Jump to ratings and reviews
Rate this book

Luka

Rate this book
SEJAK sekian lama, hanya satu doa Rihana - tidak mencintai dan tidak juga dicintai oleh mana-mana lelaki. Tapi sedekad berlalu, takdir meniupkan cinta di hatinya. Untuk lelaki yang baru pertama kali ditatap. Dia mengelak tapi bagaimana untuk dia menjauh jika Ajaz juga mendekat?

“Then, reside in my heart forever. You are not allowed to leave your home no matter what. You are locked inside...” — Rihana

“I am already there, Rihana. Your heart is my home now...” — Ajaz

Kisah silam Ajaz tidak langsung buat Rihana gentar. Jika Ajaz lemah, dia akan jadi kekuatan lelaki itu. Asalkan Ajaz sanggup untuk terus bersama. Namun, lelaki itu hilang setelah mencacah memori manis di hatinya. Kemanisan yang telah menjadi racun dan dia terpaksa menelannya kerana hanya itu yang Ajaz hidangkan.

Masa berlalu. Rihana tidak pernah sembuh. Hanya saja dia belajar untuk hidup dengan kesakitan. Malang, bila hati yang luka itu ditoreh lagi. Di tempat yang sama. Darah mengalir berkali ganda lajunya bila Ajaz kembali. Sama seperti dulu, menghidangkan satu pilihan.

Hidup bersama lelaki yang masih terperangkap dalam kisah lalu, telah membunuh Rihana berkali-kali. Tapi, dia terus yakinkan diri. Pandangan anak mata hijau itu pasti untuknya satu hari nanti. Hanya dia. Sekali lagi, Rihana tersadung; rebah menerima ketentuan. Cinta… benar-benar bukan untuknya.

“I was never a greedy person, Ajaz. I only wished for a tiny space in your heart. But you never let me in…”— Rihana

“I know and now I am giving you all. My heart, my soul and life…” — Ajaz

“It’s already too late. Just let me live…” — Rihana

Untuk kali ini saja, Rihana tekad untuk mementingkan diri. Demi satu nyawa lain yang Ajaz nafikan.
Rayuan? Tidak lagi berbekas di hati.

496 pages, Paperback

Published November 1, 2025

3 people are currently reading
6 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,034 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (25%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
3 (37%)
2 stars
1 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 15, 2025
ingat nak bagi 1 je tapi satu lagi bintang for the ending. jangan risau, masalah saya. Saya yang tak suka plot cerita ni. Rihana deserves so much better. saya rasa dia bersabar tak kena tempat. the amount of mental and emotion torture was unbearable sampai saya rasa nak jerit kat telinga Rihana untuk sekali saje stand up for yourself. Ini sampai melutut minta maaf dekat Ajaz just sebab tertidur atas katil yang cadarnya Ajaz pernah guna dgn arwah isteri apekah💀 let me hold your hand Rihana and tell you this, tak salah jadi perempuan gila for once kalau suami letakkan maruah kau di titik terendah macam tu😇

one of worst hero from RM. mujur tak ada penderaan fizikal je hmm. sangat baran dengan layanan dan inconsistency watak Ajaz. hes so confusing saya tak tahu jantan ni nak apa. not acting like his age, dah beriya nak kahwin lah sekali rupanya masih tak move on dengan masa lalu sampai sanggup layan isteri teruk since day 2. tiber play victim macam terpaling kena paksa kahwin siot betul💀💀💀 banyak betul makian saya sepanjang baca cerita ni tak berhenti berkerut setiap kali Ajaz ni bukak mulut, perangai dia layak dibenam dalam laut. saya ni dah la memang tak suka cerita lelaki yang masih gamon dengan arwah isteri pastu sibuklah nak kahwin baru

chemistry diorang dari awal saya tak dapat rasa sebab insta love and out of sudden keluar semua ayat manis. build up relationship was bad. lepas tu tiber jumpa balik lepas dua tahun ajak kahwin like huhhh?? saya tak ada masalah dengan dialog english tapi kalau terlalu kerap dia jadi spoil and cringe. nasib baik mak mentua Rihana ni baik, tolong sembur anak dia yang tak guna tu. honestly i dont really get the value yang RM cuba sampaikan kali ni beside dont marry someone yang masih tak melepaskan masa lalu haha.

towards the ending pon underwhelming sangat sebab execution yang tah la not reallyt impactful. monolog Ajaz masih lagi tak boleh nak justify apa yang dia dah buat. Rihana pulak dari bersabar gila2 eh dan dan la baru nak fikir diri sendiri. it was forceful. patutnya character development Rihana dah dibuat seawal pertengahan cerita bukannya sumbat semua dia saat akhir🫠

ending kali ni ada kelainan, PADAN MUKA AJAZ.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
December 21, 2025
65/2025

Luka - Rehan Makhtar

Saat bertentang mata, dua hati bertaut tanpa kata. Rihana dan Ajaz. Dua hati yang menyulam kata cinta. Namun sayang. Masa memisahkan mereka. Setia seorang Rihana tiada berguna. Dua tahun menanti tanpa kata, si lelaki muncul kembali atas penyatuan keluarga. Tapi segalanya berubah. Ajaz pernah berkahwin dan menjadi duda atas asbab kematian isteri dan anak. Kata emak, semoga ianya dapat membantu merawat luka Ajaz dan juga Rihana. Ikatan tersimpul. Dua hati yang lama terpisah kembali bertaut. Tapi... Ajaz bukanlah lagi lelaki yang dia kenal. Hari pertama bergelar isteri, Rihana tahu ada yang tidak kena pada suaminya. Jadi, apakah yang patut Rihana lakukan? Terus kuat atau undur diri?

Sakit sebenarnya menjadi yang kedua. Lebih sakit lagi, bila kau terpaksa menawan hati si suami daripada arwah isteri. Kata Ajaz dia tersilap langkah memilih Rihana kerana janji pada Zara, arwah isteri. Rasanya ingin saja saya tampar si Ajaz ini. Yang telah pergi, tetap juga pergi. Rihana datang untuk menyiram rasa cinta, namun Ajaz memilih menutup rasa cinta itu dengan memori semalam.

Kesimpulannya, Ajaz bodoh. Semudah itu bukan? Benarlah kata Rehan, buku ini bukan untuk mereka yang mengharapkan kisah cinta yang manis manis. Buku ini untuk mereka yang hati kental berdepan dengan kebodohan Ajaz dan kesetiaan Rihana.

Tahniah buat Rehan Makhtar untuk karya Luka ini. Semoga terus diberi idea untuk menulis kisah cinta yang seterusnya.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.