Jalilah kembali ke kampung halamannya di Pulau Kelumpang Burung untuk mencari ketenangan selepas kegagalan dalam hidupnya. Namun, kepulangan itu membuka kembali luka lama – memori kematian tragis sahabat baiknya, Nina, sepuluh tahun lalu.
Di pulau itu, kejadian aneh mula menimpa Jalilah. Dia melihat petunjuk tragedi lama melalui keupayaannya mengembara ke masa silam dan masa hadapan, bak pergerakan pendulum. Bersama rakan-rakan lama yang turut memikul trauma yang sama, mereka menelusuri misteri di sebalik kematian Nina. Di sebalik dendam dan rahsia yang semakin terungkap, Jalilah berusaha membongkar kebenaran sebelum mereka terjerat dalam misteri yang mengancam nyawa mereka semua.
Mampukah Jalilah menggunakan kelebihan istimewaannya ini untuk merungkai misteri di sebalik tragedi yang menimpa kawan karib mereka? Apa pula bahaya yang menanti Jalilah kelak?
Gadis Pendulum: Siapa Bunuh Nina? oleh Iqbal Rafiuddin
100/5 ⭐ — memang tak keterlaluan! Penulis berjaya buat aku hooked sampai habis dalam masa sehari. 😅 Genre: Persahabatan, pengkhianatan, misteri & thriller.
Tajuknya terus mengingatkan aku pada drama 90-an “Siapa Bunuh Alice?” — siapa yang pernah tengok mesti faham rasa teruja tu. Sebab itulah aku terus beli masa first keluaran tahun lepas.
Kisah ini membawa kita mengikuti Jalilah yang kembali ke pulau penuh kenangan zaman remajanya. Kepulangannya bukan sekadar nostalgia, tetapi misi untuk merungkai misteri pembunuhan sahabat-sahabatnya. Plot bergerak kemas, penuh teka-teki dan susunan peristiwa yang buat kita tak senang duduk.
Ending? Ya Allah… memang ada jawapan, tapi epilog dan diari Hana tinggalkan lebih banyak tanda tanya. 😭 Kena tunggu sambungan! Lepas baca Galat pun rasa “sidai”, sekarang tambah lagi satu. Penulis, jangan lama sangat ya… pembaca tak kuat digantung begini. 🙏😆
Antara mesej yang paling kuat dalam buku ini: Setiap orang ada sisi gelap yang kita tak nampak. Luaran mungkin tampak putih dan bersih, tetapi dalamnya ada luka, dendam dan rahsia — seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.
Vibe misterinya mengingatkan aku kepada Kindaichi Hajime — remaja ber-IQ tinggi yang tajam penakulan bila berdepan kes pembunuhan. Ditambah pula dengan watak manipulatif “controller” yang penuh perancangan licik, memang buat kita tak sabar nak tahu strategi sebenar di sebalik semua kejadian.
Pendek kata, untuk peminat misteri dan thriller — ini memang bacaan wajib.
Jammaread? Misteri dan thriller memang berpisah tiada… dulu, kini dan selamanya. 🖤
Dia punye terpusing2 nak cari siapa yang bunuh nina ni mmg buatkan diri aku salahkan semua orang😂 punyalah suspicious every character ni. Pening ooooo baca
Cerita Siapa Bunuh Nina? ni ringkas, mudah difahami dan tetap mampu mengujakan! Seronok selak dan terus selak untuk mencari tahu kenapa? Eh macam mana? Eh boleh pula mcm tu? Eh ni lain ni. Haaa mcm² "Eh". Anak² kecil pun sesuai juga baca kalau tutup mata bab ngeri sikit tu.
Mula rasa mcm teka betul dh dlm satu perkara tu, kemudian lah bukan tiba² eh betul la. Haaa begitu ya dipermainkan. Tapi plot twist cerita ni beshe² je dibandingkan dgn cerita² penulis yg lain. Lebih ringkas dan ringan tapi mengundang rasa nak tahu lagi! tolong keluarkan sambungan cepat!
Satu perkataan jer. Besttttt. Novella yang boleh dihabiskan dalam masa beberapa jam sahaja. Seronok baca sebab saya memang suka baca genre penyiasatan dan misteri macam ni. Huhu
Macam penulis cakap, seronok baca buku genre penyiasatan dna misteri sebab kita sebagai pembaca sendiri nak menyiasat, menyelidik satu per satu watak untuk tangkap pembunuhnya.
Tak expect langsung siapa pembunuhnya. Tapi dapat expect sesuatu.. Muehehe.. Cuma tahu sampai situ jer lah. Sis akan bersabar menunggu buku yang seterusnya ya. Nak tauuuuu apa yang jadi kat orang2 dalam pulau tu.
Buku ni berbeza dengan buku Anta Carla saya baru baca baru2 ni. Buku Anta Carla banyak kali gelak sebab terhibur. Yang ni agak serius dan menakutkan sikit. Mungkin sebab buku ni agak berat, berkaitan pembunuhan..
Terima kasih penulis untuk novella ini. Macam biasa, ada saja dialognya yang menyentuh perihal kehidupan yang buatkan kita muhasabah diri sekejap. Macam mana kita sebagai manusia ini perlu hidup dan 'survive'. Bagaimana cara hidup kita ini. Positifkah? Negatifkah? Berbaik sangkakah dengan Tuhan? Redhakah?