Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pesuruh

Rate this book
PESURUH merupakan karya terkini Ahadiat Akashah yang membawa pembaca menyelami detik-detik awal kerasulan Nabi Muhammad SAW, dengan naratif yang dramatik dan penuh emosi. Melalui gaya penulisan yang menyentuh jiwa, Ahadiat menghidupkan kembali peristiwa agung ketika wahyu pertama diturunkan oleh Malaikat Jibril di Gua Hira', memberikan perspektif baharu yang mendalam dan menyentuh hati.
*************
"Bacalah!"
"S-s-sungguh! Aku t-tidak p-pandai membaca...."
Sepantas kilat lelaki itu terus menarik dan merangkulnya. Cengkaman pelukan itu semakin kuat dan dia mulai lemas dan lemah.
Nafasnya tercungap-cungap sewaktu rangkulan itu dilepaskan.
"Bacalah!"
"A-a-aku t-tidak p-pandai m-membaca..."
Dia tidak langsung berdaya untuk menghalang lelaki itu merangkulnya lagi. Dia semakin lemah. Dia pasrah....
"Bacalah...."
"S-s-sungguh... a-aku... t-t-tidak p-pandai m-mem... b-baca..."
Tanpa belas kasihan dia dirangkul... dipeluk lagi dengan kuat sehingga hampir melumpuhkan seluruh tubuhnya. Saat tubuh dilepaskan dia telah tidak bermaya....
 
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah... dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya!"
 
Tidak semena-mena lelaki itu ghaib sebaik sahaja dia selesai menuturkan kata-kata itu. Terus tubuhnya menggeletar. Dia mulai berasa ketakutan yang teramat sangat. Dia bingkas dan dengan langkah yang longlai dan tubuh terketar-ketar dia keluar daripada gua. Fikirannya masih belum tenteram. Suara itu terngiang-ngiang. Kata-kata dari lelaki asing itu terus menghantui benak. Terpahat kejap di dalam mindanya. Namun, langkahnya masih diteruskan menuruni bukit....
"Wahai Muhammad... engkau adalah pesuruh Allah... dan aku adalah Jibril!"
*************
PESURUH bukan sekadar sebuah karya fiksyen sejarah, tetapi juga satu penghormatan kepada perjalanan spiritual yang membentuk asas keimanan umat Islam.

709 pages, Paperback

Published May 31, 2025

3 people want to read

About the author

Ahadiat Akashah

66 books164 followers
Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah or known as Ahadiat Akashah is popular novelist. The Malaysian Book of Records has recognized a local novelist with the most novel he wrote.

Pahit manis seorang Ahadiat Akashah sila baca di sini;
http://www.utusan.com.my/utusan/info....

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (66%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Nadhiah Aida.
516 reviews27 followers
January 20, 2026
pesuruh ... sebuah novel
ia mengenai kisah Rasulullah saw
jika bercakap mengenai Rasulullah saw
plot kisah Rasulullah saw perfect tiada kecacatan

cuma novel Pesuruh berbeza dengan buku Muhammad oleh Martin Lings ...
berbeza dari segi penulisan ...
novel Pesuruh lebih ke arah novel .. so kita yang membaca ni akan kusyuk sangat
dan satu lagi perbezaan ialah diselit peribahasa ...

sepanjang baca novel ni timbul perasaan sedih, bangga, marah, geram, menyampah ... gusbam pun ada ...

mana taknya .. apabila orang Quraisy buat macam-macam pada Muhammad untuk menghentikan penyebaran agama Islam.

rasa nak belasah Abdul Jahal dengan bini dia .. serius ...

rasa bengang bila kaum Yahudi buat hal .. serius kaum Yahudi memang jenis tak reti bersyukur ... macam parasit pun ye ...

selebihnya baca lah ...
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.