"Aku cuma nak mulakan kehidupan baru, tapi kenapa aku rasa makin tersekat?"
Dia yang diselubungi rasa bersalah selepas kemalangan meragut nyawa keluarganya, nekad membuang identiti lama demi memenuhi jangkaan abangnya, Doktor Fakhri, yang mahu dia menjadi sempurna.
Namun, setiap kejayaannya hanya dibalas dengan tekanan dan kata-kata dingin.
"Benda tu bukanlah pencapaian besar sangat. Aku lebih pentingkan akademik dia."
Di tengah pergolakan emosi ini, dia menemukan ketenangan dalam persahabatan baharu bersama Iskandar Dzulkarnain.
"Sebab itu yang sepatutnya kawan buat, kan?"
Fahim Luth, dilitupi rasa sunyi dan berusaha keras memadamkan identiti lama demi memenuhi harapan yang bukan miliknya.
Di sebalik tekanan untuk menjadi 'sempurna', dia belajar bahawa senja yang menemaninya itu mungkin bukan petanda kegelapan, tetapi permulaan untuk dia mencari cahaya diri yang sebenar.
Kisah Fahim ini menyentuh hati. Trauma akibat kehilangan the whole family dalam sekelip mata.
Akhirnya, tinggal Fakhri seorang sebagai tempat bergantung. Baca part ini memang rasa berat, rasa sunyi dan kehilangan itu sangat terasa.
Kisah Fakhri pula feels like a yoyo.. naik turun emosi terutama bila kita disajikan dengan sikap isterinya, Najwa yang selfish.
Rasa guilty dan tanggungjawab membuatkan Fakhri tekad menjaga Fahim tapi kehadiran Fahim di rumah mereka mencetuskan ketidakpuasan hati Najwa.
Ada masa Najwa nampak okay tapi the selfishness still shows. Everything feels like a burden to her.
Fahim pula.. kerana tak mahu menjadi beban, memilih untuk melanjutkan pelajaran di asrama. Keputusan ini membuka satu fasa baru dalam hidupnya.
Kemasukan Fahim ke asrama menarik perhatian pengetua dan Cikgu Farhan yang melihat potensi Fahim dalam bidang pidato.
Perjalanan Fahim penuh dengan semangat. Namun, tekanan daripada abangnya yang mahu Fahim score setiap subject membuatkan Fakhri terlupa satu perkara paling penting... to be proud of Fahim, not just his results.
Dengan bimbingan Cikgu Farhan dan Iskandar, Fahim mula membina keyakinan diri dan belajar percaya pada kebolehannya sendiri.
Overall, kisah ini wajar dijadikan contoh kepada para pelajar tentang resilience, self-belief dan semangat untuk terus maju walau hidup berkali² menguji.
A story that reminds us. Sometimes, all we need is someone who truly believes in us.
9.5/10 💫 One of the best spin off story yang saya suka baca untuk tahun ini and yeah Fahim Luth is still being my favourite side character on Nain's story + main character on his own story 🥹 Lepas dah baca ending dia,saya rasa nak reread balik Pada Subuh Yang Membawaku Pergi 😂😅 Apapun semoga sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi which is kisah adik Nain iaitu Salahuddin akan exist di dalam versi buku pada masa akan datang Aamiin 🤲🏼 Kita tahu pasal kewujudan cerita tersebut dekat wattpad account penulis which is tajuknya ialah Aku Bukan Nain tapi cerita itu tidak diupdate sampai habislah it is around 12 chapters including the prologue 😀 Sebenarnya cerita spin off ini pun berasal daripada wattpad juga which is tajuk asalnya ialah Dia Kawan Aku and it is only ada 3 chapters including the prologue 😄 The prologue in the wattpad version is 100% different in the book version and kita dah faham kenapa Yaya Samad decide to revampkan the story and the physical release version is now being 0% of romance and also the author wants to focusing of how Nain and Fahim started being best friends and ada many more ☺️ Apapun if some people will telling me that which one is the best way to read buku Yaya Samad for this 2 book story yang ada kaitan,i would said read the main story first (Pada Subuh Yang Membawaku Pergi) tapi if you are really don't care about spoilers and anything else bolehlah baca cerita ini ^^
- AYBS mengisahkan tentang Fahim yang mengalami kehilangan orang tersayang basically the whole family, yang tinggal hanya lah abang sulungnya. Dalam nak pulihkan diri dari terus hayut dalam kesedihan Fahim tertengok seseorang yang memberi inspirasi kepadanya - Fahim masuk ke asrama semata nak berjumpa/belajar diri orang tu.
overall buku ni tak pain (at least for me idk maybe I put high expectations buku ni akan sedih). Bahagian depan buku I rasa vibe dia negative gila; macam eh why la perangai macamni? spoil brat ke apa.
Cikgu Farhan mungkin cara dia nak didik Fahim biar lebih berkeyakinan tapi damn kasarnya.
Along Fahim, mulanya dia macam nak amik kisah fasal Fahim (cuba yang terbaik untuk jadi abang selepas kehilangan adik2 yang lain) tapi lama2 dia buat bertentangan - dia cuba control Fahim: nak Fahim ikut cakap dia (acuan dia tapi dia terlupa as human kita tak sempurna + dia takut akan kehilangan lagi)
Selain cikgu Farhan yang menjadi membakar semangat untuk Fahim - Iskandar aka Nain also sama hadir disaat yang lain mula memulaukan Fahim (mereka berkawan agak lambat; permulaan sebuah persahabatan)