli junior. Naura terlalu polos dan naif. Pemikiran dia sangat positif. Dia dah tak sanggup dibenci. Melalui cerita ni juga, saya belajar tentang menulis aktiviti harian. Tentang perasaan. Tentang kebanggaan. Achievement. Anything.. Watak Naura menunjukkan kita boleh memahami diri dengan perasaan lega, puas hati bila menulis. Apa yang dia tak berani nak lakukan di dunia nyata. Apa yang telah dia lakukan di dunia nyata bila dia sedar. Sangat melegakan untuk saya juga yang membacanya.

Dan saya suka bila baca komen penulis kenapa endingnya tidak dipanjangkan untuk Naura-Hans. Tentang berdamai yang sepatutnya untuk Naura.

Cuma persoalan saya yang mungkin tak dapat faham, tentang kematian Kak Anis. Adakah kerana depression. Adakah dia ada melakukan sesuatu pada hari dia dikejarkan ke hospital? Atau luka-luka yang jelas pada jenazahnya, yang mungkin kecederaan dalaman yang menyebabkan kematian dia?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
December 26, 2025
Payoff yang sangat memuaskan. Good ending. Penulisannya lebih simple daripada Serunai Maut. Voice naratif sesuai dengan state of mind watak utama (Naura) yang tengah struggle dengan mental health issue — sukar untuk menghadam hal-hal berat.
Profile Image for Nurulnaziefa_.
70 reviews5 followers
January 17, 2026
📖 Cahaya Teduhan Luka.
✍🏻 Leena Syiha.

Cerita pasal Naura yang jadi mangsa kebencian keluarga arwah kakak ipar akibat kejahatan yang abang dia buat, sedih gila hidup Naura sampai beberapa kali rasa nak menangis bila dia luahkan perasaan yang lama dia pendam.

Aku nak benci Hanz tapi perasaan dia pun valid juga, jadi aku baca dengan jiwa yang tenang.

Selain dari dibenci keluarga arwah kakak ipar, Naura selalu kena buli dekat tempat kerja. Sejenis manusia macam Naura yang sanggup buat apa sahaja asalkan puas hati orang sekeliling dia kadang buat aku rasa geram juga nak tolong dia dari sini ni haaaa, yihh! Aku rasa nak tolong bahasakan sorang-sorang bagi pihak Naura, tapi dalam hati je mampu.

Cerita straight forward, baca terus faham tak payah buka kamus DBP apa semua.

Puas hati juga akhirnya ada juga perkembangan watak Naura tu, cuma ending dia kalau boleh nak lebih lagi.

TW:
- Domestic abuse.
- Cubaan bunuh diri dan membunuh.
- Buli.
- Hinaan yang boleh mengundang kemarahan sampai ke lubuk hati paling dalam.
- Mental health.
Profile Image for lunabksw.
85 reviews1 follower
December 23, 2025
Kali ni Leena Syiha membawa genre yang baru iaitu isu kekeluargaan yg byk memfokuskan keganasan rumah tangga, hak penjagaan anak dan keruntuhan institusi keluarga apabila tiada kepercayaan sesama insan. Jujur saya ingatkan bagi versi fizikal novel ini, kisah antara Naura dan Hanz akan dikembangkan lagi hurmm sbb sy dh baca yg versi ebook, tapi takpe tahniah kepada penulis kerana berjaya membawa isu konflik yang berat ini. Selain hal keluarga, penulis juga ada mengeketengahkan politik tempat kerja terutamanya budaya senior junior yang masih ada dalam sesetengak kelompok syarikat hari ini. Akhir kata, harap penulis boleh sambung kisah Naura dan Hanz, mungkin boleh timbulkan konflik berkisarkan isu lain pula❄️⛲️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ain Atila.
87 reviews2 followers
January 28, 2026
Amazing story! Suka buku ni sebab dia macam ada vibe Ainul Farihah sikit. Selepas baca buku Serunai Maut 1 & 2 which I enjoyed them so much, kita baca genre lain pula daripada penulis. Buku ni tackle pasal mental health iaitu low self esteem, depression dan trauma yang terhasil daripada mempunyai abang yang kaki pukul, curang, sampai mendorong kepada kematian seseorang.

Romance ada sikit sikit (sebab male lead is a fine man) but I wish there’s more. Watak utama asyik “terjatuh ke lubang yang sama” (so mungkin pembaca lain akan rasa bosan sikit) but to me, itulah definisi orang yang mengalami masalah mental. Kehidupan yang buat dia macam tu, memang sedih gila hidup dia. Yang penting, plot cerita ini tak cliché.

4.5/5 ⭐️

Tags: #mentalhealth #family #abuse #sliceoflife
Profile Image for Han.
51 reviews1 follower
January 28, 2026
Ayat-ayat dalam buku ni simple je dan pendek-pendek bagi aku. Ceritanya fast pace dan tak mendalami sangat watak-watak yang ada (kecuali Naura), buatkan kau kurang attached pada watak. Ada banyak plot hole dan hal yang agak aneh bagi aku, terutamanya tentang character development si Naura dan juga kematian Kak Anis. Macam aneh pulak Hanz tak tahu sebab sebenar kematian Kak Anis dan memang sesenang itukah kes tu ditutup? Tapi aku tak fikir banyak, kuabaikan segala detail2 dan just accept it as it is. Yg penting mesej tentang sayangi diri sendiri tu sampai.

Aku faham apa yang Naura rasa. Mungkin sebab sedikit sebanyak aku pun macam Naura.
1 review
December 7, 2025
Buku ini benar-benar menyayat hati dari awal hingga ke akhir. Namun, penutupnya memberi closure yang sangat memuaskan untuk watak utama, Naura.
Sejujurnya, buku ini sangat bagus kerana mampu membuatkan saya benar-benar merasai apa yang dirasai oleh Naura — sakitnya, kejatuhannya, kebangkitannya, serta kekuatan dirinya. Ia juga menjadi satu bentuk motivasi untuk diri saya sendiri.
Walau bagaimanapun, betapa sakit, sedih dan pedihnya kisah ini membuatkan saya tidak sanggup untuk membacanya semula. Terlalu perit untuk membayangkan betapa pedihnya menjadi Naura Sakinah.
8 reviews
January 31, 2026
buku ni penulisan dia sgt simple and santai ....tk byk plot twist pun dlm buku ni and tk memeningkan pun cerita dia... dia ada vibe enemies to friends pastu ada pain and kesengsaraan yang dihadapi oleh naura sendiri dan at the same time... cite ni buat byk I marah and makes me to give a curse word(sori kak leena syiha)... before i akhirkan ulasan ni... i have a little bit comment for izzat... dasar biawak hidup, kaki perempuan, dayus... go to hell babyyy💅💅
Profile Image for Fatin Azira.
95 reviews2 followers
February 21, 2026
EVERYTHING ABOUT THIS BOOK IS SO FREAKING GOOD! The writing? The plot? The characters’ development? The values? The love stories?

*Chef’s kiss*

Aku nangis teruk awal-awal. Tapi lepastu ditutup dengan gelak yang terbahak-bahak pasal metaphors signal kereta tu 😂 My first book yang aku baca from Leena Syiha and damn she’s good.

Lepas baca novel ni, aku yakin yang aku nak laki yang chalant macam Hanz hahahahaha
Displaying 1 - 11 of 11 reviews