Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selerak

Rate this book
"Syurga kita di bawah telapak kaki dia, Rudi..." pesanku.
"Mungkin sebab itu dia rasa dia boleh pijak-pijak aku..." balas Zamrud.

Mutiara menjalani kehidupan selesa di Jerman dan tidak mahu pulang ke tanah air untuk menghadapi keluarganya yang berantakan. Namun dia akur dengan desakan kakaknya Nilam untuk tolong jagakan ibu mereka yang hampir nazak.

Setiba di Malaysia, Mutiara cuba jejaki langkah abangnya Zamrud yang telah lama ghaib. Dia mula melihat dan mendengar lelaki itu, tapi adakah itu sekadar halusinasi? Benarkah garis antara realiti dan ilusi dapat dikaburkan dengan meneguk sirap limau?

Apakah Mutiara seorang saja yang mental, atau seluruh keluarganya sekali?

336 pages, Paperback

Published December 26, 2025

3 people are currently reading
6 people want to read

About the author

Shaz Johar

25 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (13%)
4 stars
5 (22%)
3 stars
12 (54%)
2 stars
1 (4%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for chelsannereads.
210 reviews6 followers
January 19, 2026
Trope: psychological thriller, Psychological drama/Mystery/Between reality and illusion/Keluarga toksik/Mental health struggles/etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

Novel Selerak ni mengisahkan tentang Mutiara yang ingin pulang semula ke Malaysia untuk jaga mak dia yang sakit. Pulang saja dia ke Malaysia bermulanya titik dimana banyak konflik mula terjadi. Dia pulang je, Kakak dia Nilam macam² emosi berubah, kejap bagus, kejap tak. Nilam bercerai dengan suami, maknya pula jatuh sakit, Abang dia iaitu Zamrud pula dah larikan diri lama dahulu setelah mak dorang nak kahwinkan dengan sorang perempuan ni. Abang dia ni 'lembut' btw paham² je lah ye. Sampai kat Malaysia, si Mutiara makin selalu bercakap dengan Abang dia, tapi sebenarnya abang dia si Zamrud tu takde pun, dia kira macam halusinasi jelah. Dari situ dia start cari abang dia, tapi perjalanan tak mudah. Penuh dengan 'selerak'.

Nak tahu isi cerita dalam buku ni macam mana? Tajuk dah said it all. Macam tu lah cerita dalam buku ni, berselerak macam kepala otak aku sewaktu baca.. 😭 kalau korang sukakan cerita yang bergenre psychological thriller, yang kena susun puzzles supaya cerita tersusun dan tak berselerak. This is for you. At first saya ingatkan cerita ni ada 'hantu' sikit² rupanya tak HAHAHAHA saya salah faham rupanya dengan blurb cerita ni. 🥴😆

Penulisan penulis just nice, but unfortunately this kind of book tak ngam dengan i 😆 tapi boleh enjoy sikit² jelah... 🤭 Kalau korang sukakan cerita sebegini yang kena susun² ni... Boleh try pick this up okay! Dalam buku ni banyak pov sebab kena solve the missing pieces.

Overall, this book is nice but full of suspen, and and plot twist juga 😯 that one I didn't see it coming mungkin sebab cerita yang 'berselerak' ni, jadi memang akan ada some scene yang mengejutkan! Kesimpulannya, nice try penulis. 😁❤️
Profile Image for Mslvoe.
2,199 reviews219 followers
January 18, 2026
Now I get why the title is Selerak... ermmm because that's exactly how my head felt while reading it.

Selerak bermaksud bersebar, bersepah, atau berserak, merujuk kepada keadaan sesuatu yang tidak tersusun dan tersebar ke sana sini.

Ni F copy je dari google. F sendiri pun tak tahu apa maksud selerak.

Sorry to say F rasa F berserabut, messy and mentally exhausting baca Selerak.

Bila Tiara touch down je Malaysia, timbul pengalaman yang F rasa pelik.. dia nampak dan dengar abang dia yang hilang Zamrud dan tak jelas sama ada itu realiti atau hanya halusinasi. F berteka-teki masa ni.

Ada banyak moments yang buat korang rasa kena rewind dan check balik. Cerita ini macam puzzle.. if kau salah step, terlepas sesuatu habislah. Semua haywire.

Korang kena solve puzzle sendiri sambil baca sambil merungkai apa sebenarnya berlaku dalam cerita.

It's meant to be confusing on purpose sebab mood novel tu pun pasal kekacauan dalam kepala.

Pening tak?
Profile Image for readwithariey.
11 reviews4 followers
January 19, 2026
Tropes : Toxic parent, sibling's love and argument, mental problem, gender conflict, wife's insecure, unsupportive spouse, child negligence, slice of life.

Review : Mula2 aku baca cite ni, aku rasa kenapa byk cerita dia lompong² ya? Baca punya baca rupanya mmg gaya penceritaan disengajakan begitu utk pembaca rasa sendiri pov FL yg problem. And yes, korg akan rasa menggila sebab byk persoalan yg timbul sewaktu menghayati kisah setiap watak.

Yes, it became puzzles dan korg kene cantum2 blk supaya menjadi satu kisah.

After half of the book, korg akan faham keseluruhan kisah dgn perincian yg lebih detail dgn pov dr watak² lain.

Lastly, semuanya akan terjawab di hujung cerita ttg cause & effect kenapa setiap watak tu jd mcm tu.

Its complicated tp aku boleh faham apa motif cerita ni. Ia seakan menggabungkan semua permasalahan yg wujud dlm masyarakat kita dr dulu hingga sekarang. Bermula mslh dari parent, adik beradik, pasangan suami isteri, sahabat dan anak2.

Aku suka cara unik author sampaikan kisah ni. Like the story, like the issue, the conflict but... not the ending.

Aku kecewa sikit dgn ending selerak ni. Sayang sbb xde solusi yg bahagia utk majoriti watak dan itu membarankan aku. Its tragic and byk cliffhanger. Tak tragic bukan fixi namanya kan.

So im expecting Selerak no 2 ! 🤣

Recommend : Cerita ni agak heavy sbnrnya. Ia sesuai utk korg yg berminat nak baca tentang masalah keluarga. Mmg wujud isu2 yg diketengahkan dalam masyarakat kita skrg. It will trigger your concern's switch irl.
Profile Image for caa.
43 reviews
January 21, 2026
⚠️ tw: mental health issues, trauma, child neglect, violence, suicidal thoughts, psychosis

seperti tajuk buku, penceritaanya berselerak, berlapis, dan sering membuatkan pembaca rasa hampir faham sebelum semuanya runtuh semula. seolah-olah kita sendiri terperangkap dalam kekeliruan watak utama, Mutiara. novel ini mengisahkan Mutiara, Zamrud, dan Nilam yang hidup dalam kitaran trauma, di mana masa lalu, keluarga, dan kesihatan mental saling bertindan.

cerita ini dibahagikan kepada tiga bahagian, dan setiap satunya hadir dengan kejutan demi kejutan. walaupun akhirnya semua kepingan bercantum menjadi satu gambaran besar, perjalanan ke arah itu bukan sesuatu yang mudah atau menyenangkan secara emosi.

buku ini bukan sekadar tentang kesihatan mental; ia menyelami tema berat seperti jenayah, pengabaian, kecelaruan identiti seksual, open relationship, toxic family, dan toxic masculinity. setiap watak membawa kisah tersendiri, dan trauma mereka berputar seperti spiral yang sukar diputuskan jika tidak ada kesedaran untuk menghentikannya.

walaupun penceritaannya padat dan kadang-kadang mengelirukan, penulisan Shaz Johar tetap sedap dan begitu dekat dengan realiti. dan mungkin itulah realiti sebenar yang cuba ditunjukkan oleh novel ini.

— ⭐️ personal rating: 3.5/5.
Profile Image for Erin95.
158 reviews5 followers
January 25, 2026
Aku suka gila dengan konsep atau jalan cerita buku ni! Buku ni bergenre fiksyen, mystery-thriller.
Dia buat otak aku berfikir apa scene seterusnya, aku teka, tapi aku salah. Selak lagi page seterusnya, tau² sampai penamat dah.
Jalan cerita dia buat aku nak tau lagi dan lagi. Berselerak otak aku sama macam tajuk buku ni - selerak.

Saat aku rasa aku dah faham dah jalan cerita dia. Damn salah lagi. Apa benda ni?? Ada few scene yang diulang-ulang, tapi dia tak nampak repetitive pun, ia nampak jelas pada jalur masa yang berbeza. Buku ni berat, stress dibuatnya. Buku ni buat aku macam
"wei siapa yang gila sebenarnya ni??"
Selak next page pulak,
"what? apeni??!"

Buku ni pasal Mutiara @ Tiara. Ada 3 beradik dalam keluarga Mutiara, Zamrud (anak sulong), Nilam (anak kedua) dan Mutiara (anak bongsu). Mutiara yang asalnya belajar di luar negara, menerima mesej dari kakaknya Nilam yang meminta Mutiara untuk balik, untuk bantu jaga ibu mereka yang merupakan penghidap buah pinggang. Nilam pulak ada masalah rumahtangga, ada 2 anak Alia & Luk. Alia normal, tapi sangat matang untuk budak umur belasan tahun. Luk pulak anak istimewa milik pasangan Nilam & Hurai (suami Nilam). Mutiara ada seorang abang iaitu Zamrud. Seorang lelaki yang cenderung menyukai kaum sejenis.
Buku ni buat kau berteki-teki siapa yang ada masalah mental sebenarnya. Jujur aku tak reti nak huraikan ringkasan buku ni, sebab aku tak tahu nak mula dari mana atau kat mana.

Aku faham, penamat hidup seseorang tu kadang tak seperti yang diminta. Semua orang mintak bahagia je kan, mana ada orang mintak hidup dia derita & tragis ataupun berulang-ulang. Cuma ending dia terasa tergantung untuk aku.... aku nak tau apa jadi kat Mutiara, dia masih penghuni rumah sakit jiwa Pura Madani ke? Nilam apa cerita Nilam, lepas malam tragis tu. Alia? takkan Alia yang kene tanggung pulak? Zamrud, mana Zamrud sebenarnya. Luk pulak, apa nasib Luk. Dan Dani, macam mana la kau boleh bangunkan rumah sakit mental, sedangkan kau bukan mahir/professional dalam bidang tu.
Untuk saudara Shaz Johar, moga² ada Selerak 2 ye?

Buku ni macam puzzle. Kita cuba cantum², tiba² few puzzle hilang. So akan rasa tak lengkap ending dia.
Profile Image for _nadiasw303.
72 reviews1 follower
January 26, 2026
𝑻𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂 𝒏𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒔𝒊𝒍𝒂𝒑.

💬 Fiksyen kontemporari psikologi
💬 Trauma generasi & konflik keluarga
💬 Krisis identiti

Ini adalah karya pertama penulis yang saya baca. Dan begini rupanya sebuah buku bergenre fiksyen kontemporari. Sempat juga saya teroka ciri-ciri genre ini, iaitu cerita yang berkisar dengan latar masa moden, tema yang realistik, serta menyentuh konteks budaya dan norma sosial dalam masyarakat semasa. Maka, bagi saya, topik yang dibawa penulis dalam buku ini agak berat, namun relevan.

Buku ini berkisar tentang tiga beradik ; 𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚, 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐦𝐫𝐮𝐝, yang masing-masing mempunyai konflik dalaman mereka sendiri. Dalam masa yang sama, mereka turut berdepan tekanan untuk menjaga Mak yang menghidap penyakit kronik dan memerlukan penjagaan sepenuhnya, sehingga ia menjadi punca tekanan dalam kehidupan seharian. Tapi, sebenarnya luka yang dalam itu sudah terkumpul lama & dibiarkan tanpa dirawat.

Namun, semakin kita baca, semakin jelas betapa seleraknya dunia setiap watak yang diketengahkan. Bukan sahaja tiga beradik ini, malah 𝐃𝐚𝐧𝐢, 𝐇𝐮𝐫𝐚𝐢, 𝐀𝐥𝐞𝐲𝐚, dan termasuk Mak mereka sendiri. Setiap seorang digambarkan rapuh dalam cara yang berbeza, cuba bertahan dalam kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan.
Emotionally exhausted - begitulah~
Sampaikan sewaktu membaca, saya jadi konfius ini realiti atau sedang dalam dunia luar fikiran wataknya?

Terdapat beberapa titik rapuh dan kelemahan dalam penceritaan yang tidak boleh dipandang ringan, kerana di situlah tersembunyi maksud tersurat dan tersirat. Akan ada pertembungan cerita yang menjawab persoalan konflik yang berlaku, membuatkan kita sedar bahawa setiap watak itu penting.
Ya, semuanya berselerak... dan bagi saya, itulah motif penulis dalam naskhah ini.

Pengakhiran cerita seakan terbuka, namun saya merasakan ia ditutup dengan sekadarnya.
Maka, membaca naskhah ini perlukan kesedaran emosi yang tinggi & stabil.
Pergerakan jalan cerita yang sangat jujur, yang pada mulanya seakan tanpa arah, tanpa jawapan. Kerana buku ini banyak menyentuh luka dan trauma seseorang, tanpa memberi cadangan atau bimbingan yang baik. Malah, tersalah pilih jalan lagi?🥲

Jika naskhah ini ada diselitkan panduan atau harapan ke arah untuk mendapatkan pertolongan, maka pasti akan menjadi lebih bermakna & selamat untuk pembaca yang sensitif. Namun, bila kita kata realistik. Jadi, buku ini sememangnya menyentuh isu yang sebenar dan sedang atau ada berlaku dalam masyarakat kita. Wallahu'alam...
😢😣🥺🤯🤮

‼️ Trigger warning: Pemikiran bunuh diri, trauma emosi, halusinasi

Personal ratings: 4.0/ 5⭐️

Terima kasih BukuFixi atas naskhah percuma sempena ulasan jujur ini.
Profile Image for Far.Zana25.
128 reviews1 follower
January 29, 2026
˖ ݁𖥔┆3 𐙚 3/5 ⭐┆𖥔 ݁˖

- sᴇʟᴇʀᴀᴋ -

... ᴛᴇʀᴜs ᴋᴇ ᴘᴇʀsᴏɴᴀʟ ᴏᴘɪɴɪᴏɴ ᴋᴀʟɪ ɴɪ🥹

๑ ᴘᴇʀsᴏɴᴀʟ ᴏᴘɪɴɪᴏɴ ๑

ᴀʀɢʜ sᴇʟᴇʀᴀᴋ ᴇʜ ᴄɪᴛᴇʀ ɴɪ sᴀᴍᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴛᴀᴊᴜᴋ ᴅɪᴀ. ᴛᴜ ᴍᴀᴋsᴜᴅɴʏᴀ ᴀᴘᴀ? ᴘᴇɴᴜʟɪs ʙᴇʀᴊᴀʏᴀ ʟᴀʜ ʙᴜᴀᴛ ᴋɪᴛᴀ ʀᴀsᴀ sᴇʟᴇʀᴀᴋ ʙɪʟᴀ ʙᴀᴄᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ.

ᴅɪᴀ ᴏᴋᴀʏ ᴛᴀᴜ ᴄᴜᴍᴀɴʏᴀ ᴀɢᴀᴋ sᴇʀᴀʙᴜᴛ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴀǫ sᴇʙᴀʙ ᴋᴇᴊᴀᴘ sɪᴛᴜᴀsɪ sɪɴɪ, ᴋᴇᴊᴀᴘ sᴀɴᴀ. sᴏ ᴍᴀᴄᴀᴍ ʙᴇʀᴄᴀᴍᴘᴜʀ ᴀᴅᴜᴋ. sʙʙ ᴘᴇɴᴜʟɪs ɢᴜɴᴀ ᴍᴄᴍ ᴄᴏɴᴛᴏʜ sᴋʀɢ ᴛᴀʜᴜɴ 2026 ᴛʜᴇɴ ᴅɪᴀ ᴅᴇsᴄʀɪʙᴇ ɴᴇxᴛ ᴘᴀʀᴛ ᴛᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ sᴛᴀʀᴛɪɴɢ ᴘᴀᴅᴀ 2 ᴛᴀʜᴜɴ sᴇʙᴇʟᴜᴍɴʏᴀ & sᴇʙᴀɢᴀɪɴʏᴀ. ᴛᴀᴘɪ ᴍᴜɴɢᴋɪɴ sʙʙ ᴏᴛᴀᴋ ᴀǫ sᴜsᴀʜ ɴᴀᴋ ᴄᴇʀɴᴀ sɪᴋɪᴛ ᴊᴀᴅɪ ᴀɢᴀᴋ ᴋᴀʙᴜᴛ ᴅɪsɪᴛᴜ ᴜᴛᴋ ʙᴀᴄᴀ ʙᴀʟɪᴋ "ᴇʜ ᴛᴀᴅɪ ᴛᴀʜᴜɴ ʙɪʟᴀ?" ʜᴀᴀ ɢɪᴛᴜ~

ʏᴀɴɢ ᴀǫ ғᴀʜᴀᴍ.. ᴍᴀᴋsᴜᴅɴʏᴀ sɪɴɪ ᴍᴜᴛɪᴀʀᴀ ɴɪ ɢɪʟᴀ? ɢɪʟᴀ sᴇʟᴇᴘᴀs ᴋᴇᴊᴀᴅɪᴀɴ 'ᴛᴜ' ᴀᴛᴀᴜ ғᴀᴍɪʟʏ ᴅɪᴀ ᴍᴍɢ ᴍᴏsᴛʟʏ ɢɪʟᴀ? 😭 ᴛʙʜ ᴀǫ ʀᴀsᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ғᴀᴍɪʟʏ ᴅɪᴀ ɴɪ ᴍᴍɢ sᴇᴍᴜᴀ ᴀᴅᴀ ᴘᴇʀᴀɴɢᴀɪ ᴘᴇʟɪᴋ. ᴜɢʜ sᴄᴀʀʏ!

ᴅᴀɴɪ.. ɴɪ ʟᴀɢɪ sᴏʀᴀɴɢ ɢɪʟᴀ. ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴛᴜ ᴊᴇ ᴅɪᴀ ᴊᴜᴀʟ ᴅᴀᴅ*ʜ😭. sɪᴀᴘ ʙᴏʟᴇʜ ʙᴜᴋᴀᴋ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴜᴛᴋ ᴊᴀɢᴀ ᴏʀᴀɴɢ ᴋᴜʀᴀɴɢ ᴡᴀʀᴀs ᴘᴜʟᴀ ᴛᴜ. ᴛᴀᴘɪ ᴀǫ ʏᴀᴋɪɴ ᴏʀᴀɴɢ² ᴛᴜ ᴛᴀᴋ sᴇᴍʙᴜʜ sᴇʙᴀʙ ᴅɪᴀ! ᴅɪᴀ ᴊᴇ ʏᴀɴɢ ᴍᴀɴᴅᴀɪ² ʙᴜᴀᴛ ᴜʙᴀᴛ sᴇɴᴅɪʀɪ & ᴏʀᴀɴɢ² ᴋᴀᴛ sɪᴛᴜ ᴊᴀᴅɪ ᴛɪᴋᴜs ᴍᴀᴋᴍᴀʟ ᴅɪᴀ. sᴀᴋɪᴛ sɪ ᴅᴀɴɪ ɴɪ ᴜɢʜ. ᴀᴛ ғɪʀsᴛ ᴀǫ sʜɪᴘ ᴋᴀɴ ᴅɪᴀ ɴɢᴀɴ ᴍᴜᴛɪᴀʀᴀ ᴛᴀᴘɪ ʙɪʟᴀ ᴅᴘᴛ ᴛᴀʜᴜ.. ғᴜʜʜ ᴍᴍɢ ʀᴀsᴀ ᴀɴɢɪɴ ᴊᴇ.

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ ᴀǫ ʀᴀsᴀ ᴘᴇɴᴜʟɪs ɴᴀᴋ sᴀᴍᴘᴀɪᴋᴀɴ ᴛɴᴛɢ ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪᴋᴀᴛᴀᴋᴀɴ ʀᴇᴀʟɪᴛɪ ᴋᴇʜɪᴅᴜᴘᴀɴ ᴏʀᴀɴɢ ᴅɪ ʟᴜᴀʀ sᴀɴᴀ ʏɢ sᴇʙᴇɴᴀʀɴʏᴀ ʙᴀɴʏᴀᴋ ʀᴀʜsɪᴀ ᴅᴀʀɪ ɴʏᴀᴛᴀ. ᴍᴀᴋsᴜᴅɴʏᴀ sᴇɢᴀʟᴀ ʜᴀʟ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ ᴛᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴍᴜᴅᴀʜ ᴊᴇ ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪsᴇᴍʙᴜɴʏɪᴋᴀɴ ᴅᴀʀɪ ᴅɪᴋᴇɴᴀᴋᴀɴ ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ ᴅᴜɴɪᴀ.

ᴅᴀɴ... ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ ʏɢ ᴀǫ ᴋᴇɴᴀʟ ᴅᴀʟᴀᴍ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ..

sᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ sᴄᴀʀʏ! ᴀʀɢʜ!😭

ᴀɴʏᴡᴀʏs ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴘᴇɴᴜʟɪs & ғɪxɪ ᴜᴛᴋ ᴋᴀʀʏᴀ ɪɴɪ. ❤️

#selerak #shazjohar #bukufixi #farzreads #bookreview
Profile Image for Lara Jean.
13 reviews
April 30, 2026
erm nak dekat 2 minggu juga nak menghabiskan buku ni, aku dah demotivated nak baca bila otak aku dah 'selerak' macam tajuk buku ni.. aku tak salahkan penulis, dia dah warning by tajuk buku, tp aku yang lalai hahaha.. cerita dia mudah je, tapi pusing sini pusing sana aku dah pening, seolah olah aku yang minum sirap limau tu. dengan ada gambar penulis di awal page, macam seriously u buat cerita ni ? selalu karya beliau best, tapi tidak yang satu ni. keciwa 💔
Profile Image for asyiqin faizal.
13 reviews
February 24, 2026
Mengikut tajuk, yes penulis ni mmg betul ikut sebab susunan cerita dalam buku ni memang berselerak so kene jadi macam detektif sikit, pandai pandailah connect the dot hehe

Setelah habis buku ini, boleh saya simpulkan, setiap watak dalam buku ni ade ke’gila’an yang tersendiri. Mutiara, Nilam, Aleya, Dani, Rose, Hurai and moree. Perkataan gila tu sendiri ade banyak maksud, so ‘gila’ dorang ni bukan tertakluk pada gila yang tak waras tu sahaja ye.

Cuma sedikit tak faham. Mutiara ni asyik cakap Zamrud lari rumah sebab mak dia tak suka tengok Zamrud ni nak jadi perempuan. But kat ending Zamrud ni macam lelaki normal je. Not sure if Zamrud ni dah berubah ke ape hurmm

Buku ni terbahagi kepada 3 chapters and banyak scene yg berulang (contohnya Nilam mesej Mutiara bagitau Mak jatuh waktu dialisis).

Awal2 baca memang pening sikit sbb taktahu yang mana betul yang mana ilusi sebab scene dia kejap jump part Mutiara, kejap Nilam, kejap Aleya and penulis takde indicate that scene from pov siapa so kene pandai2 lah huhu

Makin nak ke ending, baru macam ohhh tapi still ade beberapa part yang macam tak faham tapi takpelah kita buat2 saja ngerti

Overall buku Shaz Johar tak pernah lagi yang tak complikentut dan Selerak adalah salah satunya
Profile Image for Hikaoru.
967 reviews25 followers
February 3, 2026
Initially grabbed the book because I thought it was about mummy issues. Shallow, I know.
In a way, it was--mummy issues that is.

Oh before that, I'd like to say that I got this from googleplay and took a hella lots of tweaking to get it working on my kobo. Note to self, next time, if I wanna read any books from playbooks, I'd just use boox, rather than making it harder for myself. Let kobo be for libby.

This book has an unreliable narrator, so if you, like me haaate unreliable narrator, skip it.
The story is also all over the place as it goes back and forth from current time to the past and sometimes, the character is not even orientated to time, place or person which makes it waaaaay more annoying.

In short, I do not care for the characters, none of them. If you can't make me care, how can you make me like it.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews