Jump to ratings and reviews
Rate this book

PATUNG

Rate this book
Orked misses her late sister Mawar. So she speaks to the dead girl's doll Melur instead. But then Melur starts to reply...

301 pages, Paperback

First published January 29, 2015

25 people are currently reading
404 people want to read

About the author

Muhammad Fatrim

43 books174 followers
Muhammad Fatrim was born in Beaufort, Sabah and raised in Kuala Penyu, Sabah.

Currently studying in Bachelor Creative Writing (hons) in Faculty Film, Theatre & Animation (FiTA) UiTM Puncak Perdana Shah Alam, Selangor.

His second novel is a FIXI's latest novel entitled ASRAMA.



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
117 (25%)
4 stars
115 (24%)
3 stars
134 (28%)
2 stars
55 (11%)
1 star
42 (9%)
Displaying 1 - 30 of 73 reviews
Profile Image for Shafaza Zara.
167 reviews34 followers
August 15, 2015
Baiklah.
1 bintang.
Untuk diri aku sendiri.
Sebab aku berjaya baca buku ini.
Disebabkan aku beli guna duit aku sendiri, maka aku tak nak membazir.

Tahniah penulis.
Idea yang ditulis, baik.

Malangnya, ada beberapa perkara lain yang buatkan aku kurang mengerti kenapa ada orang sampai tak tidur malam, takut, seram. Aku berpendapat orang tak tidur malam sebab cerita dalam ini jatuh dalam kategori seram-kelakar-chic lit.

1. Setakat yang aku baca, boleh dikatakan Prolog sahaja yang boleh diterima (walaupun ada laras bahasa yang salah di halaman pertama).

2. Penceritaan semakin bercelaru dengan watak-watak yang sekejap muncul, sekejap mati tragik. Kebanyakan watak adalah sangat malang.

Contoh : Orked yang mati adik-mak-bapak mati sekaligus.

Fauziah pula gagal peperiksaan (sebab doktor gagalkan?)-kena marah dengan ibubapa-kena halau oleh tuan rumah-ibu sakit batuk berdarah-bapa keluar nak beli ubat (kenapa tak nak pergi hospital kerajaan yang murah? Kita anggap mereka tiada kenderaan sebab bapa Fauziah keluar berjalan kaki) - ibu dia meninggal - Fauziah cari bapanya - bapa dia pun meninggal sebab kemalangan juga.

Pengaruh drama rantaian? Sinetron?

3. Orked ini ada masalah (aku fikir). Selain daripada berbual dengan Melur (patung adiknya yang bernama Mawar), adakah ini petanda dia kesunyian?

4. Bahagian kemalangan yang meragut nyawa Mawar sepertinya dibuat-buat. Menyebabkan kejadian yang sepatutnya tragis, bertukar menjadi sesuatu yang sedikit kelakar.

5. Masih dalam kejadian kemalangan. Orked cuma dengar bunyi dentuman (yang dianggap kemalangan) yang menimpa ibu dan bapanya, tetapi dia boleh terus anggap dia kehilangan mereka semua.

6. Aku terganggu dengan kesan bunyi yang seperti tidak kena dengan situasi. Contoh : (halaman 30) - Bam! Bam! Bam! Prang! BammM!

(Halaman 103)
Plak!
Tiba-tiba saja Hanis masuk ke dalam tandas ...

(Halaman 40)
Plak!
Tiba-tiba saja pintu dapur tertutup kuat ...

(Halaman 18)
Plak!
Orked tekan suis lampu.

(Halaman 190)
Plak!
Hanis menekan radio kereta.

Nota : Banyak rupanya benda bunyi "plak!" tu.

(Halaman 178)
Blup!
Hampir tersembur apa yang Orked makan kerana terkejut

Ada banyak kesan bunyi dalam novel ini. Sebagai pembaca, anda boleh menelitinya serta cuba bunyikan guna mulut anda sendiri.

Contohnya :
Klong! Klong!
(Ini merujuk kepada bunyi telefon Orked di halaman 86)

Mungkin Orked rakam guna mulutnya untuk dapatkan bunyi begitu. Unik bunyi telefon begitu.

(Halaman 185)
Ada 4 kesan bunyi yang aku rasa kurang tepat dalam halaman ini.

Krass!
Pap!
Bak!
Klak!

Nota : Bunyi "pap!" muncul beberapa kali dalam novel ini dan kebanyakan aksinya berlainan. Yang kena mungkin bunyi ditampar sahaja.

(Halaman 262)
Pap!
AD tutup boot belakang ...

Pap!
"AD!" Orked berteriak apabila ternampak seekor kucing tiba-tiba melompat ke cermin hadapan kereta AD.

Prang!
Kereta AD melanggar tiang elektrik!

Nota : Bunyi tutup boot kereta sama dengan bunyi ditampar? Bunyi yang sama juga untuk kucing melompat ke cermin kereta?

(Halaman 294)
Pop!
Dapur meletup.

Nota : ikut fakta sains, bunyi "pop" terhasil disebabkan kehadiran gas hidrogen. Tapi biasanya bunyi tu tak kuat pun. Jadi, bila dapur meletup bunyi "pop", aku bayangkan bunyi perlahan macam mercun pop pop.

Memang kesan bunyi dalam novel ini banyak ganggu pembacaan aku. Sebab aku rasa ada penggunaan bunyi yang tidak ada kaitan. Lebih baik kalau tiada kesan bunyi. Lebih menarik dan pembaca boleh tahu juga apa berlaku tanpa kesan bunyi begitu.

7. Adakah bila menjerit dan sebagainya, kita dibenarkan untuk mencampur huruf kecil dan besar? Contohnya : (halaman 28) - "MawarrrrR!"

8. Sekejap Melur, sekejap Mawar. Halaman 34. Siapa yang sebenarnya menyanyi dibelakang Orked? Mawar atau Melur? Adakah sekadar "typo"?

9. Penggunaan "saya", "aku" dalam ayat yang sama. Bertukar-tukar. Sama juga dengan "awak", "kau" dalam ayat yang sama.

Penggunaan "depa" juga banyak. Tidak dinyatakan jika ada watak dari Utara. Maka, penggunaan "depa" di dalam ayat kelihatan janggal.

Kadangkala watak juga gunakan kata ganti, "kita" --- padahal dalam ayat sebelumnya, "saya" (boleh rujuk halaman 262)

10. Kesalahan nama watak. Sekejap Zaf, sekejap Zhaf. Memanglah watak dia guna nama samaran, tapi mestilah ada ejaan yang sesuai kan?

11. Penggunaan "bagai", "eh" --- di dalam buku ini, buatkan aku terfikir sesuatu. Kebanyakan kenalan aku yang menggunakan ayat dengan perkataan begitu biasanya hanya digunakan dalam perbualan mereka dengan kelompok mereka sahaja.

Bukan yang selalu dituturkan oleh gadis/wanita seperti Orked. Mungkinkah Orked TS?

Tapi, sekali lagi, aku mungkin silap. Orked barangkali mahu menyelami watak yang aku tidak sedari. Boleh sahaja penggunaan "eh", "bagai" di dalam ayat, aku tiada masalah dengan itu, tetapi bila kerap ada ayat begitu, ia nampak kurang sesuai.

12. (Halaman 192)
Bam!
Kereta Hanis melanggar pembahagi jalan dan terus terjunam masuk ke dalam gaung.

Nota : Mesti kesan perlanggaran tu teruk sebab pembahagi jalan di tengah. Biasanya kalau terus terjunam masuk ke dalam gaung, akan langgar penghadang jalan (besi tepi jalan tu)

13. (Halaman 225)
Entah bila masa AD minta Orked pulangkan telefon pada Liza (Rasanya Orked yang ambil semasa dalam bilik air) Sebab Orked kata dia nak ke Suria KLCC untuk beli top-up. Tapi, dia pulangkan telefon Liza. Liza kejar Orked yang menuju ke Red Bungalow dan Liza kemalangan. Ya, kisah tragik lagi.

14. (Halaman 238)
Kakak Kemboja?
Siapa pula watak ini? Puas aku belek muka hadapan, aku tak jumpa. Kalau mengikut ayat yang dituturkan oleh Amarilis, mungkin ia merujuk kepada ibu Orked, Cempaka. Jadi, siapa pula Kemboja?

(Halaman 241)
Ada lagi muncul nama Kakak Kemboja.

"Akasia! Ingat apa yang Kakak Kemboja pesan! Kamu jangan berlebihan!" Encik Amarilis memberi amaran.

"Apa? Apa pesan ibu saya?!" tanya Orked kasar.

(Halaman 277)
Muncul juga nama Kemboja

Nota : Jadi nama ibu Orked ni Cempaka atau Kemboja? Atau gabungan dua nama? Cempaka Kemboja?

15. Aku sebenarnya keliru dengan garis masa cerita ini. Jadi, bila muncul Suria KLCC, Red Bungalow, dan selepas itu AD ada bawa Orked ke Dip n Dip di Bangsar, jadi aku boleh katakan Hospital Kota itu sama ada Kuala Lumpur, Ampang atau kawasan sekitar situ.

Seharusnya juga dah maju disebabkan AD dan Orked naik LRT menuju ke KLCC. Jadi, garis masa Orked ini mestilah dalam tahun 2012 ke atas disebabkan Dip n Dip dibuka di Telawi dalam tahun berkenaan. Dip n Dip mula-mula diperkenalkan di Damascus pada tahun 2009.

16. Sekali lagi di halaman 258 aku jumpa perkataan : "trip-trip". Dari pembacaan, aku agak ia mungkin bermaksud "ala-ala".

Nota : Seorang teman menyatakan, "trip-trip" itu bermaksud "tup-tup" yang boleh ditafsir sebagai tiba-tiba.

17. Sampai ke penghujung buku, Orked itu sebenarnya Melur (yang jadi patung). Melur menguasai badan Orked. Melur tu pula sebenarnya Sarah yang mati dipenggal dan kepala dicampak ke asas asrama sekolah. Sarah ambil badan Melur sewaktu di hospital. Sarah pula kawan dengan Dahlia (hantu dalam Asrama).

18. Puan Bougan boleh keluar masuk frame gambar macam cerita Harry Potter. Jadi, nak musnahkan Puan Bougan (yang katanya polong) adalah dengan bakar gambar tersebut.

Baiklah.
Sampai disini sahaja. Ini pendapat aku sendiri, semua disebabkan aku memilih untuk baca buku ini. Catatan aku ini, sebagai nota peribadi untuk diri sendiri.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
October 23, 2015
Tahniah buat encik penulis untuk naskah kedua dari Fixi ini. Moga terus sukses lagi...

1.5* untuk naskah ini. Mungkin buku ini bukan untuk aku. Aku bosan baca naskah ni. Maaf encik penulis...

Mungkin aku terlalu meletakkan expectation yang sangat tinggi untuk karya ini selepas melihat buku pertama dari penulis yang sangat disukai ramai. Namun beberapa kali aku cuba untuk memaksa diri agar tidak menutup naskah ini. Dan akhirnya aku tetap tewas. Maaf, aku tak dapat nak habiskan buku ni. Penat dengan cara penyampaian encik penulis. Jadi aku tak dapat nak tahu apa ending cerita ni yang dikatakan sangat awesome. Mungkin naskah ini tergesa-gesa ingin disiapkan. Banyak benda yang mungkin tak dapat disedapkan dan ditelitikan. Mungkin bukan kesalahan encik penulis, tapi mungkin memilih buku Patung ini untuk dibaca, tidak kena pada waktunya.

Kasihan watak-watak di dalam ni. seolah-olah takdir memang betul-betul kejam dengan mereka.

Maaf penulis, harap jangan kecam saya. Buku pertama rasanya saya nak peram dulu...

Tapi harap kalian cubalah, lain orang lain citarasanya. Mungkin buku ini 'cheese cake'anda. Mungkin?

Peace!
Profile Image for IRz.
8 reviews4 followers
April 1, 2015
Sejujurnya selepas baca buku ini aku tak faham kenapa sampah macam ni boleh jadi bestseller.
Yes, bagi aku manuskrip ini adalah sampah.
Asrama pun lebih baik walaupun tak sempurna. Tapi aku boleh lihat effort penulis semasa dia menulis buku itu. Lebih jujur.
While this book is simply rubbish sampai aku tak tau apa yang editor Fixi buat masa dia edit buku ni.
Aku salahkan editor dia sekali sebab tugas editor sepatutnya bagitau penulis apa yang boleh bantu mantapkan manuskrip ni. Tapi sepertinya editor tak buat apa-apa pun pada buku ni. Atau adakah sebenarnya kualiti penulisan manuskrip ini lebih teruk dari hasil akhirnya?

To the writer: take whatever criticism yang reader bagi sebagai mangkin untuk kamu perbaiki penulisan. Sebagai seorang penulis yang formally educated dalam bidang penulisan, kamu seharusnya menulis lebih baik dari penulis-penulis novel cinta yang tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang penulisan. Saya cadangkan kamu berguru lagi cara penulisan yang baik. Yeah, buku kamu semuanya bestseller, mungkin kamu bahagia menulis manuskrip lemah yang jualannya beratus ribu naskhah but in the end, sebenarnya penulis sebeginilah yang membuatkan orang akan terus memandang rendah pada kualiti novel fiksyen Melayu dalam pasaran

No heart feeling. Ini review jujur bukan maki sesuka hati tanpa baca.
Profile Image for Iz.
2 reviews
February 16, 2015
Ni first Buku Fixi yang aku beli. Best selling kat PBS dan mana-mana toko buku. Ramai kata seram. Seram sampai tak boleh tidurlah. Seram sampai nak terkencing malam lah. Hakikatnya tak seram mana pun! Ini buatkan aku ragu-ragu nak beli buku pertama (yang katanya juga laku) dari penulisnya walaupun rating di Goodreads agak tinggi.

Bagi aku benda basic dalam PATUNG ni gagal membuatkan aku terpaku dan terus membaca. Melihatkan portfolio penulis yang juga seorang pelajar penulisan, aku jangkakan masalah ini takkan berlaku. Sangkaan aku silap.

Firstly, Timeline cerita ni zaman bila? 70 an? 80an? 90an? Kalau di tahun sekarang 2000's, kenapa dialognya kejung? Macam drama radio zaman Fauziah Nawi dengan Rahim Razali. Ok aku faham kalau nak membaku kan bahasa, tapi beza kot antara baku dengan kejung.

Keduanya aku jelak dengan kesemua nama bunga yang domanasi semua watak-wataknya. Apa yang penulis cuba sampaikan? Ada signifikan? I mean kamon! Puan Bougan? Ada ke dalam reality nama Puan Bougan? Dia bangsa apa? Melayu? Cina? India? Bugis? Agak-agaklah kalau fiksyen pun.

Ketiga aku rimas dengan beberapa perkataan “Eh!” dan juga ungkapan-ungkapan/frasa-frasa “segala” dan “bagai” ni. Sesuatunya! Aku confuse jugak sebenarnya. Aku baca karya seram-shit ke seram kelakar komedi?

Keempat aku dapat mengagak yang penulis tidak membuat kajian mendalam. (aku ambil contoh ringkas) hospital. Dengan budak berlari melanggar jururawat. Dengan hingar bingarnya. (digambarkan dalam ms 27) juga perumpamaan Orked seperti menonton perlawanan gusti (kenapa bukan pasar basah selayang?) itu buat aku rasa berkerut dahi. (Berbalik macam aku cakap. Ini komedi ke seram? Kalaupun nak bagi comical relief, aku tak rasa macam tu penulisannya).

4 benda basic ni yang aku rasa takkan berlaku bagi seorang penulis yang ambil course writing (aku rujuk portfolio beliau). Sebab aku rasa penulis boleh tulis lebih baik daripada itu. Betul lah orang cakap. Karya yang best selling, box office belum tentu lepas di mata pengkritik. PATUNG membuktikannya.
Author 6 books291 followers
July 25, 2016
Perasaan yang berbelah bahagi bila baca PATUNG. Ada yang aku suka, dan sebaliknya. Benar, banyak kejadian aneh; ada yang pada aku biasa, ada yang creepy; berbanding ASRAMA, tapi disebabkan terlalu - TERLALU - banyak kejadian membuatkan aku rasa banyak detail yang kurang dan isu yang mampu dipertikai. Sebagai pembaca, graf keterujaan aku semakin menurun, dan menurun, namun apabila hampir ke penghujung perlahan-lahan ia menarik minat aku semula. Aku tiada komen tentang laras bahasa penulis kerana aku lebih pentingkan plot cerita. Jika aku imbas kembali, ideanya boleh tahan, cuma itulah, aku masih rasa ada yang kurang. Dengan idea sebegitu aku percaya penulis mampu tulis dengan lebih baik sebenarnya. Dan aku terkejut yang aku lebih suka ASRAMA berbanding PATUNG. Sekurang-kurangnya watak baik dan jahat di dalam ASRAMA lebih seimbang berbanding PATUNG yang majoriti wataknya punya agenda sendiri. Oh ya, aku suka bagaimana penulis mengaitkan watak di dalam PATUNG dan ASRAMA; ianya 'cantik' pada aku.
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
August 15, 2015
Patung adalah sebuah novel bergenre seram horror yang mengisahkan tentang kisah hidup Orked yang kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan. Setelah itu, Orked mewarisi banglo tinggalan turun-temurun oleh neneknya, Puan Bouganville. Orked sentiasa ditemani oleh anak patung kecil yang bernama Melur agar dia sentiasa mengingati adiknya, Mawar yang telah meninggal.

Tidak lama selepas kemalangan yang menimpa keluarganya, Orked sering di ganggu dengan gangguan dari rumah banglonya dan memaksanya untuk berpindah sementara ke rumah rakannya, Julia, di kuarters jururawat untuk mencari ketenangan. Terdapat banyak kisah yang terjadi pada Orked terutamanya di hospital tempat Orked bekerja.

Novel Patung mempunyai banyak plot twist yang sangat menarik. Pada awalnya, saya membaca novel ini dengan penuh teka-teki tentang apa yang sedang berlaku. Tetapi apabila hampir ke penghujung novel, segala teka-teki terungkai satu persatu. Segala persoalan terjawab dengan jelas di penghujung novel ini. Rahsia banglo yang diwarisi Orked juga terbongkar. Dan rupanya terjawab jugak siapa Sarah sebenarnya. Terdapat juga hubungkait antara novel Patung dengan novel Asrama hasil dari penulis yang sama sebelum ini. Kesinambungan yang jelas dan amazing!

Congrats to Muhammad Fatrim atas novel ini. Tidak sia-sia saya ke pesta buku tempoh hari dan dapat bertemu dengan beliau. Hope career beliau sebagai penulis akan terus berkembang maju. Tahniah!

#NotaJimbit : Fatrim ada tinggalkan nota, dia ckp jangan benci patung lepas baca novel ni yaa! :)
Profile Image for Ann  Andrea.
72 reviews51 followers
September 1, 2015
This book, wow! It can't stop making me curious especially with the part where the doll can talk to Orked and Orked doesn't look like herself.

Well, after spending 2 and a half day to read this book, I finally get that there's a spirit named Sarah who live inside the doll and asked whether Orked willing to do anything for her and Orked just say yes without knowing anything. And when Orked awake, she realised that her spirit and Sarah's spirit swap and Orked become the doll.

I am glad that finally things get normal and Orked finally get her body back.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
June 3, 2017
fantastic way of story telling...with prologue and monologue.
fresh and young with some basic antagonist and protagonist thrown in.
let me remind you, once us started to pick it up...you cannot stop.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
April 10, 2016
tahniah.
tahniah kpd diri aku sendiri.
krn berjaya menghabiskan buku ini.
sepanjang pembacaan...
aku memang sedih giler...
sampai rase mcm nk menangis...
tak.
aku sedih bkn krn jln cerita nyer...
aku sedih memikirkan duit aku...
duit aku yg telah menjd arwah...
krn buku ini.
Al-fatihah kejap...

(jeda 1 minit)

aku terfikir.
mcm mane aku boleh...
'ter'beli buku ni...>_<
walau bagaimana pom...
drp 1*...
aku upgradekan 3*
sbb ending nyer...
not bad laa...
Profile Image for Ryan&Hakimie.
17 reviews1 follower
December 6, 2015
Aku bagi 0.6 bintang untuk novel ni. The worst untuk mana-mana novel FIXI.
Novel ni dah dibeli 6 bulan lepas dan baru sekarang ada masa nak baca.

IMHO, novel ni sangat menyeksakan untuk dihabiskan.

Tak tahu kenapa, tapi gaya penceritaan di dalam novel ini terlalu awkward mungkin atau telalu tak best untuk dibaca dengan lancar. Entah, rasa macam penulis terlalu tergesa-gesa untuk menyiapkan novel ni. Macam novel yang dihantar adalah 1st draft yang langsung tak disunting apa-apa olehnya.

Ada beberapa perkara yang aku tak suka:
1) Bunyi-bunyian (Plak!, Pap!, dan sebagainya) tu betul-betul mengganggu pembacaan. Kalau tade pun takpe rasanya.

2) "Eh!" - Mungkin penulis cuba menulis sesuatu yang lawak(?)/atau satu kesedaran watak bila terfikirkan sesuatu yang dia sendiri terkejut berfikir seperti itu, (eh?!) dengan meletak perkataan "eh!" dihujung ayat monolog dalaman. Tapi rasa macam tak menjadi. Serius, tak tahu kenapa rasa macam tu.

2.5) Monolog dalaman yang agak lame, kot(?) dan patut dibiarkan bertakhta di novel--novel cinta saja.
==> ms 53
Bila masa pula aku tanya nama dia, tapi nama dia cantik pula. Sekacak orangnya, misai dan janggut dia memang mengancam sanubari, okey! Ah, tengah duty ni pro, Orked, pro!
Hurmmmmm....



Jarang aku kecewa bila baca novel keluaran FIXI. Tapi kali ni bagi aku, novel ini sangat mengecewakan. Boleh baca, tapi please lower your expectation-lah.

Apa-apa pun aku harap novel penulis yang seterusnya lebih baik dari ini atau sekurangnya setaraf dengan novel ASRAMA.

p/s: sorry penulis kalau review ini agak kejam. :3
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
July 30, 2016
Very brilliant idea. The originality is 60% but I really like the theme. Cuma... Ada benda penting yang Una pun selalu kena tegur bila menulis. Dan, penulis buat kesilapan yang sama.

1) Consistency and Logic
- Kenapa masa awal2 'Orked' yang rindukan Mawar sedangkan 'Melur' tu sebenarnya kakak dia?
- Kenapa masa awal-awal bapa sedara dan mak sedara 'Orked' kejam nak mampus tapi boleh pulak nak simpati dengan 'Orked' pasal rumah tu. Yang ni paling tak boleh terima. People won't change 360 degree in a few days.

2) Where's the feels?
Kalau dah dikatakan karya sastera, mesti kena ada feelings. Ni, maaf ya, rasa macam series of events yang berlaku terlalu cepat. Sampai tahap orang tak kisah watak tu mati ke nak mampus ke sampai fed up. Readers kena ada strong connection dengan watak. Too fast paced. Too much telling the events and not showing. Sampai tahap kita baca satu skrip events dan bukannya novel.
Ending was too abruptly. Too much, 2 tahun kemudian bla2. Boleh pulak nak skip timeline mcm tu kerap2. Sekali dua boleh lagi.

3) Timeline
Dialog. And again, benda ni berkait dengan consistency. Cakap dengan orang ni, macam lain. Dengan orang tu macam lain. Set a specific timeline, tahun 2000 ke 90 an ke. Tak bleh main sesuka hati je jump2 gaya bahasa. (Which I'm so so sorry if this comment hurts you).

4) SPOILER ALERT! Okey sekarang ni sesiapa tolong bagitau. Bila masa Orked dapat badan dia balik? I need to move on to another book. Hmmm

But, anyways, great idea. Just a way of representing it. Can do much better. Will support the writer's writing next time :)
Profile Image for zetty.
2 reviews1 follower
March 18, 2015
First, sy beli buku ni sebab bestseller kat mph dan selalu sold out. So, sy anggap buku ni best.
Second, penulis buku ni adalah dari author buku asrama. Mungkin buku ni akan best seperti buku asrama jugak. Hahahaha

Overall story ni bagi saya tak seram mana pun. Ramai yg review buku ni seram sampai tak boleh tidur malam. So far sy masih boleh tidur dgn tenang
Profile Image for Normala AL.
10 reviews14 followers
December 26, 2015
Editor... Sila buat kerja dengan teliti. Banyak typos dan kesalahan nama watak yang menjengkelkan.
Cerita nya intrigue. Jalan cerita yang baik. Mind boggling yang dirungkai dgn cantik. Namun perlu diperhalusi lagi. Jangan lah berbunyi sangat murahan eg. Fauziah kena dajal tak lulus exam (just like that? Come on?!)
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
December 28, 2017

Kerana mahu kekal cantik..seorang perempuan perlu dikorbankan setiap tahun untuk dia kekal nampak muda dan cantik serta mengekalkan haruman bunga yang ada di dalam rumah Banglo itu..Manakala mangsa yang dikorbankan dijadikan patung sebagai koleksi...

Patung sebuah karya yang unik...bila mula-mula baca rasa kesian terhadap watak orked yang kehilangan ahli keluarganya..ditambah pula ugutan daripada uncle dan auty yang mahukan rumah banglo pusaka aka puaka

Kehadiran Melur patung yang pandai berkata-kata menimbulkan pelbagai masalah...setiap kali orked disusahkan oleh seseorang pastinya orang itu akan menerima nasib yang ngeri ....tapi kenapa patung itu meminta bantuan.....

Orked pula secara perlahan2 berubah menjadi orang lain..bukan seperti orkednya yang dahulu...Aspalela!!siapa dia...kenapa dia setia kekal di rumah banglo itu.Misterinya kenapa gambar nenek orked yang berkebaya merah tiada di dalam frame...

Dalam novel ni juga ada menceritakan Queen Sarah yang hilang dalam novel asrama..tragisnya apa yang Sarah alami....tapi apa kaitannya dengan Orked dan cerita ni...

Jom baca..pasti ada teruja
Profile Image for Cik Hani.
2 reviews1 follower
February 1, 2015
Tahniah ayim! di atas novel terbaru PATUNG.
Ikhlas hani memberi pendapat tentang novel ni, boleh di kategorikan sebagai karya yang best.

Tapi dari segi seram tu.. belum ada lagi.. cuma ada juga naik bulu roma masa baca.

Dalam novel PATUNG ni banyak buat hani berfikir. dan hani akui, beberapa bab awal, hani sukar nak 'tangkap' apa sebenarnya yang terjadi pada Orked.

PATUNG mengisahkan Orked yang kehilangan keluarganya.
Dan mempunyai kawan baik bernama, Julia.

Selepas kematian keluarganya, Orked duduk di banglo kepunyaan neneknya.
Dia di temani oleh Aspalela. Pelbagai bunyi yang di dengari oleh Orked,
antaranya nyanyian versi JAWA.

Orked tidak tahan, kerana asyik di ganggu.
Orked membuat keputusan, untuk duduk di kuaters kepunyaan Julia.

Melur. anak patung yang sentiasa orked bawa ke mana-mana.
PATUNG kesayangan mawar, adik kandung orked.

Hani ingat, orked ni 'gila' atau sebenarnya dia dah 'mati'
tapi semuanya meleset sama sekali! hahaha. rupa-rupanya... orked BUKAN orked.

Bab awal terlalu lembab otak hani nak proses untuk mengetahui apa yang berlaku.

Bila tiba nak ke bab-bab terakhir tu, barulah hani faham siapa Orked yang sebenarnya.

Bab dekat nak akhir-akhir, ayim ada selitkan
'flash back' kisah MELUR. kisah ORKED.

Yang menariknya , Ayim ada juga selitkan
mengenai "Sarah" & "Dahlia"
dalam tu pada bab yang terakhir.

siapa Dahlia? siapa Sarah? siapa baca ASRAMA,
boleh tahu .. ada kaitan dalam novel PATUNG ni..

Okay, hani tak boleh cerita lebih-lebih.. kalau nak tahu,
kena dapatkan NOVEL PATUNG ni. hehehe.

Overall, Jalan ceritanya menarik dan tidak meleret - leret.
bahasanya mudah di fahami dan tidak berbelit-belit. hehehe...
yang penting bagi hani tetap best.. unsur seram tak sangat... pada awal je seram, lepas tu tak ada. maksud hani, seram macam bulu roma je menegak.. hihihi..

ini pendapat hani, tak taulah kalau orang lain.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
February 13, 2015
3.5 bintang untuk cerita.
0.5 bintang bonus untuk penulis.

- - - - -

Keterujaan nak baca Patung buatkan aku laju-laju baca novel yang aku sedang baca. Dan akhirnya malam tadi, aku capai novel ini dan selesai membaca petang tadi. Secara jujurnya, aku tak boleh tidak bandingkan karya ini dengan Asrama sebab ternyata Asrama lebih seram dari ini.

TAPI...!

Watak Orked yang buat aku tertanya-tanya dan Melur yang mengelirukan aku. Kehadiran suara-suara yang buat aku cepat-cepat baca memang aku puji. Tapi, ada beberapa keadaan yang menganggu aku.

Macam SMS yang Akil bagi. Apa SMS tu? Serius, aku mengharap dihujung novel ada diselitkan isi kandungan SMS tu. Kematian Nenek tu sebenarnya macam mana? Aspalela tu watak dia macam sampai tak sampai. Dan Pak Samad, aku yang terlepas pandang atau watak dia yang tiba-tiba muncul. Dan kematian Uncle dan Aunty. Haih! Serius, mereka tak seharusnya mati macam tu. Kalau dipanjangkan sikit mungkin lebih menarik.

NAMUN....!

Aku suka peleraian! Mengingatkan aku pada watak-watak dalam Asrama.

Dan Fatrim, tahniah! Awak berjaya mengacau-bilaukan malam saya semalam dengan Patung ini. Kesian oi patung tu. Tapi bila ending, rasa macam benci. Tapi sebab comel, saya #sayangpatung!

Sekali lagi tahniah!
4 reviews
May 18, 2019
I still don't know how this book can get an award. I don't recommend it. Just waste of time. Here's why.

I spend my 12 hours for reading this book and sadly I can finish it. I still don't know how I bought the book.

1. I was been told that it was going to be scary that you can shit your own pants. But sadly it wasn't that scary.

2. Please author make your storyline first before writing it. At the beginning Orked was suprise that the doll suddenly can talk. Then at the very end story they explain like two years ago Orked and the doll switched body. If you're already switched, then how come you still suprise the doll can talk?

3. I'm like confuse whatever the writer tried to write, the explanation of the settings and the situation very confusing.

4. Too many loopholes, characters that I think it wasn't necessary to create it and still rushing to make them die.

5. What was with the sound effect? Prang, pon ttak. Like it doesn't make any sense.

6. Plus the ending like we don't know what happen to Orked after her house been explode. All of sudden the doll already switched another body which was her friend. *roll credits* my reaction like what?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shafinah Sulaiman.
12 reviews4 followers
November 15, 2015
2 bintang untuk sebab beli, simpan lama, dan habis baca dalam masa 3 hari. tak pasti nak kata cerita seram ke cerita bodoh ke. sampai satu tahap baca rasa macam ntah-apa-apa pun ada. banyak juga benda tak suka dalam novel ni.

Antaranya:

1. bunyi bunyi yang tak masuk akal. pop, pap, kling, plass. bunyi bunyi ni bagi rasa menghayati tu mati.
2. watak watak yang tak ada pun takpe. watak AD, Liza, Seri, nurse 3 orang tu. rasanya sebab watak terlalu banyak kemudian nak bagi mati pula sorang-sorang jadi tragis nya mati tu tak dicerita dengan baik.
3. disebabkan sebab no 2 dekat atas setiap adegan atau babak tu cepat sangat, tergesa-gesa sampai sukar nak hadam.
4. dekat hospital tu ramainya la staf yang mati... macam perkara biasa pula staf mati, mati ngeri lak tu.
5. boleh ye jual kuih malam-malam dekat hospital.. baru tahu.

harap novel ke-3 penulis (kalau ada) jangan lah mengecewakan lagi ya macam ni.

k bye. assalamualaikum
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 25, 2016
Patung sebuah novel seram tapi cam x seram. Misteri tapi macam x misteri. Ganas tapi cam x ganas. Senang citer, kena bacalah sendiri baru tau perasaan dia. Bayangkan bila manusia bertuhankan makhluk yang x sepatutnya. Habis tergadai iman. Hanya kerana mahu kelihatan jelita dan kaya, sanggup membunuh manusia lain. Detail owh dia bagi tau macam mana dia bunuh orang tuh. Pastu sambil baca, sambil bayangkan.. Pergh!!! Memang Awesome..
Namun semuanya mula berubah hanya kerana sebuah patung. Patung yang didalamnya ada tertinggal roh manusia yang sepatutnya dah mati. Bila terlalu berdendam, maka roh yang baik akan berubah menjadi jahat. Kena baca betul2 baru boleh tangkap misteri yang sangat ganas dan menakutkan dalam novel ini.
Profile Image for Hafizsah.
11 reviews1 follower
January 21, 2016
Mind fuck gila buku ni. I was really bored, and happened to stumble upon this book, so I read it. Buku ni misteri, banyak kisah seram, tapi ada beberapa perkara yang mengecewakan. Pertamanya, jalan cerita nya tak di ceritakan dengan smooth dari satu cerita ke cerita arau babak yang lain. Mystery is good, but too mystery will make audience bored because we couldn't understand what's happening.
Keduanya, sesetangah jalan cerita perlu diolah atau dijelaskan dengan lebih terperinci. There are parts where the story line ended just like that. Why? Got no idea?
So that's it. Its nice. But just nice.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
September 19, 2015
3 bintang utk PATUNG karya Fatrim.permulaan cerita menarik,tapi part Pn Bougan tu kejap sangat.tak sempat nak menghayati terus penulis sambung dengan kisah Orked. Aku tak tau ape fungsi watak Seri,hanya sebagai penyeri cerita atau untuk apa. tak sangka akhirnya kita tahu ape jadi kat Sarah dalam ASRAMA.aku memula ingat Sarah mati dan jadi hantu dalam almari Dahlia.hehe..keseluruhannya,kisah yang menarik,plot-twist di akhir cerita yang bagus.

tahniah fatrim utk novel seram kedua bersama Fixi.buat lagi genre macam ni ye.
Profile Image for Hikaoru.
953 reviews25 followers
February 11, 2015
Creepy. It reminded me of Chucky.
Like Asrama, it tends to jump from one thing to another but somehow, the dots are connected.
Profile Image for Amy Thea.
54 reviews
April 22, 2016
Do not expect anything.

Ending boleh laaa, bahasa...hancur.
Profile Image for Amalina Alwi.
10 reviews
April 24, 2016
I dont know why, I never really liked his writing style.

Ada certain plot yang sengaja diheret berlebihan.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
June 17, 2017
Orked kehilangan ibu, bapa dan adiknya, Mawar, dalam kemalangan. Orked ditemani anak patung adiknya, Melur, dan pembantu rumah mereka. Tetapi banglo mewah itu banyak kenangan yang tidak dapat Orked lupakan.

* * *

Setiap kali Orked jemput Mawar di sekolah, mesti Mawar lari ke arahnya tanpa pedulikan keselamatan. Di penghujung baru dijelaskan kenapa Mawar suka buat macam tu.

Nama keturunan Orked mestilah nama bunga. Tapi kenapa nama anak patung tu pun kena nama bunga juga? Dah la sekejap Melur sekejap Mawar sampai keliru.

Patung ni mungkin merujuk kepada Melur dan juga mungkin merujuk kepada koleksi patung nenek Orked walaupun patung nenek ni muncul awal dan akhir cerita saja. Jadi saya buat kesimpulan sendiri, Melur la kot patung utama.

Nenek Orked atau nama dia Pn Bougan (nama saintifik bunga kertas yang diringkaskan), dah macam Countess Elizabeth pula.

Penggunaan onomatopoeia macam tak kena la. Lucu pun ada. Tak yah letak pun takpe. Just mention je. Ni pap pap, Orked kena tampar. Macam Orked tampar nyamuk pun ada. Cer letak pang, tak bagi tau pun saya dah tau Orked kena pelempang.

Ada banyak misteri yang penulis sampaikan. Kalau penulis fokus pada misteri banglo tu pun dah sah-sah seram. Tapi nasib baik penulis huraikan setiap misteri tu.

Awal agak bosan. Masuk bab hospital dah menarik. Faham-faham je la kat hospital kan macam-macam ada. Then bosan balik masa sikap Orked berubah. Hujung menarik kembali. Macam roller coster kan?

Dah tahu kisah Maria, rasa tak nak tahu dah kisah Orked. Maria lagi menarik dari Orked. Orked ni kelabu je. Maria at least colorful.

Akil dan Julia tu cute aje. At least ada la unsur romantikkan? Nak harap Orked dan pakwenya? Serius mamat AD tu creepy.

Saya bagi cadangan penulis fokus pada satu lokasi je. Kisah seram banglo ke, kisah seram hospital ke, kisah seram kuarters nurse ke, kisah seram bus stop ke. Kisah seram patung ni macam bosan sikit.
Profile Image for SS.
519 reviews5 followers
August 28, 2018
Lega dapat habiskan buku ni walaupun sangkut sangkut. Prolog yang bagus. Mukasurat 11 berjaya buat rasa meremang sikit walaupun baca di siang hari. Patung menari? Amboi. Siap menyanyi? Em. Rasa mcm terimagine muka Umie Aida versi pakai kebaya merah dlm cerita Dukun pulak bila ingat watak Puan Bougan.

Ika suka dengan nama watak perempuan dlm cerita ni yang gunakan nama bunga. Orked, Mawar, Cempaka, Amarilis, Melur. 🌸

Berbalik kepada cerita. Penulis mcm ada buat ika konfius sikit di pertengahan cerita hingga ke hujung sbb ika seolah olah lost pulak tiba tiba. Patung tu siapa weh sebenarnya. Orked ke siapa? Melur? Argh. Hampir gila jugak baca haha sbb konfius. Tapi cuba jugak utk fahamkan. tapi nak selak page belakang tu rasa cm Allah, malasnya. Konsep cerita mmg menarik. Ika suka. Penulis ada idea dia. Cuma mungkin bila campur aduk bagai dgn dialog itu ini. Yg diflashback. Jadi ekstra konfius.

Nak baca sekali lagi utk faham mungkin ambik masa. Bukan sekarang. Mungkin akan akan dtg yang tak ketahui bila.

Banyak yg ika tag di buku Patung ni. Bahagian yg pasal lipas haha. Ika perasan ika banyak tag scene lipas Zaf, Hanis, Melissa dan Zulina. Dan ika rasa penulis berjaya sekali lagi buat ika rasa meremang di m/s 50-56, 109-112.

Memang ada terselit pengajaran dan nilai yg blh diambil oleh pembaca. Antaranya: Jangan percaya benda benda khurafat semata mata utk kepentingan diri sendiri. Nak cantik, kaya dan sebagainya. Usaha, doa dan tawakal.

And eh. What happen to Aisha? Aisha kata dia ada patung jugak. Patung dia pun blh ckp eh? Ke roh yg tak tenteram tu aim Aisha pulak? Haha. Okay la nampak sgt blur nya dekat situ.

Tapi overall masih blh dibaca. Kalau rasa berminat nak tahu apa kesudahan buat Orked ✌🏻
Profile Image for Nur Rasyidah.
3 reviews
February 6, 2018
Buku ni pemberian Kak Hani. Buku ni aku baca sebagai bedtime story, ambil masa dari jam 11 malam sampai pukul 3 pagi. Rasa nak habiskan dalam satu malam sebab nak tahu sangat apa kesudahan penulis. Bila dah habis baca tu aku ada juga rasa nak campak tiga ketul teddy bear yang ada atas katil tu jauh jauh sebab rasa macam terngiang-ngiang cerita ini.

Balik kepada buku ini seperti yang kita tahu kalau buku fixi ini kisah mesti berkait kait antara buku yang lain. Antara korang sedar atau tak penulisan buku ini ada kaitkan dengan buku Asrama. Sikit ja la pun. Kalau korang mula baca buku ini mesti korang rasa macam ewww nak tahu apa baca lah sendiri. Dengan konflik personaliti semua, masalah dalam satu rumah banglo lama yang gah, dendam lama, rasa percaya terhadap hubungan darah daging sendiri dan sikap tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada dalam diri manusia.

Keseluruhan buku ini menarik dengan jalan cerita yang berbelit belit pada awalnya. Penulisan ini akan buat kau sedar sedikit demi sedikit pada pengakhiran.
Profile Image for Eija Faezah.
23 reviews
September 11, 2018
Sangat bosan. Memula bab 1 ok. Lepas tu, dah merapu ke kisah roh masuk dalam badan orang tu dan jadi orang lain. Macam tukar body Dan roh utk balas dendam. Biasa buku Fixi ambik masa 2 minggu paling lama aku baca. Novel PATUNG, aku ambik masa 2bulan untuk tamatkan. Itu aku skip skip bacaan dia. Cuba utk jatuh cinta dgn karya Muhammad Fatrim, tapi tak berjaya memikat hatiku. Ada ayat2 yang terlalu ikut skema buku. Tak mcm percakapan harian kita. Nasib baik aku tak ceraikan buku Fixi dari hidup aku. Hasil karya penulis ni langsung tak MF bagi aku. Walaupun nama dia MF. Sekian.
Displaying 1 - 30 of 73 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.