Jump to ratings and reviews
Rate this book

Esok Masih Ada: Belajar Berdamai dengan Future Anxiety dari Surah al-Tin

Rate this book
Setelah kita belajar mendamaikan rasa insecurity melalui Surah al-Dhuha, Surah al-Insyirah hadir untuk meredakan emotionally overwhelmed yang kita sedang hadapi.

Surah al-Tin hadir untuk membawa kepada satu lagi rawatan emotional struggle yang membuatkan Rasulullah SAW dan para sahabat kembali mempercayai aturan takdir Tuhan yang sangat indah.

Fear of the unknown atau istilah psikologinya future anxiety memberikan gambaran kepada kita bagaimana presentness boleh membuatkan kita takut untuk membuat sebarang keputusan sehingga langkah kita menjadi pegun dan kaku.

Sekali lagi, keagungan al-Quran menawarkan solusi emotional struggle kepada kita.

191 pages, Paperback

First published October 1, 2025

2 people are currently reading
2 people want to read

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

34 books121 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (66%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.