Perjalanan kisah Tok Alang Bersama Pak Usop dan Tok Deris masih belum berakhir. Kali ini mereka mendapat ancaman dari kaum jin hitam yang diketahui merupakan musuh tradisi galur arwah Maulana Ishak selama seribu tahun lamanya. Maka bahaya yang sangat besar sedang menanti Tok Alang dan sahabat-sahabatnya.
Namun, apakah perkaitan Tok Alang dengan kaum jin hitam? Apakah yang mereka mahu sebenarnya memandangkan Tok Alang bukanlah musuh mereka? Sudah pasti ancaman kali ini akan menimbulkan kekecohan yang amat ketara. Dapatkah Tok Alang menghalang tujuan mereka?
Satu lagi persoalan yang bakal terjawab adalah; apakah perhubungan sebenar Tok Alang dengan Firdaus? Apakah signifikannya kisah Tok Alang ini dengan kisah dari dunia si kembar; Ahmad dan Muhammad? Siri ketiga ini bakal memberikan jawapan yang selama ini tidak dijelaskan. Jawapan yang bakal menyambung titik-titik persoalan yang akan membentuk satu garisan cerita yang selama ini menjadi misteri. Dapatkan jawapannya di dalam naskhah terakhir ini.
Jin hitam mula berdendam dengan Tok Alang. Mereka mahu menamatkan kisah Tok Alang. Satu persatu kejadian kematian di kampung mula mencetuskan rasa tak geram pada Tok Alang. Anak gadis pula diculik seramai empat orang. Tok Alang bersama Pak Usop dan Tok Deris menunggu kehadiran Firdaus. Usai Firdaus tiba, mereka menuju pula ke Alor Gajah, bertemu dengan Haji Wahab.
Mereka bertambah buntu untuk mencari jin hitam itu. Jin hitam itu merasuk seorang lelaki demi mencapai hajatnya. Dan mereka sengaja berpindah randah untuk mengelirukan Tok Alang. Sesekali Tok Alang dibantu oleh Samad, seorang orang bunian yang boleh muncul bila-bila masa saja jika ingin mendapatkan info lanjut. Walaupun nampak macam tak membantu, tapi ada juga rahsia yang dia dapatkan dari Samad.
Tak lama selepas itu, Tok Alang dikurung dalam satu dimensi yang membuatkan Tok Alang sukar untuk bergerak. Dimensi itu memberikan kelebihan pada jin hitam untuk menumpaskan Tok Alang. Tapi Firdaus lebih bijak, kelebihan yang dia ada, mudah untuk dia mendapatkan bantuan dari bangsa jin iaitu jin Islam. Bermacam jenis orang bunian dia jumpa, malah boleh buat dunia jin tu macam rumah dia. Sesuka hati boleh masuk dan keluar.
Perjalanan kisah ini perlahan. Terlalu banyak naratif dari dialog. Aku ambil masa yang panjang untuk tamatkan, hampir-hampirlah malas nak tamat. Watak semakin ramai, Tok Alang semakin banyak rakan dan ilmu. Jalan cerita menarik tapi banyak sangat dialog yang cuba melawak, tapi tak sampai lawaknya. Annoying pun ada. Nyampah dengan Tok Deris, ingat kelakarlah tu. Tapi ending dan plot twist gila padu. Bersambung pula dekat Hikayat Long Sulaiman. Rasanya belum diterbitkan lagi.
Makin lama makin masuk air Tok Alang dibuatnya. Semuanya gara² bersahabat dengan Tok Deris yg makin desperate nak berbini KAHKAH.
Aku dah sangat familiar dengan cara penulisan dan lenggok cerita tuan penulis sejak sekian lama, satu perkara yg membanggakan adalah walaupun sudah banyak naskhah dari beliau yg telah ku baca, tiada sedetik pun aku merasa bosan dengan plot atau jalan cerita yg ditonjolkan. It keeps on giving me such adrenaline while reading it.
Untuk TA 3 ni, penulis berjaya memancing perasaan ingin tahu aku sedari awal kisah, jujurnya ada ketika aku merasa seperti kurang sabar, namun rasa itu mampu distabilkan pada pertengahan cerita. Tahniah juga kerana anda turut berjaya mengeluarkan air mataku yg amat berharga ini pada pengakhiran cerita sob sob..
Teruskan berkarya selagi diizinkan Tuhan, will patiently wait for Raja Garuda. Good job on making us hooked with the upcoming stories, Nyang!