Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Suam Kuku

Rate this book
Hidup Hazim Solehin hanya kerja, kerja, kerja dan bergaduh mulut dengan Puan Taliya. Tiada hari tanpa peperangan! Ada saja topik yang mereka riuh-rendahkan pada setiap masa sehingga habis huru-hara Serene Bookafe!

Kemalangan motosikal disebabkan kesalahan sendiri mengubah hidup Hazim tanpa dia sendiri sedar. Mulut gadis pengkid itu macam bontot ayam buasir! Kurang asam betul!

"Kau ni memang betul-betul ada kad OKU ke? Penatlah aku asyik nak mengulang benda yang sama." - Alifah Samira

"Aku normal lah! Yang OKU tu bos aku!' - Hazim Solehin

Gadis pengkid itu perlahan-lahan menyusup ke dalam hati tanpa memberi salam! Kurang sopan ya si dia! Asal berjumpa, mesti mereka akan bergaduh. Rupa-rupanya, teman bergaduhnya sudah meningkat satu angka. Dulu hanya Taliya, sekarang sudah bertambah dengan wujudnya Alifah Samira.

Walaupun berperangai seperti lelaki, hati Hazim tetap terpaut. Mungkin inilah yang diibaratkan dengan cinta itu buta? Dia pun tidak tahu sehingga dia membuat keputusan untuk melamar gadis itu selepas berfikir separuh masak.

"Aku serius ni Alep, aku nak kahwin dengan kau!" - Hazim Solehin

"Aku tak nak kahwin dengan kau!" - Alifah Samira

"Selepas kahwin nanti kita mulalah bercinta, cinta suam-suam kuku dulu pun jadilah." - Hazim Solehin

"Cinta suam kuku eh? Kau tu tiga suku bukan suam kuku!" - Alifah Samira

Adakah Alifah akan menerima cinta suam kuku lelaki itu atau memutuskan semuanya pada waktu itu juga?

428 pages, Paperback

Published December 1, 2025

12 people want to read

About the author

Tienqowiy

2 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (21%)
4 stars
6 (42%)
3 stars
5 (35%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
December 24, 2025
personal rating: 2.8/5 ⭐️ tapi sebab illustration dekat dalam cantik sangat so 3/5 ⭐️

in one sit dah boleh habis sebab bahasa yang mudah.

Mengisahkan Hazim (Pekerja kafe) dan Alifah (Operator J&T), diorang jumpa sebab Hazim terlanggar motor Alifah (Alep). Minta ganti rugi yadayada lepastu jumpa balik masa Alep hantar parcel Taliya (bini bos Hazim) and ended up Hazim dapat no tel Alep. Fast forward Hazim dengan Alep jadi kawan, out of sudden Hazim melamar Alep. Tanpa cinta, diorang kahwin sebab projek ‘cinta suam kuku’.
.
Bagi saya buku ni sangat draggy, banyak part yang tak perlu pun panjang sangat. Boleh je cut off a few scenes dan tambahkan plot. Sebab plot ceritanya samar-samar, saya tercari-cari konfliknya.

Saya okay dengan insta-love tapi this one terlalu forced. Especially bila Hazim melamar out of sudden, tanpa ada luahan hati atau mungkin act of service? untuk Alep nampak effort dia. Hm tiada.

Harap sangat part lepas lamaran diterima, ada scene diorang kenal lebih rapat & both of them tunjukkan effort untuk menjayakan projek ni.

Bagi saya, cerita ni juara cringe haha dari setiap sudut saya rasa betul ke someone yang berumur begini akan act like this? Mungkin ya, saya tak tahu. Again, cringey scene unnecessary for me.

Chemistry? nope, tak nampak. It feels forced dalam setiap perlakuan both of them, try hard tapi still tak nampak sebab no effort.

overall, it’s just a story about seorang lelaki nak lembutkan hati seorang pengkid.

— this is my personal opinion, no offence to anyone 🙏🏼
Profile Image for dd .
5 reviews1 follower
December 26, 2025
just my personal opinion and no offence intended-

saya suka penulisan dalam buku ni, sedap dan senang dibaca, cuma terdapat beberapa ayat yang bagi saya terasa sedikit repetitive. ceritanya takde konflik, tapi saya harap characters development dalam ni dapat ditonjolkan dengan lebih jelas, bukan hanya di penghujung cerita. relationship antara watak pula agak cringe bagi saya, chemistry both mc rasa agak awkward dan elemen lawak yang diselitkan kadang-kadang terasa kurang perlu 😔

anyway, i really love the cover and all the illustrations inside! cantik teruks 🫶🏻🫶🏻 a few dakwah dalam ni pun saya suka, i learn something new!

saya harap review ini takde menyinggung mana-mana pihak! and i hope this review also helps the author improve in her next works ☺️
Profile Image for Mslvoe.
2,114 reviews204 followers
January 12, 2026
Cinta Suam Kuku ni F kategorikan sebagai kisah santai tanpa konflik berat. One of the reasons F baca buku ni masa hari pertama persekolahan.. tak nak pening kepala, just nak baca something light & chill² je.

Alep pengkid dan Jim barista.. kisah diaorang agak cringe but in a very realistic way. Kalau korang selalu perhati budak J&T dengan barista muda sembang, memang vibe dia macam ni la.. selamba, santai, slightly loud and very gen Z-ish.

Cuma jalan cerita Alep & Jim ni rasa terlalu rushing. F tak nampak moment perkenalan yang buat Jim jatuh suka pada Alep. No proper confession, no heart-to-heart, mostly bergaduh je, especially sebab sikap Alep yang agak baran.

Tiba² Jim terus melamar Alep buat Alep overthinking and struggle nak buat keputusan. Fast forward, diaorang kahwin and kita baca kisah mereka after kahwin.

Kekuatan utama buku ni... for F is definitely family bonding. F suka scene² family Alep dan family Jim.. rasa warm, heartwarming.. best bila berkumpul ramai².

Tapi ada satu part yang buat F confused. Masa Alep jatuh dari pokok, ada mention last period bulan lepas, tapi tiba² baby dalam perut dah 4 months. Or 4 weeks? Or mungkin F salah baca? That part F blur sikit.

Favourite chapter F ialah masa Jim lupa jalan ke rumah Alep masa nak bertunang. Before ni naik motor, senang la lalu jalan tikus. Sekali bawa kereta, terus sesat.

Ada beberapa part yang rasa draggy dan unnecessary. Cameo dari buku pertama pun... for F, kalau tak ada pun tak apa, tak menjejaskan cerita.

Overall, yes cringe. But you have to remember, this story is about a pengkid J&T operator and a barista in today’s era. So, memang kena accept yang generasi sekarang bercinta pun style dia lain, a bit awkward, a bit cringe.. cuba korang perhati.

Santai read, no headache and sesuai kalau otak tengah penat.
Profile Image for Cutie_pie28.
424 reviews11 followers
December 26, 2025
Bermula bibit² pertemuan antara Hazim (Ajim) dan Alifah (Alep) yg tak di sengaja kan.. time tu Ajim jatuh suka pandang pertama walaupun perangai Alep masa tu rasa nk cekik jee..

Yg si Alep perangai mcm tu, si Ajim perangai mcm nie tp dorg berdua completed each other.. dorg kawan rasa mcm tk lama sbb tetibe jee Ajim ajak kawin.. dan bgi Alep masa 2minggu untuk berfikir..

Masa nk tunang adoiiii.. sakit perut gelak.. sbb satu Ajim bole sesat.. dengan conversation Alep ngn kakak Ajim.. pastu mak Alep nak jugk buat pantun.. adoiiii.. 🤣

Lepas dorg kawin, mmg cringe tp bgi sy still bole di baca.. seronok jugk sbb tgk how they live their life.. how they accept each other.. macam mana Alep yg byk kekurangan, bole di terima Ajim.. Ajim pun byk jee nasihat si Alep nie..

Yg si Ajim nie pun dengan anak pun bergaduh jugk yee.. dua² tak nak kalah… berebut kan si Alep nie.. adoii perangai Ajim nie mengada btul..

Overall cerita santai.. tkde konflik berat…

Profile Image for Diniy Qistina.
178 reviews5 followers
December 21, 2025
CINTA SUAM KUKU adalah spin off dari SI BISU PUJAAN HATI.

Long short, Hazim ni merupakan pekerja di Serene Bookafe. Alifah atau lebih dikenali dengan Alep merupakan pekerja di J&T. Alep ni dia berperwatakan pengkid. Ala-ala kak long kawasan pun ada. Tapi entah macam mana Hazim boleh tertangkap cintun dengan si Alep ni. Dahlah sekali imbas macam lelaki je. 🤣

Pace cerita ni laju. Laju sampai ku rasa, "Eh mudah dan cepatnya diorang ni suka each other. Lagi-lagi si Hazim tu. Omputeh kata instant love gitu.

Diorang dua ni sebelum kahwin okay lagi. Tapi lepas kahwin tu... YA ALLAH! Bakpo cringe sangat merpati sejoli ni? 😭✋🏼
Personally saya rasa macam diorang punya romance tu terlalu forced sangat. Tak tahulah nak describe macam mana tapi ku tak bolehlah dengan ayat memasing. Lagi-lagi nama panggilan masing-masing. Okaylah, ni mungkin 'masalah peribadi' aku. Aku tak bolehlah nak ber baby-ayang ni. Aku rasa geli! 😭✋🏼
Again, ini 'masalah peribadi' aku je. Generally, ikut mu lah nak panggil pasangan mu macam mana pun. 😔

Overall, satu bacaan yang ringan. Tak ada konflik berat pun. Just a story of a couple dalam proses nak mengenali each other dari sebelum kahwin sampailah dah setahun berkahwin. 😗
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
42 reviews
January 1, 2026
Kenapa saya pilih buku ni?
Sebab konsep dia unik — kahwin tanpa cinta melalui projek “cinta suam kuku”. Ditambah pula watak heroin yang berperwatakan pengkid, saya jadi curious macam mana penulis nak bawa dinamika hubungan ni 👀

Tentang cerita:
Novel ini mengisahkan Hazim (Ajim), pekerja kafe, dan Alifah (Alep), operator J&T. Pertemuan mereka bermula secara tak sengaja bila Hazim terlanggar motor Alep. Dari kenal sebagai kawan, tiba-tiba Hazim melamar Alep dan mereka berkahwin tanpa cinta, semata-mata untuk menjayakan projek cinta suam kuku.

Kekuatan buku:
✨ Bacaan ringan & santai
✨ Ada elemen humor, terutama bab pertunangan (part Hazim sesat & dialog-dialog keluarga memang mencuit hati 😂)
✨ Watak Alep yang berbeza daripada heroin tipikal
✨ Sesuai untuk pembaca yang tak mahukan konflik berat seperti saya 😝

Apa yang kurang & cadangan penambahbaikan:
– Jalan cerita terasa draggy di beberapa bahagian, dengan adegan yang sebenarnya boleh dipendekkan
– Plot utama agak samar, konflik tak cukup kuat
– Unsur insta-love terlalu terpaksa, terutama lamaran Hazim yang berlaku tanpa buildup emosi atau effort
– Chemistry Hazim & Alep kurang terasa, banyak momen romantik nampak forced
👉 Cadangan: Tambahkan babak mereka saling mengenali selepas lamaran, tunjukkan usaha dua-dua pihak untuk menjayakan perkahwinan ini supaya hubungan nampak lebih hidup dan realistik ☺️

Babak / chapter favourite:
Bab pertunangan — kelam-kabut, kelakar, dan antara part paling hidup dalam novel ni 🤣
Selain tu, beberapa bab awal sebelum kahwin masih okay dan lebih natural berbanding lepas kahwin.

Overall:
Sebuah cerita ringan tentang dua individu yang cuba belajar menerima dan memahami satu sama lain dalam perkahwinan tanpa cinta. Untuk saya, elemen cringe agak dominan dan romantiknya terasa dipaksa, tapi masih boleh dibaca untuk hiburan santai.

Bagi saya cerita ni sesuai untuk memulakan hari baru 2026 🥳🥳🥳

#naylaaareview2026 #rchurtme #tienqowiy #NovelMelayu #Bookstagram
Profile Image for NUR SABRINA.
14 reviews1 follower
January 9, 2026
personal rating : 3/5 ⭐
tapi due to cover & illustration yang cantik 3.5/ 5 ⭐ for this book

to be honest this book agak fast paced ye. Tiba-tiba kena Lamar,tiba-tiba bertunang,tiba-tiba berkahwin. I love the concept. Dua orang yang saling menerima each other walaupun masing-masing ada watak yang agak bertentangan. Overall,I enjoy reading this book still.

Cuma,semestinya akan ada area of improvement:
• this book is a bit draggy to me walaupun face paced tapi ada certain part of the book that I think unnecessary
• saya suka unsur instant love yang author buat tapi mungkin kalau boleh tambahkan lagi usaha kedua mereka untuk love each other? sebab for me disebabkan kurang ditekankan nampak mcm mereka terpaksa dan jadikan mereka kurang chemistry.

tapi secara keseluruhannya,I still love this book though. Mungkin cringe I admit tapi bagi saya,cringe yang masih boleh diterima otak saya. Cerita yang ringan takde konflik yang berat.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.