Jump to ratings and reviews
Rate this book

Silang Kata Cinta

Rate this book
Silang Kata Cinta menghimpunkan sepuluh novela daripada sepuluh penulis yang menyulam pelbagai ragam rasa.

1. Salah Siapa? - Ainulfarihah
2. Sampai Bila-Bila - Aniesthelina
3. Salah Lembu Cinta Bertamu - Akyelrahim
4. 0089 - Waniel
5. Lagu Yang Tak Selesai - Tihoreo
6. Kita Mula Semula? - Arif Zulkifli
7. Mimpi Demi Mimpi - Dynna Zain
8. Janji - Meeniejae
9. Cita Kata Kita - Osman Deen
10. Panggil Saya Gerhana - Zunally

470 pages, Paperback

First published November 1, 2025

4 people are currently reading
46 people want to read

About the author

Ainul Farihah

13 books185 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (41%)
4 stars
17 (47%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
800 reviews229 followers
January 11, 2026
A good compilation of stories, overall. Though I do wonder why some authors incorporated the elements of silang kata in their stories, and some don't?

1. Salah Siapa? - Ainul Farihah: 4.2/5
Cute chemistry Fadwa & Naufal ni, walaupun part hujung tu cringe bagi I haha. Loooove the debate setting. Made me miss my own experience during high school (walaupun quit debate team awal sebab tak tahan pressure & stress, tapi sukaaaa tengok debate tournament)

2. Sampai Bila-Bila - Aniesthelina: 2/5
I tak minat writing style and narration yang author ni bawak, so pembacaan i jadi terganggu. Hence, the low rating.

3. Salah Lembu - Akyelrahim: 4/5
Cute, and kelakar, tapi pendeeeeeeek.

4. 0089 - Waniel: 5/5
Alaaaa comelllllllllll. And such an interesting idea! I dah dapat agak siapa 0089 tu from the start, but I didn't expect the plot would progress that way. Nice job, author!

5. Lagu Yang Tak Selesai - Tihoreo: 4/5
First time baca karya author ni. Suits my preference.

6. Kita Mula Semula? - Arif Zulkifli: 5/5
Beta read this one for Arep, so no notes. Perfectly executed, in my opinion. Walaupun second time baca ni I still geram dengan ke-ego-an FMC.

7. Mimpi Dalam Mimpi - Dynna Zain: 3/5
I rasa cerita ni is too complex to be made into a short story. Banyak benda underexplored.

8. Janji - Meeniejae: 5/5
Alaaa ni pun cuuuuute. Ni first debut Meeniejae ke? I'm interested to read more of her works.

9. Cita Kata Kita - Osman Deen: 3.75/5
I kurang rasa invested dengan watak-watak dan plot cerita ni.

10. Panggil Saya Gerhana - Zunally: 4.2/5
First time baca karya author jugak, and I liked it. Would read more of hers.
Profile Image for chelsannereads.
190 reviews4 followers
December 4, 2025
Rating: 4.8/5🌟 (untuk keseluruhan cerita)
Trope: banyak sangat! Korang baca jelah hshshshs 🤭

First of all kita memang nak puji cover buku manes seperti biasa. Ya Allah cantiknya cover dia. 😫🌷Rasa macam nak makan² je, dah macam gula² ya saya nampak. 😂 Kalau cover pun dah cantik mesti isi dalamnya pun cantik kan? 👀 Ok jom kupas sikit tentang satu² cerita dalam sebuah buku ni. 💚🌷

1. Salah Siapa by Ainul Farihah (4/5🌟)
- Cerita pertama ni pendek je tapi cukup buat saya tertarik untuk teruskan pembacaan. Kisah pertama ni pasal best friend lelaki dan perempuan, tapi one of them iaitu lelaki tu jatuh hati pada kawan perempuan dia. Dia cuba kumpul keberanian untuk confess dekat perempuan tu. Tapi walaupun berlaku kesalahfahaman antara FL dan ML, saya tetap dapat rasa perasaan romantis dikala sedang membaca kisah ini. Cerita first ni dia agak unik sikit sebab nak confess tu guna kaedah debat bahasa Arab? Hahahaha that's very rare tho hshshshs. Walaubagaimanapun, saya rasa penulis berjaya dalam percubaan menulis kisah romantik ni. 🤍

-----

2. Sampai bila-bila by Aniesthelina (4.5/5🌟)
- Cerita kedua pula lagi makin buat saya tertarik. Saya jarang baca pasal perempuan tomboy ni tapi this one sangat menarik di hati. Trope perempuan tomboy x best friend lelaki ni macam best pula nak explore. Romance takde yang cringe, semua okay je bagi saya. Saya suka bila penulis ada masukkan sedikit humor (it makes me giggling hshshs.) Banter antara ML dan FL best gila! Hero pula green flag 🥺💚 and loyal sangat dengan heroin mana kita tak jatuh hati wak! Hshshshshs😂 Kita blushing je bila dah masuk part akhir² cerita. To penulis, cerita ni ada potensi untuk dikembangkan jadi sebuah novel. I would love to read their love story.🤍

-----

3. Salah Lembu Cinta Bertamu by Akyel Rahim (4.2/5🌟)
- Patutlah tajuk cerita ketiga ni macam tu, rupa²nya memang disebabkan salah lembu, cinta bertamu ye. 😂 Cerita yang sangat light and full with sweetness. Ceritanya pendek je tapi kemanisan tu cukup rasa. Tak perlu try hard sangat. Tapi yang kita tak puas hati tu, ending macam tu je ke kak Akyel? Taknak sambung jadi sebuah novel? Hshshshs btw this is my first time baca penulisan akyelrahim and I'm so invested in reading all of her works!

-----

4. 0089 by Waniel (4.6/5🌟)
- Cerita keempat ni mengisahkan tentang FL yang buat side income melalui servis #curhat. Nanti orang call je dia kalau nak currhat atau minta any tips in relationships. Cerita ke 4 ni memang main emosi sedikit sebab tak sangka pula ada plot twist. Saya tak boleh nak komen lebih² sebab nanti takut ter bagi spoiler. Tapi apa yang saya boleh cakap cerita ke 4 ni saya suka sangat sebab ML dari pemalu jadi tak tahu malu. Hshshs😂 lepastu kan ML pula makin handsome dan green flag JSBSJSSNSBSJBSJ sweet pula tu dengan heroin! Sakit gusi saya asyik senyum je baca interaction antara dorang. 🙈 This one pun ada potensi untuk dikembangkan menjadi sebuah novel. 🙊👀

-----

5. Lagu Yang Tak Selesai by Tihoreo (4.8/5🌟)
- OMGGGGGGG another one and super short story tapi sangat bagus!!! Dia pendek tapi feel tu sampai tau. 🔥 Cerita ke 5 lebih bermain dengan emosi dan perasaan orang² yang tengah bercinta and I liked it so much!!! 🔥🤍 Kisahnya kalau kita betul² sayang dan cintakan seseorang pertahankanlah (kita) dengan bersungguh². Semua tu penting dalam sesebuah hubungan kalau nak bertahan lama. Satu lagi cerita pendek yang aku rasa ada potensi kalau dikembangkan menjadi sebuah novel. Kalau betul ada novel dia penulis nak buat tolong bagitau aku. I'm looking forward untuk baca cerita tersebut. 🙈

-----

6. Kita Mula Semula by Arif Zulkifli (4.7/5🌟)
- Cerita ke 6 ni pun bestt!! Sebab watak favourite saya budak comel Nura ni. 🥺 Dia membuatkan saya ingat pada watak budak comel juga iaitu lily Atiya dalam novel Dalam Satu Potret karya asunnara. Cerita ke 6 ni pun best! Ceritanya pendek tapi still main sedikit emosi. Dua hati yang dahulunya pernah bertaut tapi terputus ditengah jalan sebab ego, namun kembali bertaut setelah sekian lama tak berjumpa. Now mereka lebih matang dalam hubungan. Cerita dia simple je tapi sangat sedap dibaca. Feel tu sampai dan saya suka everything about this story hshshshs! 💚

-----

7. Mimpi Demi Mimi by Dynna Zain (4.5/5🌟)
- Wait, what did I just read?! okayyyyy hold on! Ingatkan buku ni manis² je sekali terkejut mak ada psycho sikit ye. 🤣 Tapi saya suka plot idea yang diketengahkan oleh penulis. Patutlah tajuk dia mimpi demi mimpi. It's exactly sama macam short story akyelrahim yang salah lembu cinta bertamu tu. Apa yang aku suka pasal cerita kalini sebab dia ada bermain dengan masa. Korang pernah tengok filem reversi tak lakonan Beto Kusyairi tu? Ha lebih kurang gitulah cerita ni tapi with romance subplot. Dante green flag sangat 🥺 he always tak care of Lucy walaupun berapa banyak kali dah dorang actually sepatutnya.... Ok itu korang yang kena find out 'sepatutnya' apa taknak spoil huhu.. This one kalau jadi novel menarik juga! Saya tertarik nak baca full story kalau jadi🔥

-----

8. Janji by Meeniejae (4.7/5🌟)
- Short story ke 8 ni arghhhhh 😫 blushingnya aku baca!! 🙈 Dorang break up sebab the girl rasa tak cukup bagus untuk ML. Lepastu dorang terjumpa balik and then FL minta tolong ML untuk jadi fake partner dia untuk pergi ke majlis kahwin lelaki yang dia pernah suka gila² dulu! Dari situ perasaan lama mula berputik semula... Saya suka lah banter dorang dua ni kalau bercakap tu kan ada aje nak menjawab and they kept flirting with each other tau! 😂🙊 Habis satu lori tumpah gula kat rumah ni ha.. 😆 Yang ni pun boleh jadi novel panjang juga ni. 🙊

9. Cinta Kata Cinta by Osman Deen (4/5🌟)
- Wah this one pun super short but it's fun to read! Cerita ni is a light reading for sure sebab takde main emosi sangat memang fully teasing, gaduh² manja and sweetness between jejaka dan wanita. 💗 Saya suka idea penulis yang nampak biasa tapi very fun to read. Semuanya pasal teka silang kata dua hati yang pada mulanya macam anjing dengan kucing akhirnya bersatu! Bila korang tengah reading slump kan this is the kind of story yang korang patut baca.

-----

10. Panggil Saya Gerhana by Zunally (4.5/5🌟)
- Last story ni KAJSJENSJAJSJ wdym by public confession?! Okay dearself calm down, HAHAHAHAHA 😆 cerita terakhir ni emosi roller coaster yang level ringan. 🤭 ML santai and cool! 😎 Yang penting romance dia sweet ya! Tak nampak try hard and kebudak²kan sangat. We love this kind of romance dalam sesebuah buku! Dua² mahu, tapi malu. 🙈 Cerita yang sesuai dibaca kalau korang tengah dalam mood nak baca cerita yang buat rumah korang banyak semut! 😆

-----

MY TOP 3 OUT OF 10 SHORT STORY 🔥
1. Lagu Yang Tak Selesai by Tihoreo
2. Janji by Meeniejae
3. Sampai bila-bila by Aniesthelina

-----

Tapi saya tetap suka semua cerita yang ada dalam buku ni! Semuanya best²!! Susah nak pilih top 3 to be honest 😫 semua hebat² hshshshs😆🔥

-----

Kesimpulannya, semua cerita pendek dalam satu buku ni semuanya best² dan menarik untuk dibaca! Kalau korang tak baca dan tak beli juga saya pun tak tahulah macam mana nak racun korang lagi. Rugi tau tak beli buku manes kalini. 😆 Thumbs up, untuk kesemua penulis cerita pendek untuk buku kali ini. Y'all did such a great job! Tak lupa juga untuk team manes! Tepuk tangan sikit 🙌👏

-----

Kalau korang tengah dalam mood nak membaca kisah² yang romantik + tendang angin + tumpah selori gula, silalah beli dan baca cerita² yang ada dalam 1 buku ni. Semuanya worth it, saya tak tipu! Highly Recommended 🔥💋

-----

Terima kasih sebab sudi baca review saya yang tak seberapa ni sampai habis, harap korang teracun. 😆Mwahh cikett 💋🌷
Profile Image for sooa.
68 reviews5 followers
February 14, 2026
Salah Siapa ; Ainul Farihah - 4.2/5

sebagai seorang yang tak pernah experience/tengok lawan debat macam mana, agak teruja la baca cerita ni. aku tak suka trope misscom but this one is exceptional sebab misscomnya comel dan lawak hshs. suka chemistry naufal dan fadwa ni tak cringe walaupun sekadar kawan. tapi comel la monolog hati si naufal ni duk mengushar fadwa dalam diam hahah. kadang tu dia duk bersedih mengenangkan ‘rejection’ setahun yang lepas dengan kita sekali yang kesian. sekali, LAHH ALKISAHNYAA HAHAHAH. masalahnya betul ke kena reject? hahah sumpah kelako la adoii. apapun, the confession scene is cuteee hsjdhsvsjs

so salah siapa? salah faham ke salah thariq?😂


Sampai Bila-Bila ; Aniesthelina - 3/5

another cerita simple friend to lover yang banyak komedi tapi okay okay je and light read for me. tapi kesian la ek emir tersalah pilih pasangan pulek. amsyar pulak jenis pendam perasaan sendiri tak confess confess nasib baik kiyut sikit kat hujung hujung.


Salah Lembu, Cinta Bertamu ; Akyelrahim - 4/5

punca lembu si ayub buat hal eh tetiba jadi tersuka kat anak dara orang. unik dan kelakar ya first meet ayub dan delima ni hahahhah best baca cerita kiyut setting kat kampung ceni and light read jugak. hopefully penulis panjangkan lagi cerita nii teringin nak tahu cara diorang bercintun sampai kawen pulak hehe


0089 ; Waniel - 4/5

sebenarnya dari awal lagi dah boleh expect 0089 tu siapa haha. dari gaya bercakap masa najla buat servis curhat tu pun dah tahu tu si dia (takleh bagitau sebab spoiler hshs) tak sangka la ek si aidil perangai hanat macam tu tapi boleh agak la aidil dengan eidil ni pernah ada konflik tikam belakang and yeah, benar sekali tekaan guwe😌


Lagu Yang Tak Selesai ; Tihoreo - 4.2/5

another light conflict story yang patut dipanjangkan lagi ceritanya hehe tak puas la baca. suka la kisah juan dan azalea nii nak tahu sangat macam mana diorang start bercinta sebab cerita ni diorang dah berpisah pastu getback balik. hopefully penulis panjangkan kisah diorang jadi buku pls. aku suka karya penulis melodi impian and kalau cerita ni dipanjangkan i bet cerita ni akan jadi genre romangst? haha mohon dipertimbangkan usul ini juseyoo


Kita Mula Semula? ; Arif Zulkifli - 3.8/5

cerita ni trope second chance dan right person wrong time tapi elemen sedihnya tak berapa nak hits. the reason diorang putus tu aku rasa macam- whutt sebab itu je? haha tapi faham la maybe sebab diorang bercinta di usia masih muda dan memasing pun tak berapa matang lagi dan ikut ego sendiri. but honestly aku rasa kesian gila dekat suzana. if i were her aku akan mintak berpisah. thats hurt la bila kau boleh tahu suami kau masih tak move on dengan masa lalu. but i do understand, bukan salah hariz sepenuhnya dan dia pun seorang suami dan ayah yang baik. tapi instict seorang isteri ni strong ya walaupun kau dah menampakkan sehabis ikhlas sebenarnya. respect kat emi jugak sebab dia bukanlah jenis ex penyondol laki orang dan hariz muncul balik pun di waktu yang tepat


Mimpi Demi Mimpi ; Dynna Zain - 3.5/5

best tapi tak reti nak review caner hahah. since cerita ni genre fantasy thriller tapi tetaplah enjoy sebab nak tahu kerja misteri si zenn ni sampaikan si lucy ni hampir jadi mangsa dan bodo sebab cinta. and plot twist dante pasal jam magik tu wowerzz patut la lucy mimpi macam tu so last last tu baru faham kenapa ceritanya mimpi demi mimpi hshs


Janji ; Minniejae - 4.5/5

so far ini cerita trope second chance yang aku suka berbanding dengan yang lain. aku suka watak miya sebab kadang rasa macam relatable and jujurly aku sebak la bila miya meluah jujur depan yun tu🥲 mungkin sesetengah orang akan nampak watak miya ni yang insecure dengan diri sendiri dan rasa tak layak untuk yun yang serba serbi sempurna. tapi bagi aku miya cuma nak jaga mental sendiri dan asbab minta putus ‘awak terlalu baik untuk saya’ itu cuma satu alasan. kalau aku kat tempat miya pun akan buat benda sama disebabkan mulut toxic manusia sekeliling yang tak pernah nak fikir perasaan orang lain. i love the way they’re found their proper closure untuk hubungan mereka yang dah retak dengan deep talk yang ternyata bukan salah miya seorang yang undur diri dengan alasan macam tu tapi yun pun akui silap dia sebagai partner yang tak pernah buat miya untuk rasa cukupnya ada seorang miya dalam hidup dia


Cita Kata Kita ; Osman Deen - 4/5

cerita ni comelss! bermula dengan lawan teka silang kata, timbulnya satu perasaan dalam hati amalia buat lutfi. friends to lovers(?) tapi aku suka friendship banter diorang. just a light fluffy story yang boleh buat kau tersengih sambil mengenang member gaduh aka crush zaman sekolah dulu hshs



Panggil Saya Gerhana ; Zunally - 3.9/5

for me bila tahu punca jun trauma dan tak suka dengan nama dia sendiri tu very realistic untuk pov seseorang yang pernah kena dihentam dan dikecam netizen. jun pernah tersilap 5 tahun lepas dengan kenyataan kolot dia di media sosial. bahana internet sampaikan jun rasa takut bertahun tahun. munculnya aizar umpama comfort person dan tanpa jun sedar dia dah terjatuh hati tapi tett aizar suka dia dulu muahaha. cerita ni pun light conflict juga cumanya aku rasa chemistry diorang tak berapa strong which is something wrong somewhere yang aku rasa macam tak click to each other. tapi apapun enjoy je baca cerita ni. first time baca less comedy dari zunally hahah
Profile Image for Aira Zira.
120 reviews3 followers
December 8, 2025
Rate : 4.5⭐️

Tahniah Manes kerana lahirkan novel yg sgt manisss. Kulit buku yg melambangkan cinta dan cantik ditatap!

𝓢𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓢𝓲𝓪𝓹𝓪? - 𝓐𝓲𝓷𝓾𝓵 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓱𝓪𝓱🔖
Sebab malu nak confess akhirnya membawa kepada salah faham yg memalukan tapi comel! Fadwa, bersilang dgn NauFal. Semua salah Thariq!😂

𝓢𝓪𝓶𝓹𝓪𝓲 𝓑𝓲𝓵𝓪-𝓑𝓲𝓵𝓪 - 𝓐𝓷𝓲𝓮𝓼𝓽𝓱𝓮𝓵𝓲𝓷𝓪📝
Macam ada vibe movie 3,2,1 Cinta. Kelakar dan comel! Amsyar so gentle tapi Emir lagi power siap bawa rombongan!

𝓢𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓛𝓮𝓶𝓫𝓾 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓑𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓾 - 𝓐𝓴𝔂𝓮𝓵𝓻𝓪𝓱𝓲𝓶🐄
Walau bukan lembu Ahmad Ayub yg menumpang tandas di rumah Delima, jadi jugalah asbab perkenalan manis tu. Tak memasal kena carut.😆

0089 - 𝓦𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵📱
Servis curhat dah tersalah orang! Bukan salah Najla bila Aidil dan Iedil punya nama yg sama. Iedil yg matang menambah kemanisan! Lurvee🫶🏻

𝓛𝓪𝓰𝓾 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓣𝓪𝓴 𝓢𝓮𝓵𝓮𝓼𝓪𝓲 - 𝓣𝓲𝓱𝓸𝓻𝓮𝓸🎸
2 tahun berpisah yg disangka demi kebaikan rupanya menjadikan 2 hati semakin rindu. Juan dan Azalea, mana boleh move on kalau dah hati saling melengkapi.

𝓚𝓲𝓽𝓪 𝓜𝓾𝓵𝓪 𝓢𝓮𝓶𝓾𝓵𝓪? - 𝓐𝓻𝓲𝓯 𝓩𝓾𝓵𝓴𝓲𝓯𝓵𝓲🍛
10 tahun lamanya untuk satukan 2 hati. Nura lah paling comel yg menambah rasa kasih. Entah kenapa saya terbayang movie Kuch Kuch Hota Hai.😂

𝓜𝓲𝓶𝓹𝓲 𝓓𝓮𝓶𝓲 𝓜𝓲𝓶𝓹𝓲 - 𝓓𝔂𝓷𝓷𝓪 𝓩𝓪𝓲𝓷🪓
What a thrill story! Lucy cuma nak selamatkan Zen. Tak sangka ada plot twist yg mengejutkan dia. Dan, macam mana agaknya dia boleh mimpi yg sama berulang kali?

𝓙𝓪𝓷𝓳𝓲 - 𝓶𝓮𝓮𝓷𝓲𝓮𝓳𝓪𝓮🫱🏻‍🫲🏼
Minta tolong ex boyfriend jadi partner pergi wedding ex crush? Macam gila tapi comel! Yun yg sentiasa ada untuk Miya tu so sweet!

𝓒𝓲𝓽𝓪 𝓚𝓪𝓽𝓪 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 - 𝓞𝓼𝓶𝓪𝓷 𝓓𝓮𝓮𝓷🍔
Berebutkan teka silang kata akhirnya merapatkan Amalia dan Lutfi. Rasa itu hadir tanpa paksaan. Comel!

𝓟𝓪𝓷𝓰𝓰𝓲𝓵 𝓢𝓪𝔂𝓪 𝓖𝓮𝓻𝓱𝓪𝓷𝓪 - 𝓩𝓾𝓷𝓪𝓵𝓵𝔂🌗
Kerana namanya terdedah, tak pasal2 Aizar tersadung kena tacle dgn Jun. Tanpa Aizar, mungkin Jun masih trauma. Begitulah rasa itu hadir kerana si gila2 Aizar.

Puas dah saya tersengih dan beremosi. Kalian bila lagi? Silang Kata Cinta dari 10 penulis. Tahniah semua! Saya suka saya suka🫶🏻
Profile Image for N.A.N.A.
217 reviews5 followers
January 28, 2026
Habis jgk baca 10 cerpen ni. Ni rating utk setiap cerita dlm SKC:
- salah siapa 3/5
-sampai bila2 5/5
-salah lembu cinta bertamu 5/5
-0089 4/5
-lagu yg tak selesai 4/5
-kita mula semula 4/5
-mimpi demi mimpi 3/5
-janji 5/5 (cerita paling saya suka)
-cita kata cinta 5/5
-panggil saya gerhana 3/5
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books185 followers
January 24, 2026
Paling suka:
- Salah Lembu Cinta Bertamu
- 0089
- Salah Siapa?

HM:
- Cita Kata Kita
- Lagu yang Tak Selesai
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
45 reviews
December 14, 2025
📚 Book Review : Silang Kata Cinta
Penulis: 10 orang
Penerbit : Maneswordworks
⭐ Rating keseluruhan: 4.8/5

Kalau cinta ada ejaannya, buku ini membuktikan huruf yang salah susun pun mampu melahirkan rasa yang betul.
Silang Kata Cinta bukan sekadar kompilasi cerpen, tapi sebuah kotak hadiah kecil yang bila dibuka—setiap cerita ada rasa sendiri. Ada yang buat senyum, ada yang buat diam kejap, ada yang buat “eh kenapa dah habis?” 😭💕

✨ Cover dulu kita cerita sikit — lembut, romantik dan very Manes-coded. Pandang sekali dah rasa macam novel ni bisik,

🌷 Apa yang buat buku ni istimewa?

Setiap cerpen datang dengan tone dan vibe berbeza, tapi semuanya bersatu atas satu benda:
cinta yang hadir tanpa paksaan, tanpa drama berlebihan, tapi cukup untuk buat hati tersentuh.

Ada:
• cinta yang lahir dari salah faham 🤭
• cinta yang tunggu bertahun-tahun 🕰️
• cinta yang muncul tanpa dirancang ☁️
• cinta yang main tarik tali tapi tetap lembut 💞

Pendek, tapi penuh pengisian. Ringkas, tapi zapp melekat dihati. 🥰


📖 Senarai Cerpen & Mini Review

1️⃣ Salah Siapa? — Ainul Farihah

Cerita pembuka yang ringkas tapi terus tarik perhatian. Persahabatan yang diuji oleh perasaan terpendam dan salah faham kecil yang jadi besar. Comel, ringan dan sesuai untuk mula “panaskan hati” pembaca. 🌷



2️⃣ Sampai Bila-bila — Aniesthelina

Heroin tomboy + hero lembut = kombinasi yang buat senyum sendiri. Dialog bersahaja, banter natural dan cinta yang tumbuh tanpa dipaksa. Cerita ni rasa hidup dan sangat mudah disukai. 💚



3️⃣ Salah Lembu Cinta Bertamu — Akyel Rahim

Unik dan mencuit hati! Salah faham yang bermula daripada situasi tak disangka membawa kepada perkenalan yang manis. Ringan, kelakar dan penuh kehangatan desa. 🐄✨



4️⃣ 0089 — Waniel

Idea yang segar dan berbeza. Servis curhat jadi penghubung dua hati tanpa disedari. Ada kejutan kecil yang buat cerita ni terasa istimewa dan meninggalkan kesan selepas habis membaca. 📱🤍



5️⃣ Lagu Yang Tak Selesai — Tihoreo

Pendek, tenang dan sangat menyentuh emosi. Tentang cinta lama, perpisahan dan rasa yang tak pernah benar-benar padam. Cerita ni halus tapi menikam tepat ke hati. 🎶💔



6️⃣ Kita Mula Semula? — Arif Zulkifli

Cinta yang diberi peluang kedua. Watak sampingan yang comel dan hubungan yang lebih matang menjadikan cerita ni terasa hangat dan realistik. Simple tapi penuh makna. 🌼



7️⃣ Mimpi Demi Mimpi — Dynna Zain

Sedikit gelap, sedikit misteri, tapi tetap berteras cinta. Permainan masa dan mimpi menjadikan cerita ni lain daripada yang lain. Buat pembaca berfikir dan tertanya-tanya. 🌙



8️⃣ Janji — meeniejae

Fake partner trope yang manis tanpa keterlaluan. Perasaan lama yang kembali berputik dan dialog penuh usikan menjadikan cerita ni sangat menyeronokkan untuk dibaca. 💍💕



9️⃣ Cinta Kata Cinta — Osman Deen

Pendek, ringan dan fun. Dari gaduh kecil ke rasa suka yang tak disedari. Cerita ni sesuai untuk pembaca yang nak senyum tanpa perlu emosi berat. 🧩💗



🔟 Panggil Saya Gerhana — Zunally

Penutup yang santai dan manis. Watak hero yang selamba dan heroin yang berhati-hati menjadikan kisah ini terasa natural. Cinta yang datang perlahan tapi ikhlas. 🌗


🔥 TOP 3 PILIHAN

🥇 Salah Lembu Cinta Bertamu — Akyel Rahim
Unik, santai dan paling mudah buat senyum. Walaupun pendek, kemanisannya cukup melekat di hati.

🥈 Mimpi Demi Mimpi — Dynna Zain
Paling berani dari segi idea. Misteri dan emosi bergabung dengan baik, menjadikan cerita ini standout dalam kompilasi.

🥉 Sampai Bila-Bila — Aniesthelina
Manis, hangat dan sangat selesa dibaca. Dinamik watak yang natural menjadikan kisah ini terasa hidup.



💕 Highlight perasaan saya sepanjang pembacaan

📖 Baru baca cerita pertama → “eh okay ni”🥸
📖 Masuk cerita tengah-tengah → “alahai manisnya” 🥰
📖 Cerita hujung → “kenapa cepat sangat habis??” 😭

Apa yang best, setiap penulis berjaya beri signature sendiri. Tak rasa repetitif langsung. Ada yang buat kita senyum kecil, ada yang buat diri dipeluk dengan rasa hangat, ada juga yang buat kita termenung sekejap lepas tutup buku. 😮‍💨



🧁 Untuk siapa buku ni?

✔️ Kalau suka romantik ringan
✔️ Kalau nak baca tanpa stress
✔️ Kalau tengah reading slump
✔️ Kalau nak cerita cinta yang tak cringe tapi tetap sweet
Jawapannya: UNTUK KORANG. 👻


🌟 Kesimpulan

Silang Kata Cinta ibarat teka silang kata hati —
mula-mula cuba isi satu huruf,
tak sedar-sedar seluruh perasaan dah penuh terjawab.

👏 Tahniah untuk semua penulis kerana berjaya buat cerita pendek rasa panjang di hati.
👏 Tahniah Manes kerana menghimpunkan karya yang manis tanpa berlebihan.

Kalau korang cari buku yang boleh buat senyum tanpa sebab dan rasa disayangi tanpa dialog berat—
ini jawapannya. 💖

Highly recommended.
Manis. Lembut. Berkesan. 🍃✨
Profile Image for mimi.
54 reviews3 followers
February 8, 2026
4.5 stars!
Kebanyakan penulis dalam novella ni, saya dah pernah baca penulisan mereka. Dan tulah salah satu sebab saya beli Silang Kata Cinta ni juga 🤭🤭

Tak sangka Ainul Farihah dengan Osman Deen boleh tahan bagusnya tulis cerita cinta cintun yang manis! Nak lagi please hahaha.

Enjoy semua cerita dalam ni, jangan suruh pilih yang mana favourite saya, sebab saya memang tak tau!! Tapi janji karya Meeniejae ni saya relate sangat dengan watak Miya tu sebab personal experience juga. Jadi bila orang lain cakap ceritanya comel, saya pula menangis tersedu-sedan. Sis Meeniejae if you’re reading this, I’m interested to read more works from you. Cepat release novel okay?!

Kalau boleh, nak manes release novella macam ni every year and collab dengan the same penulis juga (penulis lain pun okay je juga). Rasa berbaloi sebab macam beli 10 buku yang berbeza hihihi
Profile Image for Nad.
378 reviews
December 15, 2025
4.8
kurang dua sebab rasa tak puas. macam minum air dapat sipi sipi je. baru nak mendalami perasaan tetiba dah habis. alahai harapnya semua penulis buat jadikan cerita sebagai 1 buku lengkap. saya tunggu
20 reviews
December 24, 2025
dalam buku ni ada 10 cerita dari 10 penulis. semua comel comel! saya harap semua kesepuluh cerita dalam buku ni ada buku tersendiri dengan cerita yang lebih panjang dan lebih comel!! recommended untuk bacaan santai!
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.