Dia hanya gadis biasa - orang awam Dia seorang fighter pilot - sang pelindung langit. Dua dunia bertembung. Seorang wanita belajar berani, dan seorang pejuang udara yang akhirnya menyerah pada hatinya sendiri. Hidup Iraina sederhana, sepi tanpa keluarga. Tapi segalanya berubah bila dirinya masuk ke dalam radar Kapten Nazran Shah, juruterbang TUDM yang terkenal dengan disiplin setegas F/A-18D Hornet yang dipandunya. Nazran 'KRAKEN' terbiasa dengan langit, risiko, dan misi yang tak pernah menjanjikan kepastian. Tetapi di sisi Iraina, dia akhirnya menemui makna sebuah rumah. Majlis Sword Bearer yang mengikat janji, Nazran bawa Iraina melangkah dalam dunia penuh cinta, kehilangan, dan keberanian. Dan di langit yang sama, Iraina tahu... arjuna dari langit itu kini miliknya seorang.
Already baca ebook dulu, lepas tu baca yg fizikal ada penambahan bab, plot di panjangkan, ada istilah² yg kita baca buat kita nak search novel² kak Rose memang tak mengecewakan bnyk info² yg di selitkan semua hero² kak rose ni green hbs green lah.. Kapten Nazran ❤️ Iraina
Nazran seorang fighter pilot.. dan Iraina orang awam.. bekerja sebagai Graphic Motion Designer.. Rai anak yatim piatu.. baru 5thun lepas kehilangan abang (MIA)
Pertemuan kali pertama antara Nazran dan Iraina sangat smooth yee.. both jenis observe dulu sebelum berkata sesuatu..
Lama² mereka berkawan, Naz terus masuk meminang.. tapi Rai tk bagi jawapan.. sampai laa satu hari, Rai datang Pangkalan semata mata untuk jumpa dengan Naz dengan niat nak pulangkan cincin..
Dalam buku ni tak kosong yee.. korang akan selami dalam dunia fighter pilot.. apa yang dorg buat, perlu buat.. shortform, callsign and etc..
Masa sebelum kahwin pun Rai da kene ganggu dengan perempuan yang dikatakan gf Naz.. macam² dia kata dan tunjuk gambar sebab dia nak buat Rai curiga dengan Naz..
Selepas kahwin, dorang baru nak happy.. datang pulak kisah silam Naz, buat kan cerita lama di ungkit.. ex gf Naz seorang Intepreter.. bole dikata kan Anne ni seorang yg dominan.. dia kalo kata nak, dia mesti dapat kan… sanggup guna cara kotor skali pun..
Kisah silam tu ada kaitan dengan abang Rai yg MIA tu.. Rai dengar terus cari kawan lama Irsyad - Kapten Andri.. masa nie Naz da sasau sebab isteri dia lari.. Naz tetap cari Rai tu.. tak peduli pun dengan penat dia segala.. asal kan dia dapat cari bini dia..
Da tau kebenaran, Rai rasa bersalah sebab tak confront dulu Naz.. masa nie laa Rai cerita segala gangguan yg dia dapat kt IG, TT..
Cuma tak puas hati ending WSO yg suka kt Naz tu, alaaa lupa nama dia.. Aniza ke Azira eh? adoii..
O.M.G. Peminat cerita airforce, fighter pilot tapi masih terselit romance ... Korang kena beratur ikut turn. Kali ni, turn Kirah swoon by Nazran & Iraina punya kisah yang SANGAT BEST ENGKORANG. SERIUS WEH, AAAH. Kaki tangan saya masih kicking the air. Yahhhh!
Seperti biasa, cerita berunsur badan beruniform Kak Rose Harissa tak pernah mengecewakan. Baik daripada segi rujukan, istilah dan misi yang dilakukan dalam novel ni, semuanya rasa dekat, cukup realistik.
Iraina, dia seorang gadis yatim piatu. Sekarang, sebatang kara selepas kematian abang tempat dia berpaut dalam nahas sewaktu bertugas. Introvert? Ya, sudah pasti. Kalau selalunya lelaki yang beku? Kali ni, tak macam selalu. Iraina yang lebih pasif, tak banyak bunyi dan boyish.
Honda CBR1000RR Fireblade yang selalu jadi tunggangan para jejaka, dia pakai tanpa kekok.
Di sebuah kenduri kahwin, dia ditegur sang lelaki matang, tenang dan direct pernah dia jumpa seeumur hidup. Nazran!
Nazran ... (Masih cuba ingatkan diri yang Kapten Nazran tu milik orang), seorang fighter pilot yang berkarisma. Namun, dalam tenang dan stoic-nya, dia menyimpan trauma lama yang tak pernah hilang daripada kotak memori.
Namun, entah macam mana Iraina menjadi tempat untuk dia berlabuh selepas turun dari langit.
Tapi ada misteri lama yang belum terungkai lagi, melibatkan dua kehilangan. Kehilangan hakiki dan kehilangan diri.
Overall, BEST GILA KORANGGG. Ahhh, rasa macam nak reread balik novel ni. Walaupun tebal, Kirah boleh pecut 100+ muka surat sehari which is dah bertahun-tahun Kirah tak mampu nak merempit sebanyak ini tapi dengan ADL ni, semua tu easy peasy! Tangan masih tutup mulut sebab terlampau excited sampai lupa baru lepas cabut gigi 😂. Rasa macam ada angin happy keluar ikut lompong dekat tepi HAHAHAH. Punyalah suka!
HIGHLY RECOMMENDED!!! Kak Rose tolong buat cerita macam ni lagi, please! Saya mauuu saya mauuuu.
It's done. Walaupun skrg tengah hangat dengan macam2 berita negatif berkenaan badan beruniform ni tapi karya RH memang tetap terbaik bagi kc. Dan kc percaya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga tu bertepatan dengan isu skrg dan terselit juga dalam ADL ni. Kali ni alhamdulillah, typo memang hampir tak ada. Team editor wajib dapat pujian.
Kapten Nazran tak perlu pick up line gebang tinggi-tinggi, cukup dengan sikap gentleman dan bertolak ansur. Iraina yang selalu menutup "rumahnya" dengan rela membuka ruang.
Tapi dalam tenang Kraken, ada trauma yang disembunyi demi melindungi orang yang dia cinta.
Dan saat paling sakit bila kepercayaan direntap disebabkan niat orang dalam sendiri.
Nota kaki: Setiap kali baca karya melibatkan team loreng, ingatan tidak pernah lupa buat arwah Along. Alfatihah Long, semoga Along sentiasa tenang di sana & ditempatkan di syurga tertinggi.
Karya Rose ni memang tak sah kalau tak buat F tersengih² sendiri. Baca² boleh senyum sorang² bila teringat scene tertentu.
F suka jugak bila penulis selit details pasal pilot TUDM tu. Walaupun storyline more to romance, elemen tu bagi extra flavour. Rasa real sikit, tak kosong macam typical love story je.
Cuma geram dengan Rai. Dia ni jenis pendam semua benda. Girl, just tell Nazran la ada orang kacau you. Communication is key kot. Kalau asyik diam, camne Nazran nak protect you.
Part Azura tu honestly F pun macam… eh? That's it? Macam tak puas hati sikit. F was expecting some proper consequences. Tapi Nazran senang je maafkan. Hmmm… soft sangat hero kita ni.
Anne tu memang padan muka. Rasa diri paling hebat, paling dominan. Sekali perangai sendiri makan diri. Sometimes bila terlalu control freak, akhirnya kita yang tersepit.
And the abang Rai storyline? That one F suka! Mula² cakap MIA, rupanya ada plot lain bila kes dibuka balik. That twist bagi impact. At least angkatan tentera tahu arwah penjuang yang hebat.
Overall memang feel good romance dengan sikit drama yang buat darah naik. Rose ni tahu la macam mana nak tarik emosi reader from senyum sampai geram in one book.
مَا شَاءَ ٱللَّٰهُ, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Kapten Nazran Shah ini memang buat aku "kecut perut", sungguh menyentuh jiwa, raga dan penuh berilmu. Kisah ni bukan hanya berjaya menyingkap rahsia kehidupan seorang PERWIRA negara yang mungkin tidak pernah kita kenali, bahkan mungkin juga kita tidak pernah terfikir akan kewujudan mereka. Malah kisah ini telah berjaya mengangkat martabat para pejuang negara yang digelar sebagai Jet Fighter TUDM.
Cerita ini memberi fokus kepada perjalanan hidup seorang tentera udara, Nazran Shah, dan seorang gadis biasa, Inaira. Pelbagai cabaran yang perlu mereka tempuhi untuk menjadi pasangan sehidup semati. Namun, usai mendirikan rumah tangga, ternyata hidup ini punya kejutan. Bahagia itu terlindung di balik mendung. Rahsia besar yang selama ini terkubur, kembali muncul membuatkan kepercayaan isteri kepada suaminya mula terasa goyah. Dapatkah bahagia itu kekal menjadi milik mereka? Atau sebaliknya yang berlaku.
Buku ini saya kira lengkap isinya. Dari sudut pekerjaan seorang tentera udara sehinggalah kisah rumah tangga. Semuanya diperisakan dengan baik. Segala adegan dalam buku ini terasa hidup. Seperti biasa, Rose Harissa tidak pernah mengecewakan pembaca naskah beliau. Tahniah Rose Harissa untuk karya ini!
Pernah berborak dengan Kak Rose tentang naskah ni. Beliau Takut sebab ini merupakan naskah pertama beliau yang melibatkan TUDM. Biasanya beliau melibatkan tentera darat. Tapi Sumpah novel ni sama hebat dengan novel beliau sebelum2 ini. Banyak fakta tentang TUDM yang dikongsikan. Sekurang2nya pembaca dapat fakta. N I know, kak rose dah buat kajian yang cukup sebelum deliver kepada Sebuah cerita .
Kapten Nazran Shah. Seorang fighter pilot TUDM yang hebat. Dia memandu pesawat Hawk. Callsign, Kraken. Ada Kisah disebalik Nama Kraken. Nak tau. Kena baca. Sumpah disebalik Nama Kraken tu menjadikan Kapten Nazran antara fighter pilot yang terbaik dalam TUDM. Tapi, ada trauma yang tersimpan dalam dirinya. Satu insiden yang menjadikan dia trauma dan dia perlu ke Wales untuk rehab .
Iraina. Nama yang indah. Tapi pemiliknya tersimpan pelbagai cerita luka. Kehilangan ahli keluarga seorang demi seorang menjadikan dia manusia yang gagah diluar namun rapuh di dalam. Iraina merupakan seorang freelance Graphic Motion Designer .
Pertemuan dalam sebuah perkahwinan, menjadikan Iraina sebagai target Nazran. Tak lepas pandang. Jatuh cinta pandang pertama? Ya bagi Nazran. Sukar nak runtuhkan tembok yang dibina Iraina. Mujur ada Sarah sebagai perantara. Agak abang fighter pilot boleh tak nak runtuhkan tembok akak Graphic Designer?
Tanpa sedar, insiden yang menimpa abang Iraina yang merupakan pilot TLDM ada berkait dengan Nazran. Kes lama kembali dibuka. Abang Iraina yang diisytihar MIA ketika misi bertugas. Tapi apa perkaitan dengan Nazran?
Sumpah Nazran memang greenflag ML. Aku suka. Cara dia approach Iraina. Dia cuba ambil hati tapi bukan keadaan memaksa walaupon hakikat dia sangat inginkan Iraina. Wujudkah lelaki seperti Nazran?
Btw sumpah korang takkan rugi baca naskah ni. Banyak fakta2 tentang TUDM yang kak rose kongsikan. Trust me. Memang bestttt
Enjoyable cuma kita kinda skimmed forward je masa ML dalam Hornet. Lol (malas nak fahamkan). Tapi tak ke rasa ML dia kinda a little bit red flag sebab macam pushy kot. Member tu trauma kau gi bawa mak kau terus datang rumah nak pinang. Adei kan dah pengsan member. Dan buka RH punya buku la kalau tak ML mesti nak ajak kahwin asap on the spot.
FL dia ni macam girl-crush la. Sebab? Can ride a superbike dan dia macam perempuan yang lain dari lain. (very typical) i wish penulis kembangkan lagi pasal pekerjaan FL. bagi balance sikit.
Sebenarnya, miss dah pernah baca versi e-book novel ini sebelum ini. Dan seperti biasa, memang susah untuk tidak jatuh cinta dengan karya RH. Kali ini merupakan bacaan ulangan kali ketiga, dan barulah rasa nak tulis review hehe
Apa yang menarik, selepas baca semula, perasaan masih sama seperti kali pertama. Masih terhibur, masih tersentuh, dan masih sukar untuk melepaskan novel ini sebelum habis dibaca.
Bagi miss, novel bertemakan tentera hasil tulisan RH memang tidak pernah menghampakan. Selain elemen romansa yang manis dan mengusik hati, novel ini turut dipadatkan dengan pelbagai adegan aksi yang membuatkan pembacaan lebih hidup. Dalam masa yang sama, miss juga dapat menambah sedikit sebanyak ilmu berkaitan dunia ketenteraan, terutamanya mengenai fighter pilot TUDM.
Novel ini mengisahkan perjalanan hubungan antara Kapten Nazran Shah atau callsign 'Kraken', seorang fighter pilot TUDM yang penuh karisma, dengan Iraina, seorang gadis yatim piatu yang menyimpan luka yang mendalam. Jalan ceritanya bermula dengan usaha Kapten Nazran Shah yang tidak pernah berputus asa memikat dan meyakinkan Iraina untuk menerima cintanya serta berkahwin dengannya. Namun, di sebalik kisah cinta mereka, tersimpan satu peristiwa hitam yang disimpan rapi oleh Kapten Nazran Shah sehingga akhirnya terbongkar dan diketahui oleh Iraina.
Salah satu perkara yang paling miss suka tentang karya RH ialah gaya penulisannya yang santai dan mudah dihadam. Tak terasa bosan walaupun beratus halaman. Malah, setiap bab membuatkan miss rasa macam tak sabar untuk selak setiap helaian seterusnya kerana ingin tahu apa yang akan berlaku.