Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ex, Gosip dan Jodoh

Rate this book
Kehidupan Tisha sangat lancar. Dia memilih perkahwinan untuk melancarkan lagi kehidupannya. Kerana tiada kekasih, dia menerima calon pilihan Nek Farah.
Zirhad Aqlan tidak menolak perjodohan mereka. Beruntunglah dia kerana menjadi pilihan utama di antara anak-anak gadis kampung.

Itu cerita tiga tahun lalu.

Perpisahan mereka menjadi gosip terhangat di kampung. Tisha memilih untuk tutup buku, lupakan apa yang terjadi dan teruskan hidup.

Kerana adiknya berkahwin dan mengikut suami, Tisha putuskan berpindah ke kampung untuk menjaga Nek Farah dan emanya. Nek Farah tu kawan rapat Atuk Qus. Atuk Qus, atuk kepada Zirhad. Mujur perpisahan mereka tidak menghancurkan hubungan persahabatan itu. Walaupun sempatlah dua orang tu berperang dingin.

Siapa sangka, ternyata Zirhad sudah kembali ke kampung setahun lalu.
Bila mereka di kampung yang sama, gosip terhangat kembali lagi. Apatah lagi, Mak Cik Wa, tukang gosip kampung kempunan mahu berbesan dengan keluarga Atuk Qus. Fatini, pekerja Zirhad pun ada ura-ura dikatakan akan menjadi peganti
Tisha? Dia tak peduli langsung. Siapa nak ambil Zirhad, silakan. Rasalah sendiri bagaimana hidup dengan lelaki berpewatakan batu.
Namun...
Tisha tersalah langkah dan Zirhad biarkan saja. Peristiwa itu membuatkan mereka berada di titik kehidupan yang sama sekali lagi.

"Jauhkan diri awak sebelum saya cakap sesuatu yang menyakitkan hati awak." - Tisha

"Cubalah sakitkan hati saya." - Zirhad

"Bertanggungjawablah, pengecut." - Tisha

Agaknya, apa yang terjadi tiga tahun lalu?

583 pages, ebook

First published December 1, 2025

1 person is currently reading
5 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (9%)
4 stars
6 (54%)
3 stars
4 (36%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
790 reviews227 followers
December 17, 2025
Kekuatan cerita-cerita Ieya Sya ni macam biasalah – 1) watak FL yang pandai stand up for herself dengan mulut lantangnya tapi hati baik, 2) second-chance-romance trope yang angsty dan buat readers tertanya-tanya what caused the miscommunication/misunderstanding that led to the separation sampai macam susah nak pause the reading session, and 3) watak ML yang walaupun initially (dan selalunya) agak cold tapi rupanya member adalah insan tersakiti. Like I said in my past reviews, penulisan Ieya Sya ni addictive gila. Jenis yang tak kisah la ulang recipe yang sama 1 juta kali pun, tetap tak jemu baca sebab it was done perfectly.

Untuk EJG kalini, angst dia tak teruk sangat la sebab watak Tisya ni jenis yang selamba and aci redah je, so banyak dialogues kelakar keluar daripada mulut Tisya ni. Pulak tu, keletah Nek Farah-Atuk Qus-Lutfi-Qaireen pun sama kelakar, so overall pain level cerita ni tak terasa sangat pun.

Maybe sebab ni ebook kan, so agak banyak benda yang underexplored kat sini in my opinion. Macam trauma Zirhad, relationship Tisya-Zirhad during their first marriage, what happened to Zirhad during the separation, and scenes on how they got remarried. Ada je Ieya Sya sentuh these things, but if they are expanded more, akan jadi lagi best I rasa.

Though I have to say that I appreciate the execution of Zirhad’s effort on trying to make himself more transparent to Tisya, lagi-lagi when he still feels cautious here and there, which makes it realistic. Cumaaaaa, transition perangai Zirhad daripada closed-off tetiba jadi clingy ni drastic bagi I.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 7, 2025
personal rate — 3.5/5🌟
trope(s) — second chance, found family, small town vibe, arrange marriage, angst after divorce

another second chance romance from ieya sya! i will always looking foward for her stories✊🏻 i thought cerita ni romcom je tau sbb awal2 santai tapi saya salah, angst dan kak ieya mmg tak terpisah HAHAHA dapat pulak kisah second chance after divorce ni mmg makanan kita wak🫦 a good read tapi saya tak puas baca nak lagii

plot— mengisahkan tentang Tisha yang berhenti kerja dan pulang semula ke kampung tinggal bersama Nek Farah dan ibunya. tuptup rupanya ex husband Tisha, Zirhad pun dah tinggal dekat kampung mereka sekarang bila dia pergi interview kerja dekat resort, Zirhad sendiri yang jadi panel temuduga dengan abangnya, Luthfi. awal2 kita disajikan dengan keletah nenek dan orang kampung yang kepochi gila pasal penceraian Tisha dan Zirhad. Of course kebanyakannya menyalahkan Tisha kononnya dia menolak tuah bersuamikan lelaki macam Zirhad. sedangkan tak ada sesiapa tahu kenapa mereka bercerai dan penderitaan yang Tisha hadap selama mereka bersuami isteri. Zirhad ke punca sebenarnya? adakah kesalahan Zirhad layak mendapat peluang kedua? sudah move on kah mereka?

saya sangat suka setiap kali Tisha crash out and sembur semua orang apa yang dia pendam. valid ya apa yang dia rasa saya sangat setuju keputusan dia untuk berpisah maap cakap😌 ye lah mula2 dia boleh tahan lagi buat bolayan tapi dah sampai effect nenek dia mmg dia tak boleh duduk diamlah. the moment dia sembur Zirhad tu fuhhh IT WAS SO SATISFYING😮‍💨 srs lerve Tisha dia outspoken

and semestinya kalau dah biasa baca cerita dari penulis ni tak sah lah kalau takde twist. the real reason di sebalik penceraian mereka dan buat saya rasa kesian gila dengan Zirhad ni😔 dia tak mintak pun jadi macam tu so saya faham. god forbid man has complex personality and Zirhad ni golongan yang kau nak benci pun rasa kesian hmmm his backstory agak shocking and sedihh😭 cuma style kak ieya suka cerita balik more like tell not show. so at some points dia mcm something is missing somewhere dan saya mengharapkan Zirhad show effort in grovel more HAHA sebaik Tisha ni keras hati bukan jenis cepat bagi peluang selepas dah disakiti hahshshs ohh lerve jugak interaction Nek Farah dengan Atuk Qus srs kelakorr

paling happy ada cameo Aryan dan Merdu from, Sekali Lagi Sepenuh Hati yihhhh saya dah la pernah tersakiti gila baca kisah diorang😔☝🏻 terkejut sikit boleh kata spoiler pasal Aryan Merdu ada dalam ni. so kalau plan nak baca ebook tu silalah baca ebook SLSH first (which is i recommend hehe sbb sakit woah ebook tu) haritu saya craving cerita abang Kel, Isyan ni saya craving pulak kisah Luthfi and Qaireen. kak ieya ni suka buat duo brothers maut tauu

last but not least again i love their full name, Tisha Nurasyira and Muhammad Zirhad Aqlan
Profile Image for fi🧣.
58 reviews10 followers
December 14, 2025
cerita ni angsty tau esp backstory Zirhad & how Tisha cope emotionally after their divorce tapi WEHHHH KELAKAR DIA ADA GAK HAHAHAHA TAKLEH LA AKU HUMOUR TISHA DENGAN KESELAMBAAN DIA NIIII MY TYPE OF WOMAN FR😭🤣 pastu dapat lak en laki blur blur macam Zirhad girlboss wife x nonchalant husband they nailed this trope HAHAHA KALAU AKU JADI TISHA PUN AKU GERAMMM DENGAN ZIRHAD NI KENAPA REACTION DIA SECOET SANGATTT EYYY😭☝🏻

nama penuh diorang—Tisha Nurasyira & Muhammad Zirhad Aqlan—that’s so millenials coded. and saya suka sebab watak2 Kak Ieya semua cara pemikiran diorang seiring dengan umur🥹🫶🏻 very matured very demure lurve

Zirhad lepas kahwin balik boleh tahan gedik ek saya yang tersengih2 baca bila dia start nak jadi open with Tisha tu🤏🏻 Tisha pulak as an angry eldest daughter i can relate kitonyo tak penyabar wak dapat pulak laki macam boleh tenang dalam segala situasi, bergaduh dengan orang pun tak guna kata2 tajam, setakat tumbuk pastu dah blah HAHA😭 but sukalah at the end they finally feel like they’re each other’s safeplace🥹

cuma tulah Zirhad punya past tu idk maybe it’s a me problem kita rasa fifty fifty valid alasan dia. haha maybe i need to go through what he went through baru boleh faham and hayati kot character Zirhad ni. tapi realistik la cara dia respond to every situation as someone who was hurt by his own past. hard to love ml he is😞 walaupun kita macam kesian dekat lelaki ni, sebab alasan dia bercerai pun bukan typical tak move on dengan bekas isteri—boleh diterima la so saya jadi kesian dekat Zirhad esp bila dapat tahu yang he’s also struggling with his health and yearning over Tisha for over 3years cuma dia tak dekati Tisha sebab takut Tisha sakit lagi bila dengan dia.

Zirhad punya character development tu tak nampak sangat sebab towards the end macam sikit benorrr laaaa kebahagiaan diorang kat ending TAK PUASSS!!! eee nak tengok lagi Zirhad gedik gedik jadi husband material🥹 pastu nak tahu jugak kalau Tisha pregnant macam mana reaction Zirhad, nonchalant atau terus muncul character chalant dia😂

i suka platonic friendship Atuk Qus & Nek Farah! orang kampung diam ek JANGAN SHIP DUA ORANG NI! them staying as frenemies dah cukup menghiburkan HAHAHA love la mulut orang tua ni kenakan cucu2 dia🤣😭😭 the bonding sangatlah comelll Nek Farah dah macam ada PHD in discriminating Tisha HAHHHA noying dapat nenek camni tapi nenek gitula yang sentiasa sayang dan ceriakan hari mendung Tishaaa🥹🫶🏻🤍

missing out la kalau i tak mention Lutfi-Qaireen THESE TWO LOVEBIRDS!!!!! i bayang diorang macam Zafran & Amirah dari mdrama Sekali Lagi Cinta Kembali. brotherhood Lufti & Zirhad pun macam Zafran & Hayyat from that mdrama. abang sulung yang banyak mulut+lawak with the second brother yang pendiam+nonchalant HAHA😭 kalau lawan siapa paling gedik ofc i choose Lutfi over Zirhad la eyy tak kawin lagi dah suruh Reen panggil dia abang gewammm🤏🏻🤏🏻 i need Lutfi-Qaireen’s story la mesti comel trope famous boy x fangirl, she fell first he fell hardest!! 😔☝🏻
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.