Jump to ratings and reviews
Rate this book

Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden

Rate this book
Semakin banyak membaca, semakin banyak ilmu yang dipelajari

Namun, mengapa kita semakin jauh dengan kebenaran?

Adakah kerana bahan bacaan yang dibaca bukan daripada sumber yang sahih, atau kita hanya membaca apa yang popular dan ‘trending’ sahaja?

Paperback

Published January 12, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books890 followers
Hasrizal Abdul Jamil is a Malaysian-Irish educator, author, and learning designer whose work explores education, faith, parenting, and the examined life. He is Director of Education at Khalifah Education Foundation, which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. Trained in Jordan and Ireland, he holds degrees from Mu'tah University and Trinity College Dublin, where he completed an M.Ed. in Diversity and Inclusion with research examining the academic experiences of university students with ADHD in the era of generative AI.

He is now returning to Trinity College Dublin as a fully funded PhD candidate in Education, extending this work through Maqasid al-Shariah as an analytic lens for inclusive education in dialogue with Universal Design for Learning. His books range from reflective nonfiction and religion to education, character, and travel-inflected writing. He writes for readers seeking intellectual clarity, moral seriousness, and humane education across cultures.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (69%)
4 stars
19 (26%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Edziani Nabila.
162 reviews9 followers
April 10, 2026
Alhamdulillah saya berjaya tamatkan bacaan Iqra bersama geng buddy read kelab buku Suri Ummah Membaca.

Penulisan yang sangat menarik dan membuka perspektif tentang masalah Iqra yang dialami zaman sekarang.

Banyak take away points yang saya perolehi pada setiap bab.

Rakan-rakan lain buddy read berkongsi refleksi setiap bab buku Iqra: Panduan Berfikir Menghadapi Krisis Kejahilan Moden.

Tapi refleksi saya kongsi senarai buku/karya yg UHAJ mentioned dalam bab 1 & 2 hahaha:

1. Virtually Islamic - Gary R Bunt, m/s 18

2. Emile - Jean Jacques Rousseau, m/s 28

3. Kitab Sahih Bukhari, m/s 65

4. Kitab Sahih Muslim, m/s 65

5. Tafsir Al Qurtubi, m/s 75

6. Lisan Al Arab oleh Ibn Manzur, m/s 80

7. Taj Al - Arus (kamus), m/s 80

8. Readicide: How Schools Are Killing Reading & What u can do about it - Kelly Gallagher (pg 114)

9. Jalan Muhammad dalam Nasihat & Bimbingan - Imam Birgivi (pg 117)

10. 1984 - George Orwell (pg 121)

11. Brave New World - Aldous Huxley (pg 121)

12. Muqaddimah - Ibn Khaldun (pg 125)

13. The Balance of Truth - Kâtip Çelebi (pg 127)

14. The End of Education- Neil Postman (pg 185)

15. Securing Knowledge / Taqyid Al-Ilm - Khatib Al Baghdadi, terjemahan oleh Aisha Y Musa
Profile Image for ira.
27 reviews
September 24, 2026
“Kunci utama tetap satu, yaitu kembalt membaca dengan nama Tuhan. Wahyu pertama yang diturunkan kepada kita ialah seruan untuk tunduk, mencari makna dan menyucikan hati di tengah gelombang maklumat yang berserabut."

baca ni, mcm baca prof SMNA's concept of education in islam sekali lagi but in a different way— dalam suara author ust hasrizal yg lebih direct and laymen language mudah faham.

buku ni akan start dgn being brought to the reality that we have today. for a certain few chapters author akan focus tentang condition ilmu di zaman ni, or what is explained as pascakebenaran or post truth reality. Also author akan kaitkan this situation and how it effects us in different levels, baik sebagai pelajar, baik sebagai pengajar, baik sebagai individu, baik sebagai community.

And then nextt baru author akan present and relate situation kita yg dia describe as Jahiliah 2.0 dgn Zaman before Rasulullah, or Jahiliah 1.0 and author kemukakan sekali lah betapa this jahiliah issue berulang2 through zaman — in these chapters la author bawakkan apa issue yg menyebabkan kejahilian becomes an issue. Sbb dia bukan hadir secara tiba2 but systemic and beransur2

And then towards the end author kemukakan the main point of the title; lqra. Apa maksud iqra? Kenapa iqra sebagai wahyu pertama? And macamana iqra' tu sesuatu yg boleh diterapkan utk navigate our way in thinking dalam crisis yg kita face in this time and era?

personally, reading this humbles me. bila author mention how iqra' seharusnya menjadikan kita hamba bertakwa; iqra dgn nama Tuhan, that leads us to Allah which also means iqra jugak adalah salah satu cara membayar hutang pada Allah, and hence iqra' juga lah yg akan membentuk kita bukan hanya manusia berpengetahuan tapi juga manusia beradab-dan meletakkan perkara sesuai pada tempatnya, makes me reflect on what i read, why i read and how i read.

"adakah pembacaan ni akan mengarahkan saya pada Pencipta?" sebab the point is iqra bismi rabbika kan? And lepas membaca pula "mcmana pembacaan ini akan membolehkan saya memberi manfaat?" sbbbb apa yg kita baca potentially becomes knowledge. And Knowledge is power. And spiderman cakap: With power comes? Responsibility ;)
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
85 reviews15 followers
May 27, 2026
Iqra’. Baca.
But do we really read the way we supposed to read?

“Iqra' bukan sekadar membaca teks, tetapi membaca dunia dan kehidupan. la mengajak kita untuk membaca dengan mata hati, bukan hanya dengan mata kepala. Iqra’ yang dahulunya menuntut pena dan kertas, kini menuntut kebijaksanaan pula untuk mengemudi data dan algoritma.”

As a self-proclaimed avid reader, I thought I’ve read well until I read this book and noticed how my reading style can lead to dangerous behaviour.
Fragmented knowledge. Dunning-Kruger Effect.

For someone like me who found interest in soo many things, I tend to read about many topics for fun, but I noticed I read them on surface level. Enough that I know about that subject but certainly not enough to actually explain to other people about it or comment on certain issue with this level of knowledge
And this book shows how dangerous this reading behaviour as one will have the tendency to think they know something so well when they only know small bit of it, that they start talking about an issue as if they are the expert.
And in this world of internet domination, where information spread like a waterfall and people will have the tendency to jump into the wagon and comment on things they don’t have the expertise on just because they’ve been exposed to only bit of this.

Hence this book, membimbing kita ke arah jalan keluar daripada sifat pembacaan yang membahayakan ini, dan seterusnya dapat mengelakkan diri daripada berkata sesuatu yang bukan bidang kita juga menyedarkan kita bahawa ada orang yang jauh lebih mengetahui daripada kita. Sebagaimana kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS.

This book also guide us to understand why we read and why we learn dengan menerangkan perihal wahyu pertama, Surah Al-'Alaq ayat 1-5. Ustaz Hasrizah dissect one by one so we can try and learn changing our reading behaviour to be a better reader, not only for ourselves but also for the community.

“Maka, setiap ilmu yang dipelajari perlu dihalakan pada jalan manfaat. Apabila mengetahui sesuatu perkara, kita dituntut untuk memikirkan bagaimana ilmu itu boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri serta masyarakat.”

“Dengan iqra', kita dilatih untuk melihat ilmu bukan hanya pada tahap tahu atau tidak tahu. Malah, setiap kali mendapat ilmu baharu, kita sedar bahawa tahu sahaja tidak mencukupi. Kita perlu tambah dan teruskan perjalanan kita dalam medan ilmu.”

This book certainly should be read by every reader, especially the Muslim.
Profile Image for Nuruddin Azri.
441 reviews181 followers
April 16, 2026
Buku ini merupakan usaha pengarang dalam mengangkat tema pendidikan sepanjang hayat (Adler mengupas panjang dalam Reforming Education), tujuan-proses membaca, Huxley vs Orwell, kaedah penyebaran ilmu (hafalan -> percetakan -> digital) serta kaedah dalam mengendalikan cabaran teknologi pada masa kini.

Pada awalnya, pengarang menyorot sepintas lalu mengenai tiga zaman yang dilalui oleh Barat iaitu Zaman Klasik, Pertengahan, Pencerahan (Rasionalisme -> Romantisisme -> Realisme) serta tamsilannya dengan latar sosial di Malaysia.

Pengarang kemudiaannya beralih kepada perbahasan-perbahasan seputar pendidikan seperti sejarah ringkas penulisan, penulisan/media sebagai alat vs matlamat, ortografi bahasa Arab vs bahasa Inggeris, kesepaduan ilmu, melihat-memahami disiplin ilmu secara menyeluruh serta konsep pendidikan sepanjang hayat.

Beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai kepantasan teknologi sehingga menghakis nilai-nilai luhur seperti takwa, kepentingan merenung secara mendalam serta kepentingan berguru, menambahkan lagi keenakan dalam pembacaan selain cuplikan pedoman daripada lembaran sirah Nabi Muhammad SAW dan athar para Sahabat.

Membaca buku ini, mengingatkan kepada beberapa buku penting yang mengangkat tema pendidikan seperti Reforming Education (Adler), The Concept of Education in Islam (al-Attas), Amusing Ourselves to Death (Postman), 1984 (Orwell), Brave New World (Huxley) serta Al-Rasul al-Mu’allim (Abu Ghuddah).
Profile Image for Nur Elvina.
73 reviews21 followers
June 17, 2026
Mengusaikan naksah Iqra menjadikan ini karya ke sebelas Ustaz Hasrizal dibaca saya.

Penulisan kali ini mengingatkan atau saya lebih suka kata memperkenalkan semula peranan membaca untuk menyelamatkan manusia daripada krisis jahilah kini sebagai mana iqra mengeluarkan manusia daripada jahiliah yang terdahulu.

Membaca pada zaman pascakebenaran turut menghadapi krisis tersendiri kesan daripada kemampuan teknologi untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan juga dengan lambakan maklumat yang cetek. Teknologi sepatutnya dimanfaatkan untuk mengkali sesuatu ilmu dengan lebih mendalam tetapi malang sekali kerana kemalasan atau rasa diri ‘aku sudah tahu’ menyebabkan kemunculan cendekiawan ekspres walaupun hakikatnya pemahaman sekadar ‘at the tip of the iceberg’. Turut dikupas gejala mengambil ilmu atau maklumat secara terpisah-pisah membentuk golongan radikal perlu diurus bermula seawal proses pembelajaran dengan memupuk kemahiran mengambil maklumat dengan betul untuk memahami sesuatu ilmu secara menyeluruh dan unbias.

Penulis turut membincangkan mengenai sistem pendidikan Malaysia, peranan Islam dalam menjadikan sekolah beroperasi secara interaksionisme sosial bukannya fungsionalisme seperti kebanyakan yang sedang terjadi pada hari ini dan menyemak semula integrasi ‘Pendidikan Islam’ dalam pembelajaran.

Akhirnya, membaca seharusnya dihadiri dengan rasa takwa, untuk membangun takwa, kerana tujuan akhir menuntut ilmu untuk membimbing menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Profile Image for Liana Taj.
39 reviews1 follower
March 7, 2026
Buku yang banyak menegur dan mengubah cara pandang dan berfikir saya pada dunia.

Setiap perenggan wajar untuk direnungi dan dibincangkan sebagai refleksi untuk diri.

Kita perlu 'reset' cara kita memproses maklumat supaya tidak terus berada dalam kejahilan.

Alhamdulillah, antara buku yang penting untuk dibaca masyarakat sekarang.
Profile Image for Nur Hamizah Mohd Yusof.
13 reviews2 followers
February 21, 2026
Membetulkan neraca bagaimana wahyu menjadi satu petunjuk untuk difahami dan dimanifestasi oleh perlakuan.

Harap lagi banyak tulisan yang mengajar cara berfikir yang betul dalam keadaan kekeliruan kita menghadapi generasi yang berbeza cara fikir tapi fitrahnya tetap sama. Tujuan hidupnya tetap sama.
Profile Image for Hasliza Rajab.
238 reviews8 followers
April 9, 2026
Pada awal bahagian buku ini, ustaz membincangkan tentang permasalahan yang wujud dalam masyarakat kini di mana kita ini terdedah dengan lambakan maklumat, informasi dan ilmu pengetahuan yang pelbagai. Semuanya berada di hujung jari. Berbeza dengan zaman di awal kemunculan internet, informasi yang ada masih terhad kepada perkara-perkara yang bersifat ilmiah. Media sosial pada zaman itu tidak serancak Facebook, Instagram, Threads dan sebagainya. Kini, lambakan informasi memenuhi ruang maya.

Ilmu diambil sebagai memenuhi kehendak dan bukan lagi keperluan. Apa yang kita rasa kita mahu tahu, ingin tahu, itulah yang kita cari (search). Yang mana kita tak perlukan, kita tinggalkan. Kesannya, kita kini berada dalam daerah Jahiliah 2.0. Zaman yang jauh lebih mencabar berbanding Jahiliah 1.0. Ketika mana Jahiliah 1.0 boleh 'disembuhkan' dengan seruan Iqra 1400 tahun dahulu, adakah Jahiliah 2.0 ini akan sama? Inilah apa yang ustaz cuba ketengahkan dalam menangani permasalahan masyarakat kini.

"Iqra' bukan sekadar membaca teks, tetapi membaca dunia dan kehidupan".

Jika dulu, iqra' berjuang dengan mata pena dan helaian kertas supaya dakwah itu boleh disampaikan ke seluruh pelusuk dunia, ianya kini berbeza bilamana kita dituntut untuk memaksimakan kebijaksanaan untuk menapis segala data dan informasi yang menjadi lambakan di dunia maya.

Saya tertarik dengan satu kisah yang ustaz nukilkan dalam buku ini, dan ianya juga merupakan asas kepada kekuatan ilmu yang para sahabat miliki, dan seharusnya kita juga bersikap demikian. Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut ialah para sahabat ini bersikap cermat dan rendah hati terhadap batas ilmu. Walaupun sumber mereka adalah Nabi SAW sendiri. Mungkin satu persoalan yang boleh kita soal pada diri sendiri,

"Dengan banyaknya buku yang kita baca pada hari ini, adakah ianya menjadikan kita lebih tahu berbanding orang lain?".
"Dengan tingginya ilmu yang kita tuntut sehingga ke peringkat tertinggi, adakah ianya membuatkan kita lebih tunduk?"

Sikap inilah yang hilang dalam masyarakat kita!

Dan di akhir buku ini, ustaz menekankan kepada kunci utama yang boleh 'menyembuhkan' Jahiliah 2.0 ini. Buku yang penuh dengan ilmu namun amat mudah untuk kita fahami setiap butir intipati yang ustaz cuba ketengahkan supaya kita semua tahu peranan penting setiap daripada kita, apabila kita membaca!
Profile Image for Shafiqahsamin.
254 reviews4 followers
March 11, 2026
Sesungguhnya aku suka gila buku ni.

IQRA' adalah my favourite surah ❤️. So aku macam excited nak baca. Sesungguhnya inilah dia yang aku perjuangkan dari dulu. Takde lah perjuangkan, tapi inilah kepercayaan aku. Sebagai millineal, bayangkan dalam circle aku, aku satu-satunya yang berpendapat belajar untuk ilmu. Bukan belajar untuk exam. Itu pun ada seorang cikgu yang cakap macam tu, tapi aku tak ingat siapa, sebab aku kanak2 lagi masa tu.

Belajar untuk ilmu, bukan untuk exam.
Belajar bukan setakat waktu persekolahan, universiti, belajar tu seumur hidup.

Walaupun aku tak berapa bijak, tak skor masa spm. Alhamdulillah, ada lah ilmu2 yang aku belajar masa sekolah, jadi core memory. Yang belajar masa universiti, banyak yang jadi core memory, yang jadi asas kepada aku punya pekerjaan sekarang. Aku satu-satunya yang boleh cakap, "kita belajar lah dulu masa dalam kelas benda ni." Apa kuncinya? Belajar untuk ilmu. Tak skor tak apa, yang penting, belajar untuk ilmu.

Hakikatnya aku tak suka belajar, tapi aku suka ilmu. Tapi belajar dan ilmu goes hand to hand. Entoh ler.

Yang penting Iqra'. Aku suka membaca.

Dan Alhamdulillah buku ni buka mata aku, buat aku lagi faham kenapa KPM tolak kekerasan. Malangnya, apa yang jadi sekarang tak seindah matlamat. Aku kecewa dengan cikgu2 yang akhirnya merajuk, merajuk wehhh, malas nak ambil kisah pasal anak2 dah. Lantak dia nak jadi apa. Cikgu sekarang hanya mengajar, bukan mendidik. Sebabnya budak sekarang tak boleh marah.

Sedih kan? Kita lupa. Kita lupa contoh terbaik kita, kesayangan kita, Rasulullah SAW, tak pernah mendidik dengan kekerasan. Jadi, kalau bukan kita yang contohi gentle parenting baginda, siapa lagi?

Akhir kata, buku ni sepatutnya dibaca oleh setiap cikgu. Setiap ibu bapa. Setiap satu dari kita.

Aku sebenarnya kurang faham pendekatan KPM. Tapi aku sentiasa percaya, KPM tahu apa yang dia buat. Mereka ada data. Cikgu dan ibu bapa sepatutnya menyokong KPM, dan realisasi apa objektif KPM. Demi anak2.

Tapi apa yang kita buat? Kita condem aja. Fikir kita je betul.

Akhir kata sekali lagi, cikgu, sila baca buku ni.
Profile Image for iceeesha.
13 reviews
April 5, 2026
5/5

Iqra: Panduan Berfikir dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden oleh Hasrizal Abdul Jamil merupakan buku kedua saya daripada Iman Publication, dan alhamdulillah, buku ini berjaya menarik saya keluar daripada reading slump.

Buku ini merupakan karya pertama daripada penulis yang saya baca, setiap kupasan dan perbincangan yang dibawa terasa menyentuh segala pendepanan krisis yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini.

Buku ini membuka perspektif saya dalam memahami bagaimana kita berdepan dengan krisis “jahiliah 2.0” dalam dunia moden hari ini.

Antara perkara yang paling memberi kesan ialah bagaimana penulis menghuraikan makna sebenar “Iqra”. Iqra bukan sekadar membaca, tetapi meneliti, memahami, dan menghayati setiap wacana dengan tujuan yang jelas dan kekal walaupun medium atau alat pembacaan itu berubah, makna dan tujuan asalnya tetap perlu dipelihara.

Saya juga tertarik dengan perbincangan tentang ilmu yang yang terpisah-pisah pada zaman sekarang. Akses kepada maklumat yang terlalu mudah kadangkala membuatkan manusia cepat berasa cukup, malah berani menggelarkan diri sebagai “ahli”, sedangkan setiap disiplin ilmu itu luas dan memerlukan pendalaman yang sebenar.

Terlalu banyak perkara yang ingin dihuraikan, tetapi sebagai penutup:

Iqra bukan sekadar membantu kita menyelamatkan diri, tetapi turut menawarkan solusi nyata terhadap krisis moden yang kita hadapi hari ini. Persoalan dan jawapan sudah tersedia namun pilihan dan perubahan paradigma tetap bermula daripada diri sendiri.

Tahniah kepada penulis dan am gonna put this book sebagai buku yang perlu diulang baca!
Profile Image for Yuseri Zaman.
1 review
May 2, 2026
Dunia kontemporari sedang menempuh satu fasa yang unik dalam sejarah ketamadunan manusia, di mana akses kepada maklumat tidak lagi menjadi isu utama, sebaliknya keupayaan untuk memproses maklumat tersebut secara bermakna telah menjadi krisis global yang mendalam. Fenomena ini menjadi premis utama bagi Hasrizal Abdul Jamil dalam naskah ke-30 beliau yang bertajuk 'IQRA': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden'. Analisis terhadap karya ini mendedahkan bahawa masyarakat hari ini terperangkap dalam satu paradoks maklumat: manusia memiliki segalanya untuk 'tahu', namun mereka semakin kehilangan upaya untuk 'memahami'. Ketidakupayaan ini bukan sekadar kegagalan kognitif individu, tetapi merupakan cerminan daripada keruntuhan struktur adab dalam berfikir yang telah berakar umbi sejak sekian lama. 
Kejahilan moden, atau yang diistilahkan sebagai 'Jahiliah 2.0', muncul sebagai impak daripada kepesatan maklumat yang tidak tertapis dan kebangkitan Kecerdasan Buatan (AI) yang mengubah cara manusia berinteraksi dengan kebenaran. Dalam konteks ini, 'IQRA' bukan sekadar sebuah naskah agama yang mengulang naratif sejarah, tetapi merupakan sebuah manual pemikiran kritis yang cuba membedah anatomi kebodohan moden dan menawarkan metodologi wahyu sebagai jalan keluar. Penulis menghujahkan bahawa krisis yang dihadapi sekarang adalah krisis 'breakdown' atau kerosakan dalam cara manusia berfikir, di mana emosi dan sentimen peribadi sering kali mengatasi fakta dan wahyu. 
Penelitian terhadap latar belakang penerbitan mendedahkan butiran teknikal yang penting bagi memahami posisi karya ini dalam pasaran intelek tempatan. Buku ini diterbitkan pada Januari 2026 oleh IMAN Publication, sebuah rumah penerbitan yang giat mempromosikan wacana pemikiran dan pembangunan sahsiah. Berikut merupakan data bibliografi utama bagi naskah tersebut:
Profile Image for Najwa Azrin.
171 reviews1 follower
March 19, 2026
Masya-Allah, banyak sungguh ilmu baru yang saya peroleh daripada pembacaan buku Ustaz Hasrizal ini. Ingin saya kongsikan beberapa refleksi dan ulasan buku ini di sini yang boleh saya rujuk di kemudian hari.

Cabaran zaman pascakebenaran ini ialah umat kita bukan ada masalah tidak tahu sesuatu perkara itu baik atau buruk, tetapi kita berhadapan dengan kekeliruan perkara itu baik atau buruk walaupun kita sudah mengetahuinya.

Banyak sangat bentuk pemikiran yang berasal daripada golongan Barat namun akhirnya menjajah juga masyarakat dan umat Islam seperti rasionalisme, romantisisme, realisme dan sebagainya.

Munculnya golongan ruwaibidhah pada hari ini rentetan diamnya golongan ilmuan dan yang mengetahui kebenaran. Berlaku keterbalikan nilai dari satu generasi sehingga ke generasi seterusnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Muhammad Zul Aiman Zulkifli.
7 reviews
April 5, 2026
Sebuah buku yang menekankan kepentingan untuk sentiasa berfikir kenapa kita perlu belajar. Apa tujuan kita berlajar? Bagaimana dengan ilmu yang dipelajari boleh digunakan dalam memperbaiki diri dan menyumbang kepada masyarakat?

Isi utama yang saya boleh tekankan, kemunculan teknologi seperti AI dan seumpamanya tidak boleh dielakkan. Ia adalah alat, dan menjadi tanggungjawab untuk mencari cara terbaik bagaimana alat ini boleh digunakan dengan sebaiknya tanpa menghilankang sifat manusiawi dan kehambaan kepada Tuhan. Jadi persoalannya, apakah strateginya? Kena sambung baca buku lain.

Satu buku yang baik kepada sesiapa yang memerlukan 'push factor' untuk sentiasa mencari ilmu. Boleh dikatakan ini buku pengenalan dan muhasabah tentang realiti semasa berkenaan pendidikan.
Profile Image for Atiqah Zakaria.
24 reviews
April 20, 2026
Sangat berpuas hati dengan penulisan penulis mengenai pemikiran masyarakat skrg lebih2 lagi terhadap isu2 semasa. Buku ini seolah menjawab persoalan2 yg berlegar di fikiran akan kerisauan sy terhadap bagaimana mudahnya masyarakat kini menerima sesuatu maklumat@idea tanpa mengkaji dahulu pucuk pangkalnya sehingga boleh mencetus fitnah yg sgt bahaya utk berleluasa. Sebuah buku yg agak ‘berat’ utk dibaca tetapi tidak sampai lah kepada buku ini perlu diabaikan kerana ia memberi perspektif berbeza bagaimana masyarkat skrg perlu berfikir lebih kritis dan matang. Byk yg sy pelajari juga drp buku ini meskipun ini penulisan pertama yg baca drp penulis. Highly recommended!
Profile Image for Pollyanna.
6 reviews1 follower
August 18, 2026
Buku yang interactive and banyak soalan yang berbentuk self-reflection. The first read I did alot of reflection on my past reading habits. InshaAllah akan membaca buku ini lagi, maybe there will be a new and fresh perspective if I were to read it for the second time.
Profile Image for Khairul Ikhwan.
7 reviews
August 8, 2026
Sebuah buku yang menarik menceritakan bagaimana manusia boleh berada dalam krisis kejahilan moden dan membawa kita merenung kembali bagaimana untuk kita memnghadapi krisis itu pada masa kini. Buku ini mengajak kita membaca buku hanya utk 'scan' tapi juga memproses, merenung kembali maklumat yg kita terima terutama sekali pada zaman yang mempunyai lambakan maklumat dan mudah dicapai. Buku ini cuba mengajar kita supaya berhenti sekejap sebelum percaya, sebelum berkongsi dan sebelum membuat kesimpulan.
Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews13 followers
April 30, 2026
📚 Ulasan Buku: Iqra’ – Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
oleh Hasrizal Abdul Jamil

Aku memang suka gaya penulisan penulis—tenang, berfikir, dan banyak buat kita muhasabah diri. Jujurnya, buku ini bukan jenis yang kita “habis baca dan terus faham”, tapi lebih kepada buku yang buat kita berhenti sekejap dan fikir.

Apa yang paling aku “grab” sebagai seorang ibu:
✨ Didik anak bermula dengan betulkan cara fikir kita sendiri.
Kalau kita sendiri tak jelas tujuan dan konteks hidup, macam mana kita nak bimbing anak? Ibarat kapal—kalau nakhoda pun hilang arah, memang mudah karam di lautan yang dalam.

✨ Bezakan antara “apa yang kita mahu” dan “apa yang kita perlu”.
Ini sangat kena dengan kehidupan sekarang—banyak benda kita kejar, tapi sebenarnya bukan keperluan.

✨ Kupasan ayat pertama wahyu (Iqra’ 1–5) Menariknya, penjelasan ini hanya muncul di bahagian akhir, tapi sebenarnya seluruh buku kembali kepada lima ayat ini:
🗒Ketauhidan
🗒Kesedaran siapa diri kita
🗒Membaca dengan kesedaran kepada Pencipta
🗒Ilmu sebagai alat (boleh membina atau merosakkan)
🗒Hubungan antara ilmu dan Tuhan

✨ Adab dalam menuntut ilmu
Buku ini sangat tekankan bahawa:
✅️Kita perlu membina gambaran dalam memahami sesuatu.
✅️Emosi perlu dikawal—kita hanya “asbab” menyampaikan mesej.
✅️Agama bukan dibina atas fanatik kepada tokoh, tetapi atas ilmu

Sebab itu Al-Quran banyak kali tidak menekankan nama, tempat atau tarikh—tetapi fokus pada mesej yang ingin disampaikan.

✨ Refleksi sebagai ibu
Lepas baca buku ini, aku rasa nak ubah cara berinteraksi dengan anak-anak.
Bukan sekadar tanya “faham atau tidak”, tapi:
➡️ “Mesejnya sampai tak?”

Dan kalau belum sampai, kita cuba cara lain—supaya mereka benar-benar faham bahawa:
Kita hanyalah hamba Allah, dan suatu hari nanti kita akan kembali kepada-Nya. Kita akan ditanya tentang apa yang kita lakukan.
InsyaAllah, kita hanya mampu beri usaha terbaik.

📌 Kesimpulan
Buku ini bukan sekadar untuk dibaca, tapi untuk direnung.
Sangat sesuai untuk ibu bapa—terutamanya yang sedang berusaha membina cara fikir anak dalam dunia yang penuh kekeliruan hari ini.

Recommended. 🌿
Profile Image for Ain Syazwani.
13 reviews
October 28, 2026
Good one. I feel like every teachers should read this. As always, ustaz hasrizal writing always comes back to the foundation, humbled me to look back and organize the thoughts behind everything that is so rapid nowadays.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews