Jump to ratings and reviews

Minda Strategik

“Kapten bekerja di dalam geladak yang membolehkan dia melihat jauh ke hadapan. Begitu jugalah seorang pemimpin perniagaan; dia perlu melihat lebih jauh daripada apa-apa yang nampak di depan mata.”

Dalam dunia perniagaan yang kompleks dan dinamik, kejayaan tidak hadir secara kebetulan. Realitinya, ia dibina melalui pemikiran strategik yang tajam.

Dalam Minda Strategik, Nik Hasyudeen berkongsi pengalaman lebih tiga dekad dalam kepimpinan, tadbir urus dan keusahawanan bagi membimbing pembaca memahami bagaimana strategi dibentuk, dilaksana dan dinilai dengan berkesan.

Buku ini menawarkan panduan praktikal dan refleksi mendalam untuk usahawan serta pemimpin organisasi yang ingin memperkukuh daya saing dan memastikan perniagaan mereka kekal unggul walau apa-apa pun cabaran yang mendatang.

297 pages, Paperback

First published January 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Nik Hasyudeen

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
1 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews33 followers
January 25, 2026
Alhamdulillah, selesai membaca buku ini hujung minggu ini. Mula membaca sejak hari pertama dibeli di Pesta Buku Selangor November 2025 yang lalu.
Mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini, sebab saya cuba untuk terus praktiskan apa yang dibaca. Dan ada bahagian yang saya ambil masa nak faham dan hadam.
Selepas membaca buku Minda CEO sebelum ini yang memberikan gambaran besar tentang peranan CEO, menghurai 5 mindset penting CEO, buku Minda Strategik mengfokuskan kepada salah satu minda yang disebut dalam buku Minda CEO iaitu berkaitan Minda Strategik.
Jarang dan agak susah nak jumpa buku begini dalam Bahasa Melayu. Bukan buku akademik, tetapi pengisian asasnya dah bertaraf akademik tetapi disampaikan dalam bahasa yang lebih mudah.
Topik minda strategik ini topik yang agak berat, terutama bagi usahawan-usahawan kecil yang masih kurang pengalaman dan tidak terdedah dengan perkara ini. Namun, perkara ini tersangatlah penting. Nampak macam teori yang membosankan, tetapi panduan berharga yang mesti cuba diaplikasikan sedikit demi sedikit. Jika mahu terus berkembang dan kehadapan.
Saya paling suka bahagian ‘anekdot’ dalam buku ini yang menghurai pengalaman penulis sendiri mengaplikasikan apa yang disebut dalam bab tersebut. Ini bahagian paling ‘real’ dan hidup dalam buku ini.
Selain itu, bab kegemaran saya dalam buku ini ialah bab ‘Memberikan Perniagaan Kelebihan Ulung’ - Unfair advantage. Ini yang paling berguna dan bermakna untuk saya buat masa ini.
Strategi ialah pilihan-pilihan yang dibuat dan tindakan-tindakan yang dilaksanakan bagi menjadikan perniagaan unggul dan berkekalan. Dan membaca buku ini bagi saya adalah antara pilihan yang strategik yang saya buat ketika ada masa memang rasa ‘stuck’ dan tak tahu nak buat apa lagi ketika mengurus perniagaan. Buku ini membantu walau saya perlu buat beberapa ‘adjustment’ kerana perniagaan yang saya uruskan tidak sekompleks apa yang didedahkan dalam buku ini.
Terima kasih Dato’ Nik Hasyudeen untuk penulisan buku ini.
Strategi hanyalah berguna apabila ia dilaksanakan.
Titik.
Displaying 1 - 1 of 1 review