Hasrizal Abdul Jamil is a Malaysian-Irish educator, author, and learning designer whose work explores education, faith, parenting, and the examined life. He is Director of Education at Khalifah Education Foundation, which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. Trained in Jordan and Ireland, he holds degrees from Mu'tah University and Trinity College Dublin, where his M.Ed. research examined the academic experiences of university students with ADHD in the era of generative AI. His books range from reflective nonfiction and religion to education, character, and travel-inflected writing. He writes for readers seeking intellectual clarity, moral seriousness, and humane education across cultures.
Buku ini merupakan usaha pengarang dalam mengangkat tema pendidikan sepanjang hayat (Adler mengupas panjang dalam Reforming Education), tujuan-proses membaca, Huxley vs Orwell, kaedah penyebaran ilmu (hafalan -> percetakan -> digital) serta kaedah dalam mengendalikan cabaran teknologi pada masa kini.
Pada awalnya, pengarang menyorot sepintas lalu mengenai tiga zaman yang dilalui oleh Barat iaitu Zaman Klasik, Pertengahan, Pencerahan (Rasionalisme -> Romantisisme -> Realisme) serta tamsilannya dengan latar sosial di Malaysia.
Pengarang kemudiaannya beralih kepada perbahasan-perbahasan seputar pendidikan seperti sejarah ringkas penulisan, penulisan/media sebagai alat vs matlamat, ortografi bahasa Arab vs bahasa Inggeris, kesepaduan ilmu, melihat-memahami disiplin ilmu secara menyeluruh serta konsep pendidikan sepanjang hayat.
Beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai kepantasan teknologi sehingga menghakis nilai-nilai luhur seperti takwa, kepentingan merenung secara mendalam serta kepentingan berguru, menambahkan lagi keenakan dalam pembacaan selain cuplikan pedoman daripada lembaran sirah Nabi Muhammad SAW dan athar para Sahabat.
Membaca buku ini, mengingatkan kepada beberapa buku penting yang mengangkat tema pendidikan seperti Reforming Education (Adler), The Concept of Education in Islam (al-Attas), Amusing Ourselves to Death (Postman), 1984 (Orwell), Brave New World (Huxley) serta Al-Rasul al-Mu’allim (Abu Ghuddah).
Membetulkan neraca bagaimana wahyu menjadi satu petunjuk untuk difahami dan dimanifestasi oleh perlakuan.
Harap lagi banyak tulisan yang mengajar cara berfikir yang betul dalam keadaan kekeliruan kita menghadapi generasi yang berbeza cara fikir tapi fitrahnya tetap sama. Tujuan hidupnya tetap sama.
IQRA' adalah my favourite surah ❤️. So aku macam excited nak baca. Sesungguhnya inilah dia yang aku perjuangkan dari dulu. Takde lah perjuangkan, tapi inilah kepercayaan aku. Sebagai millineal, bayangkan dalam circle aku, aku satu-satunya yang berpendapat belajar untuk ilmu. Bukan belajar untuk exam. Itu pun ada seorang cikgu yang cakap macam tu, tapi aku tak ingat siapa, sebab aku kanak2 lagi masa tu.
Belajar untuk ilmu, bukan untuk exam. Belajar bukan setakat waktu persekolahan, universiti, belajar tu seumur hidup.
Walaupun aku tak berapa bijak, tak skor masa spm. Alhamdulillah, ada lah ilmu2 yang aku belajar masa sekolah, jadi core memory. Yang belajar masa universiti, banyak yang jadi core memory, yang jadi asas kepada aku punya pekerjaan sekarang. Aku satu-satunya yang boleh cakap, "kita belajar lah dulu masa dalam kelas benda ni." Apa kuncinya? Belajar untuk ilmu. Tak skor tak apa, yang penting, belajar untuk ilmu.
Hakikatnya aku tak suka belajar, tapi aku suka ilmu. Tapi belajar dan ilmu goes hand to hand. Entoh ler.
Yang penting Iqra'. Aku suka membaca.
Dan Alhamdulillah buku ni buka mata aku, buat aku lagi faham kenapa KPM tolak kekerasan. Malangnya, apa yang jadi sekarang tak seindah matlamat. Aku kecewa dengan cikgu2 yang akhirnya merajuk, merajuk wehhh, malas nak ambil kisah pasal anak2 dah. Lantak dia nak jadi apa. Cikgu sekarang hanya mengajar, bukan mendidik. Sebabnya budak sekarang tak boleh marah.
Sedih kan? Kita lupa. Kita lupa contoh terbaik kita, kesayangan kita, Rasulullah SAW, tak pernah mendidik dengan kekerasan. Jadi, kalau bukan kita yang contohi gentle parenting baginda, siapa lagi?
Akhir kata, buku ni sepatutnya dibaca oleh setiap cikgu. Setiap ibu bapa. Setiap satu dari kita.
Aku sebenarnya kurang faham pendekatan KPM. Tapi aku sentiasa percaya, KPM tahu apa yang dia buat. Mereka ada data. Cikgu dan ibu bapa sepatutnya menyokong KPM, dan realisasi apa objektif KPM. Demi anak2.
Tapi apa yang kita buat? Kita condem aja. Fikir kita je betul.
Iqra: Panduan Berfikir dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden oleh Hasrizal Abdul Jamil merupakan buku kedua saya daripada Iman Publication, dan alhamdulillah, buku ini berjaya menarik saya keluar daripada reading slump.
Buku ini merupakan karya pertama daripada penulis yang saya baca, setiap kupasan dan perbincangan yang dibawa terasa menyentuh segala pendepanan krisis yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini.
Buku ini membuka perspektif saya dalam memahami bagaimana kita berdepan dengan krisis “jahiliah 2.0” dalam dunia moden hari ini.
Antara perkara yang paling memberi kesan ialah bagaimana penulis menghuraikan makna sebenar “Iqra”. Iqra bukan sekadar membaca, tetapi meneliti, memahami, dan menghayati setiap wacana dengan tujuan yang jelas dan kekal walaupun medium atau alat pembacaan itu berubah, makna dan tujuan asalnya tetap perlu dipelihara.
Saya juga tertarik dengan perbincangan tentang ilmu yang yang terpisah-pisah pada zaman sekarang. Akses kepada maklumat yang terlalu mudah kadangkala membuatkan manusia cepat berasa cukup, malah berani menggelarkan diri sebagai “ahli”, sedangkan setiap disiplin ilmu itu luas dan memerlukan pendalaman yang sebenar.
Terlalu banyak perkara yang ingin dihuraikan, tetapi sebagai penutup:
Iqra bukan sekadar membantu kita menyelamatkan diri, tetapi turut menawarkan solusi nyata terhadap krisis moden yang kita hadapi hari ini. Persoalan dan jawapan sudah tersedia namun pilihan dan perubahan paradigma tetap bermula daripada diri sendiri.
Tahniah kepada penulis dan am gonna put this book sebagai buku yang perlu diulang baca!
Masya-Allah, banyak sungguh ilmu baru yang saya peroleh daripada pembacaan buku Ustaz Hasrizal ini. Ingin saya kongsikan beberapa refleksi dan ulasan buku ini di sini yang boleh saya rujuk di kemudian hari.
Cabaran zaman pascakebenaran ini ialah umat kita bukan ada masalah tidak tahu sesuatu perkara itu baik atau buruk, tetapi kita berhadapan dengan kekeliruan perkara itu baik atau buruk walaupun kita sudah mengetahuinya.
Banyak sangat bentuk pemikiran yang berasal daripada golongan Barat namun akhirnya menjajah juga masyarakat dan umat Islam seperti rasionalisme, romantisisme, realisme dan sebagainya.
Munculnya golongan ruwaibidhah pada hari ini rentetan diamnya golongan ilmuan dan yang mengetahui kebenaran. Berlaku keterbalikan nilai dari satu generasi sehingga ke generasi seterusnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebuah buku yang menekankan kepentingan untuk sentiasa berfikir kenapa kita perlu belajar. Apa tujuan kita berlajar? Bagaimana dengan ilmu yang dipelajari boleh digunakan dalam memperbaiki diri dan menyumbang kepada masyarakat?
Isi utama yang saya boleh tekankan, kemunculan teknologi seperti AI dan seumpamanya tidak boleh dielakkan. Ia adalah alat, dan menjadi tanggungjawab untuk mencari cara terbaik bagaimana alat ini boleh digunakan dengan sebaiknya tanpa menghilankang sifat manusiawi dan kehambaan kepada Tuhan. Jadi persoalannya, apakah strateginya? Kena sambung baca buku lain.
Satu buku yang baik kepada sesiapa yang memerlukan 'push factor' untuk sentiasa mencari ilmu. Boleh dikatakan ini buku pengenalan dan muhasabah tentang realiti semasa berkenaan pendidikan.
Pada awal bahagian buku ini, ustaz membincangkan tentang permasalahan yang wujud dalam masyarakat kini di mana kita ini terdedah dengan lambakan maklumat, informasi dan ilmu pengetahuan yang pelbagai. Semuanya berada di hujung jari. Berbeza dengan zaman di awal kemunculan internet, informasi yang ada masih terhad kepada perkara-perkara yang bersifat ilmiah. Media sosial pada zaman itu tidak serancak Facebook, Instagram, Threads dan sebagainya. Kini, lambakan informasi memenuhi ruang maya.
Ilmu diambil sebagai memenuhi kehendak dan bukan lagi keperluan. Apa yang kita rasa kita mahu tahu, ingin tahu, itulah yang kita cari (search). Yang mana kita tak perlukan, kita tinggalkan. Kesannya, kita kini berada dalam daerah Jahiliah 2.0. Zaman yang jauh lebih mencabar berbanding Jahiliah 1.0. Ketika mana Jahiliah 1.0 boleh 'disembuhkan' dengan seruan Iqra 1400 tahun dahulu, adakah Jahiliah 2.0 ini akan sama? Inilah apa yang ustaz cuba ketengahkan dalam menangani permasalahan masyarakat kini.
"Iqra' bukan sekadar membaca teks, tetapi membaca dunia dan kehidupan".
Jika dulu, iqra' berjuang dengan mata pena dan helaian kertas supaya dakwah itu boleh disampaikan ke seluruh pelusuk dunia, ianya kini berbeza bilamana kita dituntut untuk memaksimakan kebijaksanaan untuk menapis segala data dan informasi yang menjadi lambakan di dunia maya.
Saya tertarik dengan satu kisah yang ustaz nukilkan dalam buku ini, dan ianya juga merupakan asas kepada kekuatan ilmu yang para sahabat miliki, dan seharusnya kita juga bersikap demikian. Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut ialah para sahabat ini bersikap cermat dan rendah hati terhadap batas ilmu. Walaupun sumber mereka adalah Nabi SAW sendiri. Mungkin satu persoalan yang boleh kita soal pada diri sendiri,
"Dengan banyaknya buku yang kita baca pada hari ini, adakah ianya menjadikan kita lebih tahu berbanding orang lain?". "Dengan tingginya ilmu yang kita tuntut sehingga ke peringkat tertinggi, adakah ianya membuatkan kita lebih tunduk?"
Sikap inilah yang hilang dalam masyarakat kita!
Dan di akhir buku ini, ustaz menekankan kepada kunci utama yang boleh 'menyembuhkan' Jahiliah 2.0 ini. Buku yang penuh dengan ilmu namun amat mudah untuk kita fahami setiap butir intipati yang ustaz cuba ketengahkan supaya kita semua tahu peranan penting setiap daripada kita, apabila kita membaca!
Sangat berpuas hati dengan penulisan penulis mengenai pemikiran masyarakat skrg lebih2 lagi terhadap isu2 semasa. Buku ini seolah menjawab persoalan2 yg berlegar di fikiran akan kerisauan sy terhadap bagaimana mudahnya masyarakat kini menerima sesuatu maklumat@idea tanpa mengkaji dahulu pucuk pangkalnya sehingga boleh mencetus fitnah yg sgt bahaya utk berleluasa. Sebuah buku yg agak ‘berat’ utk dibaca tetapi tidak sampai lah kepada buku ini perlu diabaikan kerana ia memberi perspektif berbeza bagaimana masyarkat skrg perlu berfikir lebih kritis dan matang. Byk yg sy pelajari juga drp buku ini meskipun ini penulisan pertama yg baca drp penulis. Highly recommended!