Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Si Gadis Dobi

Rate this book
ARDINI SYAZA, gadis periang dan manja. Suka buat kesimpulan tanpa bertanya. Dunia hari-harinya hanyalah Armada dan Kedai Dobi Mesra. Hinggalah suatu hari, dia bertemu dengan seorang jejaka yang membuat hidupnya huru-hara.

"Nama?" soal Dini.
"Ajad."
"Huh? Abjad? Dalam banyak-banyak nama, Abjad nama kau." Dini ketawa terbahak-bahak. Tak selindung langsung.
"Ajad. A-J-A-D. Nasib aje kau ni cun tau," tempelak si pemilik kasut biru. Geram.
"Telefon?" Dini tahan sabar.
"012-7771717. Keep in mind. Manalah tahu kau rindu kat aku." Si pemilik kasut biru kenyit mata.

AJAD SAFIY, baru pulang dari luar negara setelah bosan merantau. Auranya kuat. Suka mengusik dan mudah mesra tapi belum bersedia untuk terikat dengan mana-mana perempuan sehinggalah bertemu Ardini Syaza.

“Ardini Syaza. She’s our great accountant, Ajad,” beritahu Dato’ Salleh.
“What?!” Ajad rasa macam nak terjun bangunan lima belas tingkat itu.
Gadis dobi tu akauntan? Aduhhh… mana nak letak muka ni. Dahlah dia mengutuk Dini kaw-kaw.

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal mulalah suka. Ardini tak mahu, tapi Ajad tetap nak juga. Tatkala Ardini dah boleh terima, Ajad pula tunjuk perangai dia. Bermulut manis dengan semua wanita buat Ardini curiga.

Tapi, Ajad kata.. hati dia hanya untuk Ardini. Cuma Ardini yang suka buat kesimpulan sendiri. Jadinya, nak salahkan siapa?

498 pages, Paperback

First published January 1, 2015

2 people are currently reading
58 people want to read

About the author

Syeena Hamdan

6 books31 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (32%)
4 stars
30 (34%)
3 stars
24 (27%)
2 stars
3 (3%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
May 20, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM15.00. PM je...

Bila membaca sesuatu naskah... (for me) pembaca akan mewujudkan 'telemovie' dalam pemikiran mereka sendiri tanpa dipaksa. Si hero dan heroin akan diindividukan berdasarkan ciri-ciri fizikal yang diperincikan oleh penulis. Sikap dan kelakuan mereka pula akan digerakkan oleh plot yang digarap juga oleh penulisnya.

Itulah peranan penulis.... mungkin kerana itu ada pepatah mengatakan buku adalah pintu gerbang ke mana-mana sahaja.... bumi, bulan, bintang, kayangan.....etc etc.

Dan, itulah yang 'hilang' dalam naskah ini. Rasa dan jiwa pelaku utamanya tidak diperincikan. Rasa Ajad ketika plot si adik dijaadikan sebagai pencetus cemburu Dini 'disembunyikan', walhal 3rd POV dipilih. Begitu juga untuk plot2 seterusnya. Tiada keseimbangan antara watak Ajad dan Dini. Mungkin lebih baik sekiranya 1st POV yang digunakan. Tentu cerita ini lebih kemas.

Bridging antara plot ke plot juga tidak dijaga. Ada kalanya aku termangu-mangu dengan peralihan plot ke plot yang di-zassss-kan begitu saja tanpa pesan, tanpa salam.

Kini... akhirnya aku mengerti mengapa dan kenapa seorang sahabat yang anti bila sesuatu naskah itu terlalu banyak dialog yang mendominasi.

Peace
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
February 2, 2015
ok done..

ermm apa ek

i hate ajad but i'm in love with him

1stly MB xsangka senipis buku ini menghasilkan
macam2 rasa macam tak percaya pun ada

like falling in luv dgn ajad cara dia pikat dini
sgt la macho gitu

hishhhhhh rasa mcm apa kes ni ajad
apa motif angkut peluk2 minah dari london tu
kata sayang kata dini
ok time ni mmg MB stress cara ajad ni rasa mcm minta pelempang je kn
boleh buat dini mcm tu
bila dini layan lelaki lain tau plak jeles
tapi terubat cikit la bila dia carring masa dini sakit
tgk mcm mana MB tak suka si ajad ni heheh

finally dini milik si ajad ni
ok hari pertama kawin dah buat ku rasa nk arghhh si ajad ni
hello u dah kahwin kut bini depan mata
bely kau ngedeng dgn ikan bandaraya tu..
sungguh la ajad ni bak kata dini dimana ajad ada pasti akan ada segala ikan
yg suka melekat dekat dia. perghh panas hati

part konflik
sakitnya hati xtau la nak cakap
sakitnya ada disitu
bila baca terasa ok apa yang dini rasa
susah sangat ke ajad menjadi suami utk adini
knp kahwin kalo hati belum bersedia utk pikul tanggungjawab
(T_T)iman ajad ni senipis kulit bawang
lagi nipis rasanya
nak macam mana lg pn xtau
komunikasi xde byk mengelak ni padahnya
ikut hati MB ni nak je suh dini tu ngajuk lama2
lari tinggalkn je si ajad tu
pantang dgn godaan..

nama pun suamikan
at the end MB terasa betapa untungnya dini memiliki ajad
u all nak tahu knp
sila beli n baca

MB suka cerita nmpk kelaianan dari 1st book writer
lebih berani dlm bab konflik..
i want more from her..




53 reviews44 followers
January 25, 2015
DONE WITH CINTA SI GADIS DOBI!
Kak burn bagi bintang penuh....5 BINTANG....
Setiap bait bait dalam CSGD Memang mengetarkan hati bergerak seiring dengan ritma degupan jantung.....
CINTA AJAD terhadap Dini tiada dua..tigaa..empat kendatipun banyak ikan berenang renang termasuk IKAN BANDAR RAYA....
Sebuah kisah sweet tahap diabetes yang boleh membuatkan kita tidur dalam keadaan senyum
Sebuah kisah cinta sengal antara Ajad dan Dini
Sebuah kisah seorg isteri yg cuak dengan pelbagai jenis ikan yang menempel di sisi suaminya
Namun...datang lah berenang renang ikan pelbagai jenis pun..ikan kelisa ke..ikan flower horn ke ikan kaloi ke..ikam bandar raya ke...AJAD TETAP SEORG SUAMI YANG
Berpendirian Tegas
Bertanggungjawab
Seorg suami yg hanya mencintai seorg ISTERINYA....
Tidak perlu konflik hebat hebat utk menarik perhatian pembaca...THUMBS UP!!!!!
Sila beli bagi yang belum beli....kena masuk list...
Memang BEST TAHAP KEBABBBOOMSSSSS
Tulisan Syeena Hamdan yg semakin matang menyebabkan kak burn asyik senyum baca daripada muka surat pertama sampai ms 498...sungguh menghiburkan...langsung tak stress...dan sangat sesuai dibaca oleh kak burn yg stress sungguh dengan kerja kerjasekolah 2 minggu ini....rasa lapang jer minda ni.....tqttqtqtqtqqq
Profile Image for Zai Abd Rahman.
50 reviews1 follower
February 16, 2015
Sebuah cerita yang sweet mweet.. Bila baca taklah stress dan buat otak aku berfikir dengan soalan-soalan yang kadang-kadang aku tak ada jawapan. Kisah CSGD ini berjaya melegakan otak aku yang serabut dengan pelbagai macam isu. Tak ada heavy drama,

Cinta Si Gadis Dobi ini kisah Si Ajad a.k.a Abjad dengan Ardini. Pertemuan di kedai dobi membuat si Ajad memandang rendah pada Ardini. Heh! Ardini ni jangan main-main. Akauntan tau! Tapi masa hujung minggu dia tolonglah kakak dia Sara di kedai Dobi Mesra. Dia pun ada share.

Si Ajad ni memang macam gula. Sweet. Ramai peminat. Si Ajad ini anak bos Ardini dan dia orang tak kenal each other. Best masa mereka bertemu di pejabat masa ada majlis memperkenalkan Ajad pada semua. Ajad yang berlagak ingat Ardini jadi tea lady. Oh.. tapi Ardini ini panjang juga akalnya nak mengenakan si Ajad. Gelak aku. Gula campur garam untuk membancuh kopi. Apa lagi tersemburlah dari mulut Ajad bila diminum.

Ajad yang masih tak tahu siapa Ardini terus serang Ardini di depan CEO. Tercengang CEO tapi abang Ajad, Amar tersenyum-senyum bila tengok Amar kena dengan Dini. Okay, aku tak nak cerita lebih-lebih. Kau orang bacalah sendiri. Tak rugi beli buku ni.

Aku suka tengok Ardini cemburu dengan adik ipar sendiri. Bila dah tahu boleh kamcing dia dengan adik iparnya. Oh ya... ada ikan bandaraya juga dalam cerita ni dan ada budak interns yang dah jatuh tergolek-golek kat si Ajad tapi nasib baik tak parah.

Lagi satu yang aku tak tahan buat aku sengeh boleh pula si Ardini ini menyorok dalam almari. Kenapa dia menyorok? Bacalah buku ni. Baru tahu. So apa kesudahan cerita ni? Seperti biasalah kan happy ending tapi dalam nak dapat happy ending tu berapa banyak agaknya Ardini kena fight for his man? Beli dan baca buku ini kalau nak tau

Untuk buku yang buat aku terfikir alangkah bagusnya kalau ramai lelaki macam Ajad ni. Bertuah dapat macam si Ajad tu tapi rasanya 1 in a million pun tak sure dapat jumpa macam si Ajad ini. Apa Ajad buat eh? Kalau kau orang tahu mesti kau orang pun nak your partner buat the same thing kan?

Untuk cerita yang membuat aku happy dan hilang stress adan membuat aku masih teringat akan si Ajad itu, aku bagi ***** (5*) . Powerkan penangan Ajad ini. Hmmm...Ajad oh Ajad. Untung Ardini...
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
done dalam masa 1 hari.

Cerita yg sempoi. Tak stress.

suka cara ajad mengurat dini.
Walaupun rasa macam kasar tapi hati ni turut terpikat jua.
Ajad yang penyabar dalam melayani dini...

Suka watak dini yg selamba.
Memang padan sgt diorg berdua ni...
Bila dini rasa sakit dan cemburu..
mmg faham sangat rasa tu sebab pernah merasainya.
Cuma rasa tindakan dini menghukum ajad keterlaluan.

Overall, saya terhibur. Cuma tak puas rasanya baca part sweet muet ajad dan dini. Nak more ..and more lagi... buku yang tak tebal dan boleh membuat saya membaca tanpa skip walaupun sepatah...

well done!

Profile Image for Kasmaliza Mat zori mnm.
2 reviews1 follower
Read
January 29, 2015
Tengah malam ni nak start baca si gadis dobi. harap kena dengan jiwa saya yang romantik ni kan...hahaha
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
March 22, 2015
Ok cite yg relax..tak tension...happy ending...walaupun geramn jugak dgn en abjad. .baik x bertempt.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
February 18, 2015
Book #16 - 2015

Habis sudah pembacaan.ceritanya seronok sebenarnya but I feel like ia ada flawnya. Sebab saya rasa, penulis have instilled in my brain mengenai mommy Ajad. Katanya mommynya menghilangkan diri so I thought maybe writer akan membongkar the missing "mommy" but tidak. So agak disappointed lah. And siapa sini setuju perangai Dini ni agak menjengkelkan he he he.... Keras kepala and suka bersangka buruk. Buruknya perangai sampai terbawa2 ke baby yg baru lahir.hmmmph!
10 reviews1 follower
February 28, 2015
dlm kul 2pg baru abis mmbc selagi x jumpa perkataan tamat selagi itulah x berhenti mmbc. mmng best best sgt citer ni ajad yg selamba memikat dan dini yg suka mmbuat keputusan terburu2 tanpa bertanya dgn ajad. byk godaan n cabaran yg terpaksa mereka ber2 hadapi dgn perangai gedik x ajad. tp dgn sabar ajad atasinya. mereka mmng jodoh mereka bersama walaupn dugaan dan cubaan yg dtg. happy ending. x rugi rasanya beli nvl ni n kena dgn selera saya sebagai pmbc tahniah kpd penulis teruskan berkarya.
Profile Image for Shazalila Shah.
31 reviews2 followers
March 27, 2016
Ajad dan dini... Suka watak 2 org ni... Ajad yg sgt hot.. Dini yg sgt humble.. Bini mane yg tak bengang klu suami asik kene hurung ngan lalat je??? Tp sy tertunggu2 jawapan mana mama ajad pegi... Igat nak habis ada penulis masukan cerita mama ajad tp non hado... Tu je yg mcm kurang...
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
April 25, 2015
kisah ardini syaza & ajad safiy.

jumpa 1st time dekat kedai dobi. pastu kerja satu tempat. then, gaduh sikit, suka. dini amik masa jugak nak suka dekat ajad.

Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
March 29, 2015
Tahniah Kak Syeena for your 2nd baby :)

Sebuah cerita yg tidak menghampakan. Confirm. Pada saya lebih best dari Cuma Dia Kekasihku kot. Sebab :-

1. Bahasa yg lebih santai dan simple. Jadi saya tak bosan bila baca.
2. Perwatakan Dini & Ajad yg saya rasa 'hidup' dan selamba.
3. Penceritaan yg tak meleret dan plot story yg cantik.
4. Saya sgt-sgt suka dgn ini cerita. Haha!

This is my opinion.

Overall, ini kisah Ardini dan Ajad. Kisah bagaimana mereka facing their marriage dgn rasa sabar, tolak ansur & memaafkan. Betapa sebuah perkahwinan itu bukan saja lesen menjadikan yg haram itu halal, tetapi mengajar mereka erti tanggungjawab, kasih syg & tolak ansur.Tidak ada perkahwinan yg tidak diuji. Tidak ada kehidupan berumah tangga yg sentiasa manis saja. Rasa msm,pahit,manis itu menambah rencah dlm perhubungan suami isteri. Bezanya cara ujian itu dihadapi. Ajad yg seorg yg sgt penyabar. Dini pula seorg yg terburu2 membuat spekulasi. Yg namanya lelaki tetap tak pernah lari dari godaan seorg wanita. Lebih2 lagi si penggoda. Tetapi Ajad seorg lelaki yg saya rasa kuat kot imannya walaupun hampir 'accident'. Yg namanya perempuan memang tak lari dari salah sangka. Isteri mana yg x cemburu bila suami sendiri dikejar2 3 wanita? Jadi nak tahu apa jadi kat kisah hidup depa, beli & bacalah. (Padahal buku pinjaman dari Jess ni. Haha!)

Satu persoalan yg bermain dlm fikiran saya, mana mommy Ajad? Takkanlah mommy dia hilang mcm tu? Dan merajuk sebab apa? Itu persoalan yg saya x tahu nak rungkaikan. Saya ada terskip baca ke?

Apa-apa pun keep it up writer! :D All the best for your writing.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
June 24, 2015
permulaan kisah yang menarik... pantas dan tidak merapu... tak perlu ayat sweet mueet nak gambarkan pasangan bercinta... cuma bila masuk pertengahan agak sedikit mendatar sebab topik yang dibawa sama.. kisah cemburu seorang isteri yang tak habis-habis. cumanya bilamana olahannya menarik, pembaca akan still baca sampai kehujung. cuma ada sedikit kisah yang seperti tergantung... overall masih boleh dicerna dengan baik..
perkenalan antara ardini dengan ajad bermula di kedai dobi. dini yang di sangka ajad sekadar gadis kedai dobi rupanya seorang akauntan di syarikat ayahnya.. adrini pula, seorang yang degil dan keras kepala tersilap langkah menyatakan ajad tunangannya kepada aunty rose iaitu jirannya menyebabkan berita itu tersebar. atas ketegasan ibubapanya, mereka mula rapat dan tanpa mahu di tangguh mereka mengikat tali pertunangan dan seterusnya berkahwin.. cabaran selepas berkahwin pun banyak.. mampukan dini menahan perasaan?.. akan setiakan ajad walaupun isterinya sering buat tanggapan melulu?....
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
February 23, 2015
As usual tak mengecewakan but too bad mengapa Dini nie suka underestimate diri sendiri. Ajad nie pun satu dah kahwin tu tak tahu nak tepis.Overall, I suka since cerita yg tak heavy but yeah jika dipenghujung cerita tu ada sambungan mengenai mommy Ajad then it'll be a perfect one.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 9, 2015
Memang best... menghabiskan cerita ni dlm masa sehari.. Abjad yg macho gilerrrlah buatkan Dini x keruan.. congrats
65 reviews13 followers
April 16, 2015
Finish read with in 3days & manage to finish by 3am..
The author are from the same state as me & have been reading her books & enjoying it

Ajad always attracting ladies & this lead to assumption which lead to a greater lies that hurts both Dini & himself
His character makes me want to knock his head , but the way he treat his wife during confinement really change my thinking about him.
But still all assumption could have not happen should he knows how to act as someone husband.
Dini being wife whos 1st love is ajad himself feels so insecure abt herself which leads her to 1 of the 7 deadly sins which is jealously which lead to lies & more lies...
Syeena’s writing have mature since her last book, all in all ajadadini is a good reading material esp to those young married coupe where they have to learn that married lives are not just about happiness ever after, but instead lots of hard work & effort have to be put in.

Look if ajad can look after dini during confinement, wash all her menses, bath &feed her, than he should be ok after all…..
now waiting for aymanadni...
***** stars for u my dear
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
June 14, 2015
citer ni kureng sikit dari cuma dia kekasihku..tapi,.still boleh baca..kadang ada part yg sama berulang2...
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.