Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dhuha

Rate this book
Hidup Dhuha memang banyak yang kurang. Tapi itu tidak menghalang dia untuk berterus terang menyuarakan kehendaknya. Kalau memang suka, kenapa nak disorok dari dunia? Tambah lagi, si abang sepupu pun sayangkan dia.

“Abang Imad tu, tak boleh kacau eh. Abang Imad tu Dhuha punya.” – Dhuha

Namun tak disangka sikap berterus terang itu akhirnya melukakan hati. Dhuha jatuh terduduk bila mengetahui dia dikhianati Imad dan kakak tiri sendiri.

“Abang Imad mengaku, memang Abang Imad yang salah. Tak patut kami rahsiakan semua ni dari Dhuha.” – Imad

Adwan yang kekwat pula , memilih masa itu untuk menyedarkan Dhuha tentang kehidupan sebenarnya tidaklah semudah yang Dhuha sangka.

“Kalau selepas ni kau masih nak sukakan lelaki macam tu, itu tandanya kau yang aniaya diri kau sendiri.” – Adwan

Selama hidup ini, Dhuha tahu kewujudannya tak pernah dianggap sesiapa. Jamil, satu-satunya darah daging yang ada pun tak pernah berhenti membenci.

“Memang kau ni kerja buat masalah je sepanjang kau hidup!”- Jamil

Dhuha tak dapat menahan diri daripada mempersoalkan takdir. Mengapa dia yang dipilih untuk menjadi mangsa kejahilan orang sekeliling?

Benarkah takkan ada bahagia yang tertulis untuk dirinya?

659 pages, ebook

Published November 1, 2024

2 people want to read

About the author

Laydee Amarfi

18 books67 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (57%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for twiggies.
94 reviews6 followers
January 2, 2026
actually aku contemplated banyak kali nak beli ke tak sebab baca banyak good reviews on this one so rasa FOMO. tapi at the same time takut nak cuba sebab first time baca penulisan penulis. but no regret, turns out i really enjoyed it.

ebook ni memang focuses on Dhuha herself with self discovery & love. and ofc ada perangai manusia(s) yang tak ada otak dalam ni yang buat aku rasa nak tarik rambut sebab noyinkkk.

Dhuha ni boleh dikategorikan as fl yang jauh dari perfect & penuh flaws. honestly she’s very much a damsel in distress. ngl masa awal awal baca tu aku macam…🤨?? sebab dah kenapa asyik menyendeng dekat si Imad ni. tapi bila dah makin mendalami cerita, baru faham kenapa dia berperwatakan macam tu. fosho karakter Dhuha ni sebenarnya bold, cuma dia lurus sangat T-T rasa nak goyang goyang otak dia suruh sedar sikit dengan keadaan sekeliling.

KHAIRUL ADWAN 🛐 walaupun dia berat mulut, every word dia tu memang chef’s kiss. and every time Adwan fires back kata kata si Jamil, memang rasa puas namampos. orang tua tu memang layak dihentam, tak sedar diri langsung.

Jamil dah annoying, tapi muncul pula Imad dengan Huda. dedua syok sendiri. karakter diaorang ni kalau bercakap dengan dinding, dinding pun rasa nak bernyawa sekejap just to slap the hell out of their faces. aku sumpah speechless everytime baca dialog manusia manusia ni, shameless gila rasa nak kokak biar mampus.

talking about the ending i need more Dhuha x Adwan moments. tapi comel je baca epilog, part Dhuha discovered perangai Adwan yang satu tu 🙂🫶🏻 can try beli this one if you nak try penulisan penulis & mendalami kisah hidup Dhuha yang banyak menghadapi liku liku nak dapat kebahagiaan and the subtleness of Adwan trying to help Dhuha.
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
January 13, 2026
Kalau nak cari lelaki yang baik, carilah Adwan. Bila kau buat aduan je, dia alert. Dia faham bahasa perempuan. Dia tak mainkan hati dan perasaan.

"Aku jenis lelaki yang kalau aku nak, aku terus terang cakap aku nak. Bila aku dah nampak dia, aku cuma akan pandang dia. Aku akan usaha untuk dapatkan dia. Aku takkan pandang perempuan lain lagi." - Khairul Adwan

Jangan cari macam Abang Imad ni. Tak tetap pendirian. Macam lalang. Nak aje aku tebas. Kejap nak kakak. Lepas dah tunang, rasa bersalah pulak dengan si adik. Diayam-ayamkan (tak ada dalam kamus dewan ayat ni, saya yakin) pula perasaan Dhuha tu.

Sumpah scene ni buat hatiku membara. Wehh, patutnya kaulah kena buat keputusan mana yang kau nak. Kenapa kena mintak persetujuan Dhuha setelah kau bagi harapan kat dia? Ayam betul kau ni.

"Kalau Dhuha sanggup hadap semua ni bersama, Abang Imad boleh bincang secara baik dengan Abiyah. Sebelum kami pergi lebih jauh, ada baiknya Abang Imad hentikan sekarang." - Abang Imad.

Nasiblah Dhuha buat keputusan untuk pergi. Ayah sendiri pun selalu pukul dan meletakkan salah dekat anak yang tak tahu apa yang berlaku antara ayah dan arwah maknya dahulu. Kalau aku di tempat Dhuha tu aku boleh jadi gila. Tapi Dhuha ni sampai dah terbiasa dah tak dipeduli, tak diberi kasih sayang secukupnya dan tak dihargai. Rasa nak peluk Dhuha ketat-ketat. 🥹 Tapi bila dah jauh dari keluarga sendiri pun, ada pula ujian lain datang menerpa. Nasiblah ada jejaka yang selalu peka dengan situasi. Siapa lagi kalau bukan mamat aduan ni. Walaupun dengan Dhuha dia selalu cakap lepas, tapi apa yang dia cakap tu memang kena pada tempatnya. Sebab Dhuha ni pun blur dan husnuzon dekat orang tu alamak aiii... saya rasa nak hempuk jap. 😂 Tambah plak tak pandai Bahasa Inggeris. Tengah-tengah bincang hal yang serius pun boleh tergelak. Nasib dah jadi kesayangan Adwan.

Kepada Kak Fie, tolong jangan berhenti menulis lagi ya. Terima kasih untuk ebook percuma ni.❣️Berbaloi sangat baca. 👍

P/s: Dah baca masa tahun 2024 disebabkan nampak buku ni masuk GR, kita updatelah sini pula. Zati masih lagi dalam review slump. Mungkin dah pencen nak mereview buku dah. Selamat tinggal. 🤭 Saya dapat kasi rate jelah lepas baca buku mulai sekarang di GR. Kalau rajin akan update dekat ig story untuk review secoet.
Profile Image for Bell.
118 reviews3 followers
March 19, 2026
Dah lama baca, tapi banyak kali reread sebab sedap sangat penulisan kak Amarfi.
Ni karya pertama penulis yang saya beli, tapi terus jatuh cinta.

Saya suka sangat watak Dhuha.
Perkembangan watak dia pun sangat memuaskan.
Dari awal macam serba serbi naif, tapi lepas dia berhijrah, keluar dari comfort zone dia, dia jadi tegas.
Dia tahu letak boundaries, dia tahu cakap tak nak.

Lupa siapa dah yg si Dhuha ni suka, rasa nk tampar ya laki tu lagi2 waktu dia datang bandar semata2 nak ckp dkt Dhuha dia nak Dhuha dan nak kahwin dengan Dhuha, ko kenapa ek???

TAPI OF COURSE LA ADA SI ADWAN NI.
GARANG GILER OK.
DIA NI JUGA LA PUNCA SI DHUHA NI JD PEREMPUAN BIJAK, PANDAI UTARAKAN APA DIA RASA SEMUA TU.
N CARA DIA CONFESS???
EIII COMEL!!!!


SILA BACA OK!
Profile Image for chelsannereads.
210 reviews6 followers
March 19, 2026
Rating: 4.3 🌟
Trope: Unrequited love/Love betrayal/Broken heroine/Protective male lead/Emotional healing/From naive to strong/ etc...

Cerita ni pasal Dhuha yang selalu jujur dengan perasaan sendiri sampai dia terang-terang menunjukkan yang dia suka sepupu dia Imad. Tapi semua tu hancur bila dia tahu Imad sebenarnya khianat dia dengan kakak tiri sendiri. Dhuha terpaksa hadap sakit hati dan realiti hidup yang tak seindah yang dia bayangkan.

Dalam masa sama Adwan muncul dan mula buka mata Dhuha tentang dunia sebenar. Cerita ni fokus pada perjalanan Dhuha dari gadis yang naive kepada seseorang yang lebih kuat selepas dikhianati orang paling dia percaya.

My thoughts 💭 (my opinion)

First time baca karya penulis dan luckily saya suka!🤭 Semua ni salah diri sendiri sebab senang teracun, mula² baca blurb nampak promising turns out memang best! Permulaan saya agak annoying sikit dengan perangai FL iaitu dhuha yang bagi saya agak tak tahu malu bagitau orang kampung yang si Imad tu dia punya.

Like gurl?! Jangan buat malu please. 😓 Tapi bila saya teruskan pembacaan, tiba² saya jadi kesian dekat dia. 🥺 Betullah orang cakap jangan terlalu cepat menghukum. Dia punya perangai macam tu sebab terbentuk dari environment sekeliling dia sejak kecil lagi. Bayangkan lah bila Ayah sendiri tak sayang dari kecil. Dia dahagakan kasih sayang and disaat orang lain tak peduli dengan dia muncul abang Imad dhuha yang berikan perhatian pada dhuha dari kecik lagi.

Dari situ memang dhuha nampak Imad ni as hero dia. The only person yang ambil berat pasal dia. Kalau saya pun mungkin akan rasa benda yang sama. Tapi bila konflik mula timbul memang korang akan geram dengan Imad sebab lepastu dia macam tak guna dah.. Kakak tiri dhuha ko nak, dhuha pun ko nak! Apa benda lah! Jangan tamak please Imad! Nasib baik, ada Adwan yang sentiasa ada disisi Dhuha dari konflik start. Lepastu memang macam² Dhuha diuji, dengan dengki orang lain pada dhuha lagi... Haih kesian FL.💔

Overall, saya memang sukakan ebook ni! Sekejap je dah habis. Jalan cerita pun sangat menarik dan tak bosan. Korang kena beli ebook ni sebab cerita dia sangat entertaining. Ada pain sikit saya rate 2.5/5 gitulah. Nangis jugalah sikit, tapi tak sedih sangat. Will looking forward u tuk baca karya author yang lain. Keep it up author. 🙌 Highly Recommended 🤍
Profile Image for zairaidah.
416 reviews40 followers
January 3, 2026
Dah pernah baca lama dulu, lepas tu baru2 ni mcm famous pulak cerita ni dekat @thread. Lepas tu saya pun beli ingatkan ebook terbaru dari penulis. Rupanya... dah jadi extra. Lupa saya dah collect semua ebook penulis sebelum ni dan peram dalam phone.

Saya memang suka olahan penulis.

Kasihan sungguh dengan Dhuha. Dari kecil tak mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari ayah kandung. Abang Imad tu Dhuha punya. Ye Dhuha. Abang sepupu yang dari kecil sentiasa ada bersama Dhuha. Mula-mula tu saya sangka Abang Imad ni betul-betul suka Dhuha atau dia memang baik melayan Dhuha macam adiknya sendiri. Semua orang kampung tahu Dhuha memang suka sangat dengan Abang Imad ni.

Kehadiran Adwan sebagai kawan Abang Imad ni memang bagi kesedaran pada Dhuha. Sekali je dia bagi memang makan dalam. Tapi Dhuha tu lurus kadang lambat nak faham Adwan tu menyindir. Dalam tak sedar Adwan sangat ambil berat apa yang jadi pada Dhuha. Sehingga lah dia bawak Dhuha keluar dari kampung tu. Daripada Abang Imad bertukar kepada Adwan. Hero untuk Dhuha bila Dhuha dalam kesusahan.

Lepas tu meluat pulak tengok Abang Imad ni. Dua-dua dia nak. Baik sangat, dia tak sedar dia layan Dhuha tu macam budak kecil. Macam gila bayang dah dengan Dhuha.

Suka la part ending antara Adwan dan Dhuha. Comel.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews