Hujan mencurah tanpa henti. Namun ia bukan sekadar fenomena alam semata-mata. Bumi Taiping menjadi latar kepada sebuah malapetaka besar yang bakal menimpa. Dari dalam tasik, muncul bunyi-bunyi aneh seperti ketukan logam yang berulang-ulang dan rintihan panjang yang menggetarkan jiwa. Petanda sesuatu yang purba dan menggerunkan bakal menjelma.
Peraga, seekor raksasa amfibia bangkit memporak-perandakan keamanan di muka bumi setelah sekian lama lena beradu di dasar Tasik Taiping, Perak. Artileri tentera tidak mampu menghalang amukan sang gergasi. Maka, tugas mengembalikan keamanan itu jatuh kepada Amar yang menyimpan jurnal milik arwah datuknya yang mengandungi catatan-catatan mengenai raksasa itu. Bersama Skripsi 404 dan PERKASA, Amar bersatu tenaga merungkai rahsia di sebalik catatan purba yang ditemui dalam penyiasatan mereka.
Paluan rebana menjadi satu-satunya cara menumbangkan Peraga. Namun, satu paluan yang sumbang, sang raksasa semakin berang. Mampukah Amar menewaskan Peraga dengan paluan yang sempurna? Atau Peraga bakal menjadi penguasa baharu dunia?
Sebab dah banyak kali jejak Taman Tasik Taiping, boleh visualize dgn jelas cerita Geruha ni.
Membaca Geruha seumpama mengembalikan memori zaman kanak-kanak di mana cerita dunia gergasi ni mengingatkan saya kepada Kaiju/Godzilla dalam cerita Ultraman. Ada juga terlintas di fikiran game Monster Hunter yang saya tak suka main tu sebab susah (lol) dan betullah yang penulis pun suka main game tersebut atas dasar cabaran untuk menghapuskan pelbagai raksasa dalam tu. Sama juga seperti makhluk yang ada dalam Geruha iaitu Peraga.
Sebelum pembacaan bermula, terdetik juga: Macam mana eh penulis ni nak localize cerita fiksyen makhluk gergasi ni? Sebab yelah, from young age, kita dah lihat byk game dan movie berunsurkan monster dari negara barat so how setting dekat Malaysia pula?
Alhamdulillah, tidak mengecewakan. I truly enjoy Geruha so much!
Secara peribadi, saya suka watak Amar yang kelihatan menyendiri dan ada tekanan kurang baik dengan ibu bapanya. Ada punca jadi begitu which kinda sad tbh. If we go deep into Amar's personalities, I can feel his loneliness and hollow. He just live in an empty shell and I want to pat him :') Perkaitannya dengan Peraga adalah melalui jurnal peninggalan arwah datuk Amar. Adanya elemen sejarah yang berkait dengan Peraga membuatkan saya tertanya adakah naratif tersebut hanya sekadar fiksyen? Who knows.
Kewujudan grup Skripsi 404, kita bagi extra bintang! Penyelidik dalam bidang gergasi. Walaupun kurang info yang jelas tentang pertubuhan grup tersebut, saya rasa tak puas hati sebab nak lagi kisah mereka walaupun pengakhiran sebegitu :') #iykyk
Dan harus diberi pujian untuk aksi pertempuran dalam ni. Sengit & saspens. Datanglah beribu alat teknologi tinggi pun, hanya sentuhan tradisional juga dapat menamatkan Peraga. Saya suka cerita ni, tak rasa bosan dan recommended bagi yang gemar cerita aksi dan raksasa. 3.75 ⭐️
Satu naskah yang tidak mengecewakan. Best. Lepasni, Taman Tasik Taiping tidak lagi kelihatan sama di mata ku. ✋🏻 Mesti akan automatik terbayang scene-scene dalam Geruha dan paling utama makhluk amfibia si Peraga yang unik bentuk fizikalnya.
Suka dengan idea, konsep dan storyline penulis. Bukan senang nak tulis cerita yang boleh dikatakan kita selalu nampak dalam movie. Balik-balik plot yang sama. Tapi penulis berjaya lari dari 'kebiasaan' tersebut. Peraga dikaitkan dengan sejarah lama serta hubungkait antara Amar, jurnal lama milik datuk Amar & Aina, Perkasa serta grup Skripsi 404. Kiranya, tidak la nampak semuanya secara tiba-tiba. Kewujudan Peraga juga sudah lama diketahui oleh pihak tertentu. Jadi, bila grup penyelidikan campur tangan. Maka, banyak la rahsia terbongkar mengenai Peraga.
Pembaca akan melihat bagaimana penulis mengolah banyak benda. Teknologi moden vs tradisional (senjata). Ini menarik. Dalam masa kagum dengan teknologi moden. Pastinya lagi bertambah kagum dengan senjata terakhir yang berjaya menumpaskan Peraga. Pemilihan setting place Malaysia khususnya bumi Taiping memang pemilihan yang tepat.
Peraga satu makhluk yang unik dan bijak. Jadi nak tumpaskan Peraga mungkin mengambil masa yang lama. Bayangkan dari datuk Amar sampai la ke Amar. Barulah semuanya terlerai. Makanya, konklusi mudah. Nak tumpaskan makhluk bijak. Kita kena bijak sama 😩 Akan ada banyak jiwa terkorban tapi itu bukan perkara yang boleh dikawal.
Cumanya, kenapa agaknya Amar tak baca semua yang ada dalam jurnal datuknya terus sampai helaian terakhir? Bukan ke lebih memudahkan kerja. Dan dia pun dapat gambaran secara menyeluruh tentang apa sebenarnya yang berlaku dan dapat la dia bertindak lebih cepat. Mungkin penulis reveal apa dalam jurnal datuk Amar tu sikit-sikit sebab nak bagi pembaca suspen & nak kaitkan dengan situasi yg terjadi. Cakap pasal Amar. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi dekat Amar. Macam mana dia struggle nak menghadapi kenyataan mengenai adiknya. Keluarga pula meletakkan semua beban atas kepala dia.
Siapa peminat cerita sci fi, makhluk mega dan ada elemen sejarah. Kita rekomen sangat Geruha. Best.
Geruha memang layak dijadikan bacaan wajib bagi penggemar horror slow burn. Walaupun pacing cerita perlahan, tak ada langsung rasa bosan. Setiap bab ada sesuatu yang menarik untuk diikuti. Saya paling suka bab penyiasatan Amar dan geng Skripsi 404. Interaksi mereka dengan misteri Tasik Taiping sangat mengasyikkan dan memberi dimensi detektif kepada cerita. Secara jujurnya, bahagian ni paling saya suka.
Watak utama, Amar, dan geng Skripsi 404 Satu-satunya karakter yang agak mencabar kesabaran adalah Mei Ling. Faham je dia jenis intuitif, tapi ya ampun, kadang-kadang geram juga haha. Namun itu pun tak terlalu mengganggu keseluruhan cerita.
Tema cerita ni pasal makhluk tasik yang tak sepatutnya diganggu sangat menyeramkan tapi tetap unik bagi sayalah. Konsep raksasa amfibia Peraga yang bangkit dari dasar tasik memberi saya rasa cuak nak lepak tepi tasik. Bila penulis gambarkan karakteristik Peraga lagilah buat saya cuak haha. Tapi nak beritahu, masa baca buku ni imaginasi saya fuhh buku ni memang buat saya bayangkan setiap babak terutamanya bab Peraga keluar dan geng Skripsi 404 nampak tu. Epik!
Penyelesaian dengan paluan rebana pun sangat kreatif dan lain daripada lain, ia menambahkan lagi elemen suspens tu.
Satu perkara buat saya sedih, berkaitan pengalaman Amar. Eh tak nak spoiler. Bacalah buku ni kalau korang nak tahu kenapa.
Secara keseluruhan, Geruha berjaya menyampaikan horror dengan cara yang perlahan tapi sangat menarik. Jalan cerita, misteri, dan elemen tradisionalnya sangat memorable. Saya sangat rekomen Geruha untuk pembaca yang suka horror dengan slow burn, misteri, dan budaya tempatan. Best!
Sebuah karya yang pada mulanya membuatkan saya ada banyak pertanyaan tetapi seterusnya membuatkan saya meremang dan geli! Saya suka kisah yang dibawa oleh penulis kerana unik! Jarang saya baca kisah tentang raksasa tetapi dikaitkan dengan peristiwa sejarah yang berkait rapat dengan latar tempat kisah ini berlaku.
Saya gemar akan kaitan tentang kisah silam watak Amar dengan Taman Tasik Taiping. Hubungan antara peristiwa tersebut dengan sebuah jurnal lama milik arwah datuknya. Kisah ini juga berkait rapat dengan misi geng Skripsi 404 yang juga ingin mengkaji tentang makhluk purba yang pernah wujud di kawasan tersebut.
Bagi saya, penulis pandai menyusun plot dan jalan ceritanya sangat meyakinkan sehingga jika betul ada makhluk purba yang boleh muncul di Taman Tasik Taiping, saya akan percaya!
Highlight bagi kisah ini tentunya tentang makhluk amfibia itu sendiri, Peraga. Saya sangka Peraga cumalah makhluk yang menggerunkan, tetapi ia lebih dari itu. Proses evolusi yang berlaku akibat provokasi daripada manusia SANGAT menarik minat saya dan tak terjangkau dek akal. Seram & menggelikan! Ya.
Walaupun ada kelompongan bagi saya tentang hubungan Amar dan keluarganya. Saya boleh katakan secara surface levelnya saya faham kenapa keluarganya membencinya. Tapi saya cuma terfikir kenapa seteruk itu? Sehingga saya rasa kesian kepada Amar kerana Amar cumalah mangsa keadaan.
Overall, saya sangat suka buku ini! very very recommended terutamanya bagi anda yang suka baca kisah ala-ala Godzilla.
Best baca buku ni. Permulaan cerita agak perlahan dengan vibe bau kedai buku yang tenang, tapi tak lama. Lepas itu, plot terus bergerak laju dan penuh intensiti. Perincian dari segi teknikal dan emosi sangat kemas — rasa kehilangan dan tekanan yang diragut daripada watak-watak benar-benar sampai. Sampai tak sedar, satu hari sahaja aku habiskan untuk tamatkan pembacaan.
Kisahnya tentang satu makhluk yang lama “tidur” dan kembali bangkit untuk menakluk dunia. Pada awalnya, memang rasa sakit hati dengan Team Skripsi 404 — degil dan nampak menyusahkan. Tapi rupanya mereka juga menjadi antara kunci penting dalam merungkai dan menyelesaikan konflik yang berlaku.
Bab emosi Amar memang padu. Penulis berjaya buat aku rasa bagaimana pedihnya dipulaukan oleh keluarga sendiri. Amar dipersalahkan atas kehilangan Fateha — sedangkan beban yang dia tanggung sudah cukup berat. Part Uncle William marah keluarga Amar tu memang puas hati. Terima kasih penulis untuk babak itu — walaupun hakikatnya mereka masih belum benar-benar sedar.
Tentang pengakhiran? Itu kena baca sendiri. Yang pasti, cara penceritaan Saiful Amin memang A++. Rasa macam naik roller coaster — turun naik emosi, laju, mendebarkan dan susah nak berhenti membaca.