Haider Luthfan sebaris nama yang indah. Wajah tampan yang dimiliki oleh lelaki itu membuatkan sesiapa yang memandangnya tak tidur malam tak terkecuali untuk wanita yang bernama Larayne Xaviera.
Xaviera wanita cantik yang diam-diam jatuh cinta dengan Haider. Namun cintanya tak dipandang. Haider terlebih dahulu jatuh cinta dengan wanita lain dimana dia mengagumi cara wanita itu membawa dirinya.
“Awak tak rasa ke pertemuan kita berdua ni bukan satu kebetulan tetapi seperti takdir yang cuba menyatukan kita berdua.” — Haider Luthfan
“Jodoh itu seperti Alif lam mim, ayat pertama surah al baqarah, ertinya ‘Hanya Allah yang tahu." — Shaheen Annisa
Xaviera yang tahu dirinya dikhianati oleh kawan sendiri telah membuat satu rancangan bodoh yang menjeratkan dirinya ke neraka yang dicipta oleh lelaki tersebut.
“Saya tak setuju dengan pernikahan ini. Saya nak Haider bertanggungjawab atas apa yang sudah dia lakukan terhadap saya.” — Larayne Xaviera
Percintaan antara tiga segi menyebabkan ketiga-tiganya menanggung perasaan kecewa, sedih, duka dan gembira.
“Saya terlalu sayangkan awak sehingga saya lupa untuk sayang diri saya sendiri.”
Kerna terlalu sakit dengan keadaannya dia ikhlas lepaskan lelaki yang dia sayang kepada kawan baiknya. Dia tahu hanya wanita itu sahaja yang mampu bahagiakan lelaki yang bernama Haider Luthfan. “Awak dah jumpa kebahagiaan awak Haider. Jangan sia-siakan pengorbanan saya.”
Buku yg penuh emosi dan drama! Sakit mental, sakit lagi fizikal. Haider Luthfan dari red flag kepada green flag. Tapi pada saya dia tetap🚩. Agak ganas untuk bacaan muda ye. Pertelingkahan rumahtangga yg menyakitkan. Demi cinta dan kasih, Xaviera bertahan dan ‘menyerah’ bukan prinsipnya.
At first, kita semua tahu perbuatan Xaviera itu salah. Tapi, saya faham kalau dia cuma pertahankan perasaan dia. Tapi kekejaman seorang suami dayus lebih salah ye! Dgn kekurangan kasih sayang ibu bapa. Ibu mentua yg membenci. Untung ada Mak Yam dan Ayyan. Dua watak yg paling saya selesa sebab supportive dgn Xaviera.
Kerana lelaki, 2 wanita menjadi dingin. Annisa yg dikatakan baik mula berubah dan berdendam. Sampai akhirnya Haider terjerat. Xaviera pula semakin terseksa walau cinta sudah berbalas. Sikap Haider kadang unpredictable. Ada masa sweet, protective tapi kalau baran dia datang, kawan pun teruk dia kerjakan. Gila Haider ni.
Saya taknak ulas panjang. Saya tak menyesal beli apatah lagi baca. Pace laju. 859 muka surat tak terasa langsung bila setiap helaian memberi drama dan konflik berterusan. Cukup segala rasa. Marah, gembira, berbunga, sedih malah menangis! Saya benci bila manusia lebih menghargai setelah kehilangan!
And the last chapter? Apakah maksudnya tu? I hate this feeling yg tertanya-tanya kebenaran apa sebenarnya.😭 Sekian review untuk buku masa depan. Kalau tanya saya buku ni pain ke tak? Yes. Selamat menderita.👋🏻
First of all, the editing. Very poor editing from the beta reader and editor. Grammar banyak sangat yang out, sampai ada part yang mengganggu reading experience. F ada terbaca reader yang cuba cantikkan ayat supaya lebih sedap dibaca and jujur F cakap versi reader tu lagi smooth.
Viera ada crush dengan Haider tapi Haider suka Annisa. On their nikah day, Viera buat kacau dan hancurkan big day Haider dengan Anissa.
Viera dengan Annisa best friends. Dua² suka lelaki yang sama. So yes, cerita ni memang kisah berebut lelaki.
Family Haider yang malu dengan apa yang berlaku paksa Haider kahwin dengan Viera. Viera pulak ingat marriage tu akan bahagia tapi what she got was the complete opposite.
Haider pukul Viera macam dia tak ada nilai, hina dia, layan dia teruk. Viera tahu apa yang dia buat salah tapi dia tetap degil. Even bila dia tahu tindakan dia akan buat Haider naik tangan, she still does it bila dia nak sakitkan hati Annisa
F tak nak elaborate more sebab honestly, F suffered enough reading this.
Then bila Haider finally jatuh cinta dengan Viera, Annisa pulak yang sakit hati. From a good character, tiba² Annisa berubah jadi villain sebab dia masih nak Haider.
Then Haider kena kahwin dengan Annisa pulak sebab isu pertolongan mouth-to-mouth cpr yang dia lakukan pada Annisa.
Yang part ni F was like... what am I reading?
Setahu F, cpr memang melibatkan chest compressions dan rescue breaths dalam keadaan tertentu, so penggunaan istilah mouth-to-mouth cpr dalam cerita ni felt very questionable and unnecessarily dramatic.
Lepas kahwin, Viera frust dan bawa diri. Haider pula sasau cari Viera. Haider sakit hati dengan Annisa tapi takde kekasaran yang berlaku sebab dia dah berjanji dengan Viera..
Makin lama F baca, makin F rasa serabut. Giler sebab F tahu cerita ni unrealistic, banyak benda buat F angkat kening tapi F still kept reading. F beli mahal tau... I need to know the whole story..
Nak dekat ending pun makin mengarut.
Ada scene kematian tapi ada satu part yang melibatkan seorang lelaki, seorang wanita bermuka dingin dan Viera. And F was like… wait, seriously? Kira hiduplah kan. Masa jenazah dibawa pun takkan tak ada moment untuk tengok wajah buat kali terakhir? Mengarutlah...
And the ending itself? Cerita ni macam belum habis.
After five years masih tunggu nak balas dendam? Hmm... F rasa ada sambungan but F malas nak survey.
Sorry to say... bagi F cerita ni memang mengarut. Too many unrealistic situations, character decisions yang buat af pening, questionable details, plus editing yang really needed more work.
Dunia terlalu kejam untuk wanita sebaik Xaviera dan wanita sekuat Annisa. Saya suka ayat ni.
Penat weh baca buku ni, part nak habis tu tak tau la berapa banyak tisu saya ambil, air mata pun tak henti2 keluar. Author ni pandai tulis cerita yang buat kita rasa macam-macam emosi.
Saya suka watak Ayyan dan Emyr, mereka MVP cerita ni, watak Haider Luthfan dari black flag jadi green flag. Tapi saya masih anggap dia black flag sebab memang tak la saya nak maafkn lelaki panas baran macam tu. Once kau naik tangan dengan perempuan selamanya aku takkan support kau.
Berawal dengan kisah perkahwinan Haider dan annisa yang diganggu oleh Viera, so papa Haider minta Haider tanggunjawab atas perbuatan dia dengan Viera. Lepas kahwin, Sifat Haider berubah 360 darjah dari baik jadi bengis. Dia pukul Viera, dia pijak2 perut Viera, dia sumbat paksa mulut Viera makan nasi pastu dia tumbuk Viera dan paling keji dia tolak Viera jatuh tangga!! Pergh ni level sadis pyshopath tahap tinggi.
Pastu lepas Haider berubah jadi green flag, dia mula terima Viera dalam hidup dia, syg Viera, tapi aku baca tu aku menyampah, aku meluat, Viera ni bodoh juga eh, dah kena dera pun nak stay dengan lelaki macam tu. Kalau aku, aku lari rumah dah, lantak la laki tu nak cari aku macam mana, kena pukul kut, ni boleh masuk kes polis tau!
Aku sedih kat nasib Viera, mak bapak kandung tak support dia, mak mentua tak suka dia, bapak mentua marah kat dia, suami dayus kaki pukul, panas baran, kahwin satu lagi pula tu. Memang baguslah ending korang macam tu, sedih tapi aku puas hati!! Eh jap yang bonus ending tu siapa btw?????? Cerita tergantung 💔