Jasmine seorang pelakon terkenal. Farhat pula seorang pemain bola sepak negara. Mereka kenal melalui sebatas nama dan rupa yang disebarkan media semata-mata.
Tiada niat mahu kenal lebih daripada itu sehinggalah pintu bilik hotel Farhat dirempuh masuk oleh pelakon terkenal itu tanpa sengaja.
Jasmine mencari perlindungan. Farhat melindungi.
Detik yang membuatkan Jasmine ingin menjadikan Farhat sebagai miliknya.
“Kalau awak kahwin dengan saya, saya akan beri semua yang awak nak. Duit? Rumah? Isteri kedua? Apa sahaja.” - JASMINE
“Sorry. Saya tak berminat.” - FARHAT
Pertama kali ditolak seseorang. Jasmine mengalah dengan keinginannya untuk memiliki Farhat. Tapi gosip mereka bercinta menyulitkan keadaan.
Kemalangan berlaku lagi. Dan lagi sekali Farhat menyelamatkan dia.
Setelah itu, segalanya bagaikan mimpi. Apa yang dia inginkan telah jadi kenyataan. Keluarga, cinta dan kasih sayang.
Dia fikir kebahagiaan itu selamanya akan jadi milik dia. Tapi, cukup dengan satu video, segala kebahagiaan yang dia kejar selama ini lenyap dan hancur begitu sahaja.
Rating: 4.5⭐ Trope: Football ML x Actress FL/strangers to lovers/She fell first and he fell harder/ etc...
My thoughts 💭 (my opinion)
Jasmin ni waktu bayi dulu dijumpai dibuang di tepi jalan (ingat² lupa sorry) dengan hampir matí sebab digigit kerengga. Kemudian dia diambil dan kena adopt di rumah anak² yatim. Once dia mula membesar, dia makin cantik dengan kulit yang cerah dan muka seakan² mix tu menarik perhatian stesen TV untuk ambil dia berlakon waktu dia masih kecil lagi.
Dari situ, dia mula 'digunakan' oleh penjaga dia yang ada di rumah anak yatim untuk buat duit. Kemudian sampai dia besar, dia tak lepas dari kebencian dan dihina oleh orang sekeliling, sebab Jasmin ni banyak kontroversi yang dia tak buat pun tapi banyak orang tak puas hati dengan dia and nak dia jatuh. One day, dia dapat satu job untuk jadi host yang mengiringi pasukan bola sepak negara ke luar negara.
Singkat cerita, Ailah terdengar perbualan yusra iaitu PA Jasmin yang dia telah menjual Jasmin kepada Dato Izhad. Dari situ punca segala kekacauan sehingga dia digosipkan dengan Pemain bola sepak negara iaitu Farhat Maliki yang pada masa itu hanya berniat ingin menolong sahaja. Tak pasal² sampai ada hashtags kauu #FarMine #JaHat lagi HAHAHAHAAH... The rest y'all can baca sendiri ye malas nak cerita lebih² hahahaha..😂
GOSHH I CANT BELIEVE YANG SAYA HABIS BACA CERITA NI IN ONE SITTING?! Best gilo!!! Saya sangat enjoy ye dengan storyline cerita ni! Saya ni senang dan sangat simple orangnya, cerita tak meleret, cerita tak slow, tak banyak repetitive, lepastu jalan cerita nice and tak cringe yang melampau, SAYA LURVEEE! Gitu je sebenarnya. 🤭 And cerita ni really stole my mind away. Sampai tak sangka lah dah habis, bila dah habis tu nak lagi!!
Saya nak lagi bab tambahan pasal Jasmin, Farhat and Layla anak dorang tu please author 😭 kita nak baca pasal family bonding dorang! Si Layla tu sikit sangat la dialog dia! Kita nak dia becakap macam si Saqif tu HAHAHAHA comelll angat²!! 😭🫂 Btw saya memang suka baca cerita dimana ada watak budak kecik yang comel, lepastu dia berdialog dengan pelatnya Ya Allah 😩 COMEL BETUL!! CUTENESS OVERLOAD!! Scene budak kecik memang saya lurveee dari dulu. ❤️
Tak payah la cakap pasal pasangan sweet, eh ke perlu juga? Sebab saya memang suka JaHat ni. 😜🤣 Sweet couple + cute couple! Ingatkan si Farhat ni jenis beku, sekali dah kawin gatal merenyam juga eh. 🌚 Kemudian, pasal Jasmin punya kehidupan pula, saya sangat sedih untuk dia. Bila saya baca sesuatu naskah yang menceritakan mengenai kisah hidup watak yang tragis.
Saya akan cuba letakkan diri saya dalam kasut beliau. I can't imagine the pain Jasmin kena hadap dari dia kecil sehingga besar. She just want a family, dia cuma nak rasa disayangi dan felt like she belonged. 🥺🫂 But as usual, perancangan tuhan tu sangat baik. Thank God, Jasmin dapat her happy ending. 🥺🤍
Kesimpulannya, saya sangat suka dan lovee cerita ni! Buku ni akan jadi satu lagi one of my comfort book to read bila bosan. Bermakna saya akan reread banyak kali hshshshs. 🤭💌 Sebuah karya yang cukup rencah, dan cukup rasa, tapi it felt like something missing sikit, but it's okey. Karya ni masih dapat special place in my heart. 💌 Highly Recommended! 💌🤍
Kisah Farhat Maliki pemain bola sepak yg nonchalant sngt2 yg tiber dilamar oleh Jasmine Salsabila. Lamaran ditolak oleh Farhat dan Jasmine bawak diri. Ya la kan dah kena rejek.
Tapi terjadi pulak kes Dato gila bayang dgn Jasmine yg beria nk suh Jasmine jd bini ke2 dia plus Jasmine kena serang dgn Dato tuh, maka Farhat hadir sebagai hero selamatkan Jasmine dan kahwin.
End? Nope!
bila dah bahagia ada la yg dengki. Yg dengki pulak org dekat.. Sanggup buat fitnah nk jatuhkan Jasmine. Dgn hati kcwa Jasmine bawak diri.. Farhat sasau.
Datang si musuh membawa khabar yg dia tahu mana Jasmine berada, then misi memujuk terjadi. Lepas berjaya pujuk balik selesaikan isu fitnah dan salah faham, then dapat baby girl.
Plot cerita tak berat.. Santai2 je kawan.. Siapa yg pernah baca ebook lebih kurang je cuma ada sikit2 scene tambahan dgn ending.. Yg lain sama je.. 4/5..
Dengan ini, khatam sudah saya membaca kesemua novel Lollysnow! 🥳 Yih! Kenapalah aku lambat start baca? Walhal duk beli novel Lollysnow dari first novel dia dari tahun 2021 lagi. Tapi dah nak habis tahun 2025 baru nak baca dan habis baca. Tapi tak apalah. Better late than never gitu. 🥹
Okay, secara ringkas dari tajuk novel lagi kita dah dapat teka yang novel ni akan berkisarkan tentang kehidupan seorang Jasmine Salsabila iaitu pelakon dan pengacara popular tanah air. Bukan sekadar popular kosong tapi seorang Jasmine Salsabila dikurniakan kelebihan dari segi rupa paras dan bakat berlakon dan mengacara. Namun di sebalik popularitinya, nama Jasmine sering terpalit dengan isu dan kontroversi negatif yang dia langsung tidak buat. Jasmine tahu siapa punya angkara, namun memikirkan 'hubungan baik' dia dengan orang itu, Jasmine sekadar memilih untuk membutakan sahaja matanya.
Makin haru pulak dengan kehadiran Dato' Izhad yang dok tergila bayang dengan Jasmine walhal sudah ada isteri dan isterinya sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka. Isterinya pula, Datin Sha tak habis-habis datang serang Jasmine kononnya mendakwa Jasmine sering menganggu dan menggoda suaminya.
Pelbagai masalah hadir tanpa henti. Mengenali seorang pemain bola sepak negara, Farhat Maliki memberikan satu sinar cahaya untuk Jasmine. Langkah berani diambilnya namun hampa saja dia dapat. Okaylah, cukuplah sampai situ je ringkasan cerita ni. 😂
First thing first yang saya nak puji tentang dalaman novel ini ialah ia bebas typo! Itupun kalau saya tidak terlepas pandanglah. Kalau saya silap, maafkan saya ya 🫢. Lepas tu untuk scenes flashback pun ia di-italic-kan. Finally! 😭🤲🏼✨ Overall saya suka dengan novel ini! Oh by the way, towards the end cerita ni, tetiba Ismat ada buat kemunculan. Mungkin nanti saya perlu membaca kisahnya pula. 👀
Jasmine seorang anak yatim piatu yg membanting tulang dari umur 10thun demi kesenangan.. tempat rumah anak yatim pun ambil kesempatan atas dia..
Dia tak bahagia.. dari kecik dia kene bahagia kan orang lain.. sampai diri sendiri terseksa.. da masuk dunia selebriti, laaagi laa tak aman hidup.. hari² Jas penuh dengan gosip² yg tak betul.. rupa nya ada orang terdekat yg tak puas hati dengan Jas..
Jas kene interview Pasukan Bola Team Farhat.. di situ bermula segala nya.. sampai laa Jas melamar Farhat dan terus kene reject.. time tu Jas terus senyap.. sampai laa satu hari terjumpa di rumah milik keluarga Farhat..
Dah jumpa keluarga, Jas seronok dapat borak² dengan Umi Farhat, Umi selalu bagi nasihat.. Umi terima dia seadanya walau pun banyak gosip² buruk tentang Jas.. satu hari lepas Jas kene serang tempat shooting, Jas di masuk kn ke hospital dan tak sedar dalam beberapa hari.. Umi, Ailah, Farhat jaga dia..
Lepas dorang kahwin, Dato gila bayang tu kacau sampai nak masuk kawasan rumah.. masa ni baca best.. sebab si kembar tu tetibe muncul protect Umi dan Jas..
Da beberapa bulan tu timbul pulak gosip baru tentang Jasmine.. si Syiqin ni pulak ntah mana timbul tetibe nak cakap pasal orang yg dia tak kenal.. di hina nya Jas.. sampai kan Umi tegur Jas.. Jas buat keputusan untuk keluar dari rumah keluarga Farhat.. Umi tahu kebenaran nya memang dia rasa bersalah sangat..
Okayy.. time ni saya seronok baca sebab watak cameo ada dalam buku nie.. Ismat dan Naqiyah.. love them soo much.. Ismat rupa nya musuh si Farhat nie.. haha..
Apa yg jadi lepas tu korang mesti da bole agak kan.. conflict tak berat.. light reading.. can finish this in one sitting.. i tak tau laa kalau cerita Lollysnow jee memang best..
Kalau penulis buat cerita pendek tentang Farhat, Jas dan anak² mesti seronok baca.. like macam sikit jee scene tu.. tak puas tau.. campur pulak kawan² macam Mikail, Ismat, Sapura dan Naqiyah mesti lagi seronok.. arrgghh.. missing their story also..
Novel lollysnow xprnh xokey, i finish in one sitting. Sakit jugak la otak nak menghadam tapi bestt. story short cerita ni tntng pelakon dan pemain bola, si pelakon asyik selalu kena hate and takdir dia masuk bilik pemain bola and bla bla bla.
Best best i rate 4.7 kurang dia sebab i tak ada rasa nak reread mcm novel she k bye
- JS mengisahkan tentang Jasmine seorang pelakon terkenal Malaysia yang selalu digosipkan dengan pelbagai cerita negatif manakala Farhat permain bola speak yang terkenal. Permulaan cerita mereka hanya la stranger, Farhat kalau boleh tak nak amik kisah pun pasal Jasmine sampai lah sesuatu berlaku menyebabkan mereka semakin rapat-
Jasmine; permulaan cerita dia nampak macam lemah sikit (?) or more kepada kesian dekat orang (simpati tinggi), jenis redha bila kena gossip (mungkin lebih kepada malas nak panjangkan benda /penat betulkan semua benda tapi tetap dipandang negatif) tapi after that watak dia slowly improve - Farhat; ceit memula je dingin malas nak amik tahu rupa-rupanya perangai masuk air, lagi2 lepas kahwin- auto tak boleh pakai dengan anak sendiri pun nak buat musuh
ah kuatnya jadi sorang Jasmine ni, dia membesar dirumah anak yatim lalu kerana wajah yang dimiliki dia diambil menjadi pelakon seawal usia 10 tahun. Kemudian dia diperguna oleh orang sekeliling- diftinah, dikhiati semua dilalui Jasmine.
okay stop dengan perkara sedih, aku kan tak boleh betul la dengan dua ketul ni berdekah2 aje time baca- dua2 lurus sangat weh. Bak kata Mak Farhat 'jodoh cerminan diri, cermin dorang beli dari kedai dua ringgit'. Sama jugak dengan Azhad dengan Ismat menghiburkan hati wkwkwk.
Syiqin pulak aku rasa nak ganyang2 je dia mulut takde insurance kalau kena tampar baru tahu
Kalau nak bacaan santai rilek rileks bacalah buku ni🥰
Jasmine ni orang famous, popular tapi kesian dia dari kecil dia dibesarkan tanpa kasih sayang keluarga. Dari kecil dikerah tenaga kerja. Bagi dia, semua boleh dibeli dengan duit harta. Jumpa pula Farhat seorang pemain bola sepak yang macam nonchalant. Tak kisah pun siapa si Jasmine ni.
Disebabkan Farhat selamatkan dia, Jasmine rasa Farhat selamat untuk dia dan dia sendiri lamar Farhat untuk jadi suami. Tapi tula, tak kena gaya dengan niat!🤣
Buku ni sebenarnya fast pace. Banyak cerita pasal kisah Jasmine yang dahagakan kasih sayang keluarga. Lepas dia masuk keluarga Farhat dia rasa disayangi oleh orang tua Farhat. Tapi mestilah tak sampai situ je kan hehe
Apa yang Jasmine rasa tu valid. Rasa anxious, insecure, overthinking. What if mak mertua aku tak suka aku? what if orang lain lagi bagus dari aku?
Papepun saya suka karya Lollysnow. Rasa nak baca kisah Ismat pula🤭