Muhammad Syaari Ab. Rahman merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.
Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.
Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.
Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.
Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.
Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.
Surah Al-Duha dan Surah al-Syarh berkait rapat. Al-Duha membicarakan tentang masa lampau manakala al-Syarh tentang masa depan. Selepas membaca tafsir dan ulasan Ustaz Syaari tentang kaitan kedua surah, tidak ada perkataan lain nak ucapkan betapa hebatnya kalam Allah ini yang penuh isi dengan maknanya. Antara isi yang menarik tentang surah ini:
- Penggunaan kata ‘kamu’ pada surah al-Syarh dari ayat 1-4 memang tertuju pada Nabi Muhammad s.a.w sahaja. Namun ayat 5-6 tidak ada penggunaan perkataan ‘kamu’ menunjukkan bahawa ayat itu tertuju pada Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya juga. Maknanya semua orang akan lalui emosi yang sama dengan Nabi seperti susah, sedih dan sebagainya. - Begitu juga dengan surah Al-Dhuha ayat 6-8, Allah tidak menggunakan perkataan ‘kamu’ untuk menunjukkan bahawa Allah akan terus menerus memberi perlindungan, memberi petunjuk kepada orang yang buntu dan memberi kecukupan dan kekayaan pada semua yang mengikuti jalan Nabi. - Ayat 5-6 (disebut 2 kali)dalam surah Al-Syarh mengajar kita bahawa keberkesanan bacaan Al-Quran dan zikrullah apabila diulang banyak kali bersama penghayatan. Sebagai contoh lain bilamana kita membaca surah Fatihah setiap kali rakaat dan surah Al-Rahman pengulangan ayat ‘fabi ayyi ala irabbikuma tukazziban’ diulang sebanyak 31 kali. - Ayat 5-6 dalam surah Al-Syarh juga ada penggunaan ‘ma’a’ yang bermaksud kesenangan ini tidak datang kemudian, tetapi datang sekali dengan kesusahan berbeza dengan surah Al-Talaq penggunaan kalimah ‘ba’ada (sesudah) yang bermaksud kesenangan akan datang selepas berlakunya kesusahan. - 4 surah dari awal hingga akhir ditujukan secara eksklusif pada Nabi s.a.w. Surah Al-Dhuha, Al-Syarh, Al-Kauthar dan Al-Nasr.
Kekurangan buku ini satu sahaja, penggunaan ‘highlighter’ pada buku membuatkan saya susah untuk tumpu pada satu ² perkataan. Lebih bagus sekiranya hanya letakkan nota kaki sahaja.
Gaya bahasa yang cantik, lembut dan sangat2 memujuk hari. Surah yang Allah turunkan special untuk Nabi Muhammad SAW dan pengikut Baginda SAW bila mana kita rasa sesak di dada. Semoga surah ini dapat membantu melapangkan dada kita dengan izin Allah
Tadabur Surah al-Insyirah, surah ke 94 dengan 8 ayat tentang overwhelm dan bagaimana cara melapangkan jiwa. Surah di mana Allah:
✅berjanji akan ada sinar di hujung terowong tidak kisah apa yang kita lalui di dalam kehidupan dengan syarat kita berpegang teguh kepada aqidah Islam dan beramal dengan Al-Quran dan sunnah. ✅berpesan akan selalu mengingatiNya dan menyebutNya melalui membaca Al-Quran, berzikir tidak kira tempat dan waktu termasuk semasa berdiri, duduk, berbaring, dsb ✅setiap yang berlaku ada hikmahnya dan dalam setiap kesulitan ada kemudahannya qwalaupun kebanyakan perkara tidak terjangkau oleh akal fikiran kita seperti 3 peristiwa yang berlaku semasa Nabi Musa a.s. mengikuti Nabi Khidir a.s. ✅Setiap ibadah termasuk bangun solat tahajud dan bekerja adalah penat yang tidak sia-sia. Solat 1/3 malam adalah waktu khusus berbicara dengan Allah ✅Kita perlukan 'me time', 'time out' atau 'healing' daripada dunia untuk recharge iaitu berdoa kepada Allah kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Surah Al-Insyirah turun selepas Surah al-Dhuha. Kedua-dua surah tentang sentiasa kuat untuk menghadapi semua cabaran.
Ulasan Buku: Yang Sesak Akan Perlahan Reda oleh Ustaz Syaari Ab Rahman
Buku Yang Sesak Akan Perlahan Reda adalah sebuah karya kecil yang padat dengan hikmah, menjadikan ia sangat sesuai untuk pembaca yang ingin memahami makna mendalam di sebalik Surah al-Insyirah. Ustaz Syaari membimbing kita menyelami mesej ilahi bahawa setiap kesusahan pasti akan disusuli juga dengan kemudahan — satu janji yang diulang dua kali dalam surah yang singkat ini.
Apa yang menarik?
Saiz kecil, comel dan mudah dibawa ke mana-mana.
Penulisan santai tapi menusuk kalbu. Terdapat nota dan contengan di tepi, seolah-olah kita sedang membaca catatan peribadi yang ikhlas dan tulus — menjadikannya lebih dekat di hati.
Gaya tadabbur dan refleksi. Ustaz Syaari terkenal dengan gaya kupasan Al-Quran yang mendalam tetapi mudah difahami, menjadikan buku ini seperti sesi pengajian rohani yang tenang dan penuh pencerahan.
Kaitan dengan surah sebelum dan selepas. Bukan hanya fokus pada satu surah, buku ini membuka mata pembaca untuk melihat kesinambungan wahyu dan kaitan antara Surah ad-Dhuha, al-Insyirah dan seterusnya.
Padat dengan ilmu. Penulis tidak kedekut berkongsi pengetahuan. Pelbagai fakta, konteks dan tafsiran yang dibawakan menjadikan kita lebih menghargai setiap baris ayat dalam surah.
Kenapa buku ini wajar dibaca?
Membina harapan saat diuji. Jika anda sedang berada dalam fasa sukar hidup, buku ini datang seperti pelukan lembut dari langit — mengingatkan bahawa ketenangan itu pasti tiba.
Mendekatkan diri dengan Al-Quran. Buku ini menggalakkan pembaca untuk tadabbur secara perlahan, memahami bukan sekadar terjemahan, tetapi maksud yang tersirat.
Cocok untuk bacaan ulang. Gaya santai dan ringan membuatkan ia sesuai untuk dibaca berkali-kali — setiap kali membaca, pasti terasa mesejnya berbeza mengikut keadaan hati kita.
Hadiah yang bermakna. Dengan saiznya yang comel dan mesej yang dalam, ia sangat sesuai dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari kekuatan atau pencerahan hidup.
---
Kesimpulan: Yang Sesak Akan Perlahan Reda bukan sekadar buku — ia adalah peneman refleksi, penyejuk hati dan penarik jiwa yang sedang mencari sinar di hujung jalan. Dalam kesibukan hidup, buku kecil ini hadir memberi nafas baru untuk jiwa yang hampir tenggelam.
Semua yang Sesak Akan Perlahan Reda oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab. Rahman adalah sebuah karya yang mendalam dan reflektif, mengupas keindahan dan hikmah dalam Surah al-Insyirah dan juga surah-surah yang berkaitan.
Buku ini menurut pendapat saya mengajak kita sebagai seorang Muslim untuk memahami Surah al-Insyirah bersama surah-surah lain yang berkaitan, dari perspektif yang mendalam, penuh penghayatan and membina Husnuzon (bersangka baik). Surah ini mengajar kita untuk berdamai dengan perasaan overwhelmed, mengajar tentang pentingnya ketenangan hati dan keyakinan kepada janji Allah bahawa bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.
Ustaz Syaari menggunakan gaya bahasa yang lembut, memujuk hati, dan memberikan semangat untuk sentiasa bangkit apabila jatuh. Setiap penjelasan terasa seperti pelukan spiritual yang menenangkan hati. Dengan menyelami konteks turunnya surah, kita akan memahami betapa relevannya pesanan-pesanan ini dalam kehidupan seharian kita.
Ustaz Syaari menguraikan bagaimana ayat-ayat dalam Surah al-Insyirah dapat menjadi penyembuh bagi luka masa lalu, serta membantu kita melepaskan kekhuatiran dan keresahan tentang perkara-perkara di masa hadapan.
Kesimpulannya menurut pendapat saya, buku ini adalah panduan yang menghubungkan pembaca dengan janji-janji Allah dalam Al-Qur’an, menghadirkan ketenangan dan kelegaan di tengah kesibukan dunia yang serba laju, serba canggih dan serba maju.
buku ini mengajar untuk melihat surah al- insyirah dan al- dhuha dari sudut pandangan yang berbeza. menjelaskan dengan terperinchi bagaimana kedua surah ini mampu penyembuhkan setiap luka- luka pada masa lalu dan overthink apa yang akan berlaku pada masa hadapan
"yang pernah menguatkan Rasulullah SAW, akan turut menguatkan umatnya. seandai surah al- insyirah membuat baginda boleh mengukir senyuman dalam keperitan, kita juga pasti mampu untuk melakukan perkara yang sama”
well written, ada anotasi dan highlight yang tersedia untuk key point penting; easy to read. buku ini mengajarkan ketika dunia tak pernah berhenti menyakiti, al-Quran pula tak pernah berhenti menyembuhkan
“Ketenangan yang sebenar adalah melalui tindakan yang mengembalikan kita kepada Allah SWT.”
bacaan yang memberikan comfort dan ketenangan. buku ini mengupas dua surah, Surah Al-Syarh dan Surah Ad-Dhuha, di mana kedua2 surah ini sekiranya dibedah makna dan struktur ayat dengan lebih mendalam, kita boleh connect emotionally dengan Al-Quran.
Emotions are universal. Apa yang kita lalui, kesedihan dan kesusahan, ada orang pernah rasa. even Nabi SAW pernah rasa feeling yang sama. Al-Quran diturunkan untuk kita kembali pada Tuhan, kerana Tuhan tahu kita perlu dengar mesej yang terkandung. we need the comfort. :’)
Buku ni besttt. Thank you Ustaz Syaari for writing this! Paling penting ustaz kata, bila kita perlukan bantuan, we would need both penghayatan dari sirah nabi yg berkait dengan our challenge sebagai inspirasi dan contoh ikutan dan carilah punca kpd masalah itu dan rujuklah orang yg boleh membantu, pergilah ke ruang yg membenarkan dirimu bertenang sebentar. So dgn membaca buku mcm ni, tidak mampu terus selesaikan cabaran kita, but still this is one our way to kembali kpd Allah dan Al-Qur'an.
I think for those yang pernah belajar bahasa arab, this book might be easy for you to understand and ala-ala flashback zaman belajar bahasa arab dalam kelas tu.
-semua yang sesak akan perlahan reda -Syaari Ab Rahman
Buku ini mengetengahkan surah Al-Insyirah sebagai 'karakter' utama. Kita lihat surah Al-Insyirah ini ringkas sahaja dan selalu dibaca dalam solat disebabkan surahnya mudah dihafal. Namun, jika dibedah satu per satu ayatnya, terdapat 1001 makna tersurat dan tersirat. Penulis sangat bagus dalam menerangkan makna bagi setiap ayat dalam surah tersebut.
Untuk yang sedang berdepan lelah, jadikanlah surah Al-Insyirah sebagai 'makanan' rujimu kerana dalam setiap lelah yang kita hadap, akan ada reda pada hujungnya.
Saya tertarik dengan gaya penulisan yang diketengahkan oleh Ustaz Syaari.
Bertepatan dengan judulnya, buku ini benar-benar menimbulkan satu perasaan lega sewaktu membacanya.
Laras bahasa yang santai, ada anotasi, susunan ayat yang relevan dengan masa kini — terutama penulis memetik quotes daripada filem Kung Fu Panda menjadikan penjelasan tadabbur ustaz sangat dekat di hati serta tidak rasa berat untuk faham.
Ya, semasa proses pembacaan saya seolah-olah mendengar ceramah Ustaz Syaari.
Walaupun nipis dan tadabbur permukaan, secara ringan sahaja, impak buku ini untuk saya adalah apa yang saya perlukan dan cukup.
Terima kasih kerana menulis dan menerbitkan buku ini dan menyelamatkan saya. Terima kasih kerana buat saya berkenalan dan jatuh cinta lebih dalam lagi dengan surah al-Insyirah.
*Ada kesalahan ayat Quran dan terjemahan tidak sama pada ms 114
Buku ustaz tak pernah mengecewakan. Isi sentiasa padat dan sentiasa menghidupkan jiwa. Kalau nak healing, memang paling baik baca buku² tadabbur ayat Al Quran.
Satu je kekurangan, saya tak prefer cetakan yang ada edit conteng² pada buku yang saya nak baca. Agak mengganggu sebenarnya. Tapi saya pejamkan mata, fokus pada isi saja.
Secara jujur, fikiran saya terasa sesak setelah membaca huraian tadabbur yang diberikan. Dengan halaman setiap muka surat yang seolah-olah "diconteng" dengan ayat huraian yang terasa seperti diulang-ulang. Rasa seperti diulang-ulang tersebut mungkin disebabkan oleh ilustrasi dan reka bentuk "conteng-contengan" pada setiap muka surat.
A very comprehensive reminder on how to handle our sadness given with the right perspective based on Al-Quran insight. Worth to read and plan to read it one more time.
Buku yang bagus untuk pemahaman Surah Al-Insyirah. Penulisan yang santai dan sampai maksud kepada pembaca. Perlu dibaca bersama buku Kita akan Baik- baik saja