Saya akan berterung terang. Anda akan membaca sebuah kumpulan cerpen di tangan seorang pengarang yang pernah bercita-cita menjadi seekor ikan lumba-lumba.
Saya akan berterus terang sekali lagi; anda akan memasuki dunia saya, lautan luas saya. Setiap kali anda mula membaca cerpen dalam buku ini, hanya ada satu soalan mudah yang saya ingin ajukan; Kenapa tidak?

Sebuah kumpulan cerpen yang sederhana, tetapi berpremis menjanjikan. Dalam beberapa cerpen, saya suka Stefanie menyingkap cerita berlatar Iban, terutama cerita-cerita yang berlatar di rumah panjang seperti “Lelaki Yang Sibuk Mati”, “Perempuan Berwajah Cahaya”dan “Seteru” (sekadar menyebut beberapa judul).
Juga menarik untuk diperhatikan bagaimana dan mengapa Stefanie memilih menggunakan sudut pandang pertama dari watak lelaki; kerana memilih sudut pandang berlawanan jantina agak ‘tricky’ sebenarnya, lebih-lebih lagi sekiranya pengarang tidak memahiri ‘suara’ jantina itu.
Dalam beberapa cerpen misalnya, suara keperempuanan masih ketara meskipun ‘aku’nya lelaki. Psyche watak berlawanan jantina harus diperhalus bukan sekadar pada jantinanya, tetapi juga pada tindak-tanduk, cara fikir, jalinan motivasi-aksi dan sebagainya.
Dalam kes Stefanie, ada beberapa cerpen terasa sejadi, ada beberapa yang tidak.
Apa-apapun, masihlah naskhah ini sebuah kumpulan cerpen yang baik dan wajar diraikan. Saya menantikan naskhah Stefanie Kaso yang seterusnya.
Bukanlah kumpulan cerpen terbaik yang aku baca, tapi ini beberapa buah cerpen daripada naskhah ini yang aku suka:
1. Sembilan Nyawa 2. Desiderium (paling suka) 3. Lelaki yang Sibuk Mati 4. Sebelum Tarikh Akhir 5. Meletak Jawatan Sebagai Anak Sulung 6. Peluru 7. Platform 7