Jump to ratings and reviews
Rate this book

Megat Qayyum

Rate this book
“Kalau you nak I maafkan you, cari Dian Kirana. I nak dia mengandungkan anak you... anak I.” – Tengku Suriana.

“I memang nak maaf you Suri. Tapi bukan dengan cara sakitkan perempuan lain. Ini bukan cara untuk minta maaf. Tapi ni nak melayan ego you!” – Megat Qayyum

Megat Qayyum hidup di antara dua nama:
Tengku Suriana, isteri yang tersakiti dan kejam.
Dian Kirana, isteri kedua yang menjadi mangsa cinta dan pengorbanan.

“I nak anak dari rahim Dian Kirana. Atau... esok pagi akan keluar kat Berita, Perempuan kena rogol beramai-ramai mati kena bunuh.” – Tengku Suriana.

Antara ketakutan dan cinta, Qayyum memilih untuk terus menyakiti Dian Kirana.
Kerana hanya itu caranya untuk dia melindungi perempuan yang dia cintai. Dia mencintai Dian sepenuh hati, tapi terpaksa menolak cinta itu demi menyelamatkan nyawa.
Dia benci Suriana, namun tidak mampu meninggal wanita itu kerana rasa bersalah dan juga ugutan.

“Apa pun pilihan yang aku pilih, dua-dua berdosa. Jadi aku pilih untuk tak menganiaya orang yang aku sayang. Aku pilih untuk tanggung dosa tu.” – Megat Qayyum.

Tapi sampai bila kekuatan itu mampu bertahan, apabila cinta dan dosa terus bertembung dalam jiwa yang sama?

Mampukah Megat Qayyum menebus dosanya... atau dia akan terus hidup dalam cinta yang tak pernah dimiliki?

“Kira, Abang Yum minta maaf. Abang Yum terpaksa kejam untuk keselamatan Kira.” – Megat Qayyum

745 pages, Paperback

Published November 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Aein Dhiyauddin

95 books280 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
2 (66%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for fatin.
7 reviews
January 19, 2026
Speechless...

Cinta Megat Qayyum terhadap Dian Kirana sangat dalam... Dalam novel Dian Kirana, mamat ni memang minta maki. Tapi bila dah baca POV Qayyum sendiri, aku jadi sedih Ya Allah. Kejamnya seorang Tengku Suriana... Qayyum tak bahagia langsung sepanjang perkahwinan dia. Dia hanya tersenyum dengan Kira dia seorang saja. Megat Qayyum yang red flag auto berubah sehijau amazon dalam novel ni. '

Dia sukakan Dian sejak berumur 17 tahun tapi pendam dan tak luahkan sebab mama dia suruh fokus belajar dan tunggu Dian tamat SPM dulu. Mama dia dah janji nak lamar dan nikahkan Qayyum dengan Dian sebaik saja Qayyum tamat belajar tapi sesuatu berlaku. Papa Qayyum mati... Syarikat bergelojak... Mama dia berhutang dengan atuk Tengku Suriana dan akhirnya... Qayyum terpaksa berkorban cinta yang tak sempat dia luahkan kepada Dian dan setuju bernikah dengan Suri.

Qayyum kena layan macam anjing ja dengan Suri tu. AKU GERAM TAU DENGAN SURI NI! ARGH! Qayyum cuba untuk cintakan Suri tapi perempuan ni sumpah macam akjdugwsdcjwg!

Semua kekejaman yang dia buat terhadap Dian, semua untuk lindungi wanita yang dia cinta. Walaupun sakit, dia kena hadap. Berpuluh tahun dia hadap sorang... Hadap kekejaman isteri sendiri yang dia cuba untuk ubah tapi nihil, tiada perubahan. Hadap yang Dian benci dia sebab perbuatan dia... Dan dia kena hadap bahawa dia dan Dian Kirana takkan pernah bersatu.

sedihhhh...

yang paling aku suka ialah scene sewaktu sekolah. Abang Yum dan Kira sangat comel, sangat sweet dan saya sangattttttttttttttt suka. kalau boleh nak minta lagi scene dekat sekolah, scene waktu remaja yang sangat heartwarming tu. besttt!

Dan ada juga scene yang buat aku 'erk? yucks', iaitu scene Johan ni kebanyakkannya menjijikkan aku. geli.

Dan ada plot twist yang aku cam 'hah?! the heck!' gitu.

Dian dan Isyraf pun bahagia dalam ni dengan anak-anak mereka. Dan Sofea pun akhirnya tahu yang Dian ialah mama kandung dia sewaktu birthday yang ke-15, itu pun lepas Azlee beri surat yang Qayyum post ke dia bertahun lamanya...

It's a good read tbh walaupun memang automatically rasa nak lempang patah balik si Suri tu. Tahu ada sakit mental tapi you should help yourself with treatment la... Dan family Suri ni pun layan ja apa yang dia nak. Itu yang naik tanduk Azazil atas kepala tu.

Apa yang aku kureng sikit dalam novel ni ialah penggunaan AI untuk illustration, cover, etc, dan tertukar nama watak, yang lain semua okey dah.

So, novel ni lagi sakit dari Dian Kirana.
Displaying 1 - 1 of 1 review