Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hilang #2

Hilang 2

Rate this book
Kehidupan Aira terlalu bahagia saat dimanjakan oleh Eijaz selepas hubungan mereka pulih. Lebih-lebih lagi kehadiran permata hati mereka, menjadikan rumah tangga pasangan itu bertambah bahagia. Ada masanya, Eijaz terlalu menjaga Aira sehingga wanita itu rimas.

"Sayang pun janganlah lasak sangat. Risau abang tengok cara Aira berjalan. Laju sangat."- Eijaz

"Abang ni risau tak bertempat. Janganlah layan Aira macam budak-budak. Aira dah jadi mak budak tau." - Aira

Lumrah hidup berumah tangga, pasti ada ujiannya. Begitu juga buat pasangan itu apabila Eijaz tiba-tiba menjauhkan

diri hanya disebabkan permintaan Aira. Puas Aira berfikir di mana silapnya dia sebagai isteri sehingga Eijaz bersikap dingin.

"Abang nak jauhkan diri daripada kami sampai bila?" - Aira

"Aira jangan bersangka buruk dengan abang. Abang bekerja. Bukannya berhibur di luar." - Eijaz.

Sikap Eijaz yang terlalu berahsia menyebabkan Aira makan hati. Demi memujuk hati sendiri, Aira nekad membawa Eirman pulang ke kampung. Dia mahu membesarkan anak mereka di sana tanpa Eijaz.

"Kita balik, sayang." - Eijaz

"Sana bukan tempat Aira dan Eirman. Biarlah kami terus tinggal di sini." - Aira

Apakah yang menjadi punca Eijaz bersikap dingin? Dan adakah mereka akan terus hidup bahagia tanpa kehadiran orang ketiga?

407 pages, Paperback

Published November 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Mia Azwari

84 books447 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (57%)
4 stars
2 (10%)
3 stars
4 (21%)
2 stars
2 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Diniy Qistina.
204 reviews7 followers
January 5, 2026
Habis baca yang Hilang 1, terus baca yang kedua punya. Untuk Hilang 2 lebih memfokuskan kisah rumah tangga Eijaz dan Aira yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata mereka sehinggalah dalam proses nak mendapatkan cahaya mata kedua mereka. Eijaz memang sedia jadi protektif. Even dengan adiknya, Nurul pun dia macam tak percaya sepenuhnya bila dah berubah jadi baik dan rapat dengan Aira.

Aira terpaksa bersalin awal sikit dari tarikh jangkaan selepas dia accident sehingga menyebabkan kandungannya jadi lemah. Eijaz pulak rasa terkilan sebab dia tak ada kat rumah masa tu sebab outstation. Implikasi dari kejadian tu Eijaz jadi macam trauma tengok keadaan Aira.

Berdasarkan "pemerhatian" saya kan, kalau dalam novel ni kan, konflik utama rumah tangga selain dari kes orang ketiga mesti masalah miscommunication @ lack of communication. Sikit-sikit nak berahsia. Kononnya untuk kebaikanlah. Lebih baik tak tahu dari tahu pastu tersakiti. Masalahnya, bila tak bagitahu lagi haru situasinya. Tersakiti jugak. Diri itu rasa terpinggir pulak. Nak-naknya bila sebelah pihak tu tetiba berubah jadi dingin, mengelakkan diri dan seangkatan dengannya. Hah, itulah yang jadi pada Eijaz dan Aira.

But don't worry, cerita ni masih happy ending ya. Memanglah ada villain buat comeback tapi better lah dari konflik orang ketiga. 😅🤣
Profile Image for Cutie_pie28.
528 reviews10 followers
December 9, 2025
Kali ni menceritakan tentang sebelum Eirman muncul.. bagaimana dorg lalui hari² sebelum Aira bersalin..
Macam² terjadi buat kan Eijaz jdi overprotective.. sampai kn Aira salah paham dan fikir yg bukan².. 🥺

Kesian ngn Nurul.. Nurul kene kacau dengan ex bf die.. kemana saje die pergi, die rasa ade org ikot die.. dlm buku nie Nurul da jdi bff Aira.. die cerita kan pd Aira, ape yg terjadi sebelum nie.. terkejut Aira tp die tetap simpan rahsia tu.. tetap sokong Nurul.. 🫂

Few yrs after Aira bersalin, perangai overprotective Eijaz makin teruk.. semua nye Aira tk bole buat.. sampai kan kata² Eijaz buat Aira terasa hati.. 🙁

Kisah silam kembali menghantui Eijaz dan Aira.. ternyata org tu masih belum terima segala yg berlaku dulu.. tetap dengan ego.. 😤

Cute sangat watak Eirman.. umur setahun dua petah cakap dengan pelat die tu.. bile da besar perangai sama macam Eijaz yg overprotective.. hehehe.. ☺️

Overall memang best.. Terubat rindu dengan Aira dan Eijaz.. 😍
Profile Image for Pink.
241 reviews23 followers
January 25, 2026
Cerita dia simple sangat. Tahu tahu habis. Much better Hilang I.
Profile Image for Nur Shaqilah.
17 reviews1 follower
January 18, 2026
Such an amazing storyline i read here. It makes me keep on reading and reading non-stop. Eijaz is really an ideal husband who is sabar. His family was so nice towards Aira despite her past behaviours but still accepted her as their in-laws.
Profile Image for Azrh Azhr.
9 reviews
May 4, 2026
Agak mendatar storyline. I can tell that in the beginning of the chapters, MA macam tak ada idea nak karang cerita. Sampai suku novel, nothing significant scenes happened, just a storytale of how kehidupan mereka lately. Keep skipping dari setahun ke setahun without much important event. Like kalau tak ada pun takkan bagi kesan pada jalan cerita sangat

Okay dah habis baca, ni novel paling light pernah baca. Konflik macam tak ada, just small stuff like jealousy and stuff. Honestly i expect for some conflict yg serius, bila baca novel ni macam tak dapat nak rasa emosi tu, macam tak sampai. Sorry to say tp ni novel MA yang paling kosong saya pernah baca
14 reviews
April 20, 2026
6/3/2026

Siapa sangka, sehari boleh habis buku ni. Light reading jugak. Penulis masih kekalkan watak jahat dan ada perubahan positif pada watak sebelum ni. Suka sangat sebab mengambarkan kehidupan perkahwinan dan menggambarkan macam mana manusia berubah kepada lebih baik. Takdir dah tertulis. Mungkin permulaan kita jahat tapi masih diberi peluang untuk berubah baik. Rasa macam real jugak dapat menyelami turun naik ragam perkahwinan eijaz aira ni. Masalah komunikasi dan salah faham yang membawa kepada tragis.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews