“Err... Ar kenal ayah saya?” Eshal terhairan sendiri.
Terkebil-kebil mata Eshal Alaya memandang wajah kosong Ummar. Macam mana Ummar kenal ayahnya? Siap dengan nama betul dan nama syarikat lagi.
“Did you study about my company? Do you know that Black Angels Studio had a collaboration with HJ Empire before?” Raja Ummar
Pertemuan yang bermula dengan salah faham kecil, membawa Eshal menjadi salah seorang pelajar intern di syarikat lelaki bernama Raja Ummar. Banyak-banyak syarikat, mengapa syarikat Ummar?
“Chin up, Angel. Kau kena hadap tiga bulan lamanya sebagai seorang manusia yang bercita-cita untuk kejar title Ar. I wish you the best luck.”