What do you think?

Mengejar Taming Sari
Melaka, tahun 1551. Kota yang pernah menjadi nadi dunia kini bernafas dalam cengkaman Peringgi. Di tengah riuh pasar, dentangan genta dan kesuk-kesik di pelabuhan, seorang gadis Pahang bernama Nasrah hadir bersama bakat menekat yang halus dan kerinduan pada suami yang tidak tertanggungkan.
Pada setiap helaian benang yang disulam, terbongkar cetera dan pertemuan yang beragam. Nasrah terbelit oleh janji sang petinggi licik untuk menemukan keris Taming Sari dengan nyawa suami sebagai galang ganti. Bersama harapan agar mereka menyatu kembali, dia terpaksa mempertaruhkan segalanya — walau terpaksa bersekongko, dengan penjajah di negeri nan bersejarah.
Dalam kota penuh tipu daya, Nasrah berhadapan dengan pakatan rahsia, kehilangan perit dan kebenaran yang menggoncang keamanan wangsa. Apakah masih ada peluang untuk dirinya mengecap bahagia, setelah semua janji dan amanat telah terlaksana?
Mengejar Taming Sari ialah hikayat tentang semangat perjuangn yang tetap menyala dan wanita yang menenun semula maruah bangsanya dengan darah serta air mata.

518 pages, Paperback
First published January 1, 2025
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
December 19, 2025
Selepas baca Memburu Sulaiman, saya terus grab buku ini. Ternyata tema adventure, conspiracy, espionage dalam buku historical fiction yang ini lebih mendalam. Dalam buku Sulaiman, ia sarat dengan fakta dan pseudosejarah. Lebih testosterone juga sebab watak-wataknya 90% lelaki. Tapi dalam Taming Sari, gender watak-watak utama seimbang.
Paling saya kagum, penulisnya perempuan. Genre begini seringnya dikuasai penulis lelaki. Tanpa appear di public & senyap di medsos, beliau ialah penulis underrated. Tapi penulisannya mengagumkan.
Bagi saya ia historical fiction yang sempurna. Kita ketandusan penulis fiksyen sejarah yg mampu mengarang cerita yang menarik. Selepas Faisal Tehrani, saya yakin rozanna adalah antara penulis pelapis dalam genre ini. Semoga buku ini diterjemah ke bahasa lain.
P/s: Saya baru tahu tentang seni tekat.

December 29, 2025
First of all, maafkan saya sebab prejudice dengan buku bm. Second, nak rant sikit. Well, cringe gila novel bm zaman2 drama adaptasi TV3. 😭😭😭 Zaman dah berubah okay. Buku ni saya baca sekali dengan buku All The Light We Cannot See. Lepas bertahun2 baca buku nilah pertama kali buat account goodreads. ATLWCS convinced me. Dan buku Mengejar Taming Sari telah meyakinkan saya untuk baca novel bm lagi.
MTS ni ada vibe buku english. Mula2 ingatkan buku ni fantasy tau. Rupanya historical fiction. Siap ada historical notes reference semua. Sumpah best part pakatan Wijaya tu. Semua watak suspicious tau. Kesian Nasrah. Dia tak tahu apa2 tapi terpaksa terlibat dengan macam2 konflik. Love teruk dgn watak Badar. Tapi sorry Tuan tabib, kita ship Nasrah dengan Awan 🤣🤣.
Guys, read this book. Banggalah dengan sejarah melayu. Siapa kata sejarah melayu bosan. Masa diorang cari keris tu dia macam buat kita wait! Seriously? This author is a god damn genius!!!! Kak rozana, saya tak kenal akak. It's okay kalau akak tak expose diri because your talent shines brightly. You're a shining diamond. Please3x terus menulis. Nak pergi hunting buku akak yang lain. 🏃➡️📚📚

May 16, 2026
Jujurnya saya sangat mengagumi semua tulisan Rozanna. Bahasa melayu dengan kosa dan struktur ayat yang sangat tersusun dan pengaruh bahasa Portugis dalam penceritaan ini.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke muka surat akhir bukan kerana jalan cerita yang tidak menarik tetapi proses penyerapan asal bahasa portugis dalam bahasa melayu untuk cerita ini.
Kisah Nasrah seorang wanita yang berani dalam perjalanan beliau untuk mengejar taming sari. Tidak mudah menjadi Nasrah pelbagai rintangan dan kematian orang-orang tersayang yang beliau perlu tempuhi. Kita juga dibawa akan penceritaan sejarah Melaka pada tahun 1511.
Berjayakah Nasrah dalam mengejar taming sari? Atas tujuan apa misi tersebut? Untuk anda yang meminati sejarah Melaka-Portugis, buku ini untuk bacaan anda.

May 21, 2026
Puas hati baca! Bukunya tebal tapi tak ada satu muka surat pun yang saya tak baca. Perjalanan cerita walaupun panjang, tapi tiada rasa bosan. Cuma karakter Nasrah yang degil tak bertempat tu agak menjengkelkan. Selain dari itu, semuanya cukup rasa. Tak sangka dengan penemuan identiti sebenar Badar. Mengejutkan! Harap penulis teruskan menulis best2 macam ni lagi.
September 18, 2026
Ada buku yang selesai dibaca, lalu diletakkan kembali di rak.
Dan ada buku yang setelah halaman terakhir ditutup, membuatkan kita hanya mampu termenung lama ke luar jendela—seolah-olah fikiran masih tertinggal jauh di suatu zaman yang telah berabad lamanya berlalu. Buku ini membawa aku mengembara ke abad ke-15 bersama Nasrah, menelusuri Melaka dalam sebuah perjalanan yang sarat dengan sejarah, luka dan pergolakan. Aku seakan-akan dapat melihat sendiri sebuah Melaka yang pernah berdiri megah, sebelum kedatangan Portugis mengubah wajah negeri ini dengan penjajahan dan kerakusan kuasa.
Penulis tidak sekadar bercerita tentang sejarah; dia menghidupkannya.
Penelitian yang dilakukan terasa begitu teliti sehingga setiap latar, peristiwa dan perincian seolah-olah mempunyai nyawa. Aku tidak pernah merasakan sejarah sebagai sesuatu yang kaku atau jauh. Sebaliknya, halaman demi halaman membuatkan aku semakin tenggelam ke dalam zamannya—merasai kegemilangan, kehilangan, ketakutan dan penderitaan manusia yang hidup di dalamnya.
Dan bahasa penulis...
Ah, bahasanya benar-benar membuatkan aku mahu berhenti membaca seketika hanya untuk menghayati sesebuah ayat.
Ada ayat yang aku ulang berkali-kali, bukan kerana aku tidak memahaminya, tetapi kerana terlalu indah untuk dibaca sekali lalu. Susunan katanya mempunyai pesona tersendiri—lembut tetapi mengena, puitis tetapi tidak berlebihan. Ada keindahan yang membuatkan kita bukan sahaja membaca cerita, tetapi turut merasainya.
Cuma, Nasrah...
Nasrah memang menguji kesabaran aku sampai ke hujung tanduk. 😂
Kedegilannya ada ketika membuatkan aku rasa mahu mencubit dia sekuat-kuatnya sambil berkata, “Sudah-sudahlah tu, Nasrah!” Tetapi mungkin itulah yang menjadikan wataknya terasa manusiawi. Dia tidak sempurna, tidak sentiasa membuat keputusan yang mudah diterima, dan justeru kerana itulah perjalanan bersamanya terasa lebih nyata.
Secara keseluruhannya, buku ini bagi aku bukan sekadar sebuah novel berlatarbelakangkan sejarah. Ia sebuah pengalaman membaca yang meninggalkan bekas.
Sebuah perjalanan merentas waktu yang membuatkan aku kembali memandang sejarah dari sisi yang berbeza—bukan sekadar sebagai tarikh dan peristiwa yang tercatat di dalam buku teks, tetapi sebagai kisah manusia yang pernah hidup, mencintai, kehilangan, melawan dan menderita di tanah yang kita pijak hari ini.
Ini jenis buku yang tidak terasa rugi untuk disimpan.
Malah, aku tahu suatu hari nanti aku akan mengambilnya semula dari rak, membuka halaman pertama dan mengembara sekali lagi bersama Nasrah.
Mungkin bukan seribu kali.
Tapi kalau bahasa penulisnya terus mempesonakan begini...
Seribu kali pun aku sanggup.

May 18, 2026
Lama betul nak habiskan buku. Rasa buku paling tebal dari Jiwa. Kalau siapa nak try baca please prepare buku ni banyak guna peribahasa sebagai dialog gitu. Lepas tu kinda interesting sebab jarang dapat baca yang dari zaman melayu kena jajah dengan portugis (selain siri Sunan).
Dan mungkin ada sambungan cuma tak berkait tapi dalam satu universe yang sama. Saya nantikan buku seterusnya.

October 2, 2026
AMAZING
Displaying 1 - 7 of 7 reviews