What do you think?

Memburu Sulaiman
Di tanah Gangga Negara, Jalak, Dogol serta Sirat terheret ke dalam permainan nasib yang tidak terjangka. Dari gua larangan di Gunung Jerai hingga ke istana, rahsia lama yang dipahat dengan darah dan sumpah bangkit semula.
Khabar tentang sebuah kitab sakti yang mampu menundukkan kekayaan dan kuasa telah menggoncang seluruh negeri. Namun, di sebalik buruan itu, setiap langkah mereka dihantui dendam lama, kasih yang terpadam dan janji yang belum tertunai.
Memburu Sulaiman membawa pembaca menyusuri dunia purba penuh tipu daya, persahabatan yang diuji dan keinginan manusia yang tidak pernah kenyang terhadap kuasa. Di hujung jalan, siapa yang sanggup menanggung beban sumpahan kitab itu, dan siapa yang akan rebah menjadi korban?

385 pages, Paperback
First published January 1, 2025
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
December 5, 2025
Ada banyak buku inggeris yang gabungkan tema historical conspiracy tapi di Malaysia amat sukar nak cari fiksyen begini. Menarik bagi saya sebab penulis ini kreatif gabungkan elemen-elemen itu.
Ini first time saya baca fiksyen sejarah yang setting dia zaman sriwijaya. Selalunya Melaka.
Watak agak banyak. Ceritanya sarat misteri dan rahsia. Kena guna otak untuk ingat dan kaitkan fakta dan klu. Watak wedata paling memorable.
Terima kasih untuk senarai rujukan yang diberikan. Mohon sambungan bukunya puan penulis.

June 25, 2026
"Patik tak pernah berhajat begitu. Perkara yang kedengaran hebat dan bukan-bukan selalunya dongeng dicandui orang."
Dialog ini antara yang berjaya menarik perhatian saya sejak awal pembacaan. Pada mulanya, saya menyangka Memburu Sulaiman: Sumpahan Kitab Purba hanya sebuah kisah pengembaraan mencari artifak sakti. Namun semakin saya menyelami ceritanya, semakin jelas bahawa novel ini sebenarnya berbicara tentang sifat manusia, ketamakan terhadap kuasa dan harga yang perlu dibayar untuk setiap pilihan yang dibuat.
Berlatarbelakangkan tanah Gangga Negara, kisah ini mengikuti perjalanan Jalak bersama Dogol dan Sirat yang terheret ke dalam pemburuan sebuah kitab purba yang dikatakan memiliki kesaktian luar biasa. Dari gua larangan di Gunung Jerai hingga ke lingkungan istana, mereka perlu berhadapan dengan rahsia silam, dendam yang belum terlerai dan pelbagai muslihat manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keinginan mereka.
Saya suka bagaimana penulis membina suasana misteri sepanjang penceritaan. Setiap bab seolah-olah membuka satu persoalan baharu, tetapi pada masa yang sama memberikan petunjuk kecil kepada rahsia yang lebih besar. Wataknya juga pelbagai dan masing-masing mempunyai tujuan tersendiri, menjadikan perjalanan ini lebih hidup dan tidak mudah dijangka.
"Tuanku ingin gunakan kesaktian kitab itu?"
Pertanyaan yang ringkas ini sebenarnya menjadi nadi kepada keseluruhan cerita. Ia membuatkan saya tertanya-tanya: adakah kitab itu benar-benar membawa kebaikan, atau sekadar menjadi alat yang membangkitkan sisi paling gelap dalam diri manusia? Di sinilah letaknya kekuatan novel ini. Ia bukan sekadar tentang pencarian sebuah kitab, tetapi tentang manusia yang diuji apabila berdepan peluang untuk memperoleh kuasa yang luar biasa.
Secara keseluruhannya, Memburu Sulaiman: Sumpahan Kitab Purba merupakan sebuah fiksyen sejarah yang menarik dengan gabungan misteri, pengembaraan dan pengkhianatan yang berlapis-lapis. Bahasa yang digunakan indah dan klasik, manakala plotnya dipenuhi rahsia serta beberapa kejutan yang membuatkan saya terus ingin membaca sehingga ke halaman terakhir. Sesuai untuk pembaca yang gemarkan fiksyen sejarah Melayu, legenda, misteri dan kisah pengembaraan yang sarat dengan plot twist.
September 7, 2026
Best .....
Sangat best
Lain dari yang lain ....
Sangat best
Lain dari yang lain ....
May 25, 2026
Melihat perkataan Gunung Jerai lalu saya tertarik untuk membaca Memburu Sulaiman. Separuh buku ditekuni sewaktu bermusafir menikmati pemandangan indah pergunungan Alps. Karya ini berlatarkan pergunungan di tanah air sendiri - Gunung Ledang dan Gunung Jerai.
Watak utama, Jalak hidup dalam takdir yang susah payah. Kasihnya kepada Telipok, adik perempuan satu ibu, tidak berbelah bahagi. Telipok mati teraniaya. Jalak bagai jatuh ditimpa tangga. Perniagaannya juga punah. Muncul cerita tentang kitab yang boleh memberi jawapan. Jalak diupah untuk mencarinya. Dia juga ingin memanfaatkan kitab itu untuk mencari pembunuh adiknya. Pencarian itu membawanya mengenali siapa lawan dan siapa kawan.
Cerita berungkai misteri antara celahan sejarah. Segar penceritaannya dengan bahasa yang indah. Banyak watak berbagai telatah. Secara peribadi, ada unsur thriller. Banyak nyawa tergadai.
Siri kedua selepas Mengejar Taming Sari. Mungkin Memburu Sulaiman ini ada sambungannya.

June 28, 2026
Bukan sekadar sebuah novel fantasi atau thriller sejarah. la merupakan sebuah karya yang berani menggabungkan pelbagai lapisan mitos, agama, legenda, dan sejarah dalam satu naratif yang penuh misteri. Dari mitos Yunani dan legenda Mesir Kuno, kisah-kisah Israiliyat serta Kitab Perjanjian Lama, hinggalah kepada hikayat-hikayat Melayu, pseudosejarah, dan salasilah raja-raja Kedah Tua, semuanya disulam menjadi sebuah pengembaraan yang menguji sempadan antara fakta, kepercayaan, dan legenda.
Salah satu kekuatan terbesar novel ini ialah penggunaan bahasa Melayunya yang kaya dan mempesonakan. Ada ketikanya, membaca novel ini, terasa seperti membuka lembaran manuskrip lama atau mengembara ke zaman kegemilangan Sriwijaya dan Kedah Tua. Kekuatan novel ini juga terletak pada penyelidikannya yang jelas mendalam. Saya bukan sahaja dihiburkan dengan plot yang bergerak pantas, malah turut diperkenalkan kepada pelbagai rujukan sejarah, legenda, manuskrip lama, dan tradisi yang jarang diketengahkan dalam karya fiksyen tempatan. Sesekali terasa seolah-olah sedang membaca gabungan antara novel pengembaraan, catatan sejarah, dan teori konspirasi yang disusun dengan penuh teliti.
Sebuah novel yang membuatkan saya berasa seolah-olah sedang berdiri di pelabuhan Sriwijaya, sambil menelusuri jejak rahsia yang tersembunyi dalam lipatan sejarah. Membacanya bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengembaraan intelektual yang memperkayakan minda dan bahasa. Semoga akan ada banyak lagi karya sebegini pada masa depan.

March 10, 2026
Sebuah fiksyen sejarah yang ceritanya teradun dengan sangat menarik. Penulis sangat bijak. Saya suka juga dengan bahasanya yang sungguh indah.
Benarlah, kerana harta atau kepentingan diri, seorang manusia sanggup mengingkar walau janji suci sekalipun. Banyak plot twist yang tidak disangka. Pengkhianatan demi pengkhianatan yang berlaku merobek hati.
Saya paling suka bahagian akhir - apabila Jalak terlepas dari dendam yang menyelubungi dirinya sekian lama. Bebas.

December 22, 2025
Best! Saya tenggelam dalam penceritaan penulis. Betul-betul mengasyikkan.
July 20, 2026
Memburu Sulaiman. 4.49 ⭐
Pendapat peribadi aku, membaca Memburu Sulaiman adalah satu pengalaman yang lebih menghiburkan berbanding May Terpasung di Lorong Waktu, walaupun kedua-dua buku masih aku anggap sebagai above average atau cemerlang berbanding kebanyakan novel-novel di pasaran yang sedia ada.
Novel-novel penulis ini sepatutnya mendapat lebih pendedahan berbanding sesetengah novel lain di bawah penerbit yang sama.
Penyampaian ikonik yang kelakar - kebanyakan waktu di dalam dialognya, sampai ada masa kau akan terbahak ketawa. Penggunaaan bahasa Melayu lama yang menyegarkan, membuatkan kau masuk ke dalam senggat dunia yang diinginkan oleh penulis.
Perkembangan plot bagi aku sudah cukup bagus, cuma tidaklah sampai mengagumkan. Tetapi keseluruhan cerita dimenangkan oleh cara penyampaian yang unik dan bila kau baca, kau tahu siapa penulisnya.
Aku tak pasti jika ada turutan tertentu ketika membaca buku ini dan Mengejar Taming Sari. Tetapi sebab sudah dibeli dan dibaca, Insyaallah selepas ini akan mula membaca Mengejar Taming Sari pula.

February 3, 2026
Highly recommended untuk mereka yang suka membaca novel dengan gaya bahasa klasik, fantasi sejarah dan pengembaraan yang penuh plot twist, pengkhianatan demi pengkhianatan. Plot kemas dan lancar. Once dah start, rasa tak boleh berhenti baca. Semua persoalan terjawab di akhir cerita kecuali satu je yang masih menjadi tanda tanya bagi saya. All in all, this is a really good read sebagai permulaan bacaan tahun 2026.
January 14, 2026
Lain dari yang lain. Gaya bahasa yang klasik dan kisah yang lebih kepada sejarah dan dongeng. Recommended!
April 23, 2026
Buku ni unik. Susah jumpa buku bm macam ni. Tak tahu kenapa ada yg bagi 3 stars.
Read
June 7, 2026Bacaan yang sangat menarik, penuh dengan drama, tanda tanya dan pengembaraan. Penamatnya agak mengejutkan tapi puas hati.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews