Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hatimu Ada Padaku

Rate this book
"Akash tu macam ada sumpahan." - Rona
Kerana Rona nak uji sama ada sumpahan Akash itu benar atau tidak, dia minta Rhea mencuba. Rhea mulanya tidak setuju tapi sedar tak sedar, dia sudah berada di kafe untuk menemui Akash.
Mahu bertemu Akash tetapi bertembung dengan Khairul, bekas kekasih yang memfitnah depan muka. Kerana Rhea tidak mahu menjadi perempuan lemah, dia mengheret seorang lelaki yang lengkap pakej di depan Khairul dan menggunakan nama teman datingnya pada lelaki itu.
"Boyfriend baru saya. Ilyash Akash." - Rhea
Rahsia yang disimpan oleh Rona akhirnya membuatkan Rhea kembali bertemu dengan 'kekash palsunya.' Ketika tahu identiti sebenar lelaki itu, Rhea rasa hidupnya tidak akan tenteram.
Rhea tekad. Dia perlu menjadikan Akash kawannya supaya kehidupannya tenang.
"Dia bukan singa gila la. Dia kucing gila." - Rhea
Setiap kali bergosip tentang Akash, mesti lelaki itu muncul. Rhea rasa harapannya untuk berkawan dengan Akash akan hancur.
Sehinggalah sesuatu berlaku membuatkan Akash menjadi saksi gadis ceria itu menitiskan air mata.
"Jangan berani bangun selagi kau orang tak dengar yang dia maafkan kau orang." - Akash
Entah sejak bila, nama Akash sentiasa di minda Rhea. Namun, dia sedar bahawa dia dan Akash mustahil bersama.
"Inilah wajah Rhea kita selepas sebulan tak bertemu muka. Apa Khabar?" - Akash
"Masih sihat macam Rhea yang sebulan lepas awak jumpa," - Rhea
Tanpa sesiapa sedar, hati Rhea tidak pernah sihat. Hatinya patah dan terluka.

515 pages, ebook

First published September 1, 2023

8 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (40%)
4 stars
3 (60%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for matchataro.
181 reviews29 followers
December 16, 2025
personal rate — 4.8/5🌟
trope(s) — frenemies to lover, first sight love, fake boyfriend, found family, he fell first and harder, bestfriend's cousin, slowburn romance, i thought you didnt like me x i never said that, hard to love fl x loves her like its breathing ml

YIHHHHH CUTEEE AND KELAKARNYA CERITA NI banyak kali terhibur HAHAHA yang ni jwanjih romcom from kak ieya SAYA SUKERRRR!!

"𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐝𝐢 𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐲𝐚. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐭𝐚, 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐧𝐢, 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬-𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢."

"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐥𝐚, 𝐑𝐡𝐞𝐚."

plot — Rona dan Rhea berkawan baik dan Rhea bekerja tolong busines Rona. Diorang ni memang kawan sehidup semati la boleh kata and Rona memang banyak tolong Rhea dari segi kewangan jugak. Rona siap arrange date untuk Rhea kenal dengan Akash, kawan kepada tunang Rona. Dia suruh Rhea try kenal Akash sebab kononnya Akash ni ada 'sumpahan' jodoh. Hari date diorang, Rhea diganggu oleh Khairul, ex boyfriend tak guna dia sampai terpaksa tarik entah lelaki mana jadi 'boyfriend terjun'. One day Rona ajak Rhea cuti dua minggu balik kampung dia dengan satu 'rancangan'. Dekat sana Rhea berjumpa dengan family Rona dan Akash.

saya sukaaaaa personaliti Nur Arhea kita ni. dalam gila2 dia, Rhea ni sebenarnya soft dan empathy tinggi. manusia manalah takda masalah kan, Rhea pon tak terkecuali. Nampak dia cool and santai je, tapi dia selalu rasa sunyi and resah dengan masalah antara dia dengan abangnya yang selalu pinjam duit untuk anak bini. Kakak ipar pulak sama naik. toxic betul. Dia cuma ada Rona dalam hidup dia hence dia sangat treasure friendship diorang sampai family Rona pon semua terima baik Rhea. Mood betul family Rona memasing masuk air🤣 relationship between atuk Rona dengan Rhea pon kelakorrr punya la atuk suka sangat membahan Rhea sampai Rhea ingat atuk tak suka dia HAHAHA

Muhammad Ilyash Akash this mannn🫶🏻 memula ada vibe mysterious tu sebab dikatakan patah hati kerana cinta. pastu mostly ex Akash ni semua kahwin dengan orang terdekat Akash, mana tak frust member HAHA sekali berkawan dengan Rhea, terus loyar buruk yang tersimpan lama keluar. WEH SCENE DIORANG MENGIAU TU ICONIC YAA HAHAHHA TAK EXPECT VENGONG BETUL MEMASING🤣 Akash ni boleh kata tsundere gak awal2, tapi obvious sangat dia care pasal Rhea walaupon diorang baru berkawan. Rhea jugak yang buat dia boleh senyum balik awww everytime Rhea needs help, dia ada. puas hati betul scene dia bawak Khairul dengan gf mamat tu jumpa Rhea untuk minta maaf. i can say watak dia ni realistic with flaws. takde la perfect betul but still likable.

the relationship build up between Akash and Rhea was smooth. the chemistry is there! dari bergaduh mulut ke berkawan and suddenly memasing jatuh suka. such a light and fun read💗

the highlight of this story of course friendship and dynamic between Rhea and Rona aaaaa to have supportive friendship like them🥹 kelakar gila diorang ni kalau bab roasting each other🤣 dah la memasing drama queen sampai family Rona pon kata memang sesuai la diorang ni berkawan, perangai copy paste sungguh HAHA

overall saya enjoy sangat baca cerita ni! might reread one day🥹🤏🏻 ingatkan classic kak ieya akan selit jugak angst tapi ebook ni tidakkk, adala light conflict still its a romcom, recommended🫶🏻
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
December 26, 2025
personal rating — 4.5⭐️

cerita ni tentang Rhea kononnya setuju nak kenal Akash lelaki yang dikatakan membawa sumpahan jodoh. tapi satu kebohongan kecil demi menyelamatkan maruah daripada bekas kekasih berubah menjadi pertemuan berulang yang membuatkan Akash kerap hadir dalam hidup Rhea. apatah lagi lepas dipaksa cuti dua minggu di kampung Rona yang mempertemukannya dengan keluarga sahabatnya dan Akash sendiri.

this book is the definition of life hurts but romcom heals. plot dia simple, tapi penulisan yang santai dan hidup buat aku tak boleh berhenti baca. ada je moment yang comel & kelakar sampai rasa sayang nak habiskan sebab MCs terlalu easy to get attached.

watak MCs sangat sangat likeable. dedua jenis suka menyakat🤣 awal pertemuan diorang pun i could ardy feel the chemistry. this story never lets me relax i get crumbs of cuteness in every aspect. call me sick, their small interactions alone dah cukup buat aku meleyot 😔✊🏻 scene mengiau dekat taman tu peak comedy mengekek aku baca, perangai memasing tak seiring dengan umur betul sampai atuk pun pening tengok😭

apa yang buat cerita ni lagi comforting is the family & friendship dynamics. since Rhea dibesarkan without a proper family figure (ada abang pun tak guna), bila big family Rona got her back god taching betul it felt like she finally found a place to belong. and paling penting friendship Rhea & Rona. kelakar tau scene diorang ni asyik bertekak tapi selalu ada untuk each other. my dream ride or die friendship through and through.

and betullah bila orang kata apalah cerita kak Ieya tanpa plot twist. lepas baca ILP (which was my first time reading author’s books) dan HAP memang ada twist sana sini yang buat cerita lebih engaging.

overall, this is a light romcom read with humor, butterflies & soft angst. aku pick up buku ni sebab perlukan bacaan ringan and it ended up exceeding expectations. definitely a comfort read and will reread.

kurang 0.5⭐️ sebab kita manusia memang selalu tamak HAHA nak scene Akash x Rhea lagi🤣 tapi actually scene yang included dah cukup & sempurna. kalau banyak sangat nanti jadi draggy. cuma aku je ada attachment issue.
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
December 30, 2025
Boleh tak penulis tambah je lagi cerita ni walaupun unnecessary scenes…hihihi..sedap betul olahan, tak bosan saya membacanya.

Walaupun saya sakit hati baca sebab rasa macam Rona ni banyak penipuan dalam persahabatannya dengan Rhea, tapi Rhea pun okay dan kene faham Rona dengan Rhea ni sekepala. Sengal😂Tapi terubat jugak bila Rona ni sebenarnya selalu ada untuk Rhea. Siap backup dan sangat percayakan Rhea.

Awalnya Rhea ni ada kekasih, Khairul tapi sekejap je. Toxic relationship. Tak faham perangai Khairul ni. Asyik cakap pasal ex je. Ntah betul ke tak🤷🏻‍♀️Rhea pun bukan nak kat dia. Pastu bila ada kekasih baru, entah apa yang tak puas hatinya dua ketul ni sampai fitnah dan viralkan Rhea.

Rona pun nak kenalkan dengan sepupu dia, Akash. Katanya, sesiapa yang bercinta dengan Akash, akan dapat jodoh sampai jenjang pelamin. Aduyaii…Kebetulan dekat kafe tu terjumpa Khairul yang menyebalkan, terus ditariknya sape-sape untuk sakitkan hati Khairul. Acah ada gf baru sangat + koya Rhea ni tergila-gilakan dia. Yang ditariknya Akash tanpa tahu itu Akash. Sian Akash bila call, kene sembur dengan peluru berpandu.

Then, nak menenangkan Rhea, Rona ajak balik rumah family dia. Mulalah terbongkar tentang Rona. Happening giler keluarga Rona ni. Bukan biasa-biasa jugak. Siapa sangka, rancangan keluarga Rona ni pun ada twistnya. Tentang pertunangan Rona dengan Syukur pun, Rona tak cerita betul-betul dekat Rhea. Bak kata Rona, “dia tak menipu, cuma tak beritahu je.”

Ada la langau kekasih lama Akash tu tapi puas hati scene dia kene bash balik. Cuma itulah, keadaan menjadi rumit sebab Akash ni buat konklusi sendiri dan takde luah kenyataan sebenar pun.

Best sebab unsur-unsur komedi dengan dialog dan keletah watak-watak dalam cerita ni😆
Profile Image for Ririn Aziz.
798 reviews108 followers
December 27, 2025
Sedar-sedar dah habis haha.

Cerita yang menyeronokkan sampai tak boleh tidur selagi tak habiskan. 1.45 pagi dan esok kerja adoiii.

Walaupun watak-watak tak menggambarkan umur dan boleh dikatakan the identities tu semua just on the surface jer. Anak-anak ke, mak bapak pakcik makcik atuk nenek pun sama jer perangai. Since ini ialah kisah romcom, pejam mata saja lah.

Tapi puas hati betul dengan mulut tak der insurans si Rona tu masa dia sembur orang.
Profile Image for fiy.
102 reviews2 followers
January 12, 2026
Cerita ni comel, cukup semua rencah sedih, gembira, kelakar, rasa nak marah hahahahah. Kisah Rona & Rhea bff till jannah yg sentiasa ada di saat suka atau duka. Satu hari Rona memperkenalkan Akash atau lebih kepada memaksa Rhea utk berjumpa dgn Akash. Rhea pun nak tak nak terpaksa ikut, yelah bff kut kebetulan Rhea pun baru lepas putus dgn kekasih sebulan dia hahahahaha. Pertemuan pertama Rhea & Akash yg disangkakan ringkas dan mudah akhirnya menjadi sulit. Tak boleh cerita detail lah sbb tak seronok kalau tahu spoiler 🤣

Rhea ni saya suka betul watak dia, mulut dia tu takde tapisan langsung. Kalau dia tak suka, direct je dia bagi. Kalau dia suka pun dia cakap je terus terang tapi byk yg dia tak suka lah dari suka HAAHAHAH walaupun hidup rhea ni nampak sentiasa bahagia bersama rona tapi hakikatnya hidup dia tak seindah yg pembaca baca. Mungkin hanya rona yg sayangkan rhea. Orang lain semua bencikan rhea, kalau tak benci pun ambil kesempatan di atas kesempitan. Rhea ni walaupun dia jenis straightforward tapi dia tetap punyai hati yg lembut. Tak sampai hati dia nak balas balik apa yg org buat dkt dia 😭 meh lah sini saya peluk awak rhea walaupun mungkin sekarang awak dalam pelukan kash 🥰

Akash pulak awal awal kemunculan dia lagi sebenarnya dah suka dah dkt dia ni. Sebab rasa macam cool lah jugak mamat ni, elok je dia layan penipuan rhea (walaupun hakikatnya itu semua realiti) Akash ni bak kata rona, semua yg bercinta dgn dia mesti berjodoh dgn org lain. Sedih kut jadi akash sbb jadi tempat persinggahan sebelum jumpa destinasi bahagia sebenar 🥲 Akash ni layan rhea biasa je cuma paling tak boleh bla dua orang manusia normal ni tetiba jadi kucing gila & kucing nakal HAHAHAHAAH dahtu satu family pulak tu tengok siap kena perli dgn atuk 🤣 hakikatnya layanan biasa di mata pembaca bukan biasa utk diri akash. Akash ni sekali dah suka, agaknya bumi ni pun dia boleh bagi dkt rhea. Semua benda yg dia dah stop buat dulu, dia buat balik. Sebab emosi dia dah stabil, dah normal, dia dah mula menjalani hidup dia dgn penuh rasa. Kalau tak tu, gelak pun takut dgn si akash ni. Cara dia comfort rhea, sentiasa ada dgn rhea, jadi ‘kawan’ yg baik utk rhea, semua dia sanggup buat utk rhea demi kebahagiaan rhea. Memang green flag habislah akash ni.

Rona & Rhea pun suka sangat. Sebelum ni ada baca review org suka friendship diorang dua tapi tak sangka saya pun suka jugak sebab persahabatan yg terjalin dengan ikhlas dan sama sama nak tengok kawan tu bahagia 🥹 selalu ada susah dan senang. Cuma tulah rona ni byk betul komplot dia dgn family dia. Ingatkan cukup takat tu je plot twist si rona ni, rupanya banyak yek. Nasib baiklah rhea ni penyabar lagi cantik orangnya.

Family rona pun semuanya baik dan sweet betul. Mana tak baiknya, semua sekepala berkomplot 🤣 kesian member tu tertipu 😌 cuma atuklah garang sikit. Kadang rasa kelakar jugak sbb biasanya atuk atuk ni tak garang tapi kalau cerita kak ieya ni atuk boleh tahan. Kalau tak garang, mulut laser tak bertapis HAHAAH tapi kelakar lah.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.