Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Habis sudaaaa.... Gigih saya menghabiskan walaupun ini bukan genre kegemaran saya kerana saya ini tidak berapa berani orangnya... bukan penakut ye... cuma tak berapa berani... BEZA TU!!
RUNCING 2 ~ 3 * Selesai sudah Runcing 2... * Tergantung...... * Terlalu banyak lompatan penceritaan. * Banyak watak yang tiada kesudahan. Saya keliru.... Setelah skodeng GR... aaaaaa penceritaan penuhnya ada di Runcing.... Inilah natijahnya kalau main rembat dan baca sesuka hati... hujung2 diri sendiri keliru sudah... Note to self: SILA BACA RUNCING NANTI. Sekian...
BIDADARI PENCABUT NYAWA ~ 2.8* Seperti juga Runcing, terlalu banyak watak di dalam ini. Walaupun agak serabut, saya tetap tidak boley letak. Hence... settled in one reading tapi kan lepas abis reading kan... pergi ke toilet adalah satu masalah bg saya... bayangan2 yg tidak2 mula berlegar2 di minda... hasilnya, toilet tidak ku jejaki sehingga lah ke waktu pagi...
But I must say... endingnya was like... heh?!! Setelah puas saya mengenal watak2, memahami mereka, rupa2nya punca segala2nya bukan pada watak2 tu pun tapi pada watak asing yg muncul di akhir cerita... it's like reading backward gitu... interesting la jugak.... Sekian
PENUNGGU RUMAH PASUNG ~ 2 *
SAYA BACA 2 KALI HOKAY!!!!! Hmmm... baca sampai 2 kali tp 2*. Apakah isu tu? kan? pelik kan? sebenarnya kan... * Pembacaan kali pertama... saya tak paham... hihihi... tp saya jenis degil! Naaaakkk jugak kasik paham... tu yg terjadinya pembacaan kali kedua. * Pembacaan kali kedua... laaaagi kelaut saya... Confirm! Memang tak paham.
Akhirnya saya paseghah... untuk membaca kali ketiga, memang tiada harapan la... cukup2 la saya blur dgn dunia nyata, tak nak la sy tambah kebluran saya.
Sehingga ke hujungnya, saya tak tau siapa yang memasung, siapa yang dipasung, dimana rumah pasung, siapa punya rumah pasung, siapa yang hidup, siapa yang mati, siapa yang betul, siapa yang salah. Nanti kalau siapa2 baca buku ni, kalau paham jalan ceritanya, mohon pahamkan saya ya sebab rasa macam ada benda tak sudaaah jek kalau tak paham ni... Sekian.
TETAMU SIANG ~ 4*
Well... tulisan RAM kan... Good marketing plan. Save the best for last. ** Superb writing! ** Interesting read!! ** Definitely shocking twist!!!
Berkecamuk fikiran saya baca... kept on switching back n forth sapa baik sapa tidak. Tu yang bila twist tu keluar, I was like aaaaaaaaaaa... gitu keeeee... but definitely marvellous!!! Recommended reading!!!
All in all... saya kagum... sebab dalam kebluran saya, dgn ketidak berapa beranian saya, saya berjaya menghabiskan pembacaan... Tahniah untuk saya... Ahaksss...
P/S: Macam dah lama tak bagi review bergambar. Ingat nak buat camtu utk buku ni tapi bila ngenangkan genre buku ni kan... dalam kepala saya dah siap mapping CONTOH2 BERGAMBAR, makanya saya KIV lah nawaitu saya tu ke lain buku....
4 kisah dalam satu novel. Malas dihuraikan satu persatu kerana hanya dua kisah sahaja yang saya baca hingga tamat, Bidadari Pencabut Nyawa dan Tetamu Siang. Lagi dua, baca sekerat sudah berat. Jalan cerita terlalu hambar, watak dilambakkan tanpa diberi pengenalan, dan pertembungan watak langsung tidak mengujakan. Ada juga bahagian yang diperincikan jalan ceritanya (barangkali ingin pembaca supaya mampu menghayatinya), namun sia-sia. Kalau sekadar ingin mendaki puncak bukit, tidak perlu rasanya setiap langkah digambarkan. Aduhai!
Walau bagaimanapun, masih satu usaha yang baik. Bukan mudah untuk mengarang cerita, saya akui itu. Barangkali kerana penulis lain digandingkan dengan tuan Ramlee Awang Murshid dalam satu novel, maka kekecewaan itu berganda apabila perbandingan dibuat.
Hampir 3 pagi. Tak boleh tidur. Jiwa kacau maka buat review lah...
Antologi yang terdiri dari 4 cerita:-
(1) Runcing II
m/s 19, Sahak minta darah harimau instead of darah babi untuk rawatan yang akan dilakukan keatasnya tapi kenapa tetiba dekat m/s 113 ada
"...kini Batin Uda menggunakan darah babi. Cuma yang sangat istimewa darah harimau diisi..."
Ceritanya tergantung. Dendam orang2 tua, santau guna kain batik, lelaki perkasa yang hilang entah kemana dan entah untuk tujuan apa, lelaki kasihan yang membawa diri, tali barut jepun, perempuan cantik yang tolak pinangan 7x sebab tunggu lelaki perkasa, etc. Aku pening lalala...
(2) Bidadari Pencabut Nyawa
Cerita ni okey sikit..walaupun banyak persoalan tak terungkai..ye la..macam ada sekuel nanti kot..ok..cerita ini reminds me concept of power rangers, sailormoon.. rupa2nya penjahat/hantu-yang-ko-lawan-hampir-putusnyawa-tergolek-menanges tu rupanya hantu hantu suruhan je..presiden hantu belum keluar..dia keluar dalam next scene..hero pun xtau..
(3) Penunggu Rumah Pasung
Aku risau betul dengan cerita ni. Risau bukan sebab pasal hantu..tapi sebab cerita ni macam satu journey atau adventure dalam distopik..segalanya tentang sengsara, ketidaktahuan, ketidakpastian, kekeliruan, kecelaruan, kehilangan, dan segala macam lagi..tambah sengsara dari awal pembacaan hingga akhirnya, aku tertidur 4 kali..pastu Aku lupa aku baca apa..paling sadis..dari awal hingga akhir plot berlegar2 diruang yang sama, tak bergerak, berulang2 dan tak smooth dari satu scene ke scene yang lain..statik..macam lari setempat gituh..tak pasti motif apa cerita ni didedahkan kepada umum..Aku bengang sampai kesudah aku celaru..
(4) Tetamu Siang
Heheheh..Ramlee Awang Murshid. The only one yang aku tunggu sekuelnya. Perusing tetamu siang dengan tanda tanya yang terjawab juga.. in love, always.
2 bintang..sebab tetamu siang yang menawan dan bidadari pencabut nyawa yang boleh tahan..
Shah dah baca yang versi novel dan Shah memang suka cerita ini. Cerita ini versi lebih pendek berbanding novel. Rasanya dalam novel penambahan dibuat pada penghujung cerita.
Bidadari Pencabut Nyawa by Riduan Judin
Mengisahkan tragedi berdarah berlaku di sekitar Sabah. Semuanya saling berkait dengan kejadian di Hutan Nusawungu. Jalan cerita agak menarik namun pengakhirannya masih tidak cukup lengkap. Ada persoalan yang masih tertinggal belum dijawab.
Penunggu Rumah Pasung by Jessy Mojuru
Sebuah cabaran dilakukan di sebuah rumah pasung yang dikatakan berpenunggu. Cerita ini antara yang buat SH pening dalam naskah ini. Banyak yang SH tak berapa faham. Dan banyak juga persoalan yang belum terjawab meskipun sudah sampai ke akhir cerita.
Tetamu Siang - Ramlee Awang Murshid
Juga telah SH baca dalam bentuk novel. Dan tentunya ini lebih ringkas dan tidak begitu terperinci berbanding dengan novelnya. Tetapi versi cerpen ini juga sudah cukup menarik untuk dibaca.
1. Runcing 2 - Zharulnizam Shah Z.A Ulasan Sha : Cerita mengenai manusia yang bertuankan makhluk yang tidak sepatutnya. Mengenakan santau pada orang yang tidak berdosa hanya kerana dendam dan dengki. Cerita ini agak bercelaru dan tergantung, mungkin ada sambungan ataupun cerita ini sambungan dari mana2 novel penulis ini. 2. Bidadari Pencabut Nyawa - Riduan Judin Ulasan Sha : Citer yang best. Semuanya bermula dengan kerakusan manusia. Maka muncullah Bidadari Pencabut Nyawa yang kerjanya menyesatkan manusia dan membunuh. Citer yang mengambil Sabah sebagai latar citer.. Hanya kerana cubaan meneroka yang berakhir dengan kematian makhluk yang memang ada dan wujud bersama kita. Cerita tanpa pengakhiran yang kukuh.. 3. Misteri Rumah Pasung - Jessy Mojuru Ulasan Sha : Memang misteri betul..Watak yang hilang ingatan, tercampak disebuah rumah. Perempuan yang telah berada di rumah tersebut sekian lama.. Misteri perempuan bernama wawa dan rini. Siapakah ridwan dan herman?? Kemunculan nenek memberi petunjuk akan misteri yang membelengu..Bagaimanakah kesudahannya?? Kenalah baca.. 4. Tetamu Siang - Ramlee Awang Murshid Ulasan Sha : Misteri dan menakutkan betul cerita ini. Terganggulah juga tidur sha selepas membacanya.. Baca pula waktu malam.. Terbayang-bayang.. Hahahaha.. Cerita yang digarap dengan penuh suspen.. Membuatkan jiwa kita terkesan dan terganggu. Asasnya satu iaitu berpeganglah pada agama Islam, laksanakanlah suruhannya. Jangan sesekali terpedaya dengan godaan syaitan yang direjam.. Hijab manusia itu seeloknya biarlah terbatas. Cerita ini menggambarkan tajuk novel ini. Ohsem. RAM memang tidak mengecewakan. Kalau diteruskan dan digarap menjadi novel penuh, mesti lagi ohsem..
Empat kisah. Namun tak kesemua empat kisah itu mampu menarik minat. Saya cuma tertarik pada kisah RAM kerana twist ceritanya memang terbaik. Manakala kisah Runcing 2 bagi saya adalah lebih baik dijadikan sebuah novel. Manakala kisah Bidadari Pencabut Nyawa dan Penunggu Rumah Pasung sedikit keliru.
Jujur aku akui aku hanya mampu membaca karya Ramlee Awang Murshid. Bukan sbb karya penulis lain x best tp aku dah x larat nak pegang buku yang maha tebal sebegitu. Penat jari2 aku. Huhuhu!
pada mulanya saya beli buku ni kerana ada penulis Ramlee Awang murshid. tapi bila dah baca, saya suka keempat empat cerita.
lupa nak bagitau. dalam ni ada empat kisah dari empat penulis top. bukunya macam tebal tapi masa baca tak perasan pun tebal. hahaha
novel ni best. tapi nak cerita pasal target utama je. tetamu siang. atau diterbitkan semula sebagai Kashaf ain.
kisah runcing tu pun ada novel lain. iaitu runcing satu dan dua. apapun, saya dah tak jumpa lagi buku ni di pasaran melainkan buku prelove. maklumlah saya cuma reread buku ni sebab best
Tetamu siang je yg best. Runcing 2 mcm xd crita lnsg sbb tgntung2. At least runcing 1 xdla rsa trgntung sgt sbb at least bomoh tu mati. Crita bidadari pencabut nyawa dgn rumah pasung ambik masa dekt smggu nk hbskn.
Bagi dua bintang je sebab hanya cerita runcing 2 dan tetamu siang je yg best. Lg 2 ke laut. Tapi sayang, runcing 2 macam lebih kepada trailer. Dah lama dah tunggu cerita penuh runcing 2 yg x kunjung tiba.
Lagi 2 cerita mmg sadis. Gaya bahasa so so je and paling teruk plot nya. Berputar belit. Setting cerita pon tak menarik lansung.
4 cerita dalam satu buku memang menarik untuk dibeli. Ada pula sekuel dari novel RUNCING menambah minat nak beli buku ni. Tapi bila baca, sedikit kecewa sebab RUNCING II hanya boleh dianggap sebagai trailer sahaja. Harapnya ada la sambungan dalam sebuah novel lain untuk cerita RUNCING tu.
Cerita kedua Bidadari Pencabut Nyawa, jalan cerita bertindan-tindan... ada part yang kena baca berulang baru boleh faham...
Cerita ketiga, Penunggu Rumah Pasung, tajuk sahaja yang menarik hati... isi lain saya tak berapa faham...
Dalam novel ini ada empat buah cerita dari empat orang novelis berbeza. Terus-terang aku cakap, jalan cerita bagi 3 cerita yang pertama memang kurang menarik bagi aku. Namun, cerita yang keempat berjaya menarik perhatian aku. Belum pernah aku baca cerita yang menceritakan manusia menceroboh dunia jembalang. Hebat. Pada permulaan cerita, aku keliru, siapa sebenarnya yang jahat. Walau apa pun, tahniah RAM, buah tangan anda memang tidak mengecewakan.
ada 4 cerita dlm antologi ni tp cerita ram of coz la yg plg best dlm antologi ni..ending yg sggh x disangka.. cerita penunggu rumah pasung pun not bad wlupn mcm ssh nk fhm... 2 lagi cerita tu boleh la.....no komen....
Dah lama tak baca buku alaf21. 12 ke 14 tahun macam tu. Baca pun sebab ada Ramlee Awang Murshid. Apa yang boleh aku kata, penulis lain pun not bad. Bahasa baik. Kira macam apprentice RAM
Antalogi mistik jembalang ada 4 cerita mistik yang penuh saspen dan kejutan...
1.runcing -zharulnizam Shah Z.A = "dalam kembara mistik yang cukup mendebarkan antara pertarunganhaq lawan batil"
Mengisahkan masih ada lagi masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan benda/kerja syirik seperti ilmu hitam...Di mana orang2 kuat beragama menjadi mangsa dan lawannya..
2.bidadari pencabut nyawa-riduan judin "darah dan hati kamu pasti akan menambah kejelitaanku!"
Berkisarkan kehidupan penduduk d ranau yg dihantui oleh 2 rogon yg membunuh semua manusia yg memasuki hutan nusawungu..Rupa2nya ianya adalah dendam si orang bunian yang ingin membalas dendam terhadap kematian suaminya yg mati dihempap pokok hasil pembalakan haram..
3.Penunggu rumah pasung-jessy mojuru"rumah pasung ini menyimpan 1001 rahsia. Hanya dia dan temannya yang tahu"
Kisah sekitar kota marudu Sabah mengisahkan zaidi yang dianggap gila apabila dia mula lupa siapa dia sebenarnya selepas satu tragedi berlaku ke atasnya..Dia mengulangi kejadian yg berlaku 2 tahun seblmnya demi mengingat kembali rahsia tentang dirinya..tapi bila sdh terungkai semuanya..dia dianggap gila
4.tetamu siang-ramlee awang mursyid"awas aku akan mencabut nyawa kalian bila siang menjelma tanpa belas kasian.."
"dendam antara manusia dgn jembalang..liau gantua si dukun yg bersahabat jembalang yg bernama suaka.... Sehingga menyebabkan perpecahan Antara penyokong liau gantua dan salleh bekas iman... Adi anak salleh menjadi pembunuh di alam jembalang sehingga digelar tetamu saing.yg mana akhirnya dendam itu berterusan hingga ke cucu ...(**best kita mau tau siapa tetamu siang..apa kesudahan suaka?)