Suatu hari Khairul bertemu dengan ibunya yang terlantar di hospital dan diberitahu bahawa bapanya seorang pemuzik jazz Yahudi yang tinggal di kota New York.
“Aku dahagakan kasih seorang ayah. Sepanjang remaja, aku mencari sahabat yang boleh aku sandarkan saat-saat manis dan kegilaan. Bila aku membesar aku adalah seorang arsehole sehingga tiada anak kampung yang sudi berkawan dengan aku. Bila aku bertemu dengan Amri dan Melur, ia seolah-olah bermula satu kehidupan baru buatku.”
REBEL menyentuh tentang persahabatan, identiti, persoalan generasi dan juga being.
3.75* untuk naskah ini. Rasanya aku lebih suka naskah ini berbanding Santet. Yeah!
Aku tidak tahu kenapa aku tidak dapat memberikan rating yang tinggi untuk naskah yang comel ini. Mungkin kisah ini hanya sedang-sedang sahaja, tidak terlalu seronok dan tidak jugak terlalu buruk sehingga membuatkan kau rasa nak campak ke luar kereta. Naskah ini masih baik untuk menjadi bahan bacaan minda.
Aku baca Rebel ini dari Johor Bharu menuju ke Kuala Lumpur dengan ditemani muzik Jazz dan dalam keadaan cuaca yang agak terik. Mungkin juga itu membuatkan mood aku lari sedikit untuk menyukai naskah ini seperti pembaca lain.
Ini adalah novella. Helaian muka suratnya memang nipis.
cover yang agak cool!
Cuma bahagian 2 dalam Rebel lebih menarik perhatian aku yang mengisahkan berkaitan Khairul yang berjumpa dengan ayah kandungnya yang merupakan Jewish di Kota New York berbanding bahagian 1 yang mana hanya menceritakan kisah remaja yang sedang memberontak dan cuba mencari kebebasan dalam hidup. Persahabatan mereka bertiga sebenarnya agak pelik. Sebab mungkin aku tidak pernah merasai kisah persahabatan sebegitu. Jadi aku tidak dapat merasai kisah itu sepenuhnya di dalam jiwa. Itu kelemahan diri-sendiri.
Seperti yang saudara Lokman Hakim perkatakan di dalam reviewnya, pengakhiran kisah ini seperti ditulis agak terburu-buru. Mungkin encik penulis tidak mahu melebihkan patah perkataan naskah ini atau memang abam penulis ingin menyegerakan manuskrip Rebel ini untuk diberikan kepada pihak penerbit.
Ada beberapa typo, tapi tidak menjejaskan pembacaan pun.
Apabila kau mengetahui yang kau ini adalah anak seorang Yahudi dan mungkin juga hanya anak luar nikah, apa yang kau akan fikir dan lakukan? Maka, itulah yang bermain di dalam jiwa watak Khairul. Cuma memang novella kebanyakannya akan membuatkan pembaca tergantung dengan pelbagai persoalan ke? Atau itu adalah trademark penulis-penulis zaman sekarang?
Apa-apa pun tahniah buat naskah terbaru ini abam Saat Omar! Moga terus suksess lagi!
Tidak dinafikan lagi tulisan terbaik oleh Saat Omar. Saya tidak mahu membuat ulasan panjang di sini, cukup untuk saya katakan jika kita ingin mencari novel Malaysia yang melukiskan semangat orang muda, kebosanan orang muda, dan pemberontakan orang muda terhadap budaya semasa, maka inilah novelnya. Saat Omar meletakkan penulisan realisme Malaysia di suatu tingkat baru ketika semua orang masih berdiri di lobi dan menunggu giliran naik ke atas.
Aku suka krisis Yahudi-Melayu dalam novel ini. Khairul yang tidak berapa kukuh agamanya, jadi skeptikal bila tahu dia anak seorang Yahudi. Suka akan sindirannya. Melayu membenci Yahudi sebab apa? Adakah ia sekadar indoktrinasi (ikut-ikutan) atau sebab Melayu memang kenal Yahudi dan benci mereka? Bacalah novella ini, dan putuskan sendiri kesimpulannya, di mana duduk pendirian seorang Melayu, Muslim bila didedahkan dengan krisis identiti begini. Kelakar juga membacanya sekali-sekala.
Persahabatan Amri, Melur dan Khairul agak aneh, tapi aku seronok juga membacanya. Rebellious, childish pulak rasanya (ada sedikit menyampah, entah mengapa aku pun tak tahu).
Namun mungkin naskhahnya pendek sahaja, dan pengakhirannya dirasakan seolah tak begitu kemas, macam terburu-buru untuk menutup kisahnya. Aku ralat nak bagi 4 bintang. Mungkin kalau ditambah lagi konflik dan diperhalusi lagi detailing cerita, seperti bagaimana sifatnya si ibu yang visionary tu ketika berjumpa Mark, aku tidak akan teragak-agak bagi lima bintang. hahaha.
Aku rasa novela ini agak filosofikal. Dari kewujudan hospital sebagai tempat pertemuan kematian dengan kelahiran, jamban, roh pekan-pekan kecil, syahdu malam sehinggalah persoalan Melayu-Yahudi itu sendiri. Semuanya senyap-senyap menyelinap ke ruang-ruang novela ini.
Perhubungan Khairul-Melur-Amri. Pada mulanya aku mengagak yang perhubungan mereka ini akan menjadi sejenis menage a trois. Tekaan aku meleset kerana perhubungan itu sebenarnya adalah perhubungan platonik lemau (aku mengeluh saat ini)... tetapi segar dengan jiwa-jiwa muda. Dan sampai suatu ketika, aku sebagai pembaca dapat merasakan yang kita adalah ahli keempat dalam kumpulan mereka. Hampir segala-galanya terasa hidup.
Bahagian II. Aku lebih suka bahagian ini, di mana Khairul memburu identitinya di kota New York. Dan aku juga rasa hubungan Khairul dengan ayahnya itu patut dikembangkan lagi. Apa-apapun, seperti yang telah aku katakan tadi, aku lebih suka bahagian ini.
Aku suka dengan Saat Omar ni sebab dia berani atas satu perkara yang dia suka buat dengan novel-novel dia yang lain (padahal baru baca tiga je :p) Aku tak tahulah dia sengaja ataupun apa .
Kritikal . Saat Omar kot , bila masa dia tak pernah kritikal ? So yang bahayanya cerita kritikal ni ramai orang akan anggap ringan — macam novel Seronok sedangkan bagi aku berat — tapi dia bawak kisah Melayu-Yahudi jadi maybe naskah ni ramai lah kot yang anggap berat .
Aku rasa pandangan-pandangan yang dibawakan dalam novela ni ialah pandangan peribadi penulis . Penulis seolah-olah mengajak pembaca juga ikut memberi pandangan dan berfikir pada masa yang sama .
Sekian .
p.s : Maaf tak berpengalaman memberi review .
[SPOILER] Haa salah satu sebab aku anggap dia berani sebab ending dia seolah-olah tak ada apa-apa . Sebab tu orang ramai tak puas hati dengan Seronok dan jugak naskah ni . Sebab ending yang 'eh macam tu je ?' .
Salah satu punca orang ramai cakap macamtu bagi aku adalah sebab rakyat Malaysia terlalu didedahkan dengan movie-movie dan novel-novel yang endingnya yang gempak-gempak sedangkan sebenarnya ending yang 'eh macam tu je?' juga berlambak dekat luar sana cuma tak masuk dekat Malaysia ni . Nak contoh ? Google lah haha .
"Persahabatan bukanlah seperti perkahwinan yang akan kekal sampai mati. Biasanya ia akan tersungkur di tengah jalan dan berakhir dengan buruk prasangka"
part 1 was interesting to me while i was reading it, but then i finished the book and tbh i liked part 2. i like the combination of religion so its not only one religion in the book which makes it way more interesting. the storyline is interesting. i love how wild they are in their adulthood and the bond between the three friends. i still have no clue why in part 2 he punched that kid. im not sure he deserves it or not but he is quite stupid so im fine with it. to me the book is quite short but enough for some light reading. totally worth buying. to me its not that good but its not that bad either. bought the book at fixi, one of the workers there suggested me to buy this book, thank you for that bro i love u so much kekeke
Aku sangat suka konsep novela. Ceritanya padat. Banyak perkara yang berlaku dalam sebuah cerita dan berajaya dimuatkan dalam satu naskah yang tidak berapa panjang. Berkenaan ceritanya, sangat menarik, separuh buku ini tentang MC di Malaysia dan separuh kedua berkenaan MC di New York. Pada aku, part di Malaysia lebih fun dan part di New York lebih suspense. Dan aku rasa yang cerita di Malaysia lebih padat berbanding cerita di New York. Satu perkara yang aku tak puas hati, cuma kerana Khairul memanggil bapanya dengan gelaran bapa. Aku lebih prefer untuk Khairul memanggilnya dengan nama. Tapi mungkin perkara itu dah dikirakan oleh penulis.
Aku rasa perlu untuk aku beri rating tinggi kepada naskah ini. Ia ditulis supaya mudah difahami, seronok dinikmati. Aku suka penceritaannya yang lurus. Konflik dalam watak-wataknya sampai ke jiwa. Hinggakan saat-saat bosan mereka pun aku boleh rasa. Aku pun bosan. Hahahaha. Menarik betul buku ni. Rasa macam aku mengikuti keseluruhan perjalanan Khairul dan hingga ke akhir, aku tertanya; lalu apa?
Perkara lain aku tak perlu ulas. Bagi aku, naskah ni cukup memuaskan 😊
Ceritanya sedap dan original. Tapi kenapa endingnya macam tergesa-gesa. Persoalan lain pulak, mak ayah Amri tak kisah ke Melur tidur sekali dengan Amri dan Khairul. Hospital mana yang letak pesakit lelaki dan perempuan bercampur-campur? Sebelum ayah Amri masuk hospital akaun simpanan diorang dah habis. Habis macam mana Melur dengan Khairul boleh lagi duduk situ lepas Khairul balik dari New York. Datang duit dari mana?
persahabatan mereka adalah sebuah rebel terhadap kebosanan, iaitu dengan membunuh nya tanpa ada makna. menukar takdir hidup kadangkala bukanlah tanda sebuah kerebelan. dan anda juga boleh dibunuh jika berfikir sedemikian.
Bagaimana kalau kau tersuka kawan yang sekepala dengan kau? Dan bagaimana satu hari dapat tahu ayah kau adalah seorang Yahudi? Saat Omar merungkai isu kritikal dengan naratif dan bahasa yang bersahaja.