"Syurga kita di bawah telapak kaki dia, Rudi..." pesanku. "Mungkin sebab itu dia rasa dia boleh pijak-pijak aku..." balas Zamrud.
Mutiara menjalani kehidupan selesa di Jerman dan tidak mahu pulang ke tanah air untuk menghadapi keluarganya yang berantakan. Namun dia akur dengan desakan kakaknya Nilam untuk tolong jagakan ibu mereka yang hampir nazak.
Setiba di Malaysia, Mutiara cuba jejaki langkah abangnya Zamrud yang telah lama ghaib. Dia mula melihat dan mendengar lelaki itu, tapi adakah itu sekadar halusinasi? Benarkah garis antara realiti dan ilusi dapat dikaburkan dengan meneguk sirap limau?
Apakah Mutiara seorang saja yang mental, atau seluruh keluarganya sekali?
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).
Trope: psychological thriller, Psychological drama/Mystery/Between reality and illusion/Keluarga toksik/Mental health struggles/etc...
My thoughts 💭 (my opinion)
Novel Selerak ni mengisahkan tentang Mutiara yang ingin pulang semula ke Malaysia untuk jaga mak dia yang sakit. Pulang saja dia ke Malaysia bermulanya titik dimana banyak konflik mula terjadi. Dia pulang je, Kakak dia Nilam macam² emosi berubah, kejap bagus, kejap tak. Nilam bercerai dengan suami, maknya pula jatuh sakit, Abang dia iaitu Zamrud pula dah larikan diri lama dahulu setelah mak dorang nak kahwinkan dengan sorang perempuan ni. Abang dia ni 'lembut' btw paham² je lah ye. Sampai kat Malaysia, si Mutiara makin selalu bercakap dengan Abang dia, tapi sebenarnya abang dia si Zamrud tu takde pun, dia kira macam halusinasi jelah. Dari situ dia start cari abang dia, tapi perjalanan tak mudah. Penuh dengan 'selerak'.
Nak tahu isi cerita dalam buku ni macam mana? Tajuk dah said it all. Macam tu lah cerita dalam buku ni, berselerak macam kepala otak aku sewaktu baca.. 😭 kalau korang sukakan cerita yang bergenre psychological thriller, yang kena susun puzzles supaya cerita tersusun dan tak berselerak. This is for you. At first saya ingatkan cerita ni ada 'hantu' sikit² rupanya tak HAHAHAHA saya salah faham rupanya dengan blurb cerita ni. 🥴😆
Penulisan penulis just nice, but unfortunately this kind of book tak ngam dengan i 😆 tapi boleh enjoy sikit² jelah... 🤭 Kalau korang sukakan cerita sebegini yang kena susun² ni... Boleh try pick this up okay! Dalam buku ni banyak pov sebab kena solve the missing pieces.
Overall, this book is nice but full of suspen, and and plot twist juga 😯 that one I didn't see it coming mungkin sebab cerita yang 'berselerak' ni, jadi memang akan ada some scene yang mengejutkan! Kesimpulannya, nice try penulis. 😁❤️
Now I get why the title is Selerak... ermmm because that's exactly how my head felt while reading it.
Selerak bermaksud bersebar, bersepah, atau berserak, merujuk kepada keadaan sesuatu yang tidak tersusun dan tersebar ke sana sini.
Ni F copy je dari google. F sendiri pun tak tahu apa maksud selerak.
Sorry to say F rasa F berserabut, messy and mentally exhausting baca Selerak.
Bila Tiara touch down je Malaysia, timbul pengalaman yang F rasa pelik.. dia nampak dan dengar abang dia yang hilang Zamrud dan tak jelas sama ada itu realiti atau hanya halusinasi. F berteka-teki masa ni.
Ada banyak moments yang buat korang rasa kena rewind dan check balik. Cerita ini macam puzzle.. if kau salah step, terlepas sesuatu habislah. Semua haywire.
Korang kena solve puzzle sendiri sambil baca sambil merungkai apa sebenarnya berlaku dalam cerita.
It's meant to be confusing on purpose sebab mood novel tu pun pasal kekacauan dalam kepala.
Tropes : Toxic parent, sibling's love and argument, mental problem, gender conflict, wife's insecure, unsupportive spouse, child negligence, slice of life.
Review : Mula2 aku baca cite ni, aku rasa kenapa byk cerita dia lompong² ya? Baca punya baca rupanya mmg gaya penceritaan disengajakan begitu utk pembaca rasa sendiri pov FL yg problem. And yes, korg akan rasa menggila sebab byk persoalan yg timbul sewaktu menghayati kisah setiap watak.
Yes, it became puzzles dan korg kene cantum2 blk supaya menjadi satu kisah.
After half of the book, korg akan faham keseluruhan kisah dgn perincian yg lebih detail dgn pov dr watak² lain.
Lastly, semuanya akan terjawab di hujung cerita ttg cause & effect kenapa setiap watak tu jd mcm tu.
Its complicated tp aku boleh faham apa motif cerita ni. Ia seakan menggabungkan semua permasalahan yg wujud dlm masyarakat kita dr dulu hingga sekarang. Bermula mslh dari parent, adik beradik, pasangan suami isteri, sahabat dan anak2.
Aku suka cara unik author sampaikan kisah ni. Like the story, like the issue, the conflict but... not the ending.
Aku kecewa sikit dgn ending selerak ni. Sayang sbb xde solusi yg bahagia utk majoriti watak dan itu membarankan aku. Its tragic and byk cliffhanger. Tak tragic bukan fixi namanya kan.
So im expecting Selerak no 2 ! 🤣
Recommend : Cerita ni agak heavy sbnrnya. Ia sesuai utk korg yg berminat nak baca tentang masalah keluarga. Mmg wujud isu2 yg diketengahkan dalam masyarakat kita skrg. It will trigger your concern's switch irl.
seperti tajuk buku, penceritaanya berselerak, berlapis, dan sering membuatkan pembaca rasa hampir faham sebelum semuanya runtuh semula. seolah-olah kita sendiri terperangkap dalam kekeliruan watak utama, Mutiara. novel ini mengisahkan Mutiara, Zamrud, dan Nilam yang hidup dalam kitaran trauma, di mana masa lalu, keluarga, dan kesihatan mental saling bertindan.
cerita ini dibahagikan kepada tiga bahagian, dan setiap satunya hadir dengan kejutan demi kejutan. walaupun akhirnya semua kepingan bercantum menjadi satu gambaran besar, perjalanan ke arah itu bukan sesuatu yang mudah atau menyenangkan secara emosi.
buku ini bukan sekadar tentang kesihatan mental; ia menyelami tema berat seperti jenayah, pengabaian, kecelaruan identiti seksual, open relationship, toxic family, dan toxic masculinity. setiap watak membawa kisah tersendiri, dan trauma mereka berputar seperti spiral yang sukar diputuskan jika tidak ada kesedaran untuk menghentikannya.
walaupun penceritaannya padat dan kadang-kadang mengelirukan, penulisan Shaz Johar tetap sedap dan begitu dekat dengan realiti. dan mungkin itulah realiti sebenar yang cuba ditunjukkan oleh novel ini.
Aku suka gila dengan konsep atau jalan cerita buku ni! Buku ni bergenre fiksyen, mystery-thriller. Dia buat otak aku berfikir apa scene seterusnya, aku teka, tapi aku salah. Selak lagi page seterusnya, tau² sampai penamat dah. Jalan cerita dia buat aku nak tau lagi dan lagi. Berselerak otak aku sama macam tajuk buku ni - selerak.
Saat aku rasa aku dah faham dah jalan cerita dia. Damn salah lagi. Apa benda ni?? Ada few scene yang diulang-ulang, tapi dia tak nampak repetitive pun, ia nampak jelas pada jalur masa yang berbeza. Buku ni berat, stress dibuatnya. Buku ni buat aku macam "wei siapa yang gila sebenarnya ni??" Selak next page pulak, "what? apeni??!"
Buku ni pasal Mutiara @ Tiara. Ada 3 beradik dalam keluarga Mutiara, Zamrud (anak sulong), Nilam (anak kedua) dan Mutiara (anak bongsu). Mutiara yang asalnya belajar di luar negara, menerima mesej dari kakaknya Nilam yang meminta Mutiara untuk balik, untuk bantu jaga ibu mereka yang merupakan penghidap buah pinggang. Nilam pulak ada masalah rumahtangga, ada 2 anak Alia & Luk. Alia normal, tapi sangat matang untuk budak umur belasan tahun. Luk pulak anak istimewa milik pasangan Nilam & Hurai (suami Nilam). Mutiara ada seorang abang iaitu Zamrud. Seorang lelaki yang cenderung menyukai kaum sejenis. Buku ni buat kau berteki-teki siapa yang ada masalah mental sebenarnya. Jujur aku tak reti nak huraikan ringkasan buku ni, sebab aku tak tahu nak mula dari mana atau kat mana.
Aku faham, penamat hidup seseorang tu kadang tak seperti yang diminta. Semua orang mintak bahagia je kan, mana ada orang mintak hidup dia derita & tragis ataupun berulang-ulang. Cuma ending dia terasa tergantung untuk aku.... aku nak tau apa jadi kat Mutiara, dia masih penghuni rumah sakit jiwa Pura Madani ke? Nilam apa cerita Nilam, lepas malam tragis tu. Alia? takkan Alia yang kene tanggung pulak? Zamrud, mana Zamrud sebenarnya. Luk pulak, apa nasib Luk. Dan Dani, macam mana la kau boleh bangunkan rumah sakit mental, sedangkan kau bukan mahir/professional dalam bidang tu. Untuk saudara Shaz Johar, moga² ada Selerak 2 ye?
Buku ni macam puzzle. Kita cuba cantum², tiba² few puzzle hilang. So akan rasa tak lengkap ending dia.