Callsign: Jengking & Bidadari — di langit mereka bertempur, di bumi mereka terikat janji.
“Auch! Sakitlah, weh!”
“Sorry… roket kertas salah landing!”
“Salah landing kepala otak kau!”
Zulhairi, si budak lelaki obses langit sejak tadika, kerjanya baling roket kertas. Mangsanya, si gadis kecil yang penuh amarah, Anjel.
Takdir tak pernah habis bermain teka-teki.
Bertahun-tahun kemudian, mereka bertemu semula, kali ini bukan lagi di tadika tapi di hangar jet pejuang. Dia, si Kapten Jengking, lelaki gila manuver. Dia pula, si Kapten Bidadari, gadis yang mewarisi semangat ayah, yang gugur dalam tragedi udara.
Dugaan datang silih berganti, antara ego, misi dan nyawa yang digantung di langit. Namun yang paling getir, adalah perasaan yang tak pernah mati.
Dan di satu misi besar, di Pulau Layang-Layang, selepas berdentum di langit reda….
“Kau ingat lagi roket kertas tu?”
“Aku simpan satu… dalam diari flight log aku.”
“Jingga Langit Kita” bukan sekadar novel aksi ketenteraan, ia kisah tentang takdir, luka lama, dan cinta yang berterbangan di ruang udara negara.
Bersiap sedia untuk dogfight emosi dan misi berani mati yang tak semua mampu harungi. Sedia gear-up, kerana cinta ini bukan misi biasa.
Kisah juruterbang TUDM, Si Jengking dan Bidadari ni memang lain sikit vibe dia
Ada rasa macam tengok K-drama sebab dorang kenal sejak tadika lagi sebelum Zulhairi berpindah. Childhood connection and reunion trope la katakan. Bila jumpa balik, masing² teringat kisah lama.
Banyak info pasal kehidupan pilot TUDM masa baca naskah ini. Detail pasal training, operasi, pressure jadi juruterbang tu memang terasa real.
Banyak aksi cemas yang buat jantung berdebar². Masa flight scene tu, rasa macam kita sekali dalam cockpit.
Tak cukup dengan tu, ada pula elemen horror. Serius tak sangka. F baca tengah malam pula tu, memang tambah seram. Ada part yang buat rasa meremang sikit, especially bila suasana sunyi² tu.
Overall, cerita ni ada mix romance, action, sedikit thriller and horror. Not just sweet love story tapi ada adrenaline dan emosi sekali.
Penulis pandai mainkan emosi penulis sampai F rasa macam baca kisah benar
My very first book of sis lili haslina after so long, rasanya last baca waktu sekolah menengah. A really good ideas tbh. Saya suka how sis potray both ml and fl as rival . Banyak juga terms ii TUDM yang first time saya dengar, pening jugak nak faham. But salute kepada author sebab boleh nampak how much research she gone through for this book. Kadang ii mcm details sgt mcm baed on experince jer👀
However, i kinda dont like the pacing. Dia seperti tiada kesinambungan antara satu bab ke satu bab. Banyak kali saya perlu baca balik muka suray belakang sebab saya tiba ii tak faham mcm ‘eh dia ada cakap ke ni tadik atau ‘eh, bila masa pulak, ni cerita apa ni. Dia lebih kepada kaedah pengolahan ayat, sebab kadang ii author mcm nak buat throwback tapi tak jadi , so rasa mcm baca cerita yang tiba ii kat situ.
Tapi saya suka how author tambahkn elemen horror dan misteri. A very good attempt , jujur ada rasa naik bulu roma bila baca, takut yer saya. Anyways, a very good reads, saya baca non stop sebab every details setiap kali mereka terbang di udara tu, saya sangat suka. Terbanyang ii dalam kepala sayaa scene ii tu.
Ini kisah tentang seorang juruterbang TUDM yang penuh dengan aksi cemas dan mendebarkan. Banyak maklumat yang dapat aku pelajari tentang bagaimana kerja seorang juruterbang mengendalikan pesawat untuk misi pertahanan dan operasi udara negara ni. Percayalah, bukan mudah untuk menjadi seorang juruterbang ni tau.
مَا شَاءَ ٱللَّٰهُ, kisah si Jengking Kapten Zulhairi dan si Bidadari Kapten Anjelina ini juga memang buat aku "kecut perut".