Jump to ratings and reviews
Rate this book

Buat Kamu Yang Terlupa Untuk Bahagia

Rate this book
"Hari ini, kita fokus kepada urusan hari ini dulu, ya!"

58 Cara Untuk Menikmati Hidup Dengan Bahagia

Mungkin, rasa gelisah kita hadir bukanlah kerana kita tidak mencapai apa yang kita impikan, tetapi sebenarnya kerana kita terlalu memikirkan apa pandangan orang terhadap kita.

Walaupun kita tidak mempunyai jawapan yang sempurna untuk persoalan “siapa diri kita,” apa yang lebih penting adalah untuk kita menghargai perjalanan mencari dan membentuk diri kita yang sebenar.

Mungkin kita tidak akan menjadi orang yang paling hebat.

Mungkin hidup kita akan sentiasa ada kekurangan.

Tetapi, semua itu tetap sebahagian daripada diri kita.

Menghargai setiap sisi diri—yang kadang sederhana, kadang penuh warna—membantu kita bukan sahaja untuk lebih menerima diri sendiri, tetapi juga hidup dengan hati yang lebih tenang dan bahagia.

"Walaupun anda tidak sempurna, anda tetap layak untuk disayangi dan dihargai."

272 pages, Paperback

First published March 7, 2022

2 people are currently reading
10 people want to read

About the author

Dancing Snail

9 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (30%)
4 stars
4 (30%)
3 stars
5 (38%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for aminuteachapter.
13 reviews
November 7, 2025
I read this in my language , i like how some ideas this dancing snail put, and how it can easily attach to my daily thoughts.
If you see this, maybe you should give this book a chance, i like it.
Profile Image for Norshafarina Faharuddin.
287 reviews5 followers
January 6, 2026
Buat Kamu yang Terlupa untuk Bahagia ialah buku yang mengingatkan kita bahawa kebahagiaan bukan sesuatu yang jauh, tetapi hadir dalam setiap momen walaupun kecil dan sederhana. Dancing Snail menulis dengan nada lembut, penuh humor halus, dan terjemahan Rozailina Othman menjadikan mesejnya dekat di hati.

Ia menjadi bacaan ringan tetapi penuh makna dengan gaya santai dan ilustrasi yang comel. Buku ini mengingatkan kita bahawa bahagia itu sederhana, menerima diri sendiri seadanya, menghargai rutin harian, tidak salah untuk berehat, jangan terlalu keras pada diri sendiri dan tidak perlu sempurna untuk bahagia.

Setiap topik menggabungkan ilustrasi ringan dengan mesej motivasi yang mudah difahami. Dancing Snail menekankan bahawa kebahagiaan bukanlah pencapaian besar semata-mata, tetapi juga kesedaran untuk menghargai momen-momen yang kecil dan sederhana. Terjemahan Rozailina Othman menjadikan bacaan ini relevan untuk pembaca Bahasa Melayu. Ia sesuai untuk mereka yang mencari bacaan santai tetapi penuh makna dan menusuk jiwa.

Antara topik-topik lain (dari 58 topik) yang turut diulas dengan penuh santai ialah tentang mereka yang sering merasa penat dengan kehidupan dan terlalu sibuk mengejar kesempurnaan sehingga tidak mampu mencari kebahagiaan dan terlupa bahawa bahagia itu sebenarnya dekat dan sederhana.

Kesimpulannya, menurut saya buku ini selayaknya dibaca oleh semua dan selayaknya mendapat 5 bintang sebagai bacaan santai dan berkualiti.
Profile Image for Fai C. -.
156 reviews8 followers
May 4, 2025
รูปประกอบน่ารักดี ภาษาง่าย เหมือนมีเพื่อนมาชวนคุย
Profile Image for Mpur Chan.
Author 1 book39 followers
September 29, 2025
Entah kenapa sekarang kalau baca essay dari Korea Selatan, saya sulit membedakan buku yang satu dengan yang lain. Isinya pada mirip-mirip bahasannya. Jadi, gak begitu memorable.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.