Jump to ratings and reviews
Rate this book

Magis Perpustakaan: Sarkas Merrily

Rate this book
Di sebalik perpustakaan tua berusia hampir 100 tahun, di situ adanya pelbagai keajaiban yang menanti buat mereka yang terpilih dan dipilih. Daris yang bekerja sebagai pustakawan di Perpustakaan Warisan itu tahu segalanya dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun jika perpustakaan itu mahu menunjukkan keajaibannya kepada sesiapa yang ia kehendaki, Daris hanya menurut sahaja segala ‘permainan’ hingga ke penamat.

Lydia mahu menyertai sayembara menulis novela yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Tinggi Rivera. Tahun ini, dia berazam mahu mendapat hadiah tempat utama iaitu sebuah komputer riba, tetapi Lydia kebuntuan idea. Tahun ini juga, dia tidak akan memplagiat mana-mana karya untuk menang seperti tahun lepas, dikhuatiri kelayakannya bagi pertandingan itu dibatalkan.

Untuk mencari ilham, Lydia pergi ke Perpustakaan Warisan mencari sumber dan meminjam buku-buku rujukan untuk menulis. Tetapi, sebaliknya yang terjadi apabia dia terjumpa sebuah buku manuskrip lama yang terbiar dan tidak sempat disiapkan oleh penulis terdahulu. Lydia tertarik dengan jalan ceritanya meskipun tiada penghujung; dia mahu olah dan menggabungkan idea yang ada di dalamnya.

Sesuatu mula terjadi selepas Lydia meminjam buku manuskrip tersebut. Ia seakan sebuah sumpahan. Dia perlu masuk ke dalam cerita dalam buku itu untuk membantu watak utama, yakni Nana melepaskan diri daripada cengkaman bapanya yang tamak. Jika gagal menyelesaikan cerita hingga penamat, selamanya Lydia akan terperangkap di dalam manuskrip terbiar itu.

Ke manakah pengembaraan Lydia dan Nana akan berlangsung? Adakah Lydia berjaya keluar dari dalam dunia Nana dan menamatkan cerita penulis terdahulu dengan baik?

Paperback

First published November 26, 2025

8 people want to read

About the author

Sue Oshin

10 books57 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
1 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books57 followers
December 3, 2025
Jika sebelum ini saya menulis puaka, kali ini saya cuba menulis genre fantasi. Alhamdulillah, i did it. Manuskrip ini sempurna sebagai sebuah buku selepas setahun pembikinannya. Ini merupakan satu batu loncatan untuk saya meneruskan buku kedua pula.

Sarkas Merrily merupakan fantasi pengembaraan yang diilhamkan dari anime One Piece. Saya tahu, mungkin cerita ini ada kekurangannya dan saya juga amat memerlukan feedback dari pembaca untuk sebarang penambahbaikan pada masa akan datang, yakni buku kedua dalam siri ini.

Buat pembaca yang telah membaca buku pertama dari siri Magis Perpustakaan ini, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berjanji temu dengan Lydia, Daris, Nana, Kuyap dan Kapi dalam Sarkas Merrily.
Profile Image for chelsannereads.
194 reviews4 followers
December 31, 2025
Trope: Magical Library/Book Within a Book/Portal Fantasy/Cursed Object/Meta Fiction/etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

Sebelum itu maaf sebab lama tak update any review, kita 'on vacation' sebentar ye hahahah. First of all, tahniah penulis untuk keluaran buku terbaharu ini. Saya tertarik untuk baca cerita ni sebab baru baca blurb dah menarik. Lepas habis baca, memang betul gaiss. Best! Ada vibe Alice in wonderland and Harry Potter sikit tapi with different plot line. 🤩

Cerita ni basically about Lydia yang ingin menyertai pertandingan sayembara tulis novela yang dianjurkan sekolahnya. Kalini Lydia nak buat betul² sebab sebelum ni dia pernah sertai tapi kena reject sebab dia plagiat karya orang lain. Lydia pun pergilah satu perpustakaan ni untuk cari bahan rujukan, dia terjumpa satu buku yang usang dan cerita dalam buku tu tak habis, rupanya buku tu perlukan penulis untuk sambung tulis cerita tersebut sehingga habis. Tapi, sekiranya penulis tersebut tak dapat habiskan tulis cerita tersebut dia akan terperangkap selama²nya dalam dunia tersebut, kewujudan dia akan lenyap dari memori orang² yang kenal dia.

Baru bagi teaser sikit dah menarikkan? Banyak benda yang best saya nak highlight dalam cerita ni, walaupun pendek je tapi penceritaan santai. Saya suka bila penulis insertkan scene dimana Lydia tulis sesuatu dalam buku tu dan create satu jubah halimunan yang dalam Harry Potter tu. 😍 Lepastu, saya suka bila Lydia create si kuyap a.k.a kucing yang boleh terbang. I bayangkan dia ni macam kucing yang dalam Alice in wonderland tu.

Konflik tak berat, boleh dibaca sebagai bacaan ringan. World building kinda nice for a novella in my opinion. Bila baca cerita ni kan kita teringat satu cerita english yang saya nak baca tapi belum baca² hahahaha iaitu 'The invisible life of Addie Larue'. I don't why, tapi saya rasa ada persamaan sikit. 🤭

However, di awal bab tu kita harus akui slow sikit la, sikit je. Tapi bila dah masuk part Lydia dah jumpa buku yang misterius tu plot terus gerak maju kehadapan! Cerita makin fascinating, element fantasy yang diselitkan pun menarik bagi saya. Nice try author! Tak sabar nak baca lagi buku seterusnya dalam Siri magis perpustakaan ni.

Overall this novella sangat highly recommended ✨ korang kena baca sebab ceritanya sangat menarik. Siapa yang nak try baca fantasy for beginner tu boleh try yang ni dijamin best! 🤍
Profile Image for Rania Maisara.
2 reviews
December 28, 2025
Suka watak Kuyap dan Kapi yang suka bergaduh tapi comel. Tak sangka mak saya yang tulis buku ni seorang yang kelakar, tapi sebenarnya dia agak garang kat rumah. Enjoy baca. Satu-satunya buku yang saya habiskan dengan cepat sekali.
Profile Image for Aira Zira.
129 reviews2 followers
January 29, 2026
Rate : 4.5⭐️

Buku magis! Saya suka cerita fantasi yang berkisah tentang buku. Terasa seperti vibe cerita Inkheart. Apa yang ditulis, itu yang terjadi! Imaginasi kita bebas memainkan peranan di atas pena. Seronokkan kalau begitu?

Lydia tanpa sengaja terjumpa satu buku misteri. Tanpa tajuk, malah isinya bertulis tangan. Kata Daris, buku itu bukan buku biasa. Ceritanya tak lengkap. Hanya yang terpilih layak menghabiskan ceritanya. Lydia dengan berani dan yakin mencuba untuk teruskan kisah yang penuh magis itu.

Mengembara ke dunia buku. Selamatkan Nana dari cengkaman bapanya dan bantu temukan ibu dan adiknya di Sarkas Merrily. Perjalanan yang tak mudah tapi menarik! Kuyap si kucing yang comel dan menghiburkan. Siap boleh terbang! Ada kapibara pula tu! Semua rintangan dilalui bersama.

Cerita yang pendek tapi penuh keterujaan! Bila imaginasi menguasai minda! Saya memang terhibur dan melayang sama. Tak sabar dengan apa yang bakal penulis coretkan lagi. Sangat recommended!
Profile Image for Aleeqa.
73 reviews1 follower
January 30, 2026
Magis Perpustakaan: Sarkas Merrily karya Sue Oshin mengisahkan tentang Lydia yang cuba mencabar diri sendiri untuk melengkapkan manuskrip yang terbengkalai yang dia jumpa di perpustakaan magis. Sekiranya gagal, Lydia akan terperangkap selama lamanya didalam manuskrip tersebut dan kewujudan Lydia akan terpadam dari dunia sebenar.

Lydia nekad bermigrasi ke dalam manuskrip dan mengembara bersama watak, Nana. Usaha Lydia untuk melengkapkan cerita pengembaraan Nana ke Sarkas Merrily untuk lari dari cengkaman ayah dan bertemu ibu dan adiknya di sarkas tersebut tidak mudah. Andai jalan cerita tiada cabaran, penulis misteri akan menukar rancangan Lydia untuk cerita tersebut. Sebagai penulis yang berimaginasi tinggi, Lydia menambah watak Kuyap dan Kapi menjadikan cerita tersebut lebih menarik dan luar biasa.

Kyaaa!!!! Saya memang suka cerita berkisar tentang buku dan perpustakaan 🥰 Saya suka ‘worldbuilding’ cerita ni. Perpustakaan dan manuskrip magis tu cukup menarik, masuk pula kedalam dunia yang tak terbatas. Bertambah la imaginasi yang tiada had seperti kewujudan watak Kuyap yang mencuit hati. Dialog dan perwatakan Kuyap buat saya tersengih. Kelakar! Memang sangat terhibur bila Kuyap ada.

Penulis betul2 menjentik imaginasi saya supaya lebih meluas. Kenapa ada watak kucing, kenapa tak kucing tu boleh terbang? Atas laut, naik sampan. Why stop there, kenapa tak sampan kapibara boleh terbang atas awan.

Berdasarkan tajuk, saya ingat cerita ni akan fokus ke pengembaraan di Sarkas Merrily. Tapi rupanya pengembaraan ke Sarkas Merrily. Buku ini merupakan buku bersiri, tak sabar nak tahu sambungan cerita. Adakah akan berkisar tentang Sarkas Merrily, atau Perpustakaan Magis akan memberikan misteri baru.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
186 reviews6 followers
February 13, 2026
Cerita ni akan bawa kita mengembara ! Kisah seorang gadis bernama Lydia yang suka menulis. Dia berkunjung ke Perpustakaan Warisan dan terjumpa sebuah manuskrip lama yang tiada penamat. Buku yang Lydia jumpa ada magisnya yang sendiri. Penulis yang menjumpai buku tersebut boleh menyambung jalan cerita dan kalau tidak berjaya, Lydia akan terperangkap dalam dunia cerita tersebut.

Dalam dunia magis tersebut, terjumpa lah Lydia dengan Nana. Mereka ada misi untuk ke Sarkas Merrily untuk bertemu ibu dan adik Nana. Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi mereka berdua, Lydia jadi cemas kerana dia tidak tahu macam mana nak bantu Nana. Dia terlupa oh rupanya pena berada di tangan nya. Dia boleh menulis apa akan jadi seterusnya dengan ceritanya sendiri. Tetapi kadang kala, boleh jadi cerita yang ditulis ‘tidak diterima’.

Saya terhibur dengan dialog bersahaja antara karakter. Antara karakter yang paling comel adalah kucing dan capybara bernama Kuyap dan Kapi. Mereka ada kuasa tau ! Ha, kuasa apa ? Kena baca sendiri novel pendek ni. Berjaya ke tak perjalanan mereka semua ni ke Sarkas Merrily tersebut ? Berdebar nak tahu penghujung cerita. Best ! Saya suka penulis bawa saya ke dunia ni. Tahniah Sue !
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.