Jump to ratings and reviews
Rate this book

Netra

Rate this book
Netra adalah sebuah permainan. Permainan yang tidak diketahui siapa perancang dan pemainnya. Apabila Naufal, seorang lelaki malang menerima jemputan untuk bermain, dia punya pilihan—untuk bermain atau tidak. Hadiah utamanya? Identiti sebenar pembunuh Nadhirah, anak kesayangan Naufal, akan terbongkar. Akibatnya? Tentu sahaja nyawa yang menjadi galang ganti.

Dalam permainan yang merosakkan kompas moral seorang Naufal, yang manakah pilihan anda? Terus mengheret Naufal ke dalam kancah kegelapan demi sebuah kebenaran? Atau... membongkar siapa yang cuba-cuba bermain dengan takdirnya dan berselindung di sebalik Organisasi Netra? Yang pasti, Hyang Netra memerhati semuanya!

Paperback

First published November 28, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Iqbal Rafiuddin

19 books44 followers
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.


Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for bookmehnia.
376 reviews20 followers
June 15, 2026
(35/2026) 3.5/5🌟 Thriller (Fiksi) | 296 ms

“𝙔𝙖, 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙝𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙗𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙪𝙩𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞. 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖. 𝙈𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙥𝙪𝙡𝙖 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙜𝙪𝙨.”

Naufal mungkin seorang lelaki yang paling malang ketika ini. Sudahlah kehilangan isteri lima tahun sebelumnya dan menjadi seorang ayah tunggal, kini dia kehilangan satu-satunya permata hati dan buah cinta buat dia dan arwah isterinya.

Anak tunggalnya, Nadhirah yang baru sahaja berusia enam tahun, mati dalam keadaan yang tragik. Nadhirah telah dibunuh dengan kejam dan pembunuhnya masih lagi berkeliaran di luar sana.

Naufal jadi hilang punca, hilang semangat dan kehidupannya jadi tidak terurus. Kematian anaknya juga menjadikan Naufal seorang yang hilang arah tuju sehingga ianya mempengaruhi prestasi kerjanya sehingga Naufal mengalami masalah disiplin dan diberi amaran dibuang pekerjaan.

Namun, semua yang telah berlaku membuatkan Naufal lebih berazam untuk mencari pembunuh anaknya dan motif pembunuhan. Naufal tahu dia tidak punya musuh, tidak pernah berhutang atau menyakitkan hati sesiapa pun. Jadi atas dasar apa anaknya menerima nasib sebegitu?

Sehinggalah suati hari, Naufal menerima nota di dalam sampul surat mengandungi kad berwarna hitam yang mempunyai simbol mata. Simbol itu mengingatkan Naufal kepada lukisan yang dijumpai di dinding rumahnya pada hari pembunuhan anaknya.

Apa yang lebih mengejutkan ialah isi tulisan yang terdapat kad berwarna hitam itu. Ia memberi harapan kepada Naufal untuk mengetahui petunjuk siapa pembunuh anaknya, dan Naufal harus membuat pilihan. Apakah Naufal akan menerima ‘jemputan’ itu atau menolaknya?

Di sinilah bermulanya peranan pembaca. Naufal memang akan diberi beberapa pilihan, namun pembacalah yang akan menentukan halatuju segala keputusan Naufal. Pembaca yang akan memilih keputusan yang terbaik bagi Naufal meneruskan kehidupannya.

Di dalam cerita ini, akan ada tiga jalur utama yang menentukan baik buruk setiap keputusan yang diambil untuk Naufal - 𝐇𝐞𝐥𝐞𝐧𝐚, 𝐄𝐱𝐤𝐚𝐫𝐭𝐮 dan 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐛𝐞𝐚𝐦. Setiap jalur ini mempunyai pengakhiran yang berbeza buat Naufal. Walaupun setiap jalur mempunyai Naufal di dalam penceritaan dan mungkin juga saling berkait di antara satu sama lain, namun setiap jalur masih dalam keadaan 𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢𝘭𝘰𝘯𝘦. Maka, 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚𝗡𝗬𝗔, pembaca menghabiskan ketiga-tiga jalur ini sehingga tamat, sehinggalah pembaca diberi arahan untuk ke muka surat 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡, yang akan merungkai jawapan kepada segala konflik yang berlaku.

Saya seronok membaca buku ini kerana teringatkan zaman kecil dahulu, ada banyak buku-buku cerita yang membolehkan pembaca untuk menentukan jalan cerita dan pengakhirannya. Penulisan fiksi dengan konsep sebegini bagi saya sangat bagus kerana ia membuatkan seseorang pembaca itu menjadi 𝘢𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘳𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳. Saya sendiri bersedia dengan 𝘩𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵𝘦𝘳, pen, pensel, 𝘴𝘵𝘪𝘤𝘬𝘺 𝘯𝘰𝘵𝘦𝘴 dan buku nota semasa pembacaan untuk mencatat sebarang nota, maklumat penting di dalam penceritaan dan juga nombor-nombor mukasurat yang terlibat.

Netra juga senang dibaca dan arahannya tidak terlalu rumit. Paling penting pembaca perlu betul-betul faham dan mematuhi arahan di awal mukasurat sebelum memulakan pembacaan untuk pengalaman pembacaan yang lebih mantap dan komprehensif. Paling penting tidak mencuri-curi baca bahagian lain semasa berada di dalam jalur penceritaan tertentu. 𝘑𝘶𝘴𝘵 𝘨𝘰 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘵𝘩𝘦 𝘧𝘭𝘰𝘸 bak kata orang putih! Paling penting, habiskan ketiga-tiga jalur terdahulu. Sebut tentang jalur cerita, ada satu jalur itu betul-betul menguji kesabaran saya. Mengucap panjang betul bila habis membacanya! 😂😂😂

Namun, ada satu perasaan aneh semasa pembacaan saya. Saya rasa seolah-olah saya sedang diberi ujian psikologi oleh seseorang dan pilihan-pilihan yang saya ambil untuk Naufal itu mencerminkan personaliti saya. Mungkin penulis boleh pertimbangkan penulisan di masa akan datang untuk punyai bahagian khas ini. Ada masa saya rasa saya bertindak kejam pada Naufal 😅, jadi saya terasa ingin tahu apakah perkaitannya dengan tingkahlaku psikologi. Di bahagian sinopsis ini juga ada menyatakan jalan cerita yang menentukan kompas moral Naufal, jadi adakah ianya mencerminkan personaliti pembaca? Terlalu rumit mungkin idea saya ini.

Saya juga tertarik dengan isu-isu psikologi dan saintifik yang diketengahkan di dalam penceritaan, seperti penerangan tentang eksperimen 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘨𝘳𝘢𝘮, 𝘪𝘭𝘭𝘶𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘤𝘩𝘰𝘪𝘤𝘦 dan 𝘰𝘳𝘨𝘢𝘯𝘰𝘪𝘥 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘨𝘦𝘯𝘤𝘦. Walau bagaimanapun, sebagai seorang penggemar berat jalan cerita yang mempunyai 𝘣𝘢𝘤𝘬𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 yang lengkap, saya rasa Netra akan lebih menyerlah jika ia mempunyainya, kerana bagi saya ia akan membuatkan saya memilih yang terbaik untuk Naufal, namun saya yakin penulis lebih tahu apa yang beliau mahukan dan ianya tidak menganggu mood saya membaca karya ini.

“…𝙄𝙩𝙪 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙣𝙞. 𝙆𝙖𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢,”

Secara moralnya, jalan cerita kehidupan Naufal ini adalah tentang membuat pilihan. Pilihan-pilihan yang kita buat adalah berdasarkan keadaan hidup kita semasa membuat pilihan. Adakala kita tersepit dengan masalah, membuatkan sesuatu pilihan itu terlihat 𝘴𝘦𝘭𝘧𝘪𝘴𝘩 pada pandangan orang lain. Namun tepuk dada dan tanya selera. Semuanya berkaitan integriti, kejujuran dan nilai moral yang kita pegang. 𝘛𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘢𝘳𝘦 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘴𝘪𝘥𝘦𝘴 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘢𝘮𝘦 𝘤𝘰𝘪𝘯. Terkadang orang lain mungkin tidak faham masalah kita dan begitu juga sebaliknya. Apa-apa jua yang berlaku, berbalik dan berdoalah kepada Yang Maha Esa, kerana Dia penentu segalanya.

“𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣?”

Sekiranya anda gemar penceritaan yang berkonsepkan permainan minda, Netra mungkin untuk anda.

ps: saya tak tahu kenapa, dalam fikiran saya terbayang Beto Kusyairy yang membawakan watak Naufal, mungkin terpengaruh dengan pembawakan wataknya di dalam GBGTH barangkali

#justreaddontbawang #bookmehnia #June2026 #2026reads #JuneTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #cerekaapp #helena #exkartu #starbeam #netra #iqbalrafiuddin

Profile Image for SS.
563 reviews10 followers
May 29, 2026
Menurut anda selaku penaja, apa yang anda ingin Naufal lakukan?

Basically, this is my third gamebook dari Cereka. Personally, Netra lebih mencabar dan buatkan otak saya bekerja keras hshs. Ada 3 jalur yang kalian kena explore terlebih dahulu ceritanya iaitu Jalur Helena, Exkartu & Starbeam. Kemudian selesai membaca ketiga-tiga Jalur. Kalian baru boleh ke bahagian kebenaran untuk mengetahui keseluruhan storyline. Tapi tidaklah semudah itu ya ☝🏻 Bukan straightforward punya gamebook but still enjoyable to explore. Malah, mungkin kalian kena conteng-conteng buku ni.

In short: Anak Naufal mati. Pembunuh Nadhirah pula masih tidak diketahui. Jadi dia mendapat tawaran untuk bermain permainan Netra. Niatnya cuma satu. Hanya ingin mencari siapa pembunuh anaknya.

Tapi, Naufal hanya akan melangkah dengan pilihan yang dipilih oleh pembaca selaku penaja.
Sebagai penaja. Kita ada hak nak atur arah perjalanan Naufal. Cumanya benda paling ketara ialah akan bermain dengan moral dan nilai kemanusiaan yang ada dalam diri Naufal. Dia boleh twist jadi someone else just like that 🤌🏻 Bukan Naufal saja diuji. Penaja juga ya. Saya keep it sendiri jalur mana saya suka. Yang pasti jalur tu adalah jalur yg tak membebankan (sangat).

Saya rasa kita semua cuba nak jadi penaja yang baik. Yang murni-murni untuk Naufal. Tapi hakikatnya, tak seindah yang kita fikir. Kadang nak buat Naufal jadi tamak. Tapi pilihan kita bakal membawa ke perkataan TAMAT. Kalau behave pun belum tentu selamat. Kadang nak aja ku hempuk buku ni bila nampak perkataan tu hshs. Salah pilih je memang bye bye jawabnya.

Ada elemen sains & scifi. Kalian akan jumpa banyak terma terma baru. And ada juga scene scene ganas. If nak baca Netra kena ekstra fokus dengan karakter, jalur, player & small details dalam ni. Congrats to @iqbalrafiuddin.koci untuk Netra. Entahlah dia makan apa dapat idea macamni haha pilihan-pilihan yang ada terlalu banyak diberikan. Kalau aku. Aku bagi setiap penaja 2 pilihan saja. Itupun next tu dah Tamat dah 😂
Profile Image for parareads.
229 reviews1 follower
May 20, 2026
Naufal dirundung malang. Setelah isterinya meninggal dunia lima tahun yang lalu, anaknya pula dibunuh. Namun pembunuh anaknya masih belum dapat ditangkap. Seperti di Squid Game, Naufal ditawarkan untuk bermain permainan NETRA, namun ia akan mencabar akal waras dan moral Naufal kerana dia perlu melakukan tugas-tugas yang dipilih anda (pembaca), sekaligus menyentuh nilai sadism dalam diri anda sebagai penaja.

3️⃣ Perkara:

👾𝑩𝒖𝒌𝒖 𝒈𝒂𝒎𝒆 & 𝒊𝒏𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒕𝒊𝒇.
Ini merupakan kali pertama saya membaca buku game and I LIKE IT. #NETRA merupakan game book yang mudah sebenarnya, apa lagi untuk pemula macam I. I suka pemilihan jalur yang disediakan sebab you takkan dapat satu cerita je dalam satu buku, termasuk jalur kebenaran. Buku ni memberi fresh vibe di samping I belajar pasal Milgram experiment (pernah baca somewhere dulu) and dunia gaming, simulasi, Organoid Intelligence (OI), macam-macam lagi.

💰𝑷𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒏𝒂𝒋𝒂.
Menarik sekaligus menghiburkan kerana pembaca dapat bertindak sebagai penaja dan dapat menentukan pilihan-pilihan yang diberi. Cuma kena tanda sikitlah jalur yang dah kita pilih tu agar tak keliru dah pilih yang itu ke belum. I punya version permainan Netra ni berakhir dengan kemusnahan, mungkin I memang nak dunia ni aman tanpa sebarang kejahatan dan pembunuhan. Sifat-sifat superhero gitu. At least menyanyi di stesen monorel tu takdelah teruk sangat, kan? Hehe.

⚠️𝑴𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈𝒊 𝒕𝒓𝒊𝒈𝒈𝒆𝒓 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊𝒈𝒖𝒔 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈.♥️
Nadhirah perlukan keadilan. Maka setiap apa yang dilalui Naufal, tidak dapat tidak, akan berlunaskan darah. Watak-watak seperti Marion Seeley, Helena, Zainal, Roy, semuanya pasti akan terlibat dalam tragedi berdarah dan keganasan. Cuma kalau dilihat dengan lebih dalam, semuanya kerana kasih sayang Naufal yang mendalam terhadap anaknya. Cumaaaa… Naufal tu.. Nadhirah.. Helena tu.. Isteri Naufal tu.. Haa baca sendiri nanti.

✍🏻: @iqbalrafiuddin.koci
🖨️: Amanz Media
📖: 296
⭐: 4/5

Buku game yang mudah difahami walau part kebenaran tu I keliru sikit but thanks Iqbal for giving me the chart. Menarik dan menyeronokkan. Terima kasih @cerekaapp for the book.
Profile Image for Kentang.
12 reviews
July 19, 2026
Baru nak pilih senjata dah mati😭 beratnya ujian🤣 aku sebagai penaja memang selalu membawa Naufal terus ke liang lahad😌
Displaying 1 - 4 of 4 reviews