Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pengarah Cinta Terbaik

Rate this book
RASFAL HAQEEMI- Seorang pelakon dan pengarah muda yang popular. Semakin dia popular, semakin banyak kontroversi yang menghimpit. Paling tidak disangka-sangka dia dikaitkan dengan hubungan sejenis. OMG!Puas Rasfal Haqeemi menafikan, puas dia cuba menjernihkan suasana tetapi gosip terus melanda. Fikirannya buntu. Dia harus mencari jalan untuk menyelamatkan maruah dan kariernya.

“Saya tak halang pun untuk awak berfikir. Saya tak nak perkahwinan ni jadi disebabkan terpaksa. Saya nak awak rela hati kahwin dengan saya meskipun hanya sementara.”

CITRA NUR AFILYA- Namanya tidak seindah hidup yang dilalui. Bermacam-macam dugaan harus ditempuhi demi ibu tersayang sehingga mengheretnya ke dalam dilema. Namun, atas dasar pengorbanan demi menyelamatkan ibu yang buta, Citra telah membuat satu keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Namun, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa tunang tersayang merelakan dia bersama dengan lelaki lain semata-mata demi duit. Tetapi atas dasar pengorbanan, Citra turutkan jua.

“Mungkin saya orang susah jadi senang-senang orang gunakan saya tapi saya tetap ada hati dan perasaan seperti orang lain. Saya tak minta bos terima saya sebagai isteri bos tapi cukuplah layan saya sebagai seorang kawan. Apa saya tak layak ke berkawan dengan orang popular seperti bos?”

Tetapi apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Lakonan demi lakonan yang diciptakan akhirnya memakan diri. Saat cinta menyapa, rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar. Cinta yang sudah mekar akhirnya layu kembali. Citra pergi untuk menyelamatkan karier Rasfal. Tetapi bagi Rasfal, Citra adalah segala-galanya.

Mampukah cinta seorang gadis biasa dan seorang pelakon dan pengarah popular bersatu? Mampukah seorang pengarah terbaik mengarah kisah cintanya sendiri? Atau perpisahan yang akan terus menjadi pilihan mereka?

664 pages, Paperback

First published January 1, 2015

2 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Alsya Khairin

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (30%)
4 stars
10 (33%)
3 stars
7 (23%)
2 stars
3 (10%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews108 followers
March 15, 2016
2.85 bintang :)

Plot-driven, inconstancies, loopholes everywhere, watak tak berkembang (well...maybe towards the end ada la sikit perkembangan untuk watak Rasfahal), repeated scenes with slightly different dialogues (stressed on the word slight...haha), fluffy, cliches and predictable.

As you can see, the book is not perfect, in fact with many flaws, but still it has charmed me to keep reading to the very end. And I'm not even feeling angry! Hahaha...

My good mood, please stay with me longer ye :D
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
January 9, 2019
2.75*
Gara2 nak cari satu cerita yg something to do with pelakon, habis rack buku kat popular dan MPh saya geledar satu ketika dulu. Akhirnya, terjebak juga, buku yg di cari tak jumpa. Rupanya novel yg di cari tu bertajuk Bukan Isteri Simpanan (Mia Kiff). Jumpa few months later. Nak kata menyesal tak juga, sebab cerita masing2 ada kekuatan sendiri walau plot ceritanya alahai..lemau sikit at times dengan watak heroin yg tak berapa nak bijak dan watak hero yg tak berapa nak matang.

Okay issue atas ni tak berapa penting. Yg penting scene yg satu ni dan saya percaya mmg pernah terjadi. Perempuan bodoh mana yg sanggup tinggalkan anaknya ditepi hanya kerana dia banyak barang nak beli. Nasib baik yg culik tu suami sendiri, kalau orang lain..kirim salam sahajalah nak jumpa kembali. Bagi saya, jika perlu beli barang pun apa salahnya tolak stroller tu. Beli dan angkut sikit2 barang keperluannya. Saya rasa biar barang yg nak di beli tu tak semua dapat asalkan anak saya sentiasa di samping saya. 5 bulan kut, yg berbual dengan anak seolah2 anak tu dah boleh bercakap dan berlari tu apa hal.

Sejujurnya sekarang saya lebih memilih baca cerita bodoh2 dari di bodohkan. Sama jugalah dengan cerita ni. Sipnosis menarik, plot sudah ada, tapi masih banyak lompang dan adakalanya kebudak2an. Its okay saya masih suka membacanya sebanya takdelah seteruk mana sehingga rahsia kahwin kontrak tu terbongkar.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
July 29, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Tak dapat nak dihabiskan. Jalan cerita tak semenarik sinopsis. Tak suka dengan watak Citra yang pada N terlalu lemah dan menyusahkan dan cengeng. Bodoh pun yer jugak. Tak suka juga dengan watak Rasfal yang juga tak semegah mana. Dan tak suka kala Citra dan Rasfal bertelingkah sebab mereka bergaduh macam budak-budak, sampaikan N tertanya sendiri, “Dorang ni baru lepas habis sekolah ke?”
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
April 19, 2015
klise ..kahwin kontrak secara rahsia lepas tu saling jatuh cinta , berpisah bila rahsia terbongkar dan bersama semula ..well well ..
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
February 2, 2015
Awesome reading!
Tahniah buat penulis Alsya Khairin atas karya sulung anda.
Keep up the good work ya. :)
154 reviews2 followers
December 12, 2020
Not bad,
* ada beberapa tempat rasa macam tergesa2 dan kat tempat2 lain2 meleret2, pergerakkan masa pun tak konsisten & rasa macam melompat2 gak bila baca,
* banyak pulak part2 terlebih sinetron - nak sesuaikan ngan topik gamaknye (dah cerita pun pasal retis heheh),
* hero dan heroin pon klise - tapi kadang2 sweet jugak, watak2 jahat memang jahat - tapi bosan dan tak menakutkan sangat, watak2 sampingan agak flat - walaupun arc kepada abang hero jadi terlebih interesting IMO berbanding dengan kekusutan hero-heroin

apapun ni drama ringan, bole baca bila rasa nak cerita yang tak menyerabutkan kepala atau menyakitkan hati ;)
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
April 22, 2015
I feel like the story macam cerita korea full house, tapi of course ada la perbezaan. is an ok book to read. I guess this is first book by alsya? good job on the plot is just belum dapat menawan sepenuhnya hati saya.
41 reviews3 followers
October 19, 2016
Jalan cerita yang menarik dan banyak menerapkan nilai-nilai kekeluargaan, kasih sayang dan keagamaan.

sanggup tak tidur nak habiskan novel ni.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.