Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari.Kamu menjadi watak transisi hidup mati.Protagonis atau antagonis,bergantung pada mata penilai manusiatetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati.Kerjaya ini, jika benar untuk Illahi, pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.
Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya,bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling 'kaya' dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu 'rasa itu' rasa yang tak mampu dibeli biar dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.
Buku ini kesinambungan daripada buku Diagnosis. Dari segi judulnya sahaja. Isinya, kalau tidak membaca buku yang pertama pun tidak mengapa. Mengekalkan format yang sama, koleksi cerpen berkisar kehidupan (fiksi / benar) dunia kedoktoran. Bezanya daripada buku satu, jumlah penulisnya meningkat sekali ganda. Dari tiga penulis, buku ini mencatatkan kisah daripada tujuh orang doktor.
Aku sukakan tulisan daripada Dr Azah dan terutamanya Dr Beni Rusani. Walaupun bersifat fiksi, tetapi nyata menyenangkan. Yang lain-lain, menarik juga. Dr Aizzat seperti buku sebelum ini, pandai bermain emosi. Cuma bila berulang benda yang sama (kisah sedih), sebagai pembaca aku mahukan yang lain.
Rata-rata, banyak kisah sedih sahaja yang dikongsikan. Muak juga. Walhal, dunia doktor (atau mana-mana bidang sekali pun) tidaklah selalu begitu. Keletah pesakit yang datang itukan pelbagai, itu juga seronok dibaca jika dikongsikan.
Oh! Kesalahan yang sama. Salah ejaan, tidak ada ruang kosong selepas noktah. Merimaskan juga. Mujur juga saiz buku dan tulisan yang besar kembali memesrakan mata.
Terma-terma perubatan yang banyak, jika tidak sabar memang boleh diabaikan sahaja. Tetapi, usaha-usaha penulis ini (mahu"mendidik") harus dipuji. Bukan selalu mendapat peluang sebegini.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana seorang doktor menulis tentang kerjayanya. Tetapi sebelum saya membaca buku yang kedua ini, saya tertanya-tanya pula, bagaimana beberapa orang doktor pakar menulis tentang kerjayanya?
Awesome and smart!
Membaca diagnosis 2 tidak sama sperti membaca diagnosis 1. Barangkali penulis-penulis lamanya kini sudah semakin matang dalam menyusun langgam bahasa dan plot penceritaan. Terkadang seperti membaca sebuah buku fiksi Inggeris, terkadang seperti membaca antologi cerpen; pun begitu ada peningkatan yang baik dari buku sebelumnya. Tidak lagi 'lompong emosi dan perwatakan'.
Satu. Tulisan Dr Anwar Fazal tidak berubah seperti sebelumya. Terlebih tepat melabelkan kebanyakan tulisan beliau sebagai anekdot - cetusan idea dari pengalaman perubatan yang kemudian ditamsilkan untuk renungan. Cerpen akhir beliau (cerpenkah itu?) sudah seperti cerpen cinta islamik (alahai, bukan ini yang saya bayangkan apabila membeli buku tentang kerjaya perubatan). Dapatlah diandaikan bahawa beliau tidak sabar untuk melangkah ke alam seterusnya - alam rumahtangga. Mabruk alaik!
Dua. Saya mendapatkan kembali keghairahan membaca apabila meneliti tulisan Dr Mahyuddin - seorang pakar ortopedik. Duhai, bagaimana semuanya kembali dalam memori sebagai 'houseman' dahulu! Posting ortopedik memang best! Bagaimana beliau mendidik masyarakat dalam 'Bubur Nasi', 'Tiada Lagi Syurga Buatmu', dan 'Bayi Tua' sangat berkesan. Patient education. Semuanya berkisar penyakit-penyakit yang terkait dengan bidang beliau dan bagaimana dogma dan stigma masyarakat mempengaruhi diagnosis setiap penyakit tersebut dan prognosis akhirnya. Well written, Dr Mahyuddin!
Tiga. Seorang pakar bius! Beliau menjadi diri sendiri dalam Baqa' - bagaimana dalam cerpen ini beliau menekankan peri pentingnya pendermaan organ yang masih belum mendapat sambutan dari rakyat Malaysia. Kemudian Code Blue - bagaimana dia bermain dengan kesudahan akhir sangat menyentuh. Apa yang diceritakan pada awalnya samalah seperti yang saya hadapi sewaktu houseman dahulu, - isu pesakit tiada pelawat dan sebagainya. Walau seorang pakar kini, beliau masih menulis seputar 'houseman life'. Ya, kerana kita semua bermula dari bawah dahulu. Barangkali itu yang mahu diingatkan. Kisah di Gaza itu saya menganggap beliau benar-benar terlibat kerana penceritaannya sangat nyata. Cerpen A.M. S pula memaparkan sisi lain kehidupan beliau (barangkali, bukan?). Watak sebagai pendaki cum Dr pakar bius yang harus memberikan rawatan kecemasan kepada beberapa pendaki yang mengalami A.M.S bermula dari sekecil-kecil simptom sehingga A.M.S paling kritikal sekali.
Empat. Saya tidak pernah membaca blog Dr Farah Liyana yang kini sedang menjalani latihan siswazahnya. Beliau menulis tentang pilihannya meneruskan karier dalam bidang kedoktoran dan seterusnya sedikit sebanyak tentang kehidupan sebagai seorang pegawai perubatan siswazah yang dijalaninya kini. Akhir sekali beliau mengkritik dan menyampaikan pesan kepada rakan-rakan sejawatnya agar menetapkan niat dan matlamat yang benar dalam meneruskan latihan mereka. Tulisan-tulisan beliau jelas sekali seperti menulis di blog. Using short form, urban diction, and mixed languge was how she deliver her thoughts. A blogger she is.
Lima. Dr Azah yang pernah menulis dalam diagnosis 1, kini jujur sya katakan penulisan beliau lebih baik dari buku sebelumnya. Menulis seperti seorang penulis, bukan seorang doktor. Beliau seorang doktor pediatrik, maka haruslah kebayakan tulisan beliau tentang kanak-kanak. kanak-kanak memang comel, dan manja keletah mereka. Menulis tentang mereka tentulah sangat seronok! Apatah lagi membacanya. Kesemua tulisan beliau sangat terkait. I had fun reading her works.
Enam. Baiklah, sejujurnya saya mengharapkan seorang pakar jantung menulis tentang sakit jantung. Tidak begitu? Tetapi ia seperti terpusing 360 darjah apabila beliau menulis dalam bahasa Inggeris yang sangat baik dan sesetengahnya seperti membaca karya fiksi Inggeris. Beliau dan tulisan. Beliau dan imaginasi. Seperti bergabung semuanya. Iyalah, apalah yang boleh ditulis sangat tentang jantung. Saya terlalu mengharap. Pun begitu tidak mengecewakan. Beliau membawakan hampir kesemua aspek yang sepatutnya dalam diagnosis 2 dengan baik - Cerpen 1: He's as the oncall anaesthetist - patient education tentang bunuh diri, cerpen 2 : Ini sangat nostalgik, melankolik dan sentimental sungguh! Beliau sangat pandai menulis. Tergabung pengorbanan old school practicing doctor di daerah pedalaman Sarawak dengan modern practicing doctor who's his own son. Cerpen 3: The smell of meleana is just the beginning. Somehow i think this one really projected the real person he is and his life currently. Reading this short story gave a little bit of insight into his life and his thought if not many. Keep it up!, cerpen 4: Another organ donation campaign. True. A donor is truly an angel. (I almost thought the heart came from Fiona, the character from Dr Mafeitz's Baqa'. Silly me). And last but not least, an almost-sci-fi english fiction from him. Love story of a doctor in ED setting. Imagine proposing in intense situation with bloods and syringes. And meeting your future grandson in ED? Well, truly a doctor. This one a good read. The end is a good continuation with the next author, Dr Aizzat, a neurosurgeon to-be. So much expecting a heart from a heart doctor!
Tujuh. Dr Aizzat really write about his works as neurosurgeon and they were beautiful. Thank you for kindly introducing reader to the world and works of a neurosurgeon. Pertama tentang mengapa beliau memilih bidang ini. Kedua dan ketiga tentang penyakit berkaitan dan pesakitnya. Keempat tentang kehilangan orang tersayang. Why doctors always write about death especially the death of their loved ones? I had tears reading his last story.
Being one myself, I too always imagine the death of my love one while saving life of others. I guess, its because the nature of work itself. Sometimes you just don't have the choice. Its life or death and sometimes, its hard making decision. To let go or to try. Its our bread and butter. Its our lives. And how we touch human in its physical form and their internal. How we touch their lives is how we would 'touch up' our own life too.
Doktor memang boleh menulis. Itu bukan suatu kejutan. Kerana mereka menulis dan bercerita setiap hari samada di wad atau di klinik. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan atau mengujakan apabila mereka menulis dan menghasilkan buku. Buku cerita tentang kerjaya dan hidup mereka. Tetapi adalah bagaimana mereka menulis, itu yang menarik untuk diteroka.
Buku ini, ternyata ditulis untuk orang awam, tanpa latar belakang perubatan. Kerana yang terbaik adalah menyampaikan, maka mereka telah melakukannya. Salute to the three specialists. I know they're busy but being able to write up a very nice and meaningful story for people to read is very much appreciated.
Kompilasi penulisan daripada beberapa orang Doktor Pakar yang hebat berkisar dengan pengalaman mereka sehari-hari. Kisah-kisah yang mengesankan, menyentap rasa, memberikan keinsafan terutama untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang dikurniakan Ilahi. Terkesan dan lebih menginsafi kuasa Allah yang bila Dia menghendaki sesuatu, cukup dengan berkata "Jadi. Maka jadilah." Betapa manusia yang merasakan dirinya hebat, sebenarnya tiada kuasa apa pun untuk mengawal sistem dalaman tubuhnya sendiri, hatta seurat benang saraf pun. Gaya penulisannya pelbagai mengikut gaya masing-masing yang dirasakan diambil daripada blog penulisan masing-masing. Kewujudan beberapa terminologi teknikal dalam perubatan ada kalanya mengganggu pembacaan. Apatah lagi bila ianya ditulis dalam bahasa Inggeris.
- Actually buku ni ditulis oleh 7 orang doktor di Malaysia ni. Ada pakar jantung, pakar neuro etc.
- Cerita-cerita yang ada dalam ni based on true story la kan. Takkan diorang nak reka story tu.
- Aku paling tersentuh bila baca dekat Dr. Aizzat cerita last dia, tajuk Norad. Nak tahu norad tu apa ? Norad tu sejenis ubat untuk menaikkan tekanan darah. Menangis bakhang ! Haha. Aku tak tahu la kot aku yang over emotional tapi bagi aku cerita tu sedih. Memang nampak pengorbanan seorang doktor tu macam mana. So, korang kena baca.
- Before masuk bab Dr. Aizzat tu, aku pun tertarik dengan cerita Dr. Mafeitz, kisah doktor yang bertugas dekat Gaza. Boleh bayang kot keadaan doktor tu time bertugas dekat Gaza. Pastu, cerita masa naik gunung everest tu, tu pun one of the interesting part in this book.
- Bila baca buku medik ni, korang akan dapat tahu istilah-istilah yang diguna pakai dalam dunia perubatan ni.
- Do appreciate doktor-doktor kat Malaysia ni. Ketahuilah, they are the best.
- We will gain a lot of knowledge dengan membaca. Bacalah.
Inspiring, entertaining stuff! Sadly it's mostly in Bahasa, so I can't really recommend it to everyone.
It was recommended to me by the interwebz (mostly Dr Beni's twitter). Seriously, many Malaysians are raving about this book and I figured I haven't had my share of Bahasa books in a while so might as well!
About My Copy of DIAgnosis2 Got this in the mail from White Coat Enterprise's online shop, aaand I somehow can't find the site anymore to link it here. If you can, get it yourself from the stores because the book wasn't packaged well for shipment. My copy had a huge fold/crease in one huge corner of the cover, extending several hundred pages into the book. I am particularly fussy about these things which is why I'm mentioning this. If you don't mind a little defect in your books, go right ahead and order it online for convenience. Just be willing to fork out an extra RM 8 for postage.
Well, if you can find the online shop again, that is ^^;
My Thoughts A great read, but is in need of editing- typos and grammatical errors are aplenty, and I'm not even taking about intentional ones. Suitable for most Malaysians of all ages, particularly those who frequent the healthcare facilities in this country for any and all reasons. Also dishes up some quick medical revision points here and there for readers who are in the healthcare system.
As promised by the writers (or at least some of them), this book is a roller coaster ride of emotions. There were even trace elements of sci-fi, thanks to Dr Beni. I cannot begin to describe how this excited me!
Sorry this mini review is not in Bahasa... and please don't bash me for not being patriotic and whatnot. My Bahasa (in writing) is just really awful.
Now to recommend this book to my friends and family!
Penulisan yang mudah, tanpa sedar membawa pembaca meresap masuk ke dalam pembacaan. Setiap kali membaca, akan mula justifikasi, ini lah penulis terbaik, masuk ke penulisan penulis seterusnya, oh tidak ini lagi terbaik, dan kemudian 'damn' ini lagi padu.
Bacaan ringan ini membuktikan kesibukan kerjaya dalam sains kesihatan sebenarnya masih punya ruang berkarya. Menyedarkan kita, pelajar perubatan khususnya bahawa memahami manusia itu tak pernah cukup hanya melalui teks teks tebal pengajian universiti. Sungguh, pesakit itu kan mampu beri seribu satu makna dalam hidup kita.
Dari penulisan tentang pengalaman, persoalan cinta, kebangkitan dari 'givng up' sebagai HO, hingga ke realiti kebahagiaan berkeluarga pasangan keduanya Doktor, buku ini membawa pembaca ke satu dunia baru, dengan horizon perasaan emosi yang luas.
Buat pelajar sains kesihatan, buku ini secara ringkas akan memberi gambaran kepada suasana kerja kita kelak. Menyedarkan kita, bahawa zaman belajar ini perlu diisi sebaiknya.
Tahniah semua doktor yang menulis dalam Diagnosis 2. Terima kasih.
Kisah Dr Aizzat paling aku suka dalam buku nie. Betul la pepatah kata "save the best for the last". Even kisah Dr Aizzat yg paling akhir, tapi kisah dia yang paling win and touched my heart. Aku rasa Dr Aizzat nie tulis pakai hati. Terkesan sungguh aku. Kalau kisah dia tu real story, aku doakan Allah beri kekuatan untuk dia supaya boleh terus tabur bakti buat ummah. I wish all the best for u Dr Aizzat. Keep doing what u're doing right now. Keep on inspiring people. And to the other doctors, kalau macam nie la doktor2 kat Malaysia, aku bangga. Moga para doktor istiqamah dalam membantu ummah. May Allah bless us all.
Soo much better than the first one but not in a way that it's degrading the first one... faham tak? haha. I especially like Fatin Liyana punya cerpen sebab rasa macam tengah sembang dengan kawan baik. Tapi part yang cerita2 cinta AF dengan FL tu rasa macam... awkward to read?? walaupun tukar nama tapi I know it's anwar fazal and fatin liyana. but I definitely love all the other short stories. Especially yang pakcik dengan anak dia yang tak reti baca tapi reti mengaji. and of course, can we take a moment to digest how good and gripping and suspenseful that last cerpen is. I ended this book in tears okay haha. kbye dah pi baca buku ni.
Keja aku nk menangis je baca novel nih. Sedih and sebak sepanjang masa. Diagnosis and Diagnosis 2 kerja nk merentap jiwa dan emosi aku je keja. Haha. Apa-apa pon tahniah diucapkan kepada Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azah, Dr. Fatin Liyana, Dr Beni Rusani, Dr Mafeitz dan Dr. Mahyuddin keranda dapat menghasilkan satu lagi novel yang sungguh bermakna bagi aku. Semoga kerjaya kalian sebagai doktor sentiasa dirahmati Allah SWT!
Second attempt on reading books regarding medical doctor. Bolehlah dapat gambaran bagaimana kerja seorang houseman, doktor dan even doktor pakar. Sibuk, sibuk, sibuk, itu memang pasti. Tapi, pengalaman diantara kesibukan, bukan semua orang boleh nikmati.
My favourite author is Dr.Beni. mungkin disebabkan aku suka baca fiction, maka aku jadi suka membaca pengalaman doktor yang seakan fiksi. Meet Dr Roy Izman & A timeless story are the ones that leave me breathless, trying to digest with emotions attached. it was a splendid read!
Dr Dr lain pun tak kurang hebatnya. Tulisan Anwar Faizal not bad. Banyak terselit pengajaran. Terselit juga kisah cinta AF dengan FL jeng jeng jeng. Dr Mahfeitz punya cerita ala ala kau tengah dalam misi kemanusiaan gitu. Adventure. Banyak lagi pendedahan melalui tulisan doktor doktor lain. Norad memang main point la dalam cerita ini, bak kata Dr Beni waktu dia bagi talk kat tempat aku. Aku sampai sanggup keluarkan rm30 untuk beli buku ini semata-mata nak dapatkan autograf Dr.Beni lol. Aku siap minta dia tulis kata-kata semangat lagi. Inspiring sungguh!
Overall, I think this is worth the read. 4 bintang, bacaan ringan yang membina. Buku ini nilainya bukan terletak pada tulisan, tapi pada pengalaman yang terkandung di dalamnya.
p/s: aku beli buku ini sebab Dr.Beni. adakah aku bias? lol
alhamdulillah, buku kedua ini tidak mengecewakan aku. sudah pastinya Diagnosis 2 ini lagi tebal dari buku Diagnosis kerana pertambahan beberapa lagi penulis yang dibarisi oleh doktor - doktor ummah yang hebat.
Sebagai pembaca diagnosis 1, aku sudah ada 'expectation' sendiri bila pertama kali aku membelek buku ini.
Yang paling aku ternanti nanti untuk aku baca sudah pasti coretan dr Aizzat, kerana bagiku penulisan Dr. Aizzat dalam diagnosis 1 sangat berjaya melemaskan aku dalam hiruk pikuk emergency room. alhamdulillah, penulisan Dr Aizzat dalam diagnosis 2 kali ini tidaj mengecewakan terutama dalam Norad.
Penulis lain ada cerita dan cara tersendiri untuk mengolah cerita mereka dengan sebaiknya. Penulisan Dr Beni juga bagiku amat memukau. Gaya bahasanya dalam penulisan bahasa Inggeris amat simple, tapi sangat vivid.You can actually see what the writer is trying to say as if you are living in his story.
Apa apapun tahniah buat semua penulis. semoga sentiasa semangat berkarya dan menghasilkan karya yang mendekatkan diri kita pada Nya. amin
Alhamdulillah, to be able to finish this book in one shot such a blissful thought of mine during this holiday.Wouldnt be able to go to BBW but spending my entire day reading such a great book is a bless.Short stories written by Malaysian doctors with different genres, storylife, handwriting and style.My favourite must be Dr.Beni and Dr.AnwarFazal.Their stories never fail me to cry, smile and touched.Nothing much to say, congratulations and may Allah grant all doctors and my friends future doctors a happy life and jannah for helping others,InsyaAllah.
Habis jugak aku baca buku ni. I've been putting off reading this book for ages. As usual, interesting. But different writers mean different style of writing and I need time to adjust. But still okay. Bolehlaa~~
4.5 star. Much better than the book 1. A lot of positive message that I got from this book. It change my perspective over doctors job. And i admit that I cry a lot reading this book. Im such an emotional person haha. Its good though. I got this book as a gift from someone. Thanks to that person.
Doctors are also humans. They live and die. They lose their love ones. They suffer from diseases too. They have problems. But they're strong. Like really strong. Salute!
Well... i used to choose doctor as a wannabe profession when i was young. However, fate brings me something else.
I pursue my study in engineering line instead. As i read the book, it really rings a bell why i wanted to be a doctor so much. Heroic epitome, lives savior, to be useful to other and so on.. Seems interesting and fascinating, is it not?
Diagnosis 2 serves stories of struggling doctors to cope with their life, family, career and ummah. A life so tough that my friend (a doctor) once had told me, do not become a doctor, as she really did look like a zombie back then (during her housemanship) . Nonetheless, the struggle is what makes me look high on them. Those doctor's stories do affect me in term of how can we relate our life, our deeds to be close to Allah. If doctors see life and death everyday, and that indeed can bring them closer to Allah, i wish my profession can do as much. Besides that, they share how a doctor can be so selfless to treat their patient, how they also been tested by Allah as they save other's lives, their love's one is at stake. Doctors can have depression too. Doctors are also a human being. Im glad to come across these beautiful and useful experiences.
Now, i don't envy the profession anymore. I just get jealous how i don't use my everyday routine to get to near Him.
Im a student. Just like a doctor who learn new thing everyday i guess. To be grateful is the key. Alhamdulillah ~
Dr Aizat stories was beautifully written and take us to reflect our own self. And Norad story was so sad and beautiful.
Overall, i enjoyed this book and regretfully i haven't read the first one. But nvm ill find it later and read it.
It was my first time read book that have been wrote by group of professional medical doctors. They managed to potrayed a beautiful story and its definitely inspire us to see on a bright side of each things that happen around us. Im considering to be part of the medical team now even though it kinda late for me but let see where it goes.
Thank you to the team and ill keep on supporting you guys from now on. Goodluck our frontliners. 👍