Dibesarkan serba mewah, tak menjanjikan satu kebahagiaan buat Tengku Ratna. Yang dia perlukan hanyalah kasih sayang. Demi meraih perhatian darah daging sendiri, Ratna mula memberontak.
Dalam satu kejadian yang tak dirancang, Ratna bertemu dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dipilih secara random sebagai teman lelakinya demi menyelamatkan diri sendiri.
“Kau ni siapa sebenarnya?”- Tengku Ratna
“Saya rasa soalan tu patut diberikan dekat awak. Saya tak kenal awak. Tapi awak yang memandai cakap saya teman lelaki awak.”- ND
Tanpa mereka sangka, sejak dari hari tu mereka sering bertemu secara tak sengaja. Bagi Ratna, kehadiran lelaki itu menimbulkan satu perasaan asing dalam dirinya.
“Kau kerja apa sebenarnya?”- Tengku Ratna
“Pukul orang.”- ND
Hubungan yang bermula dari orang asing bertukar kepada persahabatan. Namun perasaan Ratna mula menderhaka bila dia jatuh cinta. Belum sempat dia berterus terang, satu musibah berlaku di antara mereka.
“Tolong… kali ini saya merayu. Jangan muncul depan saya lagi.”- ND “Saya akan pergi. Sebaik saja saya melangkah keluar dari bilik ni, saya bersumpah tak akan munculkan diri lagi di depan awak.”- Tengku Ratna
Sejak detik itu, hidup Ratna berubah. Dia kembali menjadi Ratna yang dulu. Namun perbuatan Ratna memakan diri sendiri sehingga dia menganiaya seseorang. Di saat dia hampir pulih, Ratna bertemu dengan lelaki yang ditugaskan menjaga keselamatannya. Aura lelaki itu mengingatkan dia kepada seseorang.
“Cara awak bercakap, sama seperti dia.”- Tengku Ratna “Siapa?” - Dahlan “ND.”- Tengku Rana.
Ratna semakin keliru. Perasaan lama muncul kembali. Apakah yang berlaku terhadap Ratna sehingga dia ditinggalkan ND? Dan kenapa Dahlan tiba-tiba ditugaskan menjaga keselamatan Ratna?
F baca hardcover. Sama je isi dengan softcover. F tak dapat update dalam GR sebab isbn yang print kat buku isbn untuk buku lain.
So I choose softcover details.
While most reviewers give this book 4.5 stars, F personally giving it 3 stars.
Kisah ini berkisar tentang Ratna, seorang anak yang memberontak sebab rasa diabaikan oleh parents sendiri. Satu²nya yang betul² ambil berat pasal Ratna hanyalah abang dia, Abang Ri.
Ratna ni very typical rich kid yang perlukan attention. Walaupun parents forbidding her to go out, dia tetap sneak out pergi club dengan kawan². Terlupa Abang Ri ada kat rumah.. so masa nak balik, jadi kelam-kabut sampai Ratna kena kacau. Kebetulan ND ada situ dan nak balik, Ratna terus claim ND sebagai boyfriend untuk selamatkan diri.
Dari situ, diorang mula kenal. Ratna rasa comfortable dengan ND. Tapi disebabkan satu incident, hubungan diorang terpaksa berakhir.
Lepas tu, Ratna berubah sikap.. almost terjebak dengan barang terlarang. Talia dah advice tapi Ratna tetap degil. Bila kena ambushed, keadaan jadi tak terkawal, Ratna menganiaya tunang Abang Ri.
Ratna kemurungan. Abang Ri hires a bodyguard to watch over her from afar.
Siapa sangka, bodyguard yang diupah itu ialah seorang bekas peninju dan dia adalah ND sendiri.
F might be biased here but F rasa F salah timing.. my mood was already bored and F just couldn't find what was supposed to be special about it.
Keluarga Ratna pula terlalu obses nak jaga nama baik keluarga. Ayah Ratna sanggup cover perbuatan Ratna walaupun perbuatan itu menganiaya anak orang lain.
Kadang rasa, senangnya jadi anak orang kaya... bila murung, terus dihantar study ke luar negara. Even though dekat Singapore je.
Overall, the storyline didn't click with me emotionally, hence the 3-star rating.
Ratna berubah menjadi liar.. sebenar nya dia kesepian, kesunyian dan perlu kan perhatian dri keluarga.. selalu pergi ke kelab malam untuk release tension dengan kawan².. ND pulak seorang peninju yg bekerja keras demi sesuap nasi..
Mereka berjumpa disebab kan satu kejadian.. tak lama tu dorg makin lama makin rapat sehingga timbul satu perasaan.. masa tu Ratna berubah jadi baik..
Musuh ND kembali menganggu sehingga melibat kan Ratna dan ND di masuk kn ke hospital.. dan selepas itu, ND decide untuk putus kawan ngn Ratna sebab dia nk lindungi Ratna.. Ratna sedih dan kembali berubah sampai kan Aufa dianiaya..
Riyadh tahu apa yang terjadi dan dia decide untuk Ratna terima rawatan dan sambung blajar.. yg Ratna tk tau, Dahlan jdi bodyguard dia dalam diam..
Sekembalinya Ratna di M’sia, dorg mula rapat balik sebab Dahlan masih menjaga Ratna tapi Ratna masih lgi was² tentang Dahlan sebab Dahlan mengingat dia pada ND..
Rahsia Dahlan terbongkar dan Ratna rasa tertipu sangat.. nasib laaaa rajuk Ratna tk lama..
Dari seorang peninju kepada bodyguard. Melindungi si ratu hati tanpa diketahui. What a cute story and matured one! Saya suka pasangan ND dgn Ratna ni. Hubungan diorang mekar dgn sangat cantik tanpa paksaan.
Mengenali Ratna bukan dalam kamus hidup ND. Dah lah random gila, Ratna suruh ND hantar dia balik. Pertemuan tanpa sengaja yg berulang kali berlaku jadikan mereka kawan tanpa sengaja. Ratna semakin selesa dgn ND lagi2 dia rasa dikhianati dgn sahabatnya dan terabai dgn keluarga. Ratna pula, tak pernah tgk muka ND sebab ND ni setiap masa berface mask.
Mereka sendiri tak sedar hati dah mula berama-rama. Tapi sayang, sesuatu yg kelam terjadi. Mereka terpaksa dipisahkan. Kehendak masing2. Ratna pula mengalami kemurungan dan banyak mengubah dirinya. Emosi Ratna perlu dijaga. Bermulalah episod diawasi bodyguard tanpa pengetahuan Ratna yg diupah si abg yg grumpy, Tengku Riyadh.
Mengenali Dahlan sebagai penjaga keluarganya membuatkan dia teringat seseorang. Dahlan juga menjadi teman baru untuk Ratna meluah perasaan. Menjadi peneman ke mana saja. Identiti Dahlan semakin mencurigakan sehinggalah si Hans datang membawa trauma lama kembali.
Tak perlu effort yg banyak untuk jadikan pasangan ni sangat manis. Saya suka sikap ND yg protective dan bertanggungjawab. Dia ni grumpy yg comel. Dia pula tak pernah jumpa perempuan berani dan degil macam Ratna. Kematangan mereka buat saya rasa cerita ni tak bosan! I just love this story!