Jump to ratings and reviews
Rate this book

Polaroid

Rate this book
“Polaroid terakhir dia muatnaik dalam tumblr adalah gambar sebuah masjid yang cantik tapi aku tak pasti di mana. Di bawah gambar itu ada kapsyen yang dia tulis sesuatu tentang ‘menunggu beberapa bulan saja lagi.’ Aku mungkin memahami makna tersirat gambar dan kapsyen itu, tapi ia tak menghentikan aku dari bercita-cita untuk mengajak dia keluar.”

POLAROID adalah larian marathon seorang lelaki dalam mengejar cinta, memori dan makna hidup.

123 pages, Paperback

First published February 1, 2015

1 person is currently reading
26 people want to read

About the author

Mohd Azmen

19 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (24%)
4 stars
23 (46%)
3 stars
12 (24%)
2 stars
2 (4%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
February 21, 2015
3.5* untuk naskah ini. Yeah!

Cerita ini bukanlah kisah cinta seperti kisah-kisah yang sudah kerap kali kau temui. Ini lebih kepada kisah sebuah kehidupan. Kehidupan seorang lelaki dalam memendam sebuah cinta pada sang gadis selepas membeli polaroid daripada gadis yang bernama April. Namun apabila gadis yang dicintainya itu hilang/ lenyap begitu sahaja ketika di Boston selepas kejadian pengeboman, dia terus berharap cintanya itu akan terus utuh di dalam hati dengan mengharap sang gadis masih mampu ditemui. Usaha sedikit demi sedikit terus dilakukannya.

Pertemuannya dengan seorang demi seorang manusia lain ketika meneruskan keberlangsungan hidup, membawa kepada sebuah erti kehidupan. Ragam manusia mampu kau lihat melalui watak-watak yang lelaki itu temui. Fuhh!

Kisah ini santai. Penyampaian ceritanya juga enak untuk dijamah oleh minda. Namun helaian naskah ini sangat nipis. Andai kau membeleknya ketika berada di toko-toko buku, kau akan berfikir dua-tiga kali untuk membelinya jika kau bandingkan dengan harga yang tertampal pada plastik buku. Namun, setelah kau memiliki naskah ini, kau pasti tidak akan kecewa. Walaupun kau tetap tidak puas ketika menutup helaian terakhir naskah ini, tapi nafas lega mampu kau hembus ke udara. Hatimu berbelah bagi samada kau ingin campak naskah ini ke dalam gaung atau kau simpan di atas meja. Namun akhirnya kau mungkin akan tetap susun kemas bersama buku-buku kegemaranmu di atas rak.

Andai kisah ini dipanjangkan, pasti aku akan lebih larut di dalam kisah watak lelaki itu. Wataknya tidaklah digambarkan sebagai seorang lelaki yang bersifat ala-ala perfect seperti artis kpop atau mana-mana lelaki pujaan gadis-gadis di Malaysia ini melalui penyampaian cerita yang disampaikan. Semuanya lebih misteri dan membiarkan kau meneka apa ciri-ciri sang jejaka itu.

Kaver juga boleh tahan.

Apa-apa pun tahniah untuk encik penulis. Saya tunggu naskah seterusnya!

Peace!
Profile Image for hans.
1,184 reviews152 followers
August 22, 2021
Ini antara naskhah lokal dalam wishlist paling nak baca walaupun buku ini dah lama terbit. Banyak baca ulasan bagus (dan tak bagus) pasal Polaroid, dan kebetulan terjumpa naskhah bertandatangan penulis di Kedai FIXI.

Polaroid dalam naskhah novela, tentang si lelaki dan seorang gadis bernama April dengan persahabatan yang lahir dari sebuah kamera polaroid. Kisah cinta yang dipendam senyap-senyap sehingga satu masa si gadis hilang tanpa khabar waktu sertai maraton di Boston.

Suka dengan narasi cerita penulis. Santai dan cermat gubahan plotnya. Tak ada yang gembira dalam Polaroid, sangat mellow tapi aku terhibur. Aku suka Egus, mungkin sebab dia gemar Bukowski(?). Insiden anggur peram kerana ritual dan cerita tentang orang kaya dan penyair antara babak aku suka. Adegan yang 'halus' dan sinikal. "Aku fikir mereka boleh jatuhkan kerajaan dengan wain dan prosa yang baik."

Si 'kembar tiga' Egus, Seth dan si gadis tatu Amber yang banyak bawa perkembangan kepada Polaroid, tukang alih perhatian dari rutin si lelaki yang tenggelam dalam bunyi statik televisyen dan rambang radio lepas April 'pergi'. Entah kenapa aku teringat perasaan baca Hear The Wind Sing karya Murakami yang bagi vibe sama bila baca Polaroid.

"Kau tahu tentang perpisahan? Ia perasaan tentang sesuatu yang berlegar-legar di sekeliling kau tapi kau tak tahu apa."

Suka gaya naratif yang hampir stagnant (atau mungkin antiklimaks?) penulis tapi masih berlegar antara memori dan pencarian makna hidup si watak utama. Fragmen dengan Juli macam dalam mimpi dan sehingga ke akhir Polaroid aku masih tertanya pasal playlist joging daripada April.

"Aku pun tak suka mengucapkan selamat tinggal. Aku fikir ia lebih teruk jika pergi tanpa kata apa-apa."

5 bintang untuk Polaroid (dan entah kenapa aku tak beli baca buku ini dari dulu, best kot).
Profile Image for Ririn Aziz.
801 reviews108 followers
May 31, 2015
Buku indie pertama yang saya baca yang menepati ciri-ciri yang saya gambarkan sebagai indie.

Quite okay, kata2 dan falsafahnya banyak yang menarik. Gaya penceritaannya unik dan tersendiri. Memang selalu la tergelak bila diri sendiri tertipu, atau lebih tepat, bila kebenarannya jauh lebih innocent dari gambarannya :-D

Cuma...perwatakan dan persekitarannya serta arah tujunya bukanlah apa yang saya cari dari sebuah buku.
Profile Image for Lokman Hakim.
Author 63 books124 followers
February 25, 2015
Tenang. Walaupun wataknya tidak aku ketahui namanya, tapi emosi dan karakternya digarap kemas. Setiap watak di dalam novella ini punya karakter yang jelas, menghadirkan kesan kepada pembaca seperti aku.

Perasaan sedih dan manis teradun kemas sepanjang pembacaan. Aku berharap satu hari nanti, penulis akan menggarap satu novel penuh. Tak puas membaca novella ini. Biar apapun pengakhiran kepada April, aku nak tahu.

Teruskan menulis, Mohd Azmen dan terima kasih sebab autograf naskhah ini. Ini penulisan yang digarap dengan jiwa, dan kesannya sampai di hati dengan baik sekali.

Tahniah, penulis. Aku tunggu karya seterusnya. Tak nak cerpen. NAK NOVEL PENUH.hahaha
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
617 reviews427 followers
November 28, 2023
Ada sesuatu tentang penulisan Azmen yang membuatkan aku tidak berhenti membacanya hingga ke pengakhir cerita.

Sebuah novela yang cukup simple dengan plotnya yang bagi aku agak mundane dan berkisarkan tentang seorang pemuda dalam ceritera hidupnya, dengan manusia sekeliling yang dijumpainya dan seorang wanita di dalam ingatannya.

Aku kira, penulisan Azmen menjadikan novela ini ada ciri standout nya tersendiri. Penulisan Azmen membuatkan seperti aku berada di situ, menjalani kehidupan harian pemuda di dalam cerita itu dan seperti penonton setia yang melihat setiap events in the main mc's life unfold one by one. Paired with Azmen's dark sense of humor , ia menjadikan novela ini sebuah kisah yang seakan tiada apa-apa tetapi juga merangkumi segala apa yang ada.

Soal kesunyian, soal melangkah ke hadapan, soal kekosongan hidup anak muda di kota , dan soal persahabatan yang terjalin tanpa disangka. Polaroid membawa aku dalam sebuah perjalanan seperti filem senyap yang aku bergerak mengikut pace aku sendiri. Its a quiet novela; the kind of quiet that lets you be drifted through the story. Tiada karakter yang sempurna di dalam cerita ini, tetapi setiap karakter yang ada menambah sinar warna kepada hidup pemuda itu; walaupun ia berpaksi kepada seorang wanita yang sudah hilang kelibatnya.

Recommended! It took me by surprise, and its a good kind at that.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
May 16, 2015
I'm not sure if it's because I had such high expectations or the book is just really such a failure but this is one of the biggest disappointments a book from the Malaysian alternative publication industry has caused me.

The book is divided into three parts and started with the story of how the protagonist bought a polaroid camera from the girl of his dreams after years of following her footsteps on the internet.

The first part is great, it's not the typical love story but just a story of a boy who's trying to make something out of his feelings. And the first part ended with a bang. Unfortunately it goes downhill from there.

The second part has nothing to do with the main plot and it felt pointless. While the third part was on its way to redemption then went nowhere. Maybe it attempts to being random but I'm just not a fan. The ending made me feel like getting every copy and burning them.

Mohd Azmen's writing is one of the better ones in the industry and I will read his second book Wiski Pop; but I really hope his future novels would not turn out this way again.
Profile Image for Azrin Fauzi.
Author 19 books45 followers
March 10, 2015
Cerita-cerita di tangan Azmen buat kita mahu lebih. Dan novela ini tidak terkecuali.

Kita tahu setiap bahagian dalam novela ini adalah kehadiran watak-watak baru dalam hidup naratornya. Tetapi kesemuanya bergerak kerana April. Bahagian (ii) paling menarik dan berwarna dengan kehadiran watak Egus, Seth dan Amber yang berwajah sama -surreal. Seringkali sesuatu yang “sama” itu membosankan tetapi mereka bertigalah aku kira paling berwarna-warni sekali perwatakannya dalam novela ini. Bahagian (iii) sehinggalah ke penghujung novela memaparkan momen-momen sayu dan mengkhayalkan. Ianya seperti bir yang diminum oleh Seth. Kau tak mau berhenti dan kau yakin yang kau tak akan mabuk.

Aku cuba pasang telinga pada bunyi sekeliling. Tiada apa bunyi. Kecuali bunyi televisyen yang bisu. Bunyi kipas angin. Bunyi helaian kertas. Dan itu saja. “Aku tak dengar apa-apa. Sunyi je?”
“Ya, betul, bunyi sunyi.”

Novela terbaik yang aku baca pada tahun ini. Setakat inilah.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 28 books187 followers
May 15, 2015
Kau tahu, bila aku sampai muka surat last, aku belek2 buku tu banyak kali. Aku belek banyak kali sebab aku nak cari muka surat yang tersorok dekat mana-mana. Tapi aku hampa bila aku tak jumpa.

Aku kira, cerita ni adalah anti klimaks?

Apa2 pun, aku memang suka cara penulisan azmen. Aku larut dalam ceritanya, di sebalik batang tar dan nikotin dan wain yang pahit, manis dan masin itu.

Pace cerita ni slow, tapi cara penulisan Azmen buat aku tak berhenti baca.

Tapi serius. Aku tak puas azmen. Novel, Azmen. Novel. Aku perlukan novel daripada kau!
Heheh

Anyway, tahniah weh!
Profile Image for Shafaza Zara.
167 reviews34 followers
December 9, 2015
Aku baca dalam perjalanan pulang aku dari Kuantan ke Selangor. Tapi sampai Temerloh aku dah habis baca. Kurang satu jam.


Membaca buku ini membuatkan aku teringatkan sesuatu yang aku tinggalkan dalam hidup. Sesuatu yang aku rindukan.

Profile Image for Asang.
Author 1 book3 followers
July 28, 2015
its a great story. with no happy ending. happy ending tu ada dalam kisah kisah dongeng. ini real! thanks man. good story deserve more. or shud i say, let the reader choose the ending.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books386 followers
November 23, 2019
Membaca profil penulis di penghujung novela, aku membayangkan Mohd Azmen ialah Egus. Penulis baik yang tak huhahuha bersosial, togok arak, clubbing etsetra etsetra (Azmen kata dia stay-at-home-date yang menjaga anak perempuannya). Menulis hal-hal hedonisitik hanya kerana dia- nak menulis?
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
May 28, 2022
Ini kali kedua aku membaca tulisan Mohd Azmen selepas Malam.

Seperti biasa, aku selalu jatuh cinta dengan watak sampingan. Egus; dia adalah kegemaran. Bukan kerana dia seorang penulis, aku gemarkannya. Tetapi, kerana wataknya yang menunjukkan kesederhanaan dan tidak terlalu ujub dengan tulisan-tulisan dan falsafah-falsafah miliknya yang telah dibukukan.

Tiga bahagian tentang novela ini yang seakan-akan tidak mengangkat tema yang sama.

Bahagian (i) - Bahagian ini membuatkan aku ingin membeli sebuah kamera polaroid daripada seorang gadis yang wujud di tumblr kemudian, berkawan dengannya seperti dia adalah kamera polaroid itu dan kamera polaroid itu adalah dia. Segalanya dirakamkan. Tentang gambar yang rosak itu, adalah sesuatu yang mengasyikkan. Mungkin kerana aku terlalu gemar dengan gambar yang rosak ataupun tidak disengajakan- candid, menyebabkan aku ingin gambar yang rosak itu wujud dan menjadi simpanan aku.

Bahagian (ii) - Bahagian ini lebih khusus dalam cerita persahabatan yang aku memang sangat gemar. Aku terlalu taksub dengan cerita tentang persahabatan, kerana ia adalah sesuatu yang subjektif dan tidak boleh diterjemahkan dalam apa cara. Membaca kisah persahabatan buatkan aku mahu mempunyai sahabat sedemikian. Dalam bahagian ini, yang paling menonjol adalah Amber dengan badan yang dicacah tatu dan itu adalah suatu kelainan. Siapa sangka, seumur 16 tahun, sebaya dengan aku ketika ini, dia mempunyai tatu pertama dan aku suka dengan keberanian sebegini. Orang muda hari ini, terlalu takut dengan perspektif orang lain, sampaikan terlalu takut dan kecut sehinggalah tiba di umur yang patut, baru ditunjukkan keberanian yang ada. Itu pun kalau sudah ada keberanian. Tapi, kalau dulunya pengecut, dan bila sudah tiba umur yang patut untuk tunjukkan keberanian itu, bagi aku mereka masih mengecut. Mengikut ketetapan adalah sesuatu yang salah.

Bahagian (iii) - Bahagian ini bahagian yang kurang menarik. Watak Juli mengasyikkan tentang bagaimana dia menimbulkan setiap persoalan. Tetapi, entah kenapa, dalam bahagian ini terlalu kosong untuk diceritakan. Mungkin, kerana watak April yang semakin dilupakan dan cuma muncul di saat-saat akhir buat aku terlalu kecewa. Tentang ending, aku kurang gemar tapi aku boleh menerimanya. Meminta pembaca sendiri menentukan endingnya, adalah suatu keperluan supaya tidak menghampakan pembaca dan meminta pembaca sendiri menentukan endingnya juga, adalah suatu kesalahan kerana membuatkan pembaca hampa. Itu bergantung kepada siapa yang membaca dan siapa yang lebih tahu tentang Mohd Azmen. Seperti aku, ia satu yang menyeronokkan walaupun agak menghampakan.

Empat bintang untuk satu cerita yang realistik. Hilang satu bintang kerana aku belum puas. Tidak puas dan aku terlalu marah kerana aku mahukan Polaroid kedua. Buatlah novela yang kedua ketiga keempat kelima dan seterusnya dan aku akan beli. Sebenarnya, aku terlalu bosan dengan istilah novel dan membuatkan aku tertarik dengan novela yang sikit, ringkas dan padat. Dimana aku nampak lebih banyak apa yang ada dalam novela berbanding novel.

Tahniah Moka Mocha Ink atas satu perkara yang diketengahkan dengan baik. Dan Mohd Azmen, tolong jadikan aku seorang yang tertunggu-tunggu dengan karya kau yang seterusnya. Aku perlukan Polaroid kedua ketiga keempat dan sampai penghujungnya walaupun, aku rasa sukar untuk menamatkannya.

UPDATE: Reread pada tahun 2018. Perasaan masih sama.
UPDATE: Reread pada tahun 2019. Masih sama.
UPDATE: Reread pada tahun 2021. Aku dah ada kamera polaroid sendiri.
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
February 9, 2015
Membaca Polaroid tulisan Mohd Azmen sememangnya boleh diibaratkan bagaikan mendengar cerita dari seorang kawan yang baru dikenali dua jam yang lepas. Sebagaimana pertemuan yang yang tak dirancang di mana mana warung atau bar, kau terus selesa mendengar dia bercerita. Berhubung itu, teringat aku dengan bait kata Hamka. "Penulis itu adanya dua. Mereka yang sememangnya mengenal baris huruf dan nahu, atau mereka yang menulis melalui pengalaman dan cerita hidup sendiri". Polaroid jadi bukti wujudnya golongan ketiga; yang menulis cerita tentang wayang orang lain.

Jalan ceritanya ringkas. Bacaannya lancar. Bahasanya mudah dan tidak membuai sebagaimana cerita cerita yang ditulis dalam bahasa Indonesia yang pernah aku baca sebelum ini. Ironinya, Polaroid sedikit mengasyikkan dengan jalan cerita yang tidaklah terlampau sekular, namun lebih kepada cerita seorang lelaki yang hidupnya biasa namun dia mencuba perkara-perkara yang dirasakannya mahu dicuba. Seperti sesi gin dan tonic bersama Amber dan Egus, seperti sensual ringan di atas meja di kubikel milik Juli. Mungkin (sekadar mungkin), inilah cara hidup yang paling indah; mencuba sekadar mahu tahu.

Yang paling indah tentang Polaroid ini adalah bahasanya yang sedap dibaca. Penggunaan bahasa Malaysia yang menyeluruh; hampir 98%, dan "kehilangan" perkataan Inggeris asli atau yang diada-adakan sebagaimana yang memenuhi penulisan waktu kini aku rasa bagaikan indah. Tak ramai penulis yang mampu menulis menggunakan bahasa seperti ini, aku rasa.

Secara keseluruhannya, 4 bintang untuk Polaroid. Satu untuk bahasa, satu untuk jalan cerita, satu untuk penerangan yang santai, dan semestinya satu untuk pengakhiran yang aku kira bijak; membiarkan pembaca membuat ekstensi sendiri tentang apa yang terjadi di Boston.

"Jadi, mari kita minum untuk puisi, prosa-prosa yang cantik dan liberalisasi" - Egus

p/s: Indah kiranya jika Polaroid dibaca di dua jam terakhir menginjak menjengah bulan Mei, dimana bait "Selamat malam, April" setara dengan ketukan kekunci terakhir Sherlock Holmes kepada karangan Dr Watson di dalam The Games of Shadow.
Profile Image for Zianaindah.
2 reviews
February 15, 2015
Bila tahu Novela ini tentang cinta, aku agak skeptikal untuk membacanya kerana genre kegemaran aku adalah seram. Tapi lepas baca bagai ada satu tarikan untuk terus membacanya. Polaroid boleh dikatakan bukan kisah cinta yang biasa. Terkesan juga membaca kisah cinta tidak terluah dan orang itu hilang tanpa dikesan. Hingga hujung novela ini, watak hero tiada nama masih menjadi misteri. Tapi itu tak menjadi hal kerana jalan cerita yang menarik dan membuat kita untuk terus membaca. Nama watak yang unik dan bukan common menjadikan cerita ini dekat di hati. Sejujurnya aku rasa novela ini lebih baik dari Kelabu.
Profile Image for Hairie R.
28 reviews8 followers
December 27, 2015
Polaroid ni menarik. Cuma aku tak capai klimaks ketika membacanya. Bagaikan tersangkut di traffic light yang tak pernah berubah ke lampu hijau. Mungkin sebab ianya terlalu pendek. Aku faham ini novela, tapi isinya rasa terlalu ringkas. Aku masih tertarik dan tertanya dengan kehilangan April yang buat watak utama ini tertunggu-tunggu 'cintanya'. Aku perlukan lagi untuk rasa puas dengan novel ni!
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 4, 2016
Cerita yang agak perlahan tetapi santai, tenang. Aku membeli dan membaca Polaroid kerana aku minat dengan Wiskipop.

Pada tengah novel ni baru aku perasan yang watak utama 'aku' ini tidak mempunyai nama.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
August 17, 2021
Saya rasa yang saya suka daripada Mohd Azmen daripada novela ini adalah kerana pembinaan wataknya dan cara penceritaannya yang bersahaja. Bagi saya ia novela dengan cara yang sendiri iaitu dengan cara menggabungkan tiga cerpen. Cerpen pertama, bagaimana dia berjumpa dengan April dan perhubungan mereka, cerpen kedua, dia bertemu dengan egus dan kembarnya dan yang ketiga cerita berkenaan dengan Juli. Dan kesemua cerita itu berkaitan yang tidak terlalu banyak.
Profile Image for Vitalia Ze.
28 reviews
July 26, 2016
Awalnya saya sempat ragu tidak bisa membaca novel ini karena bahasa Melayunya. Namun berbekal bahasa Indonesia yang masih saya mengerti dan sedikit kosakata Melayu yang saya ingat dari kartun Upin-Ipin akhirnya setelah menelusuri tiap halaman, saya berhasil membaca dan memahami isi novel ini sampai selesai dengan baik. Meskipun demikian, tetap saja masih ada sebagian kosakata Melayu yang memang kurang saya pahami dalam buku ini, mungkin karena baru pertama kali membaca karya sastra Melayu dan saya juga bukan orang Malaysia heheheh.
Tampilan fisik buku ini cukup menarik, salut buat Moka Mocha Ink. Buku ini simple namun tetap cantik buat saya Jenis kertasnya pun enak disentuh. Sampul buku ini cukup literal menggambarkan judul novelnya yakni tentang foto Polaroid yang simple, praktis namun meninggalkan kesan yang mendalam untuk yang melihat atau memilikinya. Begitulah judul novel inipun sudah cukup membuat saya penasaran. Kira-kira apa yang hendak Mohd Azmen sampaikan dalam polaroid novel ini ?
Mohd Azmen mengambil topik insiden bom di Boston yang menjadi unsur dari utama dari twist dalam hubungan sang pemuda dengan April. Cukup emosional nan menyentuh sebenarnya. Disini Mohd Azmen seolah hendak menyampaikan pesan tentang bagaimana seseorang harus benar-benar tegas dalam menggunakan waktu dan kesempatan sebaik-baiknya karena dalam setiap detik apapun bisa terjadi dan melenyapkan kesempatan tersebut.
Selain itu, dari novel ini saya jadi ikut belajar tentang kehidupan orang Malaysia pada umumnya seperti kebiasaan sarapan, kebiasaan pekerjaan kantoran di Malaysia, dan lelucon ‘Iblis dan tonik’ P. Ramlee yang membuat saya juga sempat bingung seperti tokoh utama diawal cerita. Pada bagian akhir, saya pikir aya akan mendapat kejutan berarti dari niat alur cerita. Sayangnya, saya harus menggantung perasaan itu sebab justru pada bagian akhirlah Mohd Azmen baru akan memulai kisah perjalananan sang pemuda. Saya cukup kagum pada Mohd Azmen untuk bagian akhir novel ini. Seolah-olah Mohd Azmen hendak berkata ‘Sebuah Awalan adalah Akhir dan Sebuah Akhiran adalah awalnya’. Saat ini saya masih penasaran apakan Polaroid ini ada sekuelnya?
VZ
48 reviews6 followers
August 21, 2015
Mujurlah aku dah terbiasa dengan penulisan si Azmen ni yang, ehem, hujungnya kena fikir sendiri. Kalau tidak, mahu meroyan juga aku dibuatnya ketika berada pada muka surat akhir, hehe.

Pertama: laras bahasanya cantik. Ia tidak terlalu 'pasar', tetapi tidak pula terlalu bombastik.

Kedua: plot yang (bagi aku) realistik. Tidak seperti novel-novel yang didramakan, Polaroid adalah seperti kehidupan sebenar,

Ketiga: Tiada typo, yay!

Bagi aku, novela ini ibarat drama tivi dua jam. Cukup sekadar itu, tidak terlalu berlebih-lebihan walaupun sebenarnya aku mahukan lagi!

Akhir sekali tahniah team editor Moka Mocha Ink, tahniah kerana anda buat kerja anda. Mahu saja aku kutuk penerbit lain, akan tetapi tidak mengapalah, aku tidak mahu mencacatkan review untuk Polaroid. :)
9 reviews
May 27, 2015
entah macam mana, aku tiba-tiba juga jadi alergi pada perpisahan setelah membaca buku ini .
Profile Image for Izzati.
610 reviews7 followers
October 26, 2018
This is a story about a meaningless life, or in a word, nothingness. With fake sprinkled all over it. And this description is me being generous, mind you.
I picked up this book as it was one of the recommended books in Malay writing and I wanted to be inspired by Malay writing because I haven't read any books written in Malay for over a decade now. Little did I know that I was bound to be greatly disappointed. The story revolves around an idiotic character whom the writer tried hard to make you believe that he was very accepting of the 'cool' and 'trendy' western lifestyle. The writer pushed this way too hard that it became more and more pathetic as the story progresses. I am hardly religious, but even books written in English by westerners do not need all or most of the 'ooooohhh-we-so-cool-we-be-playin-on-the-edge-of-the line bordering-into-the-things-frowned-upon-by-anal-Asians'. *insert eye rolls* Almost everything in the story is unnecessary. Instead of being inspired with a Malay writing,I became disgusted by it. Hence my writing this in another language. This for me is a perfect waste of time because I do not care to delve into the life of an imbecile who ironically thinks with his phallus despite lacking the balls on either side. But since I fucking spent RM20 for this book, I had to see it through. The only good side is that the book is short and it could help me progress in my reading challenge. I shall know by now, however, that I will never be reading any works from this author ever again. The unlikeable characters, in a story with no clever plot and topped with the lack of genuineness simply irate me. It simply isn't my cup of tea. I've never wanted to burn a book before but this book just managed to disappoint me like no books I've read before had done.
Profile Image for Khair Zawawi.
Author 1 book7 followers
August 11, 2022
Naskhah kedua Mohd Azmen yang aku baca, selepas Wiski Pop. Aku suka gila buku tu tapi Wiski Pop ada banyak cerita pendek.

Polaroid ni novel yang ada tiga bahagian. Bahagian pertama sangat straight to the point. Sangat laju. Bahagian kedua dah mula jadi agak rumit dan agak sukar nak habiskan. Bahagian terakhir kembali simple dan cepat habis.

Jalan cerita biasa saja. Cuma watak-wataknya ada kelainan dan berfungsi membantu dalam menggerakkan setiap babak, yang ditulis tak sia-sia untuk bantu aku cantum setiap misteri yang watak utama perlu hadap.

Secara keseluruhan, pengalaman membacanya sebagai seorang yang baru kembali cuba untuk membaca semula, aku sangat enjoy setiap saat selesaikannya.

Aku habiskan tak sampai sehari. Sebab ceritanya ringan-ringan saja. Cuma tak puas hati dengan penutup cerita yang tergantung.

Mungkin Mohd Azmen terpaksa potong sana-sini atas desakan penerbit supaya novel ni tak melepasi had muka surat yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada penulis untuk novel ini. Aku akan cari lagi karya-karya lain Mohd Azmen untuk mendapatkan pengalaman membaca fiksyen yang sangat mengujakan seperti Polaroid dan Wiskipop.
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
March 1, 2022
Suka dengan tulisan Azmen. Tapi pengalaman membaca Polaroid agak tidak memuaskan. Tak sampai klimaks? Tak tahu arah tuju cerita? Atau aku yang tak faham mesej disebalik novela ni? Hmm.
4 reviews
May 19, 2016
Buku ini penuh dengan nuansa American yang kuat dan bijak. Perbualan di antara watak-watak di dalamnya sedikit mencuit hati. Pada saya. Membaca scene di pub sambil mendengar album Dookie secara keseluruhannya seakan blend in dengan harmoninya. Ia juga penuh dengan harapan-harapan bagi yang baru mahu mula untuk mencari sesuatu. Teringat quote "Spend your money on the best shoes and the best mattress. 2/3 of your life will be spent on them." Mungkin penulis juga seorang sneakerhead (rasanya tak), but a pair of good running shoes are like the best baby steps untuk watak utamanya untuk mencari kekasihnya di Boston. Elemen American yang jelas, juga penyusunan plot yang membina. Steady dan rileks sahaja pembacaannya, seolah menarik kita untuk membelek muka surat seterusnya. Sequel kepada Polaroid please, Azmen. :)
Profile Image for Ryan&Hakimie.
17 reviews1 follower
August 2, 2016
Aku sukakan gaya penceritaan Mohd Azmen. Ia santai dan tenang. Novela ini aku mungkin akan berinya 5 bintang jika tidak kerana Bahagian III nya. Bagi aku Bahagian III kurang menarik berbanding bahagian I dan II. Watak Juli itu bagi aku tidak sekuat watak April atau Egus atau Amber. Dia tidak memberi impak yang besar. Keseluruhan Bahagian III itu dirasakan begitu bercelaru. Selain daripada itu, ini merupakan satu novela yang sangat baik.
Profile Image for Mardia Awang.
41 reviews2 followers
November 8, 2016
Kenapa aku suka buku ni,
1. sebab cover dia cantik
2. sebab dia nipis, senang bimbit, senang masuk dalam beg.

Cerita tak berat, senang hadam. lambat sikit habis baca, sebab setiap bab aku berangan. aku ada terfikir untuk beli kamera instan masa baca buku ni, pengaruh betul.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews