Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fallen Hearts

Rate this book
Dalam kemeriahan pasar seni Senandika yang menyimpan seribu cerita tanpa suara, di situlah dua hati yang penuh luka bertemu. Deelaira, yang terputus kasih dari keluarga sendiri, dan Jaslee, pelukis jalanan yang dapat melihat lebih daripada dunia nyata.

Bersama Jaslee, Deelaira seakan lupa luka yang pernah ada.

"Kau apahal sengih lebar macam tu?" - Jaslee

I love it. Saya suka bila awak membebel panjang. Cute.”- Deelaira

Dalam kemeriahan yang sama, ada juga jiwa-jiwa yang berkeliaran meratap mencari diri.

"Saya Min. Saya betul-berul nak minta tolong awak. Tolong jumpa keluarga saya..." - Min

"Aku tak boleh tolong kau. Hidup aku sendiri pun tunggang-langgang. Jadi, kau cari orang lain je." - Jaslee

Merindukan keluarga besar yang dia tak pernah ada, Deelaira setuju untuk tinggal ersama Dato’ Rohaya, bekas isteri papanya. Kesunyian yang selama ini menguasa hidupnya sedikit terubat. Namun dia terlupa, setiap kebahagiaan datang bersama harga yang perlu dibayar. Makin lama di Vila Bonda, Deelaira tahu ada sesuatu yang tak kena.

"Kita dah tahu yang keluarga tu ada kena mengena dengan kehilangan Min. Jadi apa-apa pun kau kena hati-hati.”- Jaslee

"Sayang juga ya awak pada saya." - Deelaira

"Berangan." - Jaslee

Tanpa Deelaira sedar, keputusannya untuk terap di Vila Bonda membawa kepada rahsia yang lebih besar. Antara dia dan Min, ada sesuatu yang mengikat dan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan itulah yang membuatkan dia hampir kehilangan nyawa.

"Untung juga semua ni jadi, kan? Akhirnya awak cakap juga yang awak suka saya." - Deelaira

"Kenapa? Kau tak nak dengar aku cakap, aku suka kau?" - Jaslee

*Jazz, you can’t take it back, okay? Awak dah cakap awak suka saya. Jadi, mulai malam ni, awak officially milik saya." - Deelaira

Setiap kehilangan yang pernah dia tangisi, setiap ujian yang pernah dia hadapi, itu rupanya ruang yang DIA kosongkan untuk sesuatu yang lebih indah. Namun, adakah semuanya sudah berakhir?

Atau ada kisah yang baru sahaja bermula?

424 pages, Paperback

Published December 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Illa Shanahila

36 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (52%)
4 stars
11 (44%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,302 reviews242 followers
January 4, 2026
First time F baca kisah mistik entiti dari penerbit RC. Nampak nama penulis keluar buku, memang auto-beli sebab she's one of my favourite authors.

Jangan tertipu dengan cover. Sekali imbas macam kisah cinta, rupanya ada mystery + mistik elements 👻👀

Jazz ialah seorang pelukis. Hijab dia terbuka sebab tu dia boleh nampak entiti. Satu hari dia lalu lorong dekat tasik, tiba² entiti bernama Min asyik memerhati Jazz.

Mula²Jazz buat tak tahu tapi bila Min tunjuk rupa yang hodoh tu terus Jazz terkejut beruk.
Min minta Jazz tolong carikan keluarga dia. Jazz konon malas nak layan tapi of course-lah dia tetap cari juga.

Dee pula seorang CEO dan dalam masa yang sama seorang penulis buku. First encounter Dee dengan Jazz memang tak smooth langsung. Awkward, tense, no spark yet.
Things start getting serious bila Jazz decide nak bantu especially bila entiti muncul waktu Dee bersama bekas isteri ayahnya dan Qistina.

Kekuatan karya ni pada plot twist yang buat F ternganga. Tak sangka ada kaitan. Tak sangka kisah dia jadi macam tu. Well played 👏

Cuma F geram sikit dengan Dee yang degil dan berani. Dah Jazz dan Han pesan banyak kali jangan balik rumah Dato tu, maid Tini pun asyik tegur, dia pergi balik juga sebab nak selesaikan mystery.

F rasa scene bapak & mak saudara lempang² tu tak perlu sangat. Dee kaya kot, napa tak saman je? Lagi satu, kisah diorang macam tersadai begitu saja.. rasa unfinished.

Favourite scene F masa Jazz pinjam drone untuk tengok keadaan area tasik dan jumpa sesuatu yang creepy. Dekat ending nanti, korang akan tahu apa jadi pada Min.. penampakan tu buat F betul² terkejut.

Overall, F enjoy baca karya ni. Suatu kelainan dari usual RC dan dari penulis sendiri. Tak sangka boleh habis dalam sehari je.

A solid, engaging read with mystery, entities and unexpected twists
Profile Image for Diniy Qistina.
228 reviews7 followers
December 21, 2025
Cerita ni... Sungguh buat saya terkedu... 😨

Cover dia— very cute & lovely TAPI hakikatnya cerita ini sungguh kontra dengan rupa kavernya. Jangan tertipu ya dengan kavernya. 😔☝🏼

Bermula dengan Jaslee yang asyik 'diganggu' dengan penampakan Min yang tak habis-habis suruh 'tolong' dia. Tak cukup dengan Min, kehadiran Deelaira pun menambah ketidaktenteraman dalam hidup dia. Sesuatu yang telah berlaku membuatkan Jaslee terpaksa berminat untuk membantu mereka berdua.

Plot twist dia? Wow! 😱
Tapi tulah. Sedihlah pulak jadi macam tu. 🥲
Pastu adalah jugak rasa meremang sikit part 'penampakan' tu. Mujur bukan baca masa tengah malam. 🤣

Overall, saya sangat suka cerita ni. Almost everything looks perfect to me. Sangat enjoy membacanya. 😙🫶
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
December 29, 2025
Suka, suka, suka. Expectation rendah. Tak sangka akan beli. Thanks to a reviewer dekat IGs sebab mention tentang cover buku dan meyakinkan diriku untuk membelinya. hehehe

Walaupun macam ada beberapa perkara yang saya harap diceritakan, tak tahu ada kisah lain atau sememangnya begitu sebab mungkin biasa dan kecil sahaja. Tapi apa yang saya harap ada tu ialah siapa lelaki last tu. Kenapa umi larang Min bercinta dengan dia dan kata dia tak baik.🧐 Dan juga, rasa setiap watak yang ditulis oleh penulis sekata. Takde yang menonjol ke depan bagi saya.

Hari tu tengok dekat thread mention tentang novel melayu dan CEO. Pastu ada penulis yang post watak dan pekerjaan dalam karya mereka. Kisah ni ada lah kelainan sikit walaupun Deelaira CEO jugak tetapi dia juga seorang penulis novel yang terkenal. Jaslee pula seorang ‘seniman jalanan’ dan ada deria keenam. Takdir mereka bila Jazz ni jadi illustrator untuk cover novel baru Lara.

Deelaira ni punya jatuh cinta pandang pertama dekat Jaslee. Setiap masa pergi kacaunya si Jazz ni. Kesian Jazz kene layan dua pengacau dalam satu masa.

Siapa sangka Min dan Lara saling berkait. Terbayang Min ni macam Moaning Myrtle. Disebabkan Jazz ni terrrcontact eyes dengan Min, mulalah Min minta bantuan untuk cari keluarganya supaya roh dia tenang. Tapi semua ingatan dia takde. Macam mana nak cari kan.

Cuma yang nasib baiknya, Min ni kadangkala boleh teringat bila dia tengok sesuatu yang berkait dengan diri dia masa hidup. One day, ada lelaki pegang iphone kepunyaan Min. Jadi Jazz dengan Min ikut punya ikut sampailah ke satu rumah agam. Yang seramnya, rumah ni ada lembaga yang menyeramkan.

Dalam masa yang sama, Lara berkenalan dengan Dato’ Rohaya yang tiba-tiba mengaku sebagai bekas isteri pertama arwah ayah dia. Bermula dari situlah, pelbagai penemuan lagi yang mencantumkan semua puzzle yang terjadi dalam cerita ni.

Dan saya jugak terkejut sepertimana Jazz dan Min yang rupa-rupanya, Lara ni pandai berlakon dan buat ‘tak lihat dan dengar’ apa yang dikatakan Min😂

Overall, saya sangat enjoy dengan cerita ni. Tahniah penulis.
Profile Image for Cutie_pie28.
542 reviews12 followers
January 5, 2026
Jgn laa terpedaya ngn cover buku nie.. korg mesti ingat buku nie buku cinta biasa… salah tu..

Cerita tentang Jaslee (Jazz) seorang seniman jalanan bertemu dengan Deelaira (Lara) seorang pewaris syarikat besar dan juga penulis buku.. Jazz nie special sket.. dia boleh nampak ‘entiti²’ dan jugak Min.. mesti korang tertanya siapa Min kan?

Jazz yg beku, penuh dengan rahsia dan dugaan.. begitu jugak dgn Lara.. cuma Lara nie dia tk tunjuk yg dia dalam kesusahan.. Lara nie kira happy go lucky person..

Selepas pertemuan pertama, Lara byk kacau Jazz sbb nk perhatian sbenarnya.. lepas berkali² Jazz buat tk endah, satu hari Lara jdi senyap.. Jazz da tak keruan..

Akhir nya Lara confront Jazz dan Min.. terkejut laa dorg kan.. apa yg Min penah cakap pun, Lara dengar ‘loud and clear’.. hehehe..

Dato Rohaya tu mmg dtg tetibe jee.. siap ajak Lara tido rumah dia.. 1st day Lara dtg jee banglo tu, Lara da kene kacau.. tp Lara ni kuat semangat btul..

Sket² terbongkar, sy pun rasa wow.. plot twist tk relax and tk jangka yee.. Setiap watak dalam buku nie memain peranan yg penting.. best laa buku nie.. cuma part emosi dan ritual tu kurang.. patut penulis lebih kan bhgian tu..

Ada unsur² mistik buat kn sy macam.. aduhh scary baca.. tetap ku gigih kn.. hahaha..
Profile Image for Akmal Zahrudin.
232 reviews26 followers
April 2, 2026
My thoughts?


1. I love this book! Kalau baca tajuk memang benda pertama akan fikir ni mesti typical romance yang cringe bila baca. Surprisingly tak ye. Aku jarang nak suka buku romance tapi aku suka storyline buku ni. Dia romance jugak but with a twist of some paranormal and horror here and there.


2. Jaslee - mc buku ni seorang pelukis, art people. Sejenis yang ada sixth sense. Boleh nampak makhluk ghaib. Seorang yang grumpy dan banyak masalah haha. But I like him though. Masa dia melukis kat tepi tasik ada hantu nama Min yang ada unfinished business kat dunia. Dia minta tolong Jaslee carikan keluarga dia. Dia ikut Jaslee everywhere 👻 Creepy gila haha


3. Deelaira - fmc buku ni pulak sejenis fearless CEO. Terpaksa amek alih syarikat lepas parents mati. Kerja sampingan, penulis novel. Walaupun kaya tapi banyak masalah jugak. Banyak musuh. She fell first. First time jumpa Jaslee terus jatuh cinta. Suka kacau dan buat Jaslee naik angin. I really like her personality. She's bold, sangat berani. Face everything head on. 


4. Trope grumpy x sunshine. Macam2 cara Deelaira cuba nak tarik perhatian Jaslee tapi tak berjaya. Masa Jaslee tolong Min cari family dia banyak benda jadi, dan mula berkaitan dengan Deelaira. Masa tu baru dia slow2 start suka Deelaira.


5. Aku paling suka abang Han! He's not even related to Deelaira, but he genuinely cares for her like a real brother. Salute Jaslee sebab tak jadi typical mc yang suka jealous tak tentu pasal.


6. Overall, I really enjoyed reading this book. Ceritanya fast paced, tak draggy, tak sempat bosan. Cara penulisan pun very good. In between pages ada diselitkan sekali illustrasi berbentuk komik, which is cute imo.


Personal rating :
4.8 / 5
Profile Image for Kirahbacabukuni.
106 reviews12 followers
Did Not Finish
August 1, 2026
Tak boleh masuk dengan writing style penulis kali ni, sebab tu stop baca dalam a few chapters. Pernah baca buku lama beliau yang tajuk Dalam Hati Ada Dia dulu. Yang tu okey. Tapi untuk yang ni tak boleh nak 'masuk', mungkin sebab ayatnya macam sebutir-sebutir dan watak hantu Min awal tu dah agak clingy. Watak Deelaira kurang logik juga as someone yang ada kuasa dalam syarikat, tapi banyak leisure time dan perwatakan dia tak menggambarkan kerjaya.

Apa pun, ni just opinion saya saja. Lain orang lain cita rasa ✌🏻
Profile Image for Ririn Aziz.
809 reviews108 followers
May 11, 2026
4.25 bintang

Adehhh, covernya comel tapi isinya not so fluffy.
Profile Image for Aira Zira.
212 reviews4 followers
March 9, 2026
Rate : 4.2⭐️

Kelainan dalam cerita yang punya cover manis ini bila watak hero, Jaslee boleh melihat apa yang orang lain tak boleh. Didatangi roh Min yang tak tahu asal usul. Minta Jaslee bantu dia carikan keluarganya. Pada masa yang sama hadir tanpa sengaja si Deelaira gadis CEO yang malang tapi selalu aje ceria. Lagi2 sejak dah terjumpa ‘seniman jalanan’nya.

Kedua watak ni memang macam langit dengan bumi. Jaslee ni jenis suka buat hal sendiri, Deelaira pula suka kacau dia. Kalau Min? Suka menghasut dan mengikut je si Jaslee tu. Masing-masing ada kisah yang saling berkait. Deelaira ni ibarat hidup dalam ancaman bila dia satu-satunya waris tunggal segala harta ayahnya. Jaslee pula sering dikejar orang sebab hutang pakciknya.

Bila dapat disatukan dalam situasi, mereka sangat serasi. Deelaira memang berani dan lepas laku. Walau nyawa terancam, dia cuba juga nak cari tahu apa yang sesuatu di rumah Dato’ Rohaya tu. Ada juga selit2 makhluk halus bagi cerita ni jadi dark sikit. Plot twist pula memang wow. Banyak juga rahsia keluarga yang kita tak sangka.

Tanpa Deelaira ni, mesti cerita terasa grumpy je. Yelah, dia boleh selamba je mengurat si Jaslee tu. Ayat2 semua berbunga. Walau tak dilayan, dia tetap juga mencuba. Banyak lagi perkara pada saya macam kurang diceritakan. Tapi sesuai dengan flow cerita yang tak terlalu berat. Pertama kali baca buku RC ada mistik2. Best.
Profile Image for lilysspace_.
16 reviews
January 27, 2026
At first I baca buku ni,baru bab 1,I rasa gigih jugak nak habiskan..sebab bab 1 panjang sangat..I selak2 bilalah nak habis bab 1 ni..tak sabar nak baca bab 2 pulak..I don’t know why I rasa macam tu..sebab I memang nak cepat habis je..jadinya I decide untuk baca satu hari satu bab..pastu dah lama2 tu dah hook,baru boleh baca banyak2 bab..sumpah buku ni,I tak expect macam gitu ceritanya..cover comel dah..hehehehe..tapi sumpah I suka trope buku ni..pelukis dgn penulis novel..wowww..memang boleh berangan sangat ni..suka2..

Jaslee ni lah ML..pelukis nyah..ofkoslah hensem gilerss..dah lah pandai lukis..aduh..mana nak cari satu ni..HAHAHAHAHA..

Deelaira pulak CEO babe..wuishh auraa ngat..pastu dahlah penulis novel..sumpah talented gila..I fans Deelaira..

Macam diorang ni boleh jumpa??part diorang jumpa ni sumpah lawak..Diorang ni terlanggar gitu..pastu Deelaira ni macam amazed tgk muka Jaslee..mesti hensem giler kan Jaslee tu..aduh..bila I nak terlanggar pulak ni..masalahnya yg jadi lawak bila tiba2 Deelaira ni tanya kat Jaslee,”Awak percaya takdir tak?”..kalau I jadi Jaslee pun I cakap tiber giler nyah pp ni..dahlah dah langgar aku..tanyalah benda2 gini..HAHAHAHAHA

Dari situlah Deelaira ni start tertarik dgn Jaslee..kalau boleh setiap hari dia nak pergi jenguk seniman jalanan dia..Jaslee pasrah dah..dahlah kena kacau dengan 2 orang perempuan pulak tu..sape pp lagi sorang tu??ha ni korang kena baca sendiri..hehehehehe
Yg bestnya,kan Deelaira ni penulis novel..tahu tak siapa yg lukis cover novel dia??..Jaslee babee..ARGHHH..I time baca sumpah menjerit..begitu sekali takdir diorang ni..OMGG..Delulu is real..sapa2 penulis,I sarankan baca buku ni..sumpah bestt nak berangan..ARGHH..

Kan Deelaira ni ceo syarikat bapak dia after mak bapak dia mati..pastu tiba2 satu hari tu ada orang nak jumpa Deelaira..siapakah itu??I un shock yee..bini pertaman bapak dia weyh..bagi I scene tu,Aunty tu macam tiber..sebab apa function kau datang kat Deelaira nak bagitau semua tu..tapi at first I pun expect Aunty tu baik gila..sebab siap ajak Deelaira duduk rumah sekali..jumpa adik-beradik dia yg lain gitu..sumpah I fikir sumpah Aunty tu baik gila..last2 dialah terpaling puaka,jahat..muka duaa…sumpah ehh..ishhh..nasib Deelaira selamat tau..

Kisah hidup Deelaira ni sedih mat..banyak rupanya rahsia yg Deelaira sendiri tak tahu..kesian gilaa..

Nasib ada Jaslee..Jaslee ni bila dah Deelaira tak kacau dia,baru dia rasa tak tenang..HAHAHAHAHA..comellah Jaslee ni..pastu terus je confess..comell aihhh..

Overall,I sumpah suka buku ni..memang vibe2 kdrama tu kuat ngat..dahlah cover pun comel..I like it..last word,semoga Min tenang kat sana..sian Min.. byee..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
February 11, 2026
di sebalik cover yang punya tona warna yang lembut, cantik dan menawan, kisah yang dibawakan sebenarnya, besar. dari awal tentang deelaira yang mewarisi segala harta dari arwah ayahnya dan kepincangan dalam syarikat yang menggambarkan tentang tamak dan salah guna kuasa. tapi gadis itu lalui dengan tenang.

dia bertembung dengan jaslee, seorang pelukis jalanan yang kebetulan juga pelukis cover novel terbarunya. jaslee yang beku dan tak berapa nak melayan deelaira sangat. sebab, jaslee ni sendiri punya masalah peribadi. pak cik dia gunakan dirinya sewenang-wenang sebagai pembayar hutang yang dia buat.

kemunculan min, yang mula cetuskan huru-hara dalam hidup jaslee dan kemudiannya terus menimbulkan kaitan antara jaslee dan deelaira. juga untuk min juga.

sedap kisah ni. penulis satukan dalam satu cerita yang menuntut tumpuan pembaca untuk menghayati terus sebab teruja nak tahu apa yang akan jadi seterusnya. penceritaan tenang tapi emosi yang diserap itu yang buat sesekali pembaca tertahan-tahan nafas nak habiskan pembacaan.

adam marah yang membaca. ada sebak yang tak terungkap. ada kesedihan yang tak terucap. ada rahsia yang tak tersingkap buatkan hati yang membaca terus keruh dan sebal.

hidup ini takkan ada terjumpa manusia yang salah atau di masa yang salah. semuanya sudah diatur. cara manusia mahu tangani, itu yang membezakan. sama ada terpaksa dan merengus atau reda dan pasrah.
Profile Image for fatin.
7 reviews
January 6, 2026
My first book in 2026 dan saya tak menyesal. Best sangat-sangat, highly recommended. Jazz, Min dan Lara sangat comel. Jazz si stoic ML yang gloomy setiap masa dan Lara si penulis yang comel, ceria dan selalu ganggu Jazz! Kita suka perigi cari timba ni hehe. Dan tak dilupakan, Min si hantu comel. Ada dia, rasa meriah suasana haha.

At first, rasa macam 'oh, plot twist dia aku boleh teka ni.' Tapi bila sampai satu part saya jadi "EH? EHHHHH?! WHAT?!" sangat unexpected dan kisah Min agak sedih T-T. Cover seceria ini tidak menggambarkan isi di dalamnya. Penuh misteri dan sedikit horror. Tapi, saya suka dooh!

Ini pertama kali saya baca buku kak Illa dan saya sukaaaaa!

Keep writing akak!♡
16 reviews
May 22, 2026
Kisah tentang Lara, Jazz dan Min. Lara CEO yang banyak masalah, juga seorang penulis suka pergi Senandika (betul ke ejaan) bertemu dengan Jazz dan terus tersuka. Part ni macam agak tiber sikit tapi boleh diterima. Lara jenis kelakar. Jazz pulak grumpy. Min si hantu yang suka kacau Jazz. Cerita ni straight forward je tapi ada satu kejutan yang tak dijangka - lara actually nampak je Min tu. Separuh pertama aku ambil masa berbulan nak habiskan tapi separuh kedua sejam lebih je dah habis disebabkan rasa ingin tahu dengan apa yang bakal terjadi bila lara start tinggal kat rumah Dato Rohaya. Elemen misteri dan mistik buat cerita ni jadi menarik dan best.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews