Kadir is a young boy who sees strange people. His father Shamsul knows the dreadful truth: Kadir has inherited the family curse of being able to communicate with the sinister world of the mythical kingdom kayangan.
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
Aku dah boleh agak jenis tulisan Lokman. Surreal. Magical realisme. Entah. Tapi jenis yang memang perlu imaginasi tinggilah kalau nak baca.
Ramai yang aku tengok ada masalah nak habiskan buku ni. Tapi aku okay je sebab dah biasa sangat baca fantasy/sci fi kot?
Anyhow, aku nampak improvement dalam Monarki ni. Aku lebih suka laras bahasa dalam Monarki. Lebih kemas daripada Retina. Dan scene2 gorynya pun diceritakan dengan lebih detail. Idea mengenai orang kayangan sangat2 bagus. Buat aku nak tahu lebih, apa yang penulis cuba nak sampaikan. Aku suka watak Fatimah dan apa entah namanya lagi sorang tu.
Cumanya, laras bahasa klasik yang digunakan Fatimah dan sorang lagi tu tak berapa kemas. Tak kedengaran klasik pun. Mungkin boleh buat kajian lagi lepas ni. Dan bila nak sampai hujung novel, aku terpaksa go through sekali lalu. Tak baca satu2 perkataan. Entahlah. Aku rasa macam meleret sangatlah. Entah.
Anyhow, congrats untuk buku ni! Tak sabar nak tunggu next buku, nak tunggu idea gila apa lagi yang kau ada. Hahah
Secara peribadi saya lebih menggemari naskhah ini berbanding novella Serigala (baru saya tahu ketebalan Serigala dipotong supaya boleh dijual murah).
Saya masih lagi tercari-cari genre yang memuaskan hati untuk permulaan Reading Challenge 2018. Setakat ini 5 buah buku yang sudah dibaca. Tiada satu pun yang benar-benar menyelesaikan semacam rasa resah di hati.
Semasa berbual-bual dengan Lokman di #pertemuansabtu, kami ada berbincang seputar buku dan penulis. Lokman mengatakan yang beliau mahu membaca buku-buku yang rumit.
Ya, mungkin itu kunci kepada keresahan yang tidak saya fahami sekarang. Saya mahu membaca buku-buku yang rumit.
Okay. Sat nak sembang lebat sikit aihhh tapi takpa kita jujur duk bagi pandangan takdak kata nak angkat bakui ka padia. Sat noh.
Ini percubaan ke-3, diulangi ke-3 saya cuba untuk memahamkan karya Lokman Hakim. Pertama kali Mei 2015. Masatu ya Tuhan, azab apa ni??! Saya letakkan ke tepi. Kemudian makan tahun jugak nak habiskan, sekali lagi gagal. Buku pun entah kemana hilang (atau kene curi dengan pencuri di kalangan saudara mara, mungkin?)
Selepas PBAKL 2017, saya dengan muka tembok minta free copy daripada penulis sendiri (dia offer okay, kira muka aku tembok dalam 78% je) Disebabkan cover dia antara cover paling inzal sekali untuk Buku Fixi, saya tarik nafas dan selam!
Boom! (bukan lagu Nowwa Danish dengan Wagheh tu tau). Macam ada satu perspektif baru, saya laju membaca air cerita, boleh faham apa yang dipersoalkan daripada watak-watak dan dengan sekali duduk, saya berjaya habiskan sampai muka surat 142-146 saya tertanggal kerana saya terlalu khayal di dalam dunia sakit buatan Lokman Hakim.
Mengenali gaya penulisan Lokman Hakim yang tak jalan terus dan berpusing dengan entah-apa-dalam-kepala-alien beliau, memang seram sikit. Kalau dia bagi Kayangan, dia akan bagi Kayangan versi sakit dia. Abang, kau kena dapatkan rawatan ni bang!
Jujur memang sakit! Penat nak tafsirkan sebenarnya siapa yang nak bunuh siapa? Siapa yang kena sumpahan? Siapa yang nak naik takhta? Siapa yang gatal bijik nak beristeri dayang kayangan? Dah kenapa lantai dia manusia? Dah kenapa banyak sangat darah? Sampai saya sedikit mual dan agak noya (noya ni another level of loya) dengan details yang diterangkan oleh penulis. GILA! Sadis yakmat!
Sebaiknya sebelum membaca naskah ini, cuba tonton filem Sucker Punch (antara filem kegemaran saya) arahan pengarah syok sendiri Zack Snyder. Anda akan faham point dan arah peta cerita ini. Apa yang kita baca dan paham tu tak semestinya apa yang berlaku. Sampai di pertengahan cerita, saya dah fedup sebab saya masih tak jumpa point twist yang dibuat. Memang rasa Kayangan lah ni sampai habis! Kayangan yang penuh dengan darah dan segala macam kegilaan yang diluar norma manusia.
Lapisan demi lapisan dibentangkan, kita kena cepat fikir! Ibarat berkelip sekejap pon dah kena selak balik belakang mengarut apa ni setan? Bayangkan dunia yang berputar selari itu, ada lagi dua tiga lagi putaran yang selari tapi berlainan watak untuk dunia yang sama. Hah! Sakit hati kan baca aku terangkan benda ni?? Kau baca buku dia lagi sakit hati!
Mual, sadis, kejam, bodoh, syaitan, nafsu, sakit, penat, sedih, mengarut segala rencah ini Lokman Hakim adunkan dengan agak sempurna. Cuba yang kecewa membaca itu selak sekali lagi naskah ini dan baca dengan teratur. Peka dengan klue yang diberikan, peka dengan permainan watak-watak, peka dengan plot yang bertindih. Anda akan tersenyum dengan permainan penulis gila ini. Bukankah pembacaan ini seperti sebuah pengembaraan? Jatuh berdarah sekalipun bingkas bangun dan teruskan!
Bagi saya MONARKI adalah karya sadis yang memenatkan otak. Kalau malas berfikir atau lebih sukakan nuansa cinta KPop oppa oppa mohon menjauhkan diri. Mohon sangat-sangat. Sedikit sedih bila karya cantik ini dikecam tanpa sebarang unsur konkrit yang munasabah. Tak paham + entah hapa hapa is not a valid excuses. Itu alasan orang malas. Teroka dan cabar diri menerima segala jenis penulisan (saya baca okay fanmade artis Kpop di wattpad kadang layan jugekkk).
Abang Lokman Hakim, terima kasih untuk sebuah kisah sakit dan menyeksakan ini, dan maaf sebab saya mengalah dalam dua kali percubaan untuk memahami MONARKI. Muah ciked!
Novel ini, diterbitkan oleh FIXI pada tahun 2015 dan berjudul lebih kurang 300 muka surat merupakan hasil tangan seorang novelis prolifik tanah air iaitu saudara Lokman Hakim. Lokman Hakim merupakan seorang graduan jurusan jurutera tetapi kerana hobi membacanya yang begitu kuat, bakat seninya juga begitu tajam, sehingga menjadi penulis cerpen dan novel yang imaginasinya mencurah curah tanpa henti. Malah Lokman Hakim juga pernah dicalonkan sebagai pemenang anugerah untuk Commonwealth Short Story prize, sebaris dengan penulis² antarabangsa tetapi beliau masih lagi seolah olah terhijab daripada pandangan pembaca tegar novel² berat di negara tanah airnya sendiri.
Oleh itu dalam kesempatan kali ini, aku hendak mengulas novel "Monarki", sebuah novel antara banyak lagi tulisan Lokman Hakim yang sudah diterbitkan di pasaran. Biasanya pembaca yang memang mengikuti novel² tulisan Lokman Hakim akan mengenali beliau dengan genre sains fiksyen dan "supernatural horror". Penulis umpama Stephen King, yang kadang² menulis genre alam ghaib seram dan kadang² pula menulis genre sains fiksyen. Novel "Monarki" ini pula dalam kategori fantasi seram dan seperti mana novel² Lokman Hakim yang lain, kita dapat kutip elemen² gaya penulisannya yang unik dan konsisten dalam kebanyakan hasil tulisannya.
Penceritaan novel ini berfokus kepada kisah seorang kanak² berumur 10 tahun bernama Kadir dan keluarganya, Shamsul dan Maisarah. Kadir dan keluarganya digambarkan memiliki hidup bahagia sebelum satu peristiwa yang berlaku 5 tahun dahulu kepada Kadir. Shamsul, ayah Kadir merupakan seorang yang penyayang kepada isteri dan anaknya, ibu Kadir juga seorang ibu yang tidak putus² curahan kasih kepada keluarga dan Kadir pula merupakan satu² nya anak tunggal mereka yang disimbahi limpahan kasih sayang ibu bapanya. Ibu bapa Kadir juga kuat beragama dan memiliki pegangan ruhani yang kukuh. Nampak seperti sunyi sahaja daripada masalah, namun terdapat sebuah takdir gelap yang bersarang dalam rahsia hidup Shamsul, bila-bila masa sahaja bersedia untuk menampakkan diri dan menghancurkan keluarga Kadir.
Sejak satu peristiwa aneh ketika Kadir berusia 5 tahun, keluarga Kadir mula menjadi semakin renggang, kerana perubahan sikap Shamsul yang semakin dingin dan cepat melantak. Kadir juga sering mendapat mimpi dan visual imaginasi yang aneh. Terdapat dua orang wanita yang dikatakan datang dari kayangan yang sering muncul dalam fikiran Kadir, seorang bernama Fatimah dan seorang lagi pula bernama Zainun. Mereka sentiasa memakai baju tradisional melayu berwarna putih dan berwarna merah serta bertutur dengan lenggok bahasa zaman feudal, memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah seperti golongan istana. Mereka sering mengganggu Kadir dengan gangguan imej² visual yang sangat barbarik dan meninggalkan bekas trauma yang mendalam dalam diri Kadir yang masih kecil itu. Maisarah pula terpinga-pinga, langsung tidak memahami apa yang berlaku selama 5 tahun itu.
Kemuncaknya berlaku apabila 5 tahun kemudian, Kadir, pada satu hari melarikan diri dari rumah tanpa sebab yang jelas. Apa yang lebih menambah misteri lagi ialah Shamsul seolah olah tidak peduli pun akan berita kehilangan Kadir, asyik melayani musik Parsi ketika Maisarah pula sedang keluh kesah. Hal ini menambah lagi tekanan kepada Maisarah yang sudah tidak dapat duduk diam sehingga Shamsul ditekan untuk mendedahkan sedikit demi sedikit, kisah ayahnya, Saifullah dan apa kaitan keluarga Shamsul dengan kesengsaraan yang sedang menimpa mereka. Kadir yang melarikan diri itu kemudian dijaga oleh seorang cina tua bernama Tommy (dipanggil Uncle Tom oleh Kadir) yang gemar akan musik² Punk dan Rock. Uncle Tom merupakan seorang cina yang berpegang dengan kepercayaan falsafah Deism, dan tidak ambil kisah mengenai hal² "supernatural" kerana bagi Uncle Tom, tuhan telah pun meninggalkan manusia. Namun begitu dengan peristiwa² aneh yang berlaku kepada Kadir, lama kelamaan Uncle Tom juga diheret perlahan-lahan ke dalam masalah yang berakar daripada datuk Kadir iaitu Saifullah.
Plot novel ini tidak bergerak secara linear. Pada bab 1 sahaja Kadir sudah pun tinggal bersama Uncle Tom yang tidak sanggup menghantarnya kepada polis selepas menemui Kadir yang melarikan diri dari rumah. Kemudian kita diperkenalkan dengan watak Shamsul dan Maisarah, ayah dan ibu Kadir. Kemudian novel ini melontarkan babak² imbas kembali yang diselitkan di tengah² penceritaan garis masa yang utama. Naratif novel pada bahagian awal juga berselang seli antara naratif daripada sudut pandang Kadir dan naratif daripada sudut pandang Shamsul. Kemudian Saifullah, ayah kepada Shamsul dan datuk kepada Kadir turut diberi naratif sudut pandangnya sendiri. Malah Zainun dan Fatimah, entiti misteri yang menganggu keluarga anak beranak Saifullah dan keturunannya juga diberi naratif daripada sudut pandang mereka sendiri yang menjadikan cerita ini menjadi semakin rumit. Pada bahagian hujung² novel ini, naratif sudut pandang Uncle Tom turut ditambah sehingga menyeliratkan lagi perjalanan cerita novel ini menuju penghujungnya.
Kesemua naratif watak² berbeza ini bercampur baur, sekejap dalam babak imbas masa lalu dan sekejap lagi dalam garis masa sekarang. Malah, perwatakan watak² dalam novel ini juga tidak statik, berubah-ubah sehingga pembaca dikelirukan dengan persoalan siapa yang baik dan siapa sebenarnya yang jahat. Garis masa yang menjadi semakin berselirat, dengan perkembangan watak yang sangat kompleks merentas garis masa yang tidak diceritakan secara linear menjadikan perjalanan cerita novel ini sukar untuk dilukiskan dengan teratur, jadi pembaca harus bersabar dan membacanya perlahan-lahan.
Novel ini bergenre fantasi seram yang dimadukan dengan gaya sastera magical realism. Penulis mempamerkan kreativiti yang mengagumkan dalam pembinaan dunia (world building) novel ini. Latar tempat novel ini berselang seli, antara bumi tempat berpijak dan kayangan yang indah luarannya tetapi bersulamkan kehodohan yang jijik apabila diteroka dengan lebih dalam. Seperti mana karya² magical realism yang lain, sempadan dan garis pemisah antara fantasi dan realiti itu telah dikaburkan dan dicampur baurkan antara kedua-duanya. Entah yang mana satu khayalan dan yang mana satu realiti. Khayalan juga lama² sama sahaja seperti realiti, sudah berpadu antara kedua-duanya seperti dua kembar siam. Terasa begitu "surreal", seperti dalam novel² Lokman Hakim yang lain juga.
Seperti biasa, novel ini turut dironai oleh subteks kegelapan dunia di bawah kongkongan kapitalisme dan sindiran² terhadapnya. Kritik terhadap kekosongan moral, kemusnahan kebahagiaan dan kekejaman di bawah sistem kapitalisme tanpa ruh kemanusiaan ialah ciri unik karya² Lokman Hakim dan kita dapat menemui kritik² itu dalam novel ini juga. Ada satu babak lamunan Maisarah yang bimbang akan nasib Kadir di bandar Kuala Lumpur yang menurutnya bila-bila masa sahaja boleh memperdagangkan nyawa manusia. Bandar itu digambarkan pekat dengan lautan manusia yang mementingkan diri, dan ada sedikit sahaja manusia yang hatinya mulia seperti Uncle Tom boleh ditemui. Restoran² mewah di bandar menjual makanan dengan harga yang mahal tetapi hakikatnya hanya sedap di lidah tetapi tidak pun sampai ke perut dan langsung tidak memberi kenyang. Manusia berpusu-pusu membeli barangan kerana pengaruh hipnoktik iklan² di media yang mengaburi mata mereka. Malah, seluruh latar kayangan dalam novel ini juga boleh ditafsirkan sebagai alegori kepada kemewahan melampau yang strukturnya berdiri atas kesengsaraan manusia. Kayangan dalam novel ini tampak cantik dengan istana agam dan deretan bunga² nan indah tetapi struktur tempat berpijaknya dibuat daripada daging² manusia. Kemewahan dan limpahan kekayaan "kayangan dunia globalisasi" hari ini juga terbentuk atas nyawa dan darah manusia yang eksploitasinya didiamkan sahaja kerana asalkan hidup sendiri bahagia sudah cukup bermakna.
Novel ini juga menyelitkan perbahasan falsafah ketuhanan, melalui watak Uncle Tom dan rakannya Ustaz Kamil. Ustaz Kamil berpegang dengan agama dan hidupnya bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan. Ustaz Kamil menekankan bahawa kepercayaan kepada tuhan dan amalan kebaikan yang diredhai merupakan teras kepada kebahagiaan. Tanpa tuhan menurut Kamil, manusia akan tenggelam dalam lautan yang dalam sehingga kewarasan yang dibanggakannya remuk redam menjadi kegilaan, mungkin di sini penulis sedang mengkritik "Solipsism", iaitu kepercayaan falsafah yang meragui segala-galanya sehingga minda dan pengalaman diri sendiri sahaja yang boleh dianggap wujud, manakala kesemua selain minda dan pengalaman diri sendiri itu palsu dan merupakan "projection" imaginasi semata-mata. Keraguan total terhadap semua perkara akan melumpuhkan diri kerana banyak tindakan dalam dunia ini yang kita lakukan atas dasar kepercayaan. Tidak percaya kepada tuhan ialah langkah pertama menuju ketidakpercayaan kepada perkara lain juga yang abstrak seperti makna hidup, nilai moral malah minda dan "consciousness" manusia yang lain. Nihilisme total yang memurungkan akibat penolakan terhadap segala galanya boleh menimbulkan keinginan yang kuat untuk membunuh diri. Uncle Tom pula berpegang dengan falsafah Deism, mempercayai kewujudan tuhan namun menolak semua agama di dunia sebagai ilusi sahaja. Bagi Uncle Tom juga, tuhan telah meninggalkan manusia dengan porak peranda kehidupannya. Uncle Tom menganggap kitab² agama di dunia hanyalah bahasa² puitis yang ditulis oleh manusia biasa. Manusia menurut Uncle Tom ialah ciptaan tuhan yang gagal dan tindakan tuhan meninggalkan sahaja manusia ada kewajarannya. Manusia berperang, membunuh, menindas, memusnahkan bumi dan alam sekitar, tamak haloba dan mementingkan diri, jadi tidak hairan jika manusia dianggap tamadun yang layak dibiarkan sahaja terumbang ambing. Uncle Tom juga berpesan kepada Kadir bahawa dalam dunia ini tiada sesiapa yang boleh diharapkan, dan tuhan juga telah meninggalkan mereka jadi Kadir dinasihatinya harus kuat mendepani cabaran hidup.
Melalui novel ini juga, penulis menzahirkan minat-minat sendiri melalui minat watak-wataknya. Misalnya terdapat beberapa lagu metal yang sering didengari oleh Uncle Tom seperti "Angel of Death" oleh kugiran Slayer dan lagu "Chaos A.D" oleh Sepultura. Shamsul pula menggemari lagu dan musik Parsi seperti bait² sajak Rumi, gesekan biola Farid Farjad dan dendangan lagu² Mohsen Namjo. Barangkali inilah musik² yang sebenarnya digemari oleh penulis sendiri, seorang peminat karya² gelap, nihil dan imaginasi "chaotic". Lagu "Gloomy Sunday" oleh Billie Holiday yang dikatakan bertanggungjawab atas banyak kes bunuh diri telah berkali kali disebutkan dalam novel ini, sebagai penguat kepada aura kegelapan novel ini. Penulis juga sempat lagi menzahirkan minatnya kepada penulisan, dengan menggambarkan watak Saifullah sebagai penulis yang menggemari "kelazatan bergelumang dalam susunan aksara yang indah, diuliti emosi watak dongengan tapi bernyawa, dan juga keindahan perjalanan babak demi babak yang dramatik".
Novel ini ada beberapa kekangan yang mungkin akan membantutkan minat pembaca untuk meneruskan penulisan. Pertama, garis masa ceritanya sangat berselerak dan perwatakan watak² nya berubah-ubah dengan begitu cepat, satu manifestasi kepada imaginasi "chaotic" yang dimiliki penulis. Pembaca mungkin akan berasa novel ini "absurd" dan kacau bilau namun pembaca harus melihat bukan sekadar cerita tetapi juga mungkin luahan perasaan yang bercokol dalam hati penulis serta tempik sorak imaginasi "chaotic" nya itu. Novel ini merupakan terbitan FIXI, yang terkenal dengan novel² dengan unsur bahasa kasar dan babak² ganas. Novel ini juga sarat dengan babak² yang ganas dan gelap. Namun sesiapa yang mampu bertahan mungkin akan meminatinya.
Aku sebagai pembaca novel ini pula, tidak gemar dengan jalan ceritanya yang terlalu berserabut dengan keserabutan yang bagi aku sudah "overdosed", tidak perlu dan tidak penting untuk menjayakan cerita ini. Namun begitu aku sangat meminati gaya bahasa penulis yang menjadikan babak² nya terasa begitu hidup dan aku juga meminati struktur binaan dunia kayangan dalam novel ini. Ada banyak lagi novel² lain tulisan Lokman Hakim yang ditulis kemudiannya yang aku berasa lebih baik daripada novel ini, tetapi aku mengakui bahawa novel "Monarki" ini juga ada tarikannya sendiri yang boleh memuaskan fantasi pembaca yang suka akan "chaos".
1.Buku ni citer pasal apa? Saifullah ni dia kawen dengan puteri kayangan. Pastu, Saifullah ni macam giler kuasa ke apa ntah, dan dia juga melanggar perjanjian. Sejak itu, banyak la konflik timbul. Sampai ramai yg jadi korban.
Dunia kayangan. Tak macam Jin dan syaitan, dunia kayangan ada dunia tersendiri.
2. Apa yg best? - idea imaginasi penulis ni rare, dunia kayangan yg direka tu tak terfikir pulak orang biasa nak buat. - pembahagian bab dia ok, senang nak mula baca dan berhenti rehat sebentar sebelum mulakan semula bacaan. - Gaya Bahasa sastera tinggi. Bukan biasa-biasa.
3. Apa yg kureng? - pembaca perlu duduk fokus baca, sambil berimaginasi setiap babak babak cerita. Kalau tak, nanti tak faham.
4. Bape Bintang? 2.8 bintang out of 5.0
5. Buku ni recommend untuk sape? - kalau jenis suka baca Bahasa melayu lama, sastera tinggi, buku ni sesuai baca. - untuk pembaca yg suka cabar diri baca bahan bacaan yg critical thinking dan rumit, maka buku ni sesuai. - kalau pembaca jenis nak buku santai2 untuk dibaca selepas baru balik keje, penat lelah di tempat kerja, kemudian balik baca buku ni, buku ni tak sesuai untuk moment tu, nanti bertambah lelah pulak.
Mungkin aku bimbo, jadi susah nak hadamkan buku bersifat ambitious begini. Dua bintang bukan maknanya tak bagus. Dua bintang, bak kata Goodreads:- "it's okay" Lebih baik dari Retina yang aku rasa nak campak dalam gaung, sebab hazab ya amat. Tapi sekurang-kurangnya kali ini aku berjaya habiskan.
Secara jujurnya, Monarki bukanlah satu bacaan yang mudah buat pembaca-pembaca yang hendak baru mula. Imaginasi yang dilontarkan penulis sememangnya agak berat kerana ia menuntut satu bentuk gambaran yang menyeluruh. Mudahnya, pembacaan tidak seronok andai dijeda-jeda. Lebih baik disediakan satu masa khas untuk duduk di meja bacaan sambil ditemani kopi beruwap.
Imaginasi penulis sememangnya tinggi, tapi isu sebenar yang dikemukakan sebenarnya mudah. Rahsia memahami buku ini ada pada muka surat ke 73. Teknik yang digunakan untuk menulis adalah "turns" di mana plot diubah dari satu kepada satu yang lain secara berangkai. Gagal mengait antara plot sememangnya akan menghilangkan serinya. Sudah saya bilang bukan, ianya perlu dibaca menerus?
Pembacaan pada awalnya agak perlahan kerana penulis lebih banyak memperincikan perihal segalanya, namun segalanya lebih lancar sesudah melepasi setengah tebal buku.
Keseluruhannya, satu tulisan yang baik. Bagaimana agaknya kalau kisah ini dipentaskan ke layar atau teater?
"Andai kisah-kisah yang diceritakan melalui buku dan prosa nan mengghairahkan hanyalah secebis dari memori manusia seorang sehari hari, bayangkan bagaimana hakikat indah buruknya dunia imaginasi dan realiti penulisan yang dilatari semua penulis yang sebenarnya." - Khairul Umar, 10 Feb 2015.
Buku kedua karya Lokman yg aku baca slps Retina. Kali ni alhamdulillah aku berjaya habiskan dgn sedikit shj kekeliruan dgn jalan crita. Watak2 yg ada saling berkaitan dan tidak terlalu byk utk aku ingati. Saifullah, Shamsul, Maisarah, Kadir (1 family), Uncle Tom & Kamil (sahabat baik), Fatimah & Zainun (aku kdg2 konfius jap yg mana kebaya merah dan putih..huhu). Permulaan crita oleh Kadir, uncle Tom dan juga Saifullah. kemudian muncul watak ibu bapa Kadir. dan baru jln crita berkembang akan kehidupan di kayangan. Monarki bermksud penaklukan dunia kayangan oleh watak Raja Tirani. Pengakhiran crita smuanya selamat. Happy Ending...ke ada lg sbnrnya "unfinished business"? huhu
Maaf penulis, maybe aku mmg tak minat genre sebegini, banyak kali aku membaca setiap helaian bagi memahami isi cerita, maybe if cerita genre ini diadaptasi menjadi movie maybe lebih menarik, sebab sometimes bila kita membaca tak dapat imagine apa yg berlaku sebenarnya.
Menghairankan bila buku karya lokman Hakim tidak dilahap dan dihadam dengan baik oleh pembaca hingga beri rating yang agak rendah. Mengenali penulis ini, satu yang dipuji ialah penggunaan laras bahasa dan kosa kata yang baik. Jika anda seorang penulis, nikmatilah karyanya. Ada banyak yang boleh dipelajari. Buku ini perlu dibaca dalam keadaan tenang dan bukan balik dari pejabat/kilang/hantar anak sekolah,sebab hasil tulisan Lokman Hakim memerlukan otak anda bekerja. Kalau dibaca dalam keadaan penat, anda akan tenggelam dan mungkin buku ini dikatakan penyebab anda lemas. Kepada penulis - buku ini menarik. idea anda selalunya gila. Tapi saya suka. Sebagai penambahbaikan, anda boleh memperbaiki plot yang agak 'bersepah'. Teruskan menulis.
Untuk pembaca yang nak baca novel ni admin pesan awal2 novel ni perlukan imaginasi yang tinggi untuk faham apa yg disampaikan..Bukan novel biasa-biasa so admin kagum dengan penulis novel ni sebab penulisan yg digunakan memang terbaik. Begini, kisah si Saiful berkahwin dgn puteri kayangan tetapi dia telah melanggar perjanjian dan menyebabkan beberapa konflik berlaku. Nak tahu apa berlaku seterusnya boleh dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com :))
Karya ketiga dari penulis yang aku baca. Kagum gila sebab setiap penulisannya membawa aku ke dimensi lain. Susunan ayat yang mantap padu. Ah tak lupa juga dengan twistnya. Orang kayangan, orang kayangan.
Sejujurnya, aku kurang faham dengan penamat cerita ni tapi aku masih kagum dan seronok sepanjang proses membaca. Gaya penulisan Lokman Hakim padu dengan kekayaan Bahasa Melayu dan pada masa yang sama ada sentuhan moden.
Penulis tak buang masa. Terus gerakkan plot dari muka surat pertama! Aku suka dengan babak-babak ngeri yang dipaparkan; diskripsi jelas, pemilihan kata pun kena dengan "feel" adegan.
Dari awal, watak Kadir yang agak misteri kerana asal-usulnya yang kabur membuatkan aku nak terus membaca.
Cerita ni mengingatkan aku pada filem "Mother" lakonan Jennifer Lawrence. Pada aku, ia lebih kepada interpretasi pembaca. Seolah-olah aku tengah baca satu puisi yang amat panjang, sepanjang 277 muka surat. Banyak mesej tersirat yang diolah melalui situasi ngeri.
Melalui kosa kata, gaya penulisan dan babak-babak yang diketengahkan, jelas sekali penulis seorang pencerita yang "knowledgeable" dan kreatif!
Aku rekomen buku ni untuk korang yang nak cuba plot di luar kotak. Ada sentuhan bahasa Melayu lama. Dan jangan lupa, cerita ni agak ngeri
Mungkin aku akan pertimbangkan untuk membaca Monarki buat kali ke 2 dan memahami kembali jalan cerita Monarki kerana pembacaan buat kali pertama agak tergesa-gesa.Lepastu baru aku buat review mengenai Monarki.
Lama juga saya termenung usai menguliti naskhah ini, mencerna apa yang telah saya baca.
Beberapa hari kebelakangan ini rakyat Twitter marah teruk dengan kerajaan sehingga #KerajaanGagal dan #Agong menjadi tagar sohor kini di sana. Entah mungkin ada kaitan dengan kerajaan, saya pilih untuk baca Monarki yang telah saya muat turun di Google Play Books tidak berapa lama dahulu. Terima kasih FIXI untuk edisi percuma ini. Saya tidak pernah membaca mana-mana karya penulis sebelum ini jadi saya baca dengan fikiran terbuka dan tanpa apa-apa jangkaan. Malah, kerana ini versi e-book saya terus sahaja membacanya tanpa membaca blurbnya terlebih dahulu.
Tamat sahaja prolog, minda terfikir ini bukan kisah kerabat atau pun monarki, adakah ini kisah berkaitan bunian atau kerajaan langit? Sangkaan saya hampir tepat. Kemudian saya melihat buku ini Goodreads, ratingnya sedikit mendukacitakan dan saya sempat membaca ulasan-ulasan mereka yang memberikan bintang yang sedikit. Saya mengerti perasaan mereka. Mungkin laras bahasa penulis yang sedikit berbunga sastera tidak cocok buat peminat FIXI yang lebih gemarkan bahasa yang santai dan urban.
Tiadalah saya ada masalah dengan laras bahasa yang digunakan, malah saya menyenanginya. Namun kadang kala, terdapat beberapa perkataan yang digunakan penulis tidak tepat penggunaannya, entah mungkin terlalu bersifat puitis atau tinggi metaforanya sehingga saya rasakan maksud ayat-ayat tersebut menjadi pelik.
Contoh:
1. Bisikan yang membelai gemulah kotak fikir nan serabut. (gemulah = almarhum/arwah) 2. Tirani kayangan tersemat rapi, dirungkai bicara, akal mencari. (Tirani = corak pemerintahan yang zalim) 3. Tanpa membuang masa aku terus mengorek tanah yang menimbun, membasahi rengsa-rengsa tubuh dengan leluhur peluh di bawah kerdipan cahaya mentari... (leluhur = nenek moyang)
Melalui pembacaan juga saya dapat meneka bahawa perkataan 'ulah' ialah perkataan kegemaran penulis sehingga digunakan berulang kali tanpa jemu. Saya pula yang jemu bertemunya sehingga 21 kali.
Begitupun, penulis masih berjaya mengikat hati saya untuk terus mengkhatamkan novel ini dalam satu hari. Saya akui world building ciptaan penulis cukup mantap. Garapannya tentang alam kayangan cukup jelas sehingga menghidupkan imaginasi. Meski demikian sehingga novel tamat masih banyak persoalan yang mengganggu fikiran saya kerana jalan cerita dan susur masanya yang mengelirukan. Kenapa 'lantai' istana kayangan itu diperbuat daripada cebisan daging manusia? Bagaimana mungkin Uncle Tom yang membunuh Raja Tirani jika Uncle Tom hadir ketika zaman Kadir, bukan Saifullah? Adakah Zainun datang dalam ciri kanak-kanak dalam fikiran Kadir kerana Kadir seorang budak, tetapi hadir dalam ciri wanita dewasa apabila bertemu Saifullah? Arghhh terlalu rumit untuk memahami jalan cerita novel ini. Dahlah aku tengah puasa.
Bohonglah jika saya katakan bahawa buku ini bebas kesalahan tatabahasa. Terlalu banyak kesalahan tatabahasa yang saya jumpa sehingga naik marah pula dibuatnya kerana ini menjadikan karya ini kurang berkualiti. Ini masalah biasa yang saya temui dalam buku-buku FIXI mahupun penerbit indie yang lain. Penyunting langsung tak peka tentang penggunaan 'dari' dan 'daripada' dan banyak perkataan yang harus dijarakkan dirapatkan sesuka hati (air mata, muka surat, lebuh raya, tengah hari etc, etc, etc). Juga ada beza ya maksud 'sinar' dengan 'sirna'. Saya rasa saya pernah temui kesalahan yang sama semasa membaca Murtad karya Hasrul Rizwan lama dahulu. Cuma tidak pasti adakah buku ini juga mempunyai penyunting yang sama dengan novel tersebut. Penyunting juga gagal menyedari dalam satu babak Kadir pada mulanya memegang sepotong sandwich, tiba-tiba bertukar jadi ketulan ayam goreng dalam babak berikutnya. Juga kesilapan dalam ayat "... seolah-olah Israfil bakal menjelma mencabut nyawa-nyawa yang masih bersisa." Israfil ≠ Izrail.
Novel ini benar-benar tidak memenuhi sebarang jangkaan dan buat pertama kali saya berharap ada orang yang sudi berikan 'ending explained' macam yang orang selalu buat untuk sesebuah filem yang kompleks sebab saya dah tak larat nak fikir.
Personally, aku suka konsep cerita ni. Sebab kita sering digambarkan bahawa kerajaan kayangan ni macam heaven, benda yang ghaib, atas langit. Tapi dalam cerita ni pula, kayangan yang digambarkan dicipta daripada minda si aku lupa nama dia. Atok si Kadir. Benda yang nampak serupa tapi tak sama.
Aku paling suka part atok si Kadir tu digambarkan ada sayap. Also bahagian masa kayangan digambarkan sebagai tempat yang mengerikan. Aku macam, wau...
Overall, bahasa klasik tu memang rasa awkward bila baca. Tapi kalau dari segi plot cerita, memang menarik dan unik.
This entire review has been hidden because of spoilers.