Menjadi wanita yang memakai pelbagai topi kadangkala menjadi satu cabaran besar buat kita. Namun, saya melihat daripada perspektif yang berbeza. Saya melihat, dengan memakai pelbagai topi, ada banyak kemungkinan-kemungkinan yang membuka ruang untuk saya menyebarkan segala bentuk kebaikan. Khususnya melalui dunia buku. Iqra bukan semata-mata membaca, bahkan sedang membentuk karakter untuk kita menyebarkan segala bentuk kebaikan. Peluang terbaik saya bermula saat memakai topi seorang ibu. Seorang wanita yang tidak bercita-cita hanya mampu melahirkan zuriat yang lemah." -Buya Hamka dalam Dari Lembah dan Cita-Cita
Bertambah lagi judul buku tentang buku di negara kita.
Apa sahaja yang bercerita tentang menjadi seorang pembaca, teruja membaca buku, ghairah membeli buku, keseronokan ke kedai buku, kegembiraan bertemu penulis; dan hal-hal lain tentang buku, buku, dan buku akan sentiasa menjadi bacaan yang menyenangkan.
Di dalam buku ini Safa Safwan menjawab soalan di kulit buku itu, “Bagaimana menjadi perempuan tumbuh dengan membaca?”
Isteri dan ibu, tumpuan dan tenaga mereka habis sepenuhnya buat suami dan anak-anak.
Merekalah rabbatul bait, penjaga, pemelihara dan pemulihara rumah tangga.
Masihkah ada ruang untuk mereka tumbuh dengan ilmu?
Ya, dengan membaca.
Dari situ, penulis meluaskan topik bacaan dengan berbincang tentang makna Iqra’
Disusuli dengan perkongsiannya sebagai suri rumah yang membaca. Bagaimana beliau sibuk dengan rutin, namun tetap ada masa untuk membaca.
Malah tabiat baik itu dididik dan diikuti anak-anak pula.
Walau dihambat kesibukan harian, penulis tetap ada masa untuk membina komuniti membaca pula melalui Reading Muslimah.
Ini adalah sebuah buku catatan peribadi, sekaligus renungan makna Iqra’ yang menjadi wahyu pertama setiap kita.